Langkau ke kandungan utama

Harga Proton Naik Selepas Tahun Baru Cina

Harga kereta Nasional keluaran Proton dijangka akan naik selepas Tahun Baru Cina 2016. Demikian menurut laporan akhbar serta beberapa blog automatif Malaysia. Kenaikan ini dianggap perlu memandangkan kos yang tinggi untuk import beberapa komponen kenderaan dari luar negara, disebabkan oleh nilai ringgit yang rendah.

Satu pengumuman yang telah pun dijangka, cuma saya tak pasti bila ia akan berlaku. Saya ingatkan Proton akan naikkan harga kereta dalam pertengahan tahun 2016, tetapi nampaknya ia lebih awal dari jangkaan. Saya tak pasti berapa peratus kenaikan yang akan terlibat, tetapi harapan saya ialah janganlah terlalu banyak sehingga menjejaskan peluang untuk rakyat memiliki kenderaan sendiri.

Harga Proton Naik Selepas Tahun Baru Cina

Harga Proton Naik Selepas Tahun Baru Cina
Selain daripada kenaikan harga Proton, ada berita menarik berkaitan keluaran syarikat ini. Saya difahamkan, Proton akan mengeluarkan sebanyak 4 model baru kereta Proton pada tahun 2016, dan salah satunya adalah sebuah kereta Sport, yang sebelum ini dipaternkan menerusi Lotus. Ada beberapa berita yang keluar berkaitan kereta Sport Proton ini, berserta gambar; namun tidak dapat dipastikan sejauh mana kebenarannya.

Gambar Proton Sport 2016

Saya kongsikan beberapa gambar berkaitan model kereta Sport keluaran Proton yang dijangka akan keluar pada tahun 2016 ini. Kredit diberikan kepada rakan blogger - Paultan.org yang sudi berkongsi info ini.
Gambar model kereta sport Proton 2016
Gambar model kereta sport Proton 2016
Harga Proton Naik Selepas Tahun Baru Cina
In Sha Allah, saya mungkin akan kongsikan beberapa gambar model Proton terbaru yang dijangka akan keluar pada tahun 2016. Ada 4 model baru bakal dikeluarkan, dan saya harap apa yang bakal dikeluarkan oleh Proton adalah sesuatu yang boleh membanggakan selain melonjakkan jenama ini di persada automotif negara (sekali lagi).

Oh ya, apa kata anda berkaitan gambar atau imej kereta sport Proton di atas? Menarik?


advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Nak naik lagi.Haha.. Agak dah. Banyak dengar kisah proton sejak dua menjak ni.

    BalasPadam
  2. Semoga Proton dapat belajar dari pengalaman lepas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ehemm ... lain macam je bunyinya ni .. haha

      Padam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital

6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital. Pekerjaan doktor dianggap mulia dan banyak menyumbang dalam masyarakat hari ni. Mereka terpaksa belajar lebih kurang 5 hingga 6 tahun untuk mendapatkan ‘title’ doktor tersebut dan kebanyakan mereka dianggap tak da ‘life’ dan sangat ‘nerd’.

Tapi tahukah anda bahawa ada juga dikalangan mereka yang yang sangat handsome dan menarik hingga membuatkan anda hari-hari nak buat check up kat hospital. Jom kita kenali 6 doktor kacak di Malaysia.
6 Doktor Kacak Malaysia Yang Membuatkan Anda Mahu Check-up Hari-Hari di Hospital 1- Dr Syed Ahmad Murthada

Beliau merupakan model utama untuk jubah furby and sugar dan sangat aktif ke gym.  Walaupun doktor kerjanya sangat sibuk untuk merawat dan melayani pesakit, mereka juga ada kehidupan sendiri. Sibuk-sibuk pun sempat ke Gym tu ... hoho. Jangan cakap doktor tak da life ye. Dan pada saya, memang haruslah seorang doktor menjadi contoh kepada orang lain, nampak sihat, sasa,…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…

Cara Padam Akaun Facebook

Tentu ada yang nak tahu cara nak padam akaun Facebook, terutama bila si dara dah jadi isteri orang, dan si suami pula melarang si isteri untuk gunakan Facebook. Malah, ada yang mahu tutup akaun Facebook sebab mahu elak perkara tidak baik berlaku, atau terus berlaku. Saya tahu sebab pernah bertanya kepada saya.

Jadi entri kali ini saya nak kongsikan cara-cara nak memadam (delete) akaun sosial Facebook. In Sha Allah, ia akan beroleh manfaat pada mereka yang mungkin nak tahu cara nak padam akaun Facebook; khas dan khusus untuk akaun peribadi.

Oh ya, mungkin ada yang tidak tahu, anda boleh mempunyai banyak akaun Facebook, asalkan alamat email dan juga no telefon bimbit anda berbeza bagi setiap akaun. Jadi, kemungkinan ada pengguna yang punyai lebih dari satu akaun, dan mahu padam akaun Facebook yang lain boleh juga ikuti panduan ini.
Cara-Cara Padam Akaun FacebookLangkah pertama ialah anda perlu login ke akaun Facebook yang mahu dipadamkan.Langkah kedua, bila dah login, terus klik pautan …

iklantwo