Langkau ke kandungan utama

Awas .. Jangan Beli Pakej Rujukan PTD M41

Awas. Jangan beli dan muat turun Pakej Rujukan PTD M41 yang dijual secara online. Jika tidak, anda akan menutup peluang calon-calon peperiksaan untuk jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 yang lain. Anda seharusnya menjadi seorang yang layak untuk menjawat jawatan ini. Seandainya anda mendapatkan pakej rujukan ini, kemungkinan anda akan menjadi orang yang berjaya lulus peperiksaan itu nanti .. jadi bagaimana dengan rakan-rakan yang turut memohon jawatan yang sama?

Awas .. Jangan Beli Pakej Rujukan PTD M41

Beli Pakej Rujukan PTD M41
Ramai betul yang mahu menjawat jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) ini. Saya dapat tahu ada lebih kurang 70,000 permohonan yang didaftarkan untuk jawatan ini di laman SPA. Perghhh ... ia memang jawatan kerajaan yang sangat hot. Al maklumlah, menerusi PTD boleh jadi duta Malaysia ke luar negara ... malah ada banyak saluran serta peluang untuk kembangkan lagi karier dan kerjaya.

Syok Betul Jadi PTD

Saya mempunyai beberapa rakan sekolah yang berjaya menjadi PTD ni. Ada di antaranya sudah beberapa kali dapat ke luar negara atas urusan kerja. Malah, ada yang sudah menjawat jawatan antara terpenting di dalam sektor awam .... rasa bangga lak bila ada kawan yang ada pangkat hebat ni .. fuh.

Tapi itulah, yang nak memohon punyalah ramai, tetapi ruang kekosongan itu sangat jauh beza nisbahnya. Nak tak nak, siapa yang mahu mendapatkan jawatan PTD perlu bersaing sesama sendiri. Sudahlah saingan itu tinggi, peluang lagi ditipiskan pula dengan beberapa peringkat untuk berjaya mendapat jawatan ini.

Kalau ada yang tidak tahu, untuk menjawat jawatan PTD, ada beberapa peringkat harus dilalui ....
  1. Daftar untuk jawatan PTD di laman web SPA setiap tahun (bukan sekali daftar terus lupakan ye ..).
  2. Dipanggil untuk hadiri peperiksaan secara online. Dulu, saya hadiri secara bertulis, di dalam dewan yang sangat besar lagi sunyi ... huhu.
  3. Disenaraipendek dan dipanggil untuk temuduga. Saya tidak pernah disenaraipendek .. tetapi mungkin berada di senarai panjang ..
  4. Jalani kursus atau diploma sebagai Kadet PTD. Dapat pakai seragam putih dan nampak bergaya.
  5. Diserapkan ke perjawatan.

Banyak ditapis. Banyak hadapi ujian. Banyak kena hadiri kursus .. hoho ... jadi, mereka yang berjaya jadi calon akhir bukanlah calang-calang orang. Bukan mereka yang goyang kaki dan berfikir mereka tahu segala benda ... bukan mereka yang suka buang masa, dan bukan mereka yang rasa mereka bijak.

Kualiti Seorang PTD

Yeap, itulah kualiti yang ada pada rakan-rakan saya yang berjaya menjawat jawatan PTD di dalam kerajaan. Saya mengenali mereka ini sebagai antara top scorer di IPT, yang kuat berusaha, yang ada azam untuk berjaya, yang sentiasa melakukan persediaan untuk segala perkara yang bakal mereka lalui. Malah, salah seorang dari rakan saya yang jadi PTD ini adalah 'drop-out' .... tapi ... sentiasa berusaha untuk perbaiki diri dan akhirnya berjaya.

Orang gagal sentiasa mencari alasan.
Awas .. Jangan Beli Pakej Rujukan PTD M41
Jadi, kalau anda merupakan calon PTD yang dijadualkan hadapi exam online pada November 2016, awas dengan promosi berkaitan Pakej Rujukan Peperiksaan Online PTD ini - cubalah cari alasan untuk tidak mendapatkannya ... kerana kalau tidak, anda mungkin akan tercalon di dalam senarai pendek untuk peringkat seterusnya menjadi Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41.
[+] Info Tambahan Berkaitan PTD

Berilah peluang untuk mereka yang benar layak untuk jawatan ini. :)



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. betul tue semalam dah baca dalam portal spa

    BalasPadam
  2. maksudnya buku rujukan ni memang benar hebat lah ye?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…