3 Strategi Popular Buat Duit Dalam Bidang Hartanah

Ada ilmu baru saya nak kongsikan kepada anda semua, ia adalah berkenaan strategi untuk buat duit dengan hartanah. Ilmu ini merupakan ilmu atau strategi yang cukup popular dalam bidang hartanah di Malaysia. Kalau anda seorang pakar hartanah, mungkin perkongsian saya ini bagai tiada makna, tetapi untuk newbie seperti diri saya sendiri, 3 strategi popular buat duit dengan hartanah ini mungkin sesuatu yang baru.

Ok. Agak-agak anda boleh teka tak apakah tiga strategi yang saya maksudkan ini? Serius, jika saya nyatakan tentu anda dah sedia maklum, cuma mungkin tak pernah buat memandangkan strategi ini dibuat dan dilakukan oleh mereka yang banyak duit .... huhuhu... macam otai-otai dan jutawan hartanah.

3 Strategi Popular Buat Duit Dengan Hartanah

3 Strategi Popular Buat Duit Hartanah
Acaner? Err .. rasanya tak salah kot saya kongsikan 3 strategi ini, mana tahu boleh berikan lebih idea untuk buat duit dalam bidang hartanah kepada mereka yang mungkin nak mula menceburinya pada tahun ini.

Memang terdapat macam-macam cara yang anda boleh buat untuk jana duit melalui hartanah.Di sini saya nak senaraikan strategi-strategi yang popular digunakan oleh pemain-pemain dalam industri hartanah di Malaysia ni, antaranya ialah :
  1. Strategi beli dan simpan
  2. Strategi beli dan sewakan
  3. Strategi beli dan jual
Strategi pertama cukup simple. Anda beli satu rumah, anda simpan. Cukup beberapa tahun apabila harga rumah itu naik, maka anda jual. Beza jualan dengan belian tersebut akan berikan margin keuntungan kepada anda.

Strategi kedua ialah beli dan sewakan. Rasanya saya tak perlu ulas panjang-panjang, kerana ramai orang yang ada duit akan gunakan teknik ini untuk jana income secara berterusan setiap bulan. Namun kena ingat, jana income menerusi cara ini tidak semestinya menguntungkan. Ia hanya akan memberikan keuntungan sebenar jika kadar sewa itu dapat cover bayaran installment bulanan pinjaman bank untuk rumah tersebut... hoho ... ada cara kalau anda nak tahu .. nanti akan dimaklumkan di akhir post ini.
3 Strategi Popular Buat Duit Hartanah

Strategi ketiga ialah strategi yang digunakan tanpa perlu banyak bersabar, kata orang ... nak untung cepat-cepat ... cara ini selalunya digunakan oleh mereka yang beli rumah yang masih dalam pembinaan atau rumah yang belum lagi dibina. Rumah tersebut akan terus dijual apabila siap tanpa fikir lama-lama ... selalunya harga belian terutama early-bird akan jauh lebih murah dengan harga apabila rumah itu telah siap dibina. Jadi, boleh dapatkan keuntungan dari situ ...

Lagi satu cara dalam strategi ketiga ialah dengan membeli rumah lelong atau yang sedang dibaik-pulih; yang kemudian dijual dengan harga pasaran semasa yang pastinya akan jauh lebih tinggi.

Ok. Nampak dah? Faham dah?

Kalau Tak Cukup Modal? Modal Kecil? Bagaimana?

Itu cara orang yang ada duit. Tapi menerusi Teknik Sublet Premium, anda boleh jana income dan buat duit dalam bidang hartanah dengan kos yang lebih murah. Malah, seperti saya sebut tadi dalam strategi kedua ... anda boleh buat duit dan cover bayaran balik pinjaman perumahan yang anda ada menerusi teknik Sublet Premium.

Anda tidak perlu beli rumah untuk buat duit dalam hartanah ini. Malah, dengan modal dibawah RM5000 pun ada boleh dapat income secara berterusan berbulan-bulan lamanya dengan hanya sebuah rumah yang anda sewakan kepada orang lain. Yeap, sewa atas sewa ... itulah sublet!

Teknik ini telah diperkenalkan kepada saya apabila membaca ebook Rahsia Sublet Premium. Kalau anda nak tahu rahsia sebenar otai hartanah jana income sampingan lumayan sehingga 4 angka, maka ebook ini patut anda miliki.

Untuk info lebih lanjut, anda boleh dapatkan ebook tersebut dengan harga tawaran yang susah nak dapat ...

Klik Sini - Ebook Rahsia Sublet Premium + Bonus Terbaik 2016

Klik dan baca, dan lihat bagaimana manfaat yang boleh anda dapat dengan ilmu hartanah ini. Anda kena ingat dan perlu tahu, kalau anda pergi seminar hartanah, anda tidak akan peroleh ilmu yang dikongsikan dengan harga yang ditawarkan ... rugi .... dan ilmu ini boleh diwarisi kepada anak-anak, sedara mara .... in Sha Allah, berkat.


{ 9 comments.. read them below or add one }

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid January 20, 2016
perkongsian yang menarik minat....
Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal January 20, 2016
Assalammualaikum... bro HH,

terima kasih berkongsi pasal pelaburan hartanah nie..

mselim3
yang baik yang baik January 20, 2016
Ooo... ini strateginya. Boleh dijadikan panduan dan ikutan :D
Keladi Ubi Keladi Ubi January 20, 2016
wahhh..best nyer.info yang menarik...tapi nak cari tu susahnyer...tak ada modal...
Vander Good Vander Good January 20, 2016
Tips ni berguna bagi siapa yang betul2 berminat dalam bidang hartanah :)
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah January 20, 2016
Bagus nak cuba cara ni. Terima kasih bro kongsi tips ni.
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit January 20, 2016
Cara no dua tu ramai yang buat. Tapi kesannya ramai yang terpaksa hidup menyewa kerana rumah susah nak dapat.huhu.
izzeyda izzeyda January 21, 2016
bagus info nih.. tapi bila harga rumah makin mahal nih, makin ramai laa yang menyewa..
Ismi Maizura Ismi Maizura January 21, 2016
good tips..sy sdiri pn beli rumah dan sewakan..kita bt hutang tp org lain tlong bayarkan :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.