Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Disember, 2015

Harga Petrol Terkini RON 95, RON 97, Diesel 2016

Harga petrol terkini RON 95, RON 97, diesel 2016. Harga bahan bakar petrol jenis RON 95, RON 97 dan diesel turun untuk Januari 2016. Perkara ini telah disahkan. Harga baru dan terkini bagi petrol dan diesel untuk Malaysia akan berkuat-kuasa mulai 12:01 pagi 1 Januari 2016.

Ini merupakan penurunan harga bahan api yang agak tinggi.
Harga Petrol RON 95, RON 97, Diesel Januari 2016 Harga tersebut adalah seperti berikut:


Harga runcit petrol RON95 turun 10 sen. Harga baru bagi RON95 kini menjadi RM1.85 seliter, berbanding RM1.95 pada Disember 2015.

Manakala, harga petrol terkini bagi RON97 pula berkurangan sebanyak 20 sen, daripada RM2.45 kepada RM2.25. Harga bagi diesel pula turun paling banyak iaitu 30 sen, daripada RM1.90 pada Disember 2015 kepada RM1.60 untuk Januari 2016.



Senarai 10 Movie Best 2016

Tahun 2016 bakal menyaksikan banyak filem atau movie best yang akan menggegarkan pawagam. Menerusi entri ini, saya kongsikan 10 movie best yang bakal ditayangkan pada tahun 2016. Adakah sepuluh filem ini akan berjaya di tahun 2016? Jom lihat senarai 10 filem best tersebut ... dan pastikan anda bookmark post ini untuk rujukan kelak .. hoho.

Oh ya, untuk memberikan mood untuk rasa mahu tonton movie best ini, saya juga sediakan video trailer setiap filem best yang bakal ditayangkan ini. Anda pasti teruja sepertimana saya dan anak-anak yang memang kaki movie ....
10 Movie Best Bakal Tayang 2016
Berikut adalah senarai 10 filem yang dirasakan best dan akan menggegarkan panggung dan pawagam seluruh dunia pada tahun 2016. Semoga anda enjoy dengan trailer setiap filem ini yang saya kongsikan. Mana yang paling menarik untuk anda? Jangan lupa kongsikan pendapat di ruangan komen.
Batman v Superman : Dawn of Justice Tatkala dunia takut dengan apa yang ada pada Superman, sehingga menampakkan bahaw…

Mudah Ke Nak Jadi Blogger Dikenali?

Alhamdulillah, tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya. Pejam celik sudah lebih 5 tahun saya berada di dalam dunia blog Malaysia. Sejak blog dikenali ramai pada tahun 2011 sehingga kini, bermacam-macam cerita dan kisah mengenai blogging telah saya kongsikan. Saya juga mengenali ramai rakan blogger yang hebat. Ada blogger kacak, ada blogger cun, ada blogger peramah, ada blogger yang jiwa kental, ada blogger yang hidup 'dua alam', ada blogger yang telah menjadi selebriti tanahair.

Waktu tahun 2010, saya blogger yang tak ada nama pun dalam dunia blog Malaysia. Alhamdulillah, dengan bantuan rakan-rakan blogger yang dah popular seperti Ben Ashaari, Denaihati, Redmummy, Beautifulnara, Shakiddo, Eyriqazz, Sohoque, AbangEnsem, Fatin Liyana, Dapur Tanpa Sempadan, Namee Roslan, BroFramestone, Mazidul Akmal, dan ramai lagi ... blog saya semakin dikenali.
Mudah Ke Nak Jadi Blogger Dikenali? Pengiktirafan dari rakan blogger memberikan jolokan Pakar SEO Malaysia, Sifu Blogger, Otai Blogger dan…

Senarai Agen Jual Tiket ETS dan KTM Intercity

Senarai agen berdaftar untuk jual tiket KTM ETS dan Intercity. Wah, bagus apa yang dilakukan oleh pihak KTM bagi memastikan sistem penjualan tiket ETS dan tren KTM Intercity diperluaskan. Terkini, pihak KTM Berhad telah melantik sebanyak 13 agen tiket berdaftar KTM di Semenanjung untuk membantu penjualan tiket tren KTM ETS dan juga Intercity.

Apa yang dilakukan oleh pihak KTM ini adalah sebagai langkah untuk meningkatkan kepuashatian pelanggan KTM terutamanya dengan pelancaran banyak perkhidmatan baru seperti Komuter Utara, Komuter Selatan, ETS Ekspress dan ETS Intercity.
Senarai Agen Jual Tiket ETS Intercity Dengan pelbagai tawaran perkhidmatan oleh KTM, saluran pembelian tiket juga diperluaskan. Buat masa ini, pembelian tiket keretapi KTM boleh dilakukan menerusi cara berikut:
Pembelian di kaunter tiket stesen KTM atau Komuter berdekatan Pembelian secara online di KTM Online Ticketing.Pembelian menerusi aplikasi KTMB-MobTicket yang boleh dimuat-turun ke telefon pintar.Menerusi pembe…

Jadual Perjalanan Bas Ekspress Dari Parit Buntar ke Pelbagai Destinasi

Bas ekspress masih lagi menjadi pengangkutan awam utama di pekan Parit Buntar. Selain perkhidmatan ETS dan KTM Komuter yang ada disediakan, perkhidmatan bas RapidPenang serta bas ekspress antara yang menjadi pilihan penduduk dan pemastautin sekitar Parit Buntar ini. Selalunya perkhidmatan ini popular di kalangan pelajar yang belajar di USM Transkerian, MRSM Transkerian, dan kolej komuniti berhampiran.

Mungkin ramai yang nak tahu jadual perjalanan bas ekspress dari Parit Buntar ke destinasi seluruh Malaysia. Maka, untuk kemudahan yang singgah di blog ini, saya akan cuba paparkan secara am dan rawak jadual waktu perjalanan bas ekspress yang beroperasi di terminal Bas Ekspress Parit Buntar.
Jadual Perjalanan Bas Ekspress Dari Parit Buntar ke Pelbagai Destinasi Semua paparan di bawah ini adalah hasil gambar snap semasa melayan kisah pengusaha bas ekspress di terminal ini, anda boleh baca kisah tersebut di Dilemma Pengusaha Bas Ekspress Parit Buntar
Saya harap paparan ini dapat berikan se…

Dilemma Pengusaha Bas Ekspress Parit Buntar

Hari tu saya berkesempatan untuk bersembang santai dengan seorang pengusaha bas ekspress di Parit Buntar. Banyak juga cerita yang saya dapat daripada seorang akak yang mengendalikan servis dan perkhidmatan bas ekspress di Stesen Bas Parit Buntar. Saya secara peribadi dapat merasakan dilemma yang ditanggung oleh pengusaha bas ekspress di pekan kecil Parit Buntar yang dikenali seMalaysia kerana Pasar Kemboja.

Saya memang menadah telinga mendengar, nak menyampuk memang tak ada pengetahuan khusus. Apa yang diceritakan kepada saya memang tak pernah saya tahu pun sebelum ini. Rata-rata yang hadapi masalah ialah pengusaha Bumiputera. Sukar nak bersaing dengan tauke-tauke cina yang ada banyak 'sumber' kewangan untuk tampung kos operasi bas ekspress yang semakin meningkat.
Dilemma Pengusaha Bas Ekspress Parit Buntar Mungkin ada yang tidak tahu, bas ekspress yang berjadual tetap bukanlah sesuatu bisnes yang menguntungkan buat masa ini, terutama di waktu nilai wang ringgit yang tidak be…

10 Gambar Mira Filzah - Pelakon Cinta Si Wedding Planner

Gambar Amira Filzah - Pelakon Cinta Si Wedding Planner. Wordless Wednesday, hari di mana blogger seluruh dunia membuat entri Wordless Wednesday. Apa itu Wordless Wednesday (WW) ini? Ia merupakan entri dari blogger tanpa sebarang ayat atau keterangan, hanya semata gambar, dan pengunjung boleh interprestasi dengan pandangan masing-masing di ruangan komen.
10 Gambar Mira Filzah - Pelakon Cinta Si Wedding Planner
Kredit: FB Page Mira Filzah


Cinta Si Wedding Planner

Wah, ada drama baru dari adaptasi novel laku keras Cinta Si Wedding Planner. Saya diberitahu oleh anak saya, bahawa drama ini akan menggantikan Akulah Balqis menerusi slot Akasia TV3. Akulah Balqis dah tamat pada 29 Disember 2015. Menariknya saya nak cerita ialah kerana pelakon utama Cinta Si Wedding Planner ini ialah dua selebriti yang saya suka.

Cinta Si Wedding Planner dilakonkan oleh Amira Filzah (Mira Filzah) dan juga Adi Putra. Saya mengenali Amira Filzah sebagai seorang blogger sejak dari tahun 2011. Ketika itu, memang biasalah singgah ke blog blogger cun melecun ni .. hoho ... tapi sejak Mira Filzah menjadi pelakon, dah agak jarang nampaknya post baru kelihatan.
Cinta di Wedding Planner Ramai peminat novel yang memberikan ulasan yang sangat baik untuk novel Cinta Si Wedding Planner ini. Novel karya Dhiyana ini memang sesuai dibaca oleh golongan umur macam saya sebab jalan cerita dalam novel ini banyak berlaku ketika Yahoo Messenger menjadi 'permainan' utama anak-anak r…

Buat Duit Hartanah Tanpa Beli Rumah

Siapa kata anda perlu beli rumah atau hartanah untuk jana pendapatan atau buat duit setiap bulan? Pernah dengar Sublet Hartanah? Saya pernah berkongsi sedikit tips dan panduan berkaitan buat duit dengan sublet hartanah ni, kepada mereka yang dah baca dan download ebook percuma yang diberikan, saya ucapkan terima kasih dan tahniah. Anda kini sudah ada ilmu baru cara buat duit hartanah tanpa beli rumah !!

Ini bukan cerita dongeng, tapi ia sebuah kisah realiti yang telah dikongsikan oleh seseorang yang saya kenali sebagai Mohd Fairuz. Kalau anda pernah dengar nama beliau dalam mana-mana seminar hartanah, maka dah tentu tahu bagaimana beliau berjaya buat duit hartanah 4 angka setiap bulan tanpa perlu membeli atau memiliki rumah pun - atau dengan kata lain modalnya adalah lebih rendah dari membeli sebuah hartanah untuk buat duit dengan hartanah .. erkks .. faham tak ni?
Buat Duit Hartanah Tanpa Beli Rumah
Saya suka dengan Mohd Fairuz, sebab dia seorang yang berjaya dalam bidang sublet har…

Lazada 2015 Clearance Sale - 92% Discount

Wow. Teruja bila tengok ada Lazada 2015 clearance sale ... diskaun melampau sehingga 92% diberikan. Walaupun nampak mengujakan tetapi nampak gayanya Bajet 2016 perlu hemat sedikit. Lebih-lebih lagi, anak-anak bersekolah semuanya. Tak boleh terlalu teruja bila nampak diskaun yang memukau ni.

Sale dari Lazada Malaysia memang best. Saya dah acapkali shopping online di Lazada ni. Dah macam-macam saya beli. Pembelian kali terakhir sebelum post ini ditulis adalah sebuah beg kecil untuk toiletries. Beg itu dibeli dari luar negara menerusi Lazada. Agak lambat saya terima, lebih kurang 2 minggu rasanya. Tapi, alhamdulillah, saya sangat puas hati dengan produk yang telah saya terima.
Lazada 2015 Clearance Sale - 92% Discount
Kalau anda kaki shopping online, bila nampak Lazada ada sale berikan diskaun sehingga 92%, maka saya syorkan anda untuk lihat produk-produk yang dijual terlebih dahulu. Bukan apa, ada pelanggan yang merungut dapat produk yang tidak seperti diharapkan. Yelah, belian online …

Dapat Amaran Google Adsense Sekali Lagi!

Uhh .. ingatkan dah clear semua perkara, nampaknya tidak. Blog ini terima satu lagi amaran daripada Google Adsense. Saya dah tak ingat sudah berapa kali pihak Adsense hantar email beri amaran kepada blog ini, rasanya sudah lebih daripada lima kali. Penting, blogger yang ada akaun Adsense ambil peduli kandungan email amaran yang dihantar.

Nasib baik Adsense berhati lembut, kalau tidak ... jika diikutkan, dah boleh kena banned dah. Tapi, alhamdulillah, masih ada rezeki lagi menerusi medium pengiklanan Google Adsense. Bukan mudah nak dapatkan akaun penuh Adsense ni, jadi bila dah dapat memang kena jaga elok-elok agar apa yang dikongsikan di blog tidak langgar mana-mana polisi dari Adsense.
Dapat Amaran Google Adsense Sekali Lagi! Sebagai ingatan berterusan, dan juga untuk menjadi rujukan rakan blogger yang lain, saya kongsikan sedikit kandungan email amaran yang diterima. Mana tahu, boleh dijadikan sebagai panduan andai perkara sama berlaku, dan juga sebagai panduan am untuk rakan blogg…

Cara Nak Dapat Tender Kerajaan

Cara Nak Dapat Tender Kerajaan. Memang impian setiap usahawan untuk dapatkan tender daripada kerajaan, tetapi tidak tahu cara bagaimana nak melakukannya. Ramai usahawan masih lagi tak mahir mengenai sistem e-perolehan atau e-bidding. Untuk itu, saya nak kongsikan cara nak dapat tender kerajaan khas boleh diikuti oleh para usahawan, termasuk kontraktor, pembekal atau sesiapa sahaja yang mahu menang dan dapat tender daripada kontrak kerajaan.

Setiap tahun, malah setiap bulan ada sahaja tender-tender baru yang dibuka oleh kebanyakan agensi kerajaan. Bukan itu sahaja, agensi-agensi separa kerajaan termasuk agensi di bawah kerajaan negeri juga mempunyai penawaran tender-tender khas untuk usahawan, kontraktor dan pembekal.

Namun, agak malang sekali banyak yang memohon tidak berjaya, dan gagal dalam mendapatkan tender-tender tersebut. Yang selalu dapat pula, adalah dari kontraktor, usahawan, syarikat dan pembekal yang sama sahaja. Apa kelebihan mereka? Bagaimana mereka ini boleh menang tende…