Jemput Jodoh

Wednesday, January 6, 2016

Borang Permohonan Kad Diskaun KTMB i-Card 2016


Mahu dapatkan penjimatan menerusi perkhidmatan KTM? Pastikan anda muat turun borang permohonan kad diskaun KTMB i-Card 2016 beserta borang pengesahan pelajar bagi menikmati penjimatan sehingga 40 hingga 50 peratus bagi perkhidmatan KTM Intercity dan KTM Komuter mulai tahun 2016.

Rugi kalau tak memohon kad diskaun KTMB i-Card ini. Isteri saya sendiri menggunakan kad diskaun pelajar KTMB i-Card ini sejak menjadi pelajar sepenuh masa di Universiti Malaysia sejak pertengahan tahun 2015. Hampir setiap minggu isteri saya akan pulang ke rumah menaiki KTM Intercity mahupun ETS dari KL Sentral ke Parit Buntar, jadi dengan adanya kad diskaun pelajar KTM ni, memang banyaklah dapat jimat.
Borang Permohonan Kad Diskaun KTMB iCard 2016

Borang Permohonan Kad Diskaun KTMB iCard 2016

Untuk pelajar yang menggunakan perkhidmatan KTM Intercity serta ETS, anda boleh mendapatkan diskaun harga tambang tiket sehingga 40% untuk setiap perjalanan. Dan bagi pelajar di Lembah Klang yang menggunakan kad diskaun ini untuk perkhidmatan KTM Komuter, anda boleh dapat diskaun harga tambang sehingga 50% untuk setiap perjalanan. Perghhh .... serius rugi kalau tak mohon.

Kepada mereka yang hendak memohon kad diskaun KTMB i-Card ini, anda boleh muat turun percuma dua jenis borang yang telah disediakan di bawah ini; klik pada Pop-Out untuk paparan saiz sebenar:

Borang Permohonan Kad Diskaun KTM i-Card (muka depan)

Borang Permohonan Kad Diskaun KTM i-Card (muka belakang)

Borang Pengesahan Pelajar

Untuk permohonan kad diskaun pelajar KTMB i-Card ini, bayaran tahunan sebanyak RM31.80 (termasuk GST) akan dikenakan. Ini bermakna, tempoh sah laku kad diskaun ini adalah selama 1 tahun.

Semua permohonan untuk mendapatkan kad diskaun KTMB i-Card ini perlu dihantar ke stesen yang dinyatakan seperti dipaparkan di bawah ini. Pemohon akan mendapat resit sementara untuk tujuan rujukan sebelum permohonan kad dapat diproses.

Borang permohonan yang lengkap akan dihantar ke pusat pemprosesan kad diskaun yang bertempat di KL Sentral. Kad-kad yang telah siap diproses;akan dihantar ke stesen mengikut pilihan pemohon dan makluman berkenaan status kad tersebut akan dimaklumkan melalui telefon atau email.
Stesen hantar borang KTM i-Card
Cara mohon kad diskaun KTMB i-card

Cara Mendapatkan Diskaun Tambang KTM dengan i-Card

Bagi mendapatkan diskaun, pelajar perlu mempamerkan kad KTMB i-Card di kaunter tiket KTM mahupun Komuter sebelum membuat sebarang pembelian tiket perjalanan. Walaubagaimanapun, diskaun sebanyak 50% bagi perkhidmatan KTM Komuter ini hanya tertakluk kepada pengguna KTMB i-Card Student di sektor Batu Caves - Port Klang dan Tanjung Malim / Rawang - Seremban / Gemas sahaja.

[Baca] Senarai Agen Berdaftar Jual Tiket ETS dan KTM Intercity

Manakala untuk perkhidmatan KTM Intercity dan ETS, diskaun adalah sebanyak 40% dari harga tambang yang dinyatakan untuk semua perjalanan.

Semoga bermanfaat.



Borang Permohonan Kad Diskaun KTMB i-Card 2016
4/ 5
Oleh

Update Terkini via Email

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

10 komen

Tulis komen
avatar
06 January, 2016 12:10 delete

Allhamdulillah.... bagus sangat ni dpt diskaun...

Reply
avatar
06 January, 2016 12:12 delete

sedeynye, bukan kad diskaun untuk semua lapisan masyarakat ke?..hehehe

Reply
avatar
06 January, 2016 13:22 delete

kalau yang selalu naik train ni patut mohon..

Reply
avatar
06 January, 2016 15:51 delete

Bagus mohon kad ni. Dapat berjimat banyak jika kita selalu guna.

Reply
avatar
06 January, 2016 15:52 delete

Betul tu. Bagus jika nak mohon Kad ini.

Reply
avatar
07 January, 2016 01:09 delete

klau bukan student bole apply ke?hehe..nk jgk diskaun..

Reply
avatar
07 January, 2016 09:59 delete

bagus info ni untuk yang memerlukan

Reply
avatar
15 January, 2016 22:48 delete

can i know whether we can help friend to do the card ?

Reply
avatar
15 January, 2016 23:16 delete

Yes u can, but in order to collect the card, it must be the applicant.

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Untuk komen, anda perlu login ke akaun Google. Jika tidak fungsi ruangan komen tidak dapat dipaparkan. Mohon maaf atas segala kesulitan ini. Terima kasih.