Ketagihan Air Ais Gelas Besar Border's Tea

Gara-gara isteri dan anak-anak sukakan air gelas besar, akhirnya saya juga turut terjebak. Mula tu risau nak minum air ais gelas besar ni, disebabkan kemanisannya yang agak melampau bagi saya, tapi setelah mencuba minuman kopi Latte, Cappuchino, Mocha, Hazelnut Coffee ... akhirnya saya jadi ketagihan dengan air ais gelas besar ini.

Di Parit Buntar, dah menjadi satu trend pula ramai yang sukakan minuman air ais gelas besar ini. Jika dulu, ramai yang ketagih air ais blended, tapi sekarang ... air yang dibancuh dan diletakkan dengan ketulan ais kecil-kecil pula menjadi antara minuman popular dan diminati ramai.

Ketagihan Air Ais Gelas Besar Border's Tea

Ada dua kedai popular di Parit Buntar yang menjual air ais gelas besar, salah satunya ialah Border's Tea yang terletak bersebelahan dengan Restoran Sri Dayang. Restoren Sri Dayang pula popular dengan Mee Udangnya. Saya ada ceritakan akan keistimewaan restoran Sri Dayang di sini - Mee Bandung Udang Seri Dayang
Ketagihan Air Ais Gelas Besar The Borders
Kalau pekena Mee Udang di Restoran Sri Dayang panas-panas, memang sesuailah 'dikahwinkan' dengan minuman gelas besar dari Border's Tea. Fuhhh ...  Kadangkala, saya akan ke sini selepas melakukan rawatan bekam moden di Pusat Rawatan Darul Bekam ... dah buang segala angin dan darah kotor, memang menyegarkan dengan segelas kopi Cappuchino, atau Mocha dari The Borders ni.

Saya suka menu minuman yang ada di Border's Tea. Rasanya lebih aroma, lebih kaw-kaw gitu. Walaupun pilihannya tidak banyak, tetapi saya sukakan rasanya yang kurang manis daripada satu lagi kedai yang jual air ais gelas besar ini iaitu Cafe Rhonda yang terletak berdekatan Hotel Melor Inn, Parit Buntar.

Kalau anda tinggal berdekatan dengan Parit Buntar, bolehlah mencuba kesedapan rasa kopi yang ada di Border's Tea. Satu kopi ais gelas besar dari Border's Tea - boleh buat anda rasa segar semalaman, terutama untuk saya yang bekerja dari rumah sebagai blogger sepenuh masa ... fuh .. leh tak tidur sampai jam 3 pagi dibuatnya!

Pernah rasa Border's Tea? Apa komen anda?



{ 23 comments.. read them below or add one }

PeRdU cINta PeRdU cINta January 10, 2016
mesti puas minum ni Bro HH..hihihi..tengok kuantitinya tu..amboi...
Kim Chaa Kim Chaa January 10, 2016
Suka minum teh hijau ^^
Mama Darwiish Mama Darwiish January 10, 2016
trending kan air cup besau2 ni.... ketagihan juga kat sini :P
Farahain ZFA Farahain ZFA January 10, 2016
uishhhhh,,, sedapp sedapp
Amanina Mads Amanina Mads January 10, 2016
salam singgah sini.. memang suka borders tea terutama green tea
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 10, 2016
Fuh .. leh tahan dua hari ooo .. :)
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 10, 2016
Hmm dulu guna gelas besar, trending gak sekitar Pantai Timur .. skrang guna cup besar plastik .. siap ada logo .. :) rasanya idea lama diberikan sentuhan baru.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 10, 2016
Hmmm saya suka Border's Tea sebb tak terlalu manis.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 10, 2016
Bagus untuk kesihatan tu. Anti oksida.
siti hazreen siti hazreen January 11, 2016
tak pernah cuba, boleh try nanti nih!
Akmal Akmal January 11, 2016
Tengok pun dah teliur..
Azura Aziz Azura Aziz January 11, 2016
memang besar sgt tu HH.. Alycia suka ;)
yangbaik yangbaik January 11, 2016
dah jadi fenomena pula air gelas besar sekarang nie...
yang baik yang baik January 11, 2016
uih.... baru perasan laaaa blog YB masuk senarai Bloglist 2016...
Terima kasih banyak3. Semoga terus sukses
Raihanah Ahmad Raihanah Ahmad January 11, 2016
kekadang tu mmg layan juga, anak2 pun suka
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit January 11, 2016
Macam sedap aje. Nak cuba nanti Bro HH.
Nurul Syuhaida Mustafa Nurul Syuhaida Mustafa January 11, 2016
Sekarang trend kopi ais..mana-mana ada orang jual kopi ais, dulu air jambu.
Bila bro cakap pasal Border's Tea, teringat kat Saujana Utama ni pun ada, since dah dapat recommendation dari Bro, boleh la menyinggah.
Siti Yang Menaip Siti Yang Menaip January 11, 2016
sejak Borders Tea bukak kat Parit Buntar memang tak pegi sberang jaya dah..
dlu smata2 nak BT ni pegi smpai tg tokong..
ehehhe

yogurt peach saaaatu..
Ija Rased Ija Rased January 12, 2016
sedapnyeee.....mengundang aje pepagi ni
reezluv reezluv January 12, 2016
ada member aku bukak satu kedai kat SP rasanya..bila tah nak merasa teh ni

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.