Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Oktober, 2015

Mesin Judi Kanak-Kanak

Apabila anak-anak saya balik dari sekolah, sesekali akan singgah di kedai India di hadapan taman. Di depan kedai runcit tersebut akan nampaklah banyak tong-tong yang berisi mainan kecil. Untuk dapatkan mainan kecil ini, perlu masukkan wang syilling sebanyak RM0.50, adakala perlu masukkan 2 keping wang syilling RM0.50 menjadikan ia bernilai RM1.00.

Angah, anak kedua dan anak bongsu saya selalu minta wang syilling 50 sen daripada saya. Tak boleh guna wang syilling 50 sen yang baru, kena gunakan wang syilling 50 sen yang lama. Jadi, setiap kali ke kedai India ini, dua orang anak saya ini pasti akan gunakan syilling untuk dapatkan mainan dari tong mainan tersebut.
Mesin Judi Kanak-Kanak Merugikan Walaupun Hanya 50 Sen Anak-anak saya gelarkan benda tu sebagai mainan bola. Sebab apabila syilling telah dimasukkan, dan dipusingkan tombol yang ada, akan keluarlah satu bola yang terisi mainan di dalamnya. Ada bola yang mainannya adalah sama seperti dipaparkan di tong, adakalanya hanyalah mainan…

Unifi Speed Test - TM Unifi Speedometer

Unifi Speed Test. Sekarang semakin ramai pengguna internet di Malaysia menggunakan capaian internet berkelajuan tinggi. Dan antara penyedia perkhidmatan ini adalah Telekom Malaysia (TM) dengan memperkenalkan Unifi. Jika anda pelanggan Unifi, anda tentu mahu memeriksa kelajuan maksimum yang sebenar dicapai oleh komputer anda.

Pastikan anda puas hati dengan apa yang anda bayar. Menerusi Unifi speed test ini, anda boleh mengetahui kelajuan sebenar capaian internet anda. Yelah, manalah tahu, kot-kot anda bayar pakej A, tetapi yang sebenar anda boleh dapat adalah pakej B, jadi tak patutlah kan? Takkan anda ambil sekor ikan goreng sambal sedangkan anda bayar untuk 2 ekor ikan .... ye tak? Rugi tu.

Jadi, menerusi laman ujian TM Unifi speedometer ini, anda akan beroleh maklumat serta kepastian bahawa apa yang telah anda bayar berbaloi dengan apa yang anda dapat.
Unifi Speed Test - TM Unifi Speedometer Laman ujian kelajuan Unifi ini tidak boleh anda gunakan untuk ujian wifi atau streamyx anda…

Kad Kredit Diners Club Tidak Boleh Digunakan di Malaysia

Kad kredit terkenal iaitu Diners Club International kini tidak boleh digunakan lagi di Malaysia. Menurut kenyataan daripada pihak Diners Club, segala perkhidmatan berkaitan Diners Club akan dihentikan mulai 30 Oktober 2015.

Perkhidmatan yang dimaksudkan termasuklah perkhidmatan ATM serta Cash Advanced. Malah, kad kredit Diners Club tidak lagi diterima di mana-mana stesen minyak serta pasaraya di Malaysia. Menerusi laman web Diners Club, perberhentian perkhidmatan kad kredit ini adalah selaras dengan langkah rasionalisasi syarikat antarabangsa itu di Malaysia.
Servis Kad Kredit Diners Club International Dihentikan di Malaysia Mulai 30 Oktober 2015 Semua pelanggan Diners Club tidak akan dapat menggunakan kad kredit mereka mulai 31 Oktober 2015. Manakala semua transaksi auto-biling seperti pembayaran bil telefon, bil Astro, bil internet serta insurans akan ditamatkan serta merta mulai 30 November 2015. Segala penembusan berkaitan kad kredit Diners Club juga mesti dilakukan sebelum 30 Nov…

Peluang Jana Income Bersama Amazon.com

Peluang jana income USD bersama affiliate Amazon.com. Seperti yang anda mungkin sedia maklum, Amazon.com adalah kedai online terbesar di dunia. Sejak 1998 Amazon telah menjual berjuta-juta produk online, dan kini mempunyai berjuta affiliate yang membantu dalam perkembangannya. Dan mereka telah membayar berjuta USD sebagai komisen kepada affiliate-affiliate ini.

Kini anda boleh merebut peluang untuk menjadi pemilik "francais" Amazon dengan membuka kedai online sendiri. Dengan mendaftar percuma sebagai affiliate di Amazon, anda sudah selangkah ke hadapan untuk mencipta sejarah tersendiri sebagai antara rakyat Malaysia pertama yang mempunyai kedai online sendiri yang menjual produk direct dari Amazon.com.
Peluang Jana Income USD Bersama Amazon.com Untuk mereka yang merebut peluang ini, anda akan mendapat:
Gambar dan deskripsi berkualiti tinggi untuk semua produk yang anda nak jual.Harga produk yang paling rendah dan tidak boleh ditandingi Zalora atau Lazada.Berpuluh-puluh ulasan…

Apa Yang Best di Parit Buntar?

Saya tinggal berdekatan dengan Parit Buntar. Ia merupakan sebuah pekan kecil yang pesat membangun dan mempunyai tarikannya tersendiri. Parit Buntar bukanlah satu destinasi pelancongan yang bagus, tetapi ada beberapa keunikan tersendiri yang menjadikannya antara pekan kecil di bahagian utara Perak yang sering disebut-sebut orang.
Apa Yang Best di Parit Buntar? Saya selalu bercerita mengenai apa yang ada di Parit Buntar. Pekan kecil ini beberapa kali muncul di dada akhbar bahagian sisipan kerana perkara-perkara berikut:
Destinasi untuk kaki pancing Udang GalahFenomena snek Kerang Rebus semasa RamadhanFenomena air pasang besar dan ikan mabuk.Lokasi popular karnival untuk penternak, peladang dan petani. Dan banyak lagi. Malah, saya pernah menulis artikel - 16 Sebab Seronok Tinggal di Parit Buntar sehingga ia menjadi antara post paling popular di blog ini, memberikan impak trafik atau hits ke blog melebihi 15K dan alhamdulillah, post ini kekal memberikan trafik berterusan kerana kedudukanny…

Promosi Harga Prepaid Poslaju Deepavali 2015

Sempena Deepavali 2015, pihak Pos Malaysia menawarkan promosi harga prepaid Poslaju kotak oren dan kotak biru untuk semua para pelanggannya bermula dari 2 November hingga 10 November 2015.

Promosi Pos Laju Festival of Lights ini terdapat di semua cawangan Pejabat Pos seluruh Malaysia, termasuklah Sabah dan Sarawak. Menerusi promosi ini, Pos Malaysia menawarkan harga potongan 50% untuk prepaid Poslaju kotak biru, manakala promosi beli 5 percuma 1 diberikan untuk prepaid Poslaju kotak oren.
Promosi Harga Prepaid Poslaju Deepavali 2015 Promosi ini sah hanya untuk pembelian antara 2 November hingga 10 November 2015 sahaja. Jadi, sekiranya anda seorang usahawan online, pastinya promosi sebegini tidak boleh dilepaskan. Boleh jimat banyak, dan menguntungkan.

Kalau beli banyak, boleh simpan stok sampul dan kotak prepaid Poslaju ini untuk memudahkan penghantaran barang jualan di kemudian hari. Sekarang ni, pelanggan semua cerewet, semua penghantaran nak cepat, kalau lambat .. habis naik status…

Tugas House Husband Ketika Jerebu

Tugas saya sebagai house husband ketika jerebu melanda diringankan dengan adanya anak-anak di rumah. Cuti sekolah tutup akibat jerebu memberikan kesempatan untuk anak-anak bantu saya dengan kerja-kerja rumah seharian.

Alhamdulillah, saya mempunyai 3 orang anak yang baik, dan tahu tanggungjawab sebagai anak walaupun umur masih kecil. Tatkala baru-baru ini jerebu melanda Malaysia, dan banyak sekolah yang tutup beberapa hari, anak saya akan bantu mengemas rumah, mengangkat kain di jemuran dan beberapa lagi kerja-kerja kecil.
Tugas House Husband Ketika Jerebu Bukan memaksa, tetapi anak-anak mudah merasa bosan apabila duduk sahaja di rumah tanpa melakukan apa-apa. Jadi, saya katakan ... "baik tolong abah kemas rumah, hilangkan 'jerebu' habuk dalam rumah ni ..". Apabila jerebu, senang sikit nak explain tentang kebersihan dan bahaya habuk ... jadi, mereka tak ada masalah nak terima dan dengan rela hati membuat kerja rumah yang saya minta.
Setiap Orang Dengan Tugas dan Tangg…

Bahaya Jadi Admin Group WhatsApp

Bahaya ... uhh memang bahaya. Perhatian kepada admin mana-mana group WhatsApp, anda mungkin bertragedi seperti kes dalam artikel di bawah. Jika anda silap langkah, dan ada pula ahli dalam group WhatsApp yang tak berapa nak fikir rasional, anda mungkin berakhir seperti salah seorang admin group WhatsApp ini di India.

Uhh ... kerana hanya mengeluarkan salah seorang ahli dalam group WhatsApp, admin group tersebut telah ditikam di bahagian punggong oleh ahli tersebut yang tidak berpuas hati dengan tindakan admin.
Bahaya Jadi Admin Group WhatsApp
Kisah ini dikhabarkan telah menjadi viral di internet beberapa bulan yang lalu, dan saya sukalah nak highlight dalam blog ini memandangkan saya merupakan antara ahli dalam beberapa group WhatsApp terutamanya berkaitan dunia blog Malaysia.
Tips Menggunakan Aplikasi WhatsApp Errr bukan sebab saya nak beritahu - yang saya mungkin akan tikam punggong admin dengan parang panjang jika keluarkan saya dari satu-satu group WhatsApp, tetapi cuma nak beritah…

Komisen 20 dan 21 Ashadee

Alhamdulillah. Sejak produk Nichify dikeluarkan secara eksklusif oleh pihak Ashadee / Kreydle; income menerusi affilliate Ashadee semakin baik. Produk Nichify merupakan antara produk terbaik yang pernah dikeluarkan untuk rakyat Malaysa menjana income USD secara online.

Sistem Nichify begitu menyakinkan sehingga ramai yang telah mendapatkan sistem ini termasuklah diri saya sendiri untuk bina sebuah kedai online dan menggunakan affiliate id Amazon untuk jana income USD. Paling menarik, untuk membina sebuah kedai online yang siap dengan produk-produk tersedia dari Amazon hanya mengambil masa 5 minit sahaja, tanpa pengetahuan teknikal yang tinggi.
Komisen 20 dan 21 Ashadee Menerusi Nichify, saya telah menerima komisen ke 20 dan ke 21 berjumlah RM293.00, iaitu income online menerusi Ashadee untuk bulan Oktober 2015. Tak adalah banyak mana macam sesetengah IM (Internet Marketer) yang berjaya buat duit sehingga puluh ribu. Saya cuma gunakan promosi cara 'tradisional' yang saya suka ia…

Cara Semak Saman Trafik DBKL Secara Online Serta Tawaran Diskaun Kompaun RM30

Cara Semak Saman Trafik yang Dikeluarkan oleh DBKL - Adakah anda salah seorang daripada 'mangsa' saman trafik oleh pihak DBKL? Jika ya, anda boleh semak saman trafik ini secara online dan mengetahui jumlah saman yang anda ada.
Cara Semak Saman Trafik DBKL Secara Online Semakan saman trafik DBKL boleh dilakukan menerusi laman semakan notis kompaun yang beroperasi 24 jam. Maklumat yang perlu anda masukkan ialah nombor pendaftaran kereta serta nombor kad pengenalan. Jika anda mempunyai saman yang dikeluarkan oleh pegawai-pegawai trafik DBKL, maka sistem akan menyenaraikan semua saman serta jumlah bayaran kompaun yang perlu anda jelaskan.

Untuk akses ke bahagian semakan saman trafik online DBKL, anda boleh klik pautan yang disediakan di bawah ini:

[+] https://appsys.dbkl.gov.my/ezbill/index.asp
Saman boleh dianggap sebagai satu bentuk 'hutang' kerana anda didenda disebabkan kesalahan trafik yang dilakukan. Mungkin pada sesetengah orang, perkara ini dianggap remeh temeh dan…

Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga

Resepi Kerang Rebus Pilihan Sekeluarga. Apabila nak cepat dan mudah menyediakan menu tengahari, saya akan lihat menu-menu masakan atau resepi yang tidak menggunakan banyak bahan, dan tidak menggunakan minyak. Dan antara pilihan utama nak sediakan menu makan tengahari yang simple, mudah, sempoi dan cepat ialah dengan menyediakan Kerang Rebus.

Resepi Kerang Rebus saya simple je. Kalau saya masak Kerang Rebus yang merupakan antara pilihan dan kegemaran anak-anak saya, saya akan rebus kerang sampai betul-betul masak. Anak-anak saya tidak berapa suka kalau kerang yang saya rebus masih lagi berlendir atau lembik.

Pertama sekali untuk menyediakan resepi Kerang Rebus pilihan sekeluarga ini, kerang yang dibeli mestilah dibasuh dengan sebersih-bersihnya. Kerang di Parit Buntar agak mudah diperoleh, dan harga yang dijual di pasar boleh dikatakan murah. Saya beli kerang yang bersaiz sederhana dari Pasar Parit Buntar dengan harga RM4.00 sekilogram... amacam? Murah tak? Kalau saiz kecil, dalam RM2:5…

Syarat Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia

Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. Wah, rupanya ada satu program khas pemilikan rumah untuk para penjawat awam di Malaysia, dikenali sebagai Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia. Program ini telah dimulakan pada awal tahun 2013, dan telah dinaik-taraf dan diberikan keutamaan semula pada tahun 2014 menerusi unit PPA1M di Jabatan Perdana Menteri.

Sedikit info berkaitan dengan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M ini - Ia adalah satu skim rumah mampu milik untuk penjawat awam yang menekankan kepada keselesaan dari aspek saiz, rekabentuk, kualiti, lokasi dan harga rumah yang bersesuaian bagi penjawat awam.

Skim ini bertujuan membantu penjawat awam khususnya penjawat awam muda dan berpendapatan sederhana memiliki rumah yang berkualiti di lokasi yang strategik dengan harga yang berpatutan atau lebih rendah daripada harga pasaran. Syarat Permohonan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) Semua penjawat awam termasuk yang bekerja dengan Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri,…

Menu Sempoi Seorang House Husband

Apabila menjadi seorang house husband sepenuh masa, antara perkara yang agak mencabar untuk dibuat ialah menyediakan menu-menu makanan untuk anak-anak. Dalam soal masak-memasak, secara jujurnya ia bukan satu masalah buat saya, walaupun saya bukanlah chef terhebat di rumah. Namun, apabila berhadapan dengan ragam anak-anak; pasti saya perlu berfikir dua tiga kali nak masak menu apa untuk makan tengahari, petang dan malam.

Mencabar sebab saya perlu sediakan menu sempoi yang semua orang akan makan. Saya tidak suka membazir makanan. Ia satu kesedihan bagi saya apabila terpaksa membuang makanan yang tidak dimakan atau yang telah rosak (basi). Jadi, cabaran untuk sediakan menu makan setiap hari ialah mengetahui akan selera anak-anak.
Menu Sempoi Seorang House Husband Apabila mempunyai 3 orang anak yang ada ragam, kesukaan dan minat tersendiri; banyak kali saya terpaksa berkompromi dalam menyediakan menu hidangan. Jika Along tak makan, hanya si Angah je makan, maka saya terpaksalah sediakan l…

Income Adsense Waktu Mula Blogging

Ada yang teringin nak tahu, berapakah jumlah income Adsense yang saya pernah peroleh ketika waktu mula blogging. Ok. Hari ini saya nak dedahkan kepada anda penyata akaun Adsense saya ketika awal-awal saya memperoleh akaun Adsense ini.

Jujurnya, ketika awal saya memperoleh akaun Adsense ini, income online yang saya peroleh tidaklah banyak. Malah, kalau anda tengok ... mesti rasa sadis je .. hahaha...
Income Adsense Waktu Mula Blogging Sebab ramai yang nak tahu, maka saya kongsikan tanpa rasa segan silu.

Saya memperoleh akaun penuh Adsense pada sekitar bulan Mac 2007. Ketika itu, seingat sayalah ... saya menggunakan platform laman web percuma lycos/excite untuk membina sebuah laman web peribadi sendiri.
Kena Banned Beberapa Kali Kemudian, saya temui blogger.com untuk menghasilkan sebuah web blog, yang ketika itu baru nak dikenali. Selepas itu, income Adsense saya semakin naik sehinggalah terjadinya insiden di mana blog yang telah saya bina dan mendapat trafik yang tinggi dikenakan tinda…

Cara Kira Kenaikan Gaji Kakitangan Awam Mengikut Bajet 2016

Dalam Bajet 2016, Kerajaan ada mengumumkan bahawa semua kakitangan awam di Malaysia mendapat faedah pemindahan gaji yang bersamaan dengan satu kenaikan gaji tahunan mengikut gred. Ini bermakna kakitangan awam yang sedang berkhidmat akan menerima dua kenaikan gaji pada tahun 2016 dengan syarat cukup setahun. Ia merupakan berita baik untuk semua kakitangan awam yang sedang berkhidmat.

Bukan itu sahaja, seramai 406 ribu kakitangan awam juga akan mendapat manfaat menerusi penambahbaikkan 252 skim perkhidmatan dalam kerajaan. Selain itu, dalam Bajet 2016 juga ada dinyatakan bahawa gaji terendah untuk perjawatan dalam perkhidmata awam adalah sebanyak RM1,200 sebulan, langkah ini akan memberikan faedah terbaik kepada 60 ribu penjawat awam. Manakala pencem minimum yang diterima oleh pesara dinaikkan menjadi RM950 sebulan.

Walaupun begitu, semua manfaat dan kelebihan ini hanya akan dirasai mulai 1 Julai 2016 dengan peruntukan sebanyak RM1.4 billion.
Contoh Cara Pengiraan Kenaikan Gaji Baru Kak…

Cara Jadikan Iklan Hanya Keluar Jika Guna Peranti Mobile

Ada yang bertanyakan kepada saya, bagaimana nak setting iklan dalam blog hanya keluar jika pengunjung buka blog menggunakan peranti mudah alih sahaja. Contohnya jika baca blog dalam peranti seperti tablet, iklan pop-up takkan keluar; tapi kalau blog dibuka menggunakan komputer biasa (desktop) iklan tersebut akan muncul.

Ok. Memang ada cara untuk menghadkan iklan yang keluar di blog berdasarkan jenis peranti yang digunakan. Apa yang perlu anda buat ialah dengan memasukkan kod HTML jenis 'gate' atau 'conditonal tag' iaitu arahan yang menggunakan if - else dalam HTML blogspot anda.
Iklan Hanya Keluar Jika Guna Peranti Mobile Saya banyak menggunakan arahan ini dalam koding HTML blog saya, terutama sekali untuk hadkan jenis widget tertentu yang dipaparkan pada laman utama dengan laman post/entri. Ia menjadikan sesebuah blog itu nampak dinamik di mana paparan kelihatan berbeza dari satu page ke satu page yang lain. Anda boleh cuba cara ini bagi membolehkan blog anda kelihata…

Trafik Blog Sedikit Bukan Bermakna Tidak Bagus

Trafik ke blog anda sedikit, malah tak capai 1000 unique visitors (uv) sebulan! Usah risau, usah bimbang; yang penting ialah anda mesti yakin dengan apa yang anda buat dengan blog anda. Trafik sedikit bukan bermakna tidak bagus, ia cuma perlukan pendedahan sahaja.
Trafik Blog Anda Sedikit Bukan Bermakna Blog Tidak Bagus Ada banyak blog yang bagus tetapi trafik yang dijana sehari tidak lebih daripada 500 pageviews atau hits. Blog-blog ini ada kandungan dan entri yang menarik, bagus dan seronok dibaca, tetapi disebabkan oleh pemilik blog ini mungkin kurang menyerlah, maka tak ramai yang tahu akan kewujudannya.
Saya sendiri di awal pembabitan dalam dunia blog Malaysia, tidak ramai yang tahu pun saya ada blog yang dibina untuk hobi fotografi saya. Malah, sebelum itu pun .. tak ramai yang tahu saya banyak menulis mengenai ikan Arowana yang menjadi kegilaan saya.

Saya telah menulis lebih daripada 6000 post dalam blog ini sahaja, setakat 2015. Itu belum lagi ditambah dengan blog-blog lain yan…

Bersubahat Untuk Beramal dan Berkebajikan

Ramai yang suka menggunakan perkataan subahat untuk benda yang kurang elok dan molek. Tapi, tak ramai yang mahu menggunakan perkataan ini untuk tujuan yang lebih baik. Walhal maksud perkataan ini adalah bersengkokol dan sekutu. Apa kata blogger Malaysia bersubahat dalam beramal dan berkebajikan.
Bersubahat Untuk Beramal dan Berkebajikan Saya nampak ramai blogger suka sebar cerita sensasi dan hot, gara-gara mahu mengejar trafik tinggi. Cerita sensasi hot yang saya maksudkan ialah berkaitan cerita gossip artis. Ok, kalau cerita tentang benda dan perkara baik, mungkin boleh dimaafkan, tetapi cerita gossip yang membuka aib dan memalukan, sangatlah tidak perlu. Tak mahulah bersubahat dalam perkara yang tidak elok, ye tak?

Dalam dunia maya ini, ada banyak cerita baik, indah, manfaat, beramal dan berkebajikan yang boleh dikongsikan oleh blogger Malaysia. Agak malang sekali bagi blogger yang tidak nampak akan perkara ini. Ramai yang ingat, jika mahu dapat trafik tinggi, perlu dan mesti menuli…

Program Pemilikan Rumah Mampu Milik 2016

Program Pemilikan Rumah Mampu Milik. Dalam Bajet 2016, kerajaan telah umumkan bahawa program rumah mampu milik untuk rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan akan ditambah. Program ini akan melibatkan banyak sektor termasuklah dari GLC dan juga swasta.

Menerusi progam ini, beberapa skim diperkenalkan untuk memenuhi permintaan pemilikan rumah di kalangan rakyat antaranya PR1MA, SPNB, PPA1M, PPR termasuklah juga skim khas untuk orang asli.
Program Pemilikan Rumah Mampu Milik Skim ini boleh saya ringkaskan seperti berikut:

Skim PerumahanInfo Dalam Bajet 2016PR1MA175,000 unit dalam pembinaan dan 10,000 unit siap 2016Dijual 20% di bawah harga pasaranSPNB10,000 unit Rumah Mesra RakyatPemberian subsidi RM20,000 seunit rumahPPA1M100,000 unit dibina menjelang 2018Bantuan Dana Mudahcara sehingga 25% daripada kos pembangunanPPRMembina 22,300 unit pangsapuri dan 9,800 rumah teresSkim Pembiayaan Deposit Rumah PertamaPembayaran deposit pembelian rumah pertama mampu milikPembangunan Berorientasikan T…

Langkah Mudah Daftar Affiliate Amazon

Langkah mudah untuk daftar sebagai affiliate Amazon. Sejak Nichify dilancarkan awal Oktober 2015, ramai rakan blogger yang ambil langkah proaktif untuk jana income online USD menerusi kedai online affiliate Amazon. Mana taknya, dengan pendaftaran percuma sebagai affiliate Amazon, anda boleh jual pelbagai produk dari Amazon secara online dengan mudah hanya dengan kedai online yang dibina menerusi Nichify.

Saya sejak dua menjak ni, banyak mempromosikan mengenai kedai online yang boleh siap dalam 5 minit ini. Dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan. Ramai rakan saya yang telah mengambil pakej bina kedai online dengan Nichify ini. Saya sendiri sudah ada kedai online Amazon saya sendiri...hoho ...
Langkah Mudah Daftar Affiliate Amazon
Jika anda mahu jana income USD, maka peluang untuk buat dan bina kedai online menerusi Nichify adalah pilihan terbaik. Tawaran Nichify juga terhad, jadi .. seandainya anda dapatkan pakej ini sekarang, anda mungkin akan berasa selesa untuk jana income …

Semak Coverage Unifi Tempat Anda

Saya dah lama menantikan servis Unifi di tempat saya. Kali terakhir saya memohon adalah 2 tahun lepas; dan masih lagi perkhidmatan jalur lebar terpantas di Malaysia ini masih belum sampai di kawasan saya. Saya harap apa yang telah dibentangkan dalam Bajet 2016 baru-baru ini direalisasikan segera untuk membolehkan saya dan ramai kawan-kawan saya mengecapi nikmat dunia memiliki capaian internet Unifi yang laju.

Masih banyak tempat di Malaysia yang mempunyai masalah capaian internet pantas. Tak kiralah siapa penyedianya, kewajaran untuk mempunyai akses kepada internet yang pantas memang perlu di zaman serba maju dan bergerak laju. Kita mungkin akan ketinggalan dari segi ilmu dan pengetahuan seandainya masalah capaian internet tidak diselesaikan. Apatah lagi, negara sedang menuju ke arah sebuah negara maju dan berdaya saing tinggi.
Semak Coverage Unifi Tempat Anda Setiap kali ada promosi dari Unifi, saya pasti akan menyemak coverage Unifi di tempat saya. Manalah tahu kot-kot pihak TM aka…

Syarat Baru Bantuan Persekolahan RM100 2016

Ramai juga rakan-rakan saya yang mempunyai ramai anak bersekolah yang mengeluh akibat syarat baru bantuan persekolahan yang sebelum ini diterima semua sebanyak RM100. Menerusi Bajet 2016, terdapat syarat baru dalam pemberian bantuan persekolahan RM100 ini. Jika anda ada anak sekolah samada sekolah rendah mahupun menengah, dan sebelum ini layak terima bantuan persekolahan RM100 seorang, mungkin kali ini untuk takwim persekolahan 2016, anak anda tidak akan dapat bantuan persekolahan sebanyak RM100 ini...huhu.

Dalam pembentangan Bajet 2016, Perdana Menteri memaklumkan bahawa bantuan persekolahan untuk pelajar sekolah rendah dan menengah sebanyak RM100 akan diteruskan. Namun begitu, syarat baru dikenakan untuk penerima yang layak.
Syarat Baru Bantuan Persekolahan 2016 Wang Tunai RM100 Perdana Menteri memaklumkan; untuk bantuan persekolahan RM100 bagi sesi 2016, hanya keluarga dengan pendapatan isi rumah sebanyak RM3,000 ke bawah sahaja akan diberikan bantuan ini. Bantuan ini akan memanfaa…

Hospital Kehabisan Vaksin Wajib Untuk Bayi

Ini satu berita yang agak menggemparkan, dan merisaukan terutama sekali untuk ibu-bapa, khasnya ibu bapa yang baru mendapat cahayamata di negara ini. Saya baru sahaja menbaca berita menerusi akhbar harian Kosmo! melaporkan bahawa hospital di Malaysia kehabisan vaksin 5 serangkai yang wajib diberikan kepada bayi. Malah, menurut laporan berita tersebut, semua hospital swasta di Malaysia telah kehabisan bekalan vaksin lima serangkai bayi ini sejak bulan Jun 2015!
Hospital Malaysia Kehabisan Vaksin Penting Untuk Bayi Vaksin yang dimaksudkan ialah vaksin untuk program immunisasi bayi iaitu yang dikenali sebagai vaksin DTap-IPV-HiB. Vaksin ini adalah wajib diambil oleh semua bayi yang baru lahir di Malaysia bagi bertujuan mencegah lima jenis penyakit. Lima jenis penyakit yang dimaksudkan ialah polio, difteria, kancing gigi, batuk kokol dan influenza hemofilus B.

Vaksin lima serangkai ini wajib diberikan pada bayi di Malaysia pada usia 2, 3, 5 dan 18 bulan.

Agak mengejutkan kerana rakyat ne…

Info GST dan Cukai Pendapatan dalam Bajet 2016

Info GST dan Cukai Pendapatan Dalam Bajet 2016. Pembentangan belanjawan atau Bajet 2016 telahpun disempurkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 23 Oktober 2015. Antara intipati penting Bajet 2016 kali ini adalah melibatkan GST iaitu Cukai Barang dan Perkhidmatan.

Mungkin ramai yang ingin tahu apakah perubahan yang ada atau informasi terkini mengenai GST yang ada dalam Bajet 2016. Untuk itu, saya kongsikan sedikit sebanyak info GST dalam Bajet 2016 sebagai pengetahuan untuk semua.
Info GST dan Cukai Pendapatan Dalam Bajet 2016 Antara berita gembira yang boleh saya katakan mengenai GST dalam Bajet 2016 ialah mengenai ubat-ubat terkawal. Sebanyak 8630 jenis ubat terkawal dalam kategori Racun Kumpulan A,B,C dan D dikenakan cukai GST sifar peratus (0% GST). Ubat-ubat yang dimaksudkan adalah melibatkan ubat-ubat untuk 30 jenis penyakit, termasuklah Kencing Manis, Darah Tinggi, Kanser, dan Sakit Jantung. Penyakit-penyakit ini adalah antara penyakit 'pembunuh&…