8 Cara Melariskan Produk Tanpa Gunakan FB Ads

Cara Melariskan Produk Tanpa Gunakan FB Ads

Satu ketika dahulu, produk yang kita jual tidak pun menggunakan iklan. Banyak yang laku keras sehingga ada yang bagai sukar untuk mendapatkannya. Teknik ketika itu adalah menerusi dari mulut ke mulut. Cara ini sebenarnya masih relevan sehingga kini, malah lebih baik daripada FB Ads mahupun Google Adword. Jadi, bagaimana nak menjual produk sehingga laku keras tanpa menggunakan platform pengiklanan online contohnya FB Ads?

Berdasarkan infografik yang diterbitkan oleh Referral Candy, cara-cara untuk menjual produk sehingga laris dan laku adalah menerusi kaedah kuno - mouth to mouth. Ia adalah teknik pemasaran yang sangat power tanpa memerlukan sebarang modal atau mungkin modal yang sangat kecil, malah ia sangat diyakini dan terbukti berkesan sehingga sekarang.
8 Cara Menjual dan Melariskan Produk Tanpa Gunakan FB Ads

Cara Menjual Produk Sehingga Laris Tanpa Gunakan FB Ads

Menerusi infografik tersebut, ada 8 cara untuk melakukannya. Jika anda mahu menjadi usahawan yang berjaya maka ikuti tips ini. Jangan tamak, cuba praktiskan dulu 1 daripada 8 dan lihat kesannya terlebih dahulu. Buat sehingga berjaya!

Hasilkan Produk Sangat Bagus

Hasilkan produk yang sangat bagus sehingga pelanggan memperkatakannya. Apabila mereka bercakap-cakap mengenai produk terbaik anda tanpa sebarang ganjaran, maka promosi akan jadi lebih berkesan. Produk anda mesti memberikan impak hebat dalam kehidupan mereka, contohnya sabun basuh yang boleh mengeluarkan kotoran tanpa anda perlu memberus .. :)

Berikan Produk atau Servis Kepada Golongan Tertentu

Anda ada produk, maka cuba berikan kepada golongan tertentu yang mempunyai kuasa hebahan yang kuat. Untuk konteks ini, anda boleh berikan kepada blogger yang mempunyai ramai pengikut, dipercayai pembaca, dan ada pengaruh di media sosial. Apabila mereka menggunakannya dan mendapati bahawa produk anda sangat bagus, mereka pasti akan menceritakannya secara khusus, secara betul, ikhlas dan jujur.

Memudahkan Cara Untuk Pelanggan Hebahkan Produk

Katakan anda anda satu produk, anda jual produk anda itu kepada seorang pelanggan, cuba anda berikan satu lagi produk yang sama secara percuma kepadanya andai dia memberikan anda pelanggan yang baru. Atau boleh juga membuat promosi beli satu percuma satu kepada rakan. Atau anda boleh letakkan alamat atau nombor telefon bisnes atau produk anda dalam pembungkusan produk.
8 Cara Melariskan Produk Tanpa Gunakan FB Ads

Fikirkan Cara Untuk Buat Pelanggan Rasa WOW

Anda kena fikirkan bagaimana untuk menjadikan anda satu produk yang boleh berikan rasa wow. Produk anda mungkin ada saingan, maka cuba berikan lebih supaya pelanggan nampak bahawa produk anda adalah lebih baik - dari segi pemasaran, dari segi after sales dan sebagainya. Cara paling mudah untuk dapatkan rasa wow pada pelanggan ialah bagaimana anda berinteraksi dengan mereka selepas mendapatkan produk anda. Ramai pelanggan akan rasa dihargai dan wow jika anda lakukan teknik ini.

Selesaikan Satu Masalah Spesifik Pelanggan

Bukan semua orang ada masalah yang sama. Kadangkala kita nampak macam sama, tetapi berbeza. Seperti jerawat di muka, ada jenis-jenis jerawat; jadi cuba jadi spesifik. Apabila spesifik, sangat mudah untuk produk anda mendapat perhatian. Orang akan lebih membeli produk dan bercerita mengenainya andai ia merujuk kepada masalah spesifik pelanggan. Bezakan antara Sabun Merawat Jerawat dengan Sabun Merawat Jerawat Batu atau Sabun Memulihkan Jerawat.

Memberikan Jawapan Yang Sebenar Kepada Pelanggan

Soalan pelanggan yang selalu akan keluar - "Produk Mana Satu Patut Aku Beli?". Anda patut mempunyai produk yang boleh memberikan 10 alasan spesifik untuk menjawab soalan pelanggan seperti ini. Berikan fakta tetapi jangan terlalu saintifik, kerana perkataan-perkataan yang berat boleh menakutkan pelanggan. Baik gunakan ayat dan perkataan yang mudah, ringan serta senang difahami.

Jual Produk Kepada Seorang Pelanggan Terlebih Dahulu

Seth Godin memberi nasihat supaya jual produk kepada seorang pelanggan terlebih dahulu, dan pastikan pelanggan tersebut menggunakannya. Cari pelanggan yang benar-benar mempercayai kita, dan minta dia membeli. Dari seorang pembeli ini, anda akan dapat banyak input terutamanya berkaitan kebaikan, manfaat, penyelesaian masalah serta kelebihan produk.

Buatkan Pelanggan Jatuh Cinta

Apabila pelanggan jatuh cinta dengan produk, serta sangat yakin dengan kebaikan, manfaat, serta kelebihan produk; kemungkinan dia akan beritahu kepada 10 rakan-rakan lain adalah lebih tinggi.

Berhenti Jual Jika ...

Berhenti jual produk anda andai pelanggan pertama anda tidak memberikan input yang bagus. Cari produk lain untuk dijual, dan pastikan anda ikuti langkah-langkah tadi.
Cara Melariskan Produk
Kaedah pemasaran atau pengiklanan menerusi mulut ke mulut akan berjaya jika ada dua komponen yang penting iaitu:
  1. Produk yang sangat bagus.
  2. Strategi pemasaran yang unik.
Apabila dua komponen ini seiring, ia akan memudahkan sesuatu produk untuk laku keras dan mempercepatkan keuntungan bisnes, selain merendahkan kos seperti pengiklanan dan kempen pemasaran. Jadi, anda mungkin tidak perlu menggunakan FB Ads andai anda gunapakai tips 8 cara tadi ...

Ilmu yang saya kongsikan ini adalah menerusi pembacaan hasil penulisan Aqif Azizan. Aqif Azizan merupakan seorang pakar copy-writing di Malaysia dan merupakan penulis kepada beberapa buku serta ebook berkaitan teknik pemasaran. Saya anggap beliau adalah guru terbaik dalam membantu blogger seperti saya menulis sehingga dapat income online sendiri.

Semoga bermanfaat.



COMMENTS

BLOGGER: 9
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,117,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,365,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,290,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,45,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,50,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,623,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,578,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,10,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,32,Kekeluargaan,81,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,81,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,47,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,57,Lifestyle,275,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,335,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,654,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,54,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,486,Semesti,2,SENI,3,Shopping,109,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,173,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,93,Tips Blogging,311,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,85,Tips Dapur,51,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,130,VIDEO,127,Video Best,34,widget blog,29,WIDGET PILIHAN,71,wordless wednesday,105,Work From Home,13,
ltr
item
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™: 8 Cara Melariskan Produk Tanpa Gunakan FB Ads
8 Cara Melariskan Produk Tanpa Gunakan FB Ads
Cara Melariskan Produk Tanpa Gunakan FB Ads
http://3.bp.blogspot.com/-Jn5vKA17QPA/VpaL6_bn3VI/AAAAAAAAGcM/cKan2n3v0kY/s1600/teknik-pemasaran-tanpa-guna-fb-ads.png
http://3.bp.blogspot.com/-Jn5vKA17QPA/VpaL6_bn3VI/AAAAAAAAGcM/cKan2n3v0kY/s72-c/teknik-pemasaran-tanpa-guna-fb-ads.png
Biar Tahu Dengan Ilmu - HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2016/01/8-cara-melariskan-produk-tanpa-gunakan.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2016/01/8-cara-melariskan-produk-tanpa-gunakan.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Baca lagi Balas Batal balas Padam Oleh Home LAMAN ARTIKEL Papar semua DISARAN UNTUK ANDA LABEL ARKIB CARIAN SEMUA ARTIKEL Maaf tidak dijumpai apa yang diminta Kembali Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy