Gaji Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Gaji Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Satu peperiksaan online untuk jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik gred M41 akan diadakan pada November 2016. Saya difahamkan ramai juga calon graduan dan lepasan siswazah yang akan mengambil bahagian dalam peperiksaan ini, apatah lagi tiada pengambilan jawatan ini pada tahun 2015. Antara sebab ramai calon yang mahukan kerja sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik adalah kerana gaji permulaan yang agak lumayan.

Gaji Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)

Gaji seorang Pegawai Tadbir Diplomatik yang memiliki Ijazah Sarjana Muda Kepujian adalah bermula dari minimum - RM2,253. Untuk yang ada Ijazah Sarjana, lebih skit iaitu permulaan minimum - RM2,564.14 dan untuk yang ada PHD bermula dari RM2,875.48. Fuhh .... masuk-masuk kerja dah boleh dapat gaji lebih RM2K sebulan .. tu belum masuk elaun-elaun serta imbuhan yang diberikan.
Gaji Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)
Gaji maksimum pula boleh cecah sehingga RM8,731 ... itu gaji pokok .. kalau campur segala bagai lagi kemudahan yang diberikan, mau cecah RM10K sebulan! Jadi, memang tidak hairanlah ramai para lepasan graduan serta siswazah yang sangat berminat untuk mendapat kerja sebagai seorang Pegawai Tadbir Diplomatik.

Peluang Kembang Kerjaya

Saya juga difahamkan bahawa peluang untuk mengembangkan kerjaya untuk jawatan ini sangat baik sekali. Ada yang dapat kerja sampai ke luar negara tu ... yelah, tengoklah nama jawatan .. diplomatik .. silap-silap jadi duta, dan dah pastilah tangga gaji lagi tinggi, ye tak?

Saya tak pernah terfikir pun nak memohon kerja sebagai PTD ni selepas tamat belajar kat USM dulu. Apa yang saya fikir .. saya nak jadi macam Bill Gates .. hahahaa... dah lulusan dalam bidang komputer ... mestilah cari individu yang buat duit juta-juta dalam bidang yang lebih kurang sama.

Pernah juga minta kerja menerusi SPA untuk dapatkan jawatan Pegawai Teknologi Maklumat serta Pegawai Sains .. tapi gagal di tahap temuduga. Saya pernah ceritakan kisah temuduga saya ni dalam blog - fuh .. teringat isteri saya tolong carikan jaket untuk temuduga tu kat Ipoh (masa tu baru nak bercinta .. keh keh keh).

Tapi tak ada rezeki. Susah sebenarnya nak dapat kerja dalam Perkhidmatan Awam ni ... Saya hadir untuk exam sebanyak dua kali. Temuduga pula sekali. Kemudian, saya minta jawatan yang sama gak kat USM, sempat dapat saringan ketiga je walaupun masa tu saya ada 'kabel besar' dalam pentadbiran USM - siap kabel tu gak yang interview saya masa saringan ketiga. Tapi ... gagal.

Apa yang nak saya beritahu ialah:
  • Gaji seorang Pegawai Tadbir Diplomatik sangat lumayan dalam sektor awam.
  • Nak dapat kerja dalam perkhidmatan awam tidak perlu nak ada kabel - tak menjamin apa-apa.
Kadet PTD

Persediaan Untuk Jadi Pegawai Tadbir Diplomatik

Apa yang perlu ialah kena buat persediaan untuk disaring menerusi peperiksaan dan juga temuduga. Dan bila tengok gaji satu-satu jawatan tu, kalau gaji minimum dah cecah lebih RM2K, maka .. tahap kesusahan semasa peperiksaan dan temuduga memanglah tinggi. Carta proses jawatan PTD ni lain sikit .. ada kursus PAC dan kena jadi Kadet PTD.

Saya berjaya dalam saringan sehingga ke temuduga sebab saya minat dengan kerja yang saya pohon, itu sebab saya berjaya dalam peperiksaan oleh SPA. Dua kali oo kena panggil .. nampak tak betapa 'bernilai' saya ketika itu .. hahaha ...

Kepada mereka yang akan ambil peperiksaan dalam jawatan PTD M41 yang bergaji lumayan ini, kena pastikan anda minat .. bila anda minat, segala benda pasal PTD anda akan tahu dengan lebih baik. Soal GTP, GST, undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan, hirarki pemerintahan, pasal kerja mentadbir di negeri, daerah .. benda-benda macam ni kena minat untuk tahu. Perhubungan kerajaan, ASEAN, ASIA yang ada kena mengena dengan Diplomatik, tu perlu menjadi antara benda asas pengetahuan seorang PTD.

Tugas PTD M41 - Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

Saya ada beberapa kawan yang bekerjaya dalam bidang ini, memang pangkat beso ... sorang kerja kat MITI, seorang lagi kerja kat ...... errr kat .. alamak lupa la pulak .. tapi serius, kerja mereka bukan mudah. Tapi sebab mereka ni jenis yang minat, dan bukan sebab gaji ... so, mereka berjaya, siap sambung belajar ke oversea lagi tu untuk dalami bidang tugas sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik ...!!

Kepada mereka yang akan ambil exam PTD M41 pada 23 Disember 2016, saya doakan anda berjaya, dan lulus dengan cemerlang. Lakukan persediaan, dan pastikan keinginan dan minat anda dalam kerjaya ini betul-betul tinggi. In Sha Allah, akan dipermudahkan.

Jika anda berminat nak dapatkan rujukan terkini untuk peperiksaan PTD anda nanti, cuba pergi ke page berikut - iKerjaya Graduan. Di situ akan ada maklumat dan info bagaimana untuk mendapatkan rujukan, panduan lulus serta contoh-contoh soalan exam PTD.

Ingat untuk berdoa, dan buat sholat hajat ye.

COMMENTS

BLOGGER: 7
Loading...
Rahsia Lulus Temuduga Kerja
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,122,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,298,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,577,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,33,Kekeluargaan,87,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,83,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,297,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,355,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,60,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,492,Semesti,2,SENI,3,Shopping,114,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,176,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,98,Tips Blogging,314,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,52,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,107,Work From Home,13,
ltr
item
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™: Gaji Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)
Gaji Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)
Gaji Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD)
https://1.bp.blogspot.com/-wyU7J9GOWEo/VpEqlBUAVYI/AAAAAAAAGUo/nb-QfSHh5gU/s1600/gaji-seorang-ptd-m41.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-wyU7J9GOWEo/VpEqlBUAVYI/AAAAAAAAGUo/nb-QfSHh5gU/s72-c/gaji-seorang-ptd-m41.jpg
Lifestyle, Family, Shopping - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2016/01/gaji-seorang-pegawai-tadbir-diplomatik.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2016/01/gaji-seorang-pegawai-tadbir-diplomatik.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy