12 Servis Terbaru Tren ETS Bermula 18 Januari 2016

Terkini dari KTMB. Pihak KTMB akan memperkenalkan 12 servis atau perkhidmatan terbaru tren ETS melibatkan perjalanan dari KL Sentral - Ipoh - Butterworth - Padang Besar. Ia berikutan permintaan yang tinggi untuk sektor utara bagi kawasan-kawasan terbabit. Perkhidmatan baru ini akan beroperasi bermula 18 Januari 2016.

Alhamdulillah, satu berita yang amat baik untuk pengguna-pengguna KTM ETS terutama buat isteri saya yang sering ulang-alik setiap minggu dari KL Sentral ke Parit Buntar. Dengan 12 servis terbaharu ini, maka akan lebih banyak tren melalui Parit Buntar dan kawasan terlibat. Maka, isteri saya akan dapat atasi masalah untuk mendapatkan tiket tren ETS yang sentiasa habis setiap bulan.

12 Servis Terbaru Tren ETS Bermula 18 Januari 2016

Memang laku keras perkhidmatan tren ETS sejak ia diperkenalkan untuk destinasi ke utara Semenanjung. Dan saya juga difahamkan, bahawa servis ETS akan menjadi servis utama pengangkutan tren apabila tren biasa Senandung Langkawi serta Ekspres Rakyat telah diberhentikan perkhidmatan.

Berikut adalah kenyataan media berkaitan 12 servis terbaru tren ETS yang akan bermula pada 18 Januari 2016:



Selain itu, terdapat juga promosi khas untuk tren ETS Platinum sempena sambutan Tahun Baru Cina 2016. Diskaun sebanyak 25% akan diberikan kepada pelanggan-pelanggan ETS seperti tertera di bawah:
Promosi tren ETS Platinum sempena Tahun Baru Cina 2016
Semoga informasi ini bermanfaat kepada yang lain. Apa lagi ... moh kita naik trennn ....

3 comments.. read them below or add one

Saljuhumairah Saljuhumairah January 16, 2016
Dah lama teringin nak naik... tak ada kesempatan lagi... hari tu dah plan nak naik dari Jitra ke Butterworth.. tapi tiket lewat sangat... insyaAllah nanti nak naik jugak..
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue January 17, 2016
Kalau dapat promosi sangat berpatutan la balik di hari perayaan dengan ETS ni
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 18, 2016
Betul .. diskaun banyak tu ... :)

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.