Tak sangka. Ini boleh dianggap satu pencapaian yang agak baik buat blog ini, di sebalik persaingan di dalam dunia blog Malaysia yang saban hari, saban minggu, saban bulan, saban tahun agak sengit. Woho .. banyak usaha yang telah dilakukan hanya untuk survive di dalam dunia blog Malaysia yang mencabar. Alhamdulillah, untuk tahun 2015, blog ini telah berjaya menerima sebanyak 4.2 juta hits (pageviews).

Jatuh bangun di dalam dunia blog adalah perkara biasa. Ada masa sebagai seorang blogger, idea datang mencurah-curah, dan adakala ketika, idea nak menulis perenggan pertama pun tak terkeluar. Siapa yang jadi penulis sebenar tahu akan hal ini. Ia bukan sekadar berlaku ketika nak menjawab soalan esei dalam peperiksaan, tetapi juga ketika duduk bersantai depan komputer untuk update entri terbaru... hoho.

Blog Terima 4.2 Juta Hits 2015

Blog House Husband Terima 4.2 Juta Hits 2015
Sebenarnya agak mengejutkan juga apa yang telah diterima oleh blog ini. Pencapaian menerima 4,217,732 hits pada tahun 2015, memadamkan rekod sebelumnya iaitu di tahun 2014. Pada tahun 2014, blog ini menerima jumlah hits sebanyak 2,530,802 hits sahaja. Ia satu peningkatan sekali ganda tanpa saya sedar.

Statistik blog jumlah hits pada tahun 2014
Mungkin apa yang blog ini terima tak terlawan dengan blog TheVocket dan juga SiakapKeli, tetapi cukup memadai bagi seorang blogger house husband yang bekerja sesuka hati tanpa ada boss, dan tanpa bergaji. Huhuhu ..

Peluang Pengiklanan Bebas

Dengan statistik ini, saya harap adalah pengiklan yang sudi untuk beriklan di blog ini ... manalah tahu kot-kot tahun 2016, blog boleh menjana jumlah hits yang lebih tinggi .... mungkin sehingga 10 juta pula setahun, dengan purata 1 juta hits atau pageviews untuk sebulan ...

Hoho .. dengan jumlah hits sebanyak ini, alhamdulillah ... iklan Google Adsense, dan Innity memberikan pendapatan yang agak baik setiap bulan. Begitu juga dengan program affiliate ...

Andai ada sesiapa yang mahu beriklan di blog ini, jangan segan silu untuk hubungi saya ye. In Sha Allah, saya boleh bantu dengan kelebihan yang ada di blog ini. Jika tidak dapat pulangan dalam jangkamasa pendek, maka fikirkan untuk jangkamasa panjang .. :) aummm ...



19 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. tahniah tuan hh
    banyak tuuu, memberi inspirasi buat kami ni jugak

    BalasPadam
  2. PC terinspirasi untuk lakukan lebih baik...betul bukan mudah hendak menulis...

    BalasPadam
  3. Wow ohsem. mcm mana boleh dpt hit sebyk tu? tunjuk ajarku sifu. hehe #LakarHidupSendiri www.fauzisabri.com

    BalasPadam
  4. Jauhnyaaaa beza kita. Haha. Apapun, tahniah! :)

    BalasPadam
  5. 4 Juta..WOW!!!
    Fida punya blog nak sampai 1k pun jenuh cari ilham la

    BalasPadam
  6. tahniah HH..semoga terus berjaya

    BalasPadam
  7. Tahniah HH. Terus maju ke hadapan di tahun 2016 yek..

    BalasPadam
  8. tahniah HH.....blog ini sememangnya jadi rujukan untuk saya...byk info yang boleh di terima hanya membaca blog ini tak rugi rasanya.....hihihih...berangan-angan juga nak memiliki blog seperti ini.....tahniah sekali lagi drp keladi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sebb sudi sokong blog ini. Harapan saya agar ilmu yang ada dapat digunakan, dan dikongsikan dengan blogger lain...

      Padam
  9. dasyat Tuan saya pencapaian hebat

    bleh buat duit non stop Allahuakhbar

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah...tahniah...semoga apa yang dihajati tercapai

    BalasPadam
  11. fuh..tahniah..dah kompem Adsense sayang ni..ehehe

    BalasPadam
  12. Memang terbaik dapat 4 juta PV dalam setahun..sangat memberikan saya inspirasi untuk terus fokus dalam blogging..

    BalasPadam
  13. Wah banyak tu. Tahniah bro.
    Semoga terus sukses :).

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement