Langkau ke kandungan utama

2 Cara Ketahui BR1M 2016 Dibayar

Sesak sungguh laman web BR1M 2016. Saya sendiri beberapa kali mencuba untuk masuk ke laman web e-BR1M untuk membuat semakan, nak tahu samada pembayaran BR1M sudah dibuat atau belum. Sebenarnya ada 2 cara untuk ketahui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) telah dibayar, iaitu menerusi semakan online dan juga menerusi penyata kewangan di bank yang telah didaftarkan untuk terima bayaran.

Buat mereka yang pernah menerima BR1M sebelum ini, ia bukan satu masalah; tetapi buat mereka yang mungkin ada membuat permohonan baru, dan juga kemaskini berkaitan status perkahwinan tentu tertanya-tanya samada status permohonan BR1M terkini berjaya atau tidak.

2 Cara Ketahui BR1M 2016 Dibayar

2 Cara Ketahui BR1M 2016 Dibayar
Terdapat dua cara untuk memastikan samada anda layak atau telah menerima BR1M 2016, iaitu menerusi:

Semakan Online e-BR1M 2016

2 Cara Ketahui BR1M 2016 Dibayar
Pergi ke e-BR1M 2016. Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan, dan kemudian klik butang 'Semakan Status Permohonan'. Butiran mengenai kemasukan wang BR1M 2016 akan dipaparkan beserta tarikh kemasukkan. Mereka yang berjaya dalam BR1M akan tertulis 'Permohonan Lulus' dalam bahagian status permohonan. Anda boleh rujuk post yang telah saya tulis sebelum ini - Semakan Status Permohonan BR1M 2016

Semakan Penyata Bank

Untuk mereka yang telah mendaftarkan akaun bank untuk terima wang BR1M 2016, anda boleh semak kemasukkan wang tersebut menerusi penyata. Hanya pergi ke bank membawa buku akaun bank untuk kemaskini, atau boleh terus menggunakan perhidmatan perbankkan internet untuk melihat kemasukan wang BR1M 2016 seperti ditunjukkan di bawah ini:
2 Cara Ketahui BR1M 2016 Dibayar

2 Cara Ketahui BR1M 2016 Dibayar
Pembayaran BR1M 2016 akan dilakukan secara berperingkat, untuk peringkat pertama bermula dari 28 Januari 2016 sehingga 31 Januari 2016. Saya difahamkan, mereka yang tidak berjaya di dalam permohonan BR1M 2016 atau tidak menerima wang, boleh membuat rayuan selepas 31 Januari 2016. Walaubagaimanapun, rayuan tidak boleh dilakukan secara online. 
BR1M 2016

Kredit Gambar: Melvister



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Terima kasih bro.

    Sat nak pi check. hehe

    BalasPadam
  2. baru check td..dah masuk..hehe

    BalasPadam
  3. saya sudah menuju ke link rujukan, eh ternyata khusus malaysia ya pak :(

    BalasPadam
  4. sedang dalam proses plak..aiseh

    BalasPadam
  5. tahun nih tak dapat pulak... huhu

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping Pasar Kemboja - Rezeki Sebagai Tour Guide

Rezeki Allah S.W.T ini boleh hadir dari banyak sumber. Kadang tak terfikir pun. Alhamdulillah, baru-baru ini saya ditakdirkan Allah S.W.T untuk kenal sebuah keluarga dari Singapura yang datang ke Parit Buntar untuk urusan pernikahan anak lelaki mereka. Alang dah datang untuk hadiri majlis, maka mereka ambil peluang untuk 'melancong' dan ketahui tempat menarik di Parit Buntar.

Saya memang tidak sangka. Bermula dengan sebuah pertanyaan menerusi email, sehinggalah kami bertemu dan menjadi mesra.
Bawa 'Pelancong' Dari Singapura Shopping di Pasar Kemboja Semuanya disebabkan oleh blog post atau entri blog ini yang menjadi bacaan dan rujukan mereka. Disebabkan tulisan saya mengenai Pasar Kemboja di Parit Buntar, saya telah dihubungi oleh salah seorang ahli keluarga dari Singapura ini, mahukan bantuan saya dalam bentuk servis berbayar untuk bawa mereka bershopping di Pasar Kemboja.

Dan nak dijadikan cerita pula, perkahwinan anak mereka adalah dengan salah seorang anak bekas ra…