Jemput Jodoh

Ahad, 10 Januari 2016

Along Char Kue Teow Kena Cari Lokasi Lebih Baik

Along Char Kue Teow ialah sebuah restoran tanpa pintu yang agak popular di Parit Buntar. Kalau sebut mana nak cari tempat makan Char Kue Teow yang sedap dan best, inilah antara pilihan yang terbaik. Tetapi satu je yang tak best mengenai Along Char Kue Teow sejak saya 'mengenali' Char Kue Teow yang sedap di Parit Buntar.... nak tahu? hoho .. kena baca naa sampai habis...

Semenjak saya tinggal di Parit Buntar, rasanya sudah 5 kali lokasi Along Char Kue Teow ini berubah. Lokasi yang pertama adalah di hujung sebuah lot kedai, yang sekarang telah diduduki oleh Kedai RM2 (sebelum ini Longwan), kemudiannya berubah ke belakang stesen minyak Petronas.

Setelah beberapa lama beroperasi, Along Char Kue Teow kena pindah lokasi sekali lagi, kali ini di tempat yang sama cuma agak jauh sikit dari lokasi asal. Dan kali ini lebih dekat dengan kawasan perkuburan. Sebab kena pindah lokasi kerana lokasi asal dimajukan menjadi sebuah masjid baru.

Along Char Kue Teow Perlu Cari Lokasi Lebih Baik

Memandangkan lokasi ketiga agak sempit, Along Char Kue Teow berpindah lagi. Kali ini ke satu kawasan yang nampak sangat strategik - di tepi jalan besar berhampiran Kampung Kedah. Disebabkan lokasi ini, Along Char Kue Teow semakin dikenali kerana terletak di jalan utama antara Taiping ke Butterworth. Setiap malam ada sahaja yang berhenti makan di situ.

Namun, akibat beberapa masalah ... lokasi terbaru (setakat entri ini ditulis) telah berpindah ke kawasan yang sama cuma kedudukannya lebih ke dalam sedikit, dan lebih jauh dari jalan besar. Ia terletak bersempadanan dengan kawasan perumahan yang baru dibangunkan.
Along Char Kue Teow
Lokasi Along Char Kue Teow Parit Buntar
Lokasi terbaru ini telah dibinakan sebuah tempat seperti sebuah bengkel, yang berbumbung tetapi masih lagi tidak mempunyai pintu. Lapang dan didirikan juga beberapa gerai kecil lain sebagai tambahan kepada menu - satu-satunya menu iaitu Char Kue Teow.

Cuma masalahnya ialah ...

Banyak Nyamuk Sehingga Tengah Makan Pun Hinggap di Hidung

Kawasan tersebut terlalu banyak nyamuk. Nyamuk menjadi musuh utama sehingga pelanggan yang datang terpaksa menaikkan kaki ke kerusi untuk elak nyamuk yang suka benar menyerang kaki. Jumlah nyamuk ini .... memang cukup banyak, sehingga sedang menikmati Char Kue Teow pun dia boleh hinggap di hidung dan berdesing di telinga.

Serius. Kalau tidak kerana kesedapan Along Char Kue Teow, tentu ramai dah angkat kaki dah ... Ramai pelanggan sanggup menunggu dengan aksi menampar nyamuk sana sini sebelum hidangan sampai. Malah, ada yang berkelubung kaki untuk elak nyamuk dari menggigit. Jenis nyamuk pula adalah spesies yang halus, dan kalau terkena gigitan memang gatal tak boleh nak digambarkan.

Cadangan Penyelesaian

Mungkin Along Char Kue Teow kena cari lokasi baru yang lebih baik. Tapi, pastinya ia akan libatkan kos. Dah la tempat dan lokasi sekarang sudah dikeluarkan modal agak besar juga - dari pemerhatian. Atau .. cuba lakukan sesuatu untuk selesaikan masalah kawasan banyak nyamuk ini.

Apa yang saya lihat, kawasan sekeliling yang penuh dengan semak, dan becak serta terdapat beberapa tinggalan barang pembinaan mungkin menjadi penyebab kenapa terlalu banyak nyamuk di lokasi Along Char Kue Teow. Jadi, kalau boleh ... untuk keselesaan pengunjung dan pelanggan, boleh ikhtiarkan untuk buat gotong royong, atau pembersihan kawasan sekeliling.

Sedap memang sedap, namum lama-lama orang akan lupa akan kesedapan Along Char Kue Teow sebab perlu asyik menampar dan risaukan akan nyamuk dari mengadap serta menikmati hidangan terbaik Along Char Kue Teow.

p.s: Sampai saya tak sempat nak snap gambar char kue teow ... sbb sibuk nak makan, dan sibuk nak tampar nyamuk .. 


Kongsi dan Sebarkan

Along Char Kue Teow Kena Cari Lokasi Lebih Baik
4/ 5
Oleh

Update Terkini via Email

Suka dengan artikel di atas? Daftar percuma email anda untuk melanggan. Langganan diuruskan oleh Feedburner, dan ianya selamat.

15 komen

Tulis komen
avatar
10 Januari, 2016 12:15 delete

rasanya boleh mohon tapak dengan majlis perbandaran kot BRO HH..atau sewa lot gerai..

Reply
avatar
10 Januari, 2016 12:31 delete

Sudah tiba masanya Along char kuey teow mencri satu lot kedai dua pintu...lokasi yg sesuai di taman wawasan menghadap jalan besar ataupyn dkt ngan sinpang kfc di kawasan hujung tepi tue... boleh tgk area jitra kwsn dpn yawata..mmg rancak

Reply
avatar
10 Januari, 2016 12:52 delete

Parit Buntar tak jauh dah dengan semanggol. nanti balik kampung boleh la contact bro minum sini... tak pernah try lagi... boleh borak pasal blog... sambil-sambil tampar nyamuk...huhu

Reply
avatar
10 Januari, 2016 14:46 delete

Baru je balik Semanggol minggu lepas .. hoho .. :) gi Bukit Merah .. main air.

Reply
avatar
10 Januari, 2016 15:29 delete

kampung kat semanggol ka? area mana?

sekarang pergi bukit merah bawak anak main kolam dekat club house jer... murah dan makan pun sodap...

Reply
avatar
10 Januari, 2016 16:36 delete

Kedai makanan sedap ceruk mana pun orang sanggup pergi..
Mungkin kena bersihkan sikit sekitarnya untuk kurangkan nyamuk

Reply
avatar
11 Januari, 2016 10:03 delete

Ramai yg x puas hati kenapa bro buka dekat tanjung malim padahal kat rawangkan lebih baik. Lepas dgr penjelesan baru fhm.

Reply
avatar
11 Januari, 2016 11:05 delete

Huh?? Siapa punya Char Kue Teow?

Reply
avatar
11 Januari, 2016 13:39 delete

pening2..ambo tak faham cerita nih...

Reply
avatar
11 Januari, 2016 17:25 delete

Siapa yang boleh tolong nie?

Reply
avatar
11 Januari, 2016 23:15 delete

lalu jeee tak pernah singgah ngeh3..
slalu makan char kuey teow depan taman pekaka tu jeee..

Reply
avatar
12 Januari, 2016 08:32 delete

Kena singgah juga nanti bila sampai sana. Nak merasa sambil tampar nyamuk.

Reply
avatar
12 Januari, 2016 09:28 delete

kalau makanan best, jauh pun takpa,janji redah dan rasa

Reply
avatar
13 Januari, 2016 17:55 delete

mungkin terbaca entry lain, terkomen di blog lain... kadang-kadang terlalu banyak blogwalkingpun boleh berlaku kes macam ni.

Reply

[Peringatan Ikhlas]

Untuk komen, anda perlu login ke akaun Google. Jika tidak fungsi ruangan komen tidak dapat dipaparkan. Mohon maaf atas segala kesulitan ini. Terima kasih.