31 Julai 2015

Nasi Kandar Beratur Restoran Ali Parit Buntar

Nasi Kandar Beratur. Kalau kat Penang, tentu ramai dah tahu mana lokasi Nasi Kandar Beratur yang sangat famous ini. Tapi, jangan sangka hanya di Penang je ada nasi kandar beratur ni ... hoho .. di Parit Buntar pun ada nasi kandar beratur ni ... malah, ia telah lebih daripada 10 tahun bertapak!

Restoran Nasi Kandar Ali di Parit Buntar mendapat jolokan sebagai Nasi Kandar Beratur lebih 10 tahun yang lalu. Masa mula-mula saya ketahui mengenai restoran nasi kandar ini, saya masih lagi bujang. Actually, yang memperkenalkan kepada saya pun adalah student-student Master USM Transkerian. Saya yang sebelum tu dah tinggal di Parit Buntar dekat 3 tahun, haram tak tahu punnn .. hahaha..
Nasi Kandar Ali

Nasi Kandar Beratur Restoran Ali Parit Buntar

Pertama kali saya merasa makan di restoran ini, saya ambil menu Ayam Kampung masak kari ... perghh memang teringat-ingat sampai sekarang. Tu 10 tahun dahulu ...

Dan baru-baru ni, semasa bulan Ramadhan 2015, saya telah berpeluang ke Restoran Ali sekali lagi. Ya, selepas 10 tahun .... haha. Kali ini, saya bawa seluruh keluarga saya untuk menikmati kesedapan lauk pauk Restoran Ali, Nasi Kandar Beratur versi Parit Buntar.

Eksklusif - Hanya Buka Selepas Jam 6:00 Petang

Isteri saya dah lama mengidam nak makan nasi kandar beratur Parit Buntar ni. Tapi, memandangkan restoran ini hanya buka mulai jam 7:00 malam, maka sukarlah sikit nak bawa seluruh keluarga. Restoran ini tutup awal tengah malam. Dan serius, tiap-tiap malam mesti ramai orang beratur nak makan di restoran yang terletak berdekatan dengan CIMB Bank Parit Buntar.

Isteri saya memang selalu ingatkan mengenai Kasi Kandar Beratur ni, tapi al maklumlah .. bila nampak ramai sangat orang ... niat yang dah sedia murni ditunaikan tu, tak jadi. Namun, alhamdulillah, mungkin keberakatan Ramadan 2015 ... akhirnya kami sekeluarga dapat juga merasa makan di restoran Ali - Nasi Kandar Beratur Parit Buntar!

Sedap? Sure, pasti ... apatah lagi apabila isteri saya yang actually kurang gemar nasi kandar memberikan tanda bagus .. hoho ... malah, anak-anak saya yang pertama kali makan di restoran ini juga sangat suka dengan hidangan Ikan Keli Masak Kicap yang disediakan. Licin sampai anak saya yang nombor dua nak jilat pinggan tuuu .. !!
Restoran Nasi Kandar Ali - Nasi Kandar Beratur di Parit Buntar
Lauk pauk di restoran ini banyaknya dari masakan Ayam. Ada Kari Ayam Kampung, Ayam Masak Kicap Pedas, Ayam Madu dan ...  uhhh termasuklah Kari Kepala Ikan dan juga Kari Ikan Keli serta Keli Masak Kicap yang anak saya sukakan tu.

Info Mengenai Nasi Kandar Ali - Nasi Kandar Beratur Parit Buntar

Sedikit info tambahan ...
  • Asalnya berniaga dengan van depan kedai ni yang dimiliki oleh peniaga Cina.
  • Dulu restoran ni nama dia Nasi Kandar Salleh, tapi dah tukar pemilik. Diambil-alih oleh Ali.
  • Antara menu best ialah Ayam Madu dan Ikan Keli Madu
  • Air tak berapa nak syok sangat jika dibandingkan dengan owner lama - Restoran Nasi Kandar Ali.
  • Didatangi pelbagai bangsa - india, cina, melayu ... malah pak arab dengan mat salleh yang belajar di USM Transkerian pun datang makan sini.
  • Restoran simple tak ada dekorasi menarik - purely tarikan ialah makanan.

Lepas ni, mungkin nak repeat balik ... jadi, jangan lupa follow instagram saya nanti ye.



Teringin Nak Tempah Rumah Peranginan Persekutuan Morib

Siapa pernah menetap di Rumah Peranginan Persekutuan Morib? Jika anda seorang kakitangan kerajaan, anda tentu sudah sedia maklum mengenai kemudahan khas yang diberikan ini. Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) adalah merupakan kemudahan yang diberikan khusus untuk kakitangan kerajaan dan badan berkanun bagi mendapatkan penginapan yang murah dan selesa di kawasan-kawasan peranginan dan percutian terpilih di Malaysia.

Saya dan keluarga sudah beberapa kali merasa menginap di RPP ini. Saya pernah merasa menginap di RPP Cameron Highlands, RPP Bukit Fraser, RPP Langkawi, RPP Port Dickson, RPP Tasik Kenyir dan juga RPP Penang. Antara banyak-banyak Rumah Peranginan Persekutuan ni, paling best ialah RPP Bukit Fraser, RPP Cameron Highlands, dan RPP Langkawi.

Erkk RPP Bukit Fraser paling best? Huhu ... kalau orang yang sukakan kedinginan, kenyamanan dan jauh dari kebisingan manusia, memang bercuti di Bukit Fraser pilihan terbaik. Adakata Bukit Fraser tak ada aktiviti menarik, tetapi cuba anda baca dulu entri ni - tempat menarik di Bukit Fraser

Teringin Nak Tempah Rumah Peranginan Persekutuan Morib

Haha, bila lihat senarai Rumah Peranginan Persekutuan (RPP) yang dah saya serta keluarga pergi ni, nampaknya ada yang tertinggal ... dan salah satunya ialah RPP Morib. Saya belum lagi merasa menginap di RPP Morib. Cuba juga Google untuk tengok-tengok bagaimana rupa RPP Morib, tapi tak jumpa. 

Akhirnya, di satu bulan yang tidak terlalu padat jadual; saya dan wife serta anak-anak telah pergi melihat kawasan .. hoho .. yeap, tinjau terus RPP Morib ni. Walaupun perjalanan agak jauh, dari Penang ke Morib, tapi alhamdulillah, kami sampai juga.

Sayang sekali, isteri saya tidak kesempatan untuk tempah penginapan di RPP Morib, cuba juga untuk walk-in tetapi nampaknya semua kediaman penuh dan habis ditempah. Apa nak buat, cuma jadi YB melawat kawasan sahajalah .. haha...

Sempat juga saya snap beberapa gambar kawasan RPP Morib ni. In Sha Allah, jika esok lusa ada rezeki saya dan keluarga dapat menginap di sini, saya akan ceritakan lagi ye .. pastikan anda klik tag 'House Husband' untuk tahu cerita-cerita macam ni dalam blog .. :)

Foto RPP Morib

Untuk pengetahuan, bagi kakitangan kerajaan yang mahu tempat penginapan di RPP, mereka perlu melalui laman web BPH ... tempahan boleh dilakukan secara online, dan bayaran untuk tempahan perlu dibuat selewatnya seminggu sebelum tarikh penginapan.

RPP Kemudahan Khas Kakitangan Kerajaan

Harga pula berbeza-beza ikut jenis rumah, ada banglo, ada apartment, ada jenis bilik. Tapi serius, memang murah .. anda boleh sewa sebuah banglo 4-5 bilik hanya dengan RM200 semalam sahaja, malah ada RPP yang tawarkan harga serendah RM50 semalam!

[Baca] Cara Membuat Tempahan Online Rumah Peranginan Persekutuan
[Baca] Senarai Kadar Sewa Penginapan RPP BPH

Huhu .. untungkan jadi kakitangan kerajaan? Syukur selalu.


Cara Bisnes Dikenali Menerusi Google

Bagaiman nak bolehkan bisnes dikenali menerusi Google? Apakah Google+ Local, Google Maps dan Google Places Local? Perkhidmatan percuma dari Google ini beroperasi dengan meletakkan perniagaan lokal di ranking utama enjin carian mereka untuk bandar atau negeri anda. Maklumat syarikat anda seperti alamat, nombor telefon dan link laman web sesuatu bisnes akan dipaparkan beserta peta lokasi perniagaan anda.

Perghh ... seperti juga blog, berada di tempat pertama enjin carian pastinya akan melonjakkan lagi bisnes anda. Kedai, premis atau perniagaan anda akan mudah dikenali, bukan setakat pada orang tempatan, tetapi juga orang luar yang kebetulan berada di kawasan anda!

Google Places Local atau Perniagaan Google Lokal ini akan menyenaraikan bisnes-bisnes yang telah dimasukkan ke dalam enjin carian mengunakan kata kunci tertentu.

Cara Bisnes Dikenali Menerusi Google

Kenapa Anda Perlu Menggunakan Listing Perniagaan Google Local?

  1. Ini kerana listing anda akan terpampang di carian secara lokal.
  2. Ia juga merupakan satu bentuk promosi yang sangat berkuasa tinggi dan semestinya PERCUMA!
  3. Ia adalah satu strategi yang sangat bagus untuk mempromosikan perniagaan anda dan mempromosikan promosi terkini perniagaan anda.

Malah, peta perniagaan anda juga akan terpampang didalam telefon pintar seperti iPhone, iPad, Blackberry, Galaxy Tab dan sebagainya. Jika anda masih tidak mempunyai listing Google Local, pesaing anda akan melakukannya dan akan melangkaui anda

Kenapa Carian Secara Lokal Sangat Penting?

Ini kerana pelanggan atau prospek tidak kira taraf kehidupan sedang beralih kepada Internet dan telefon pintar mereka untuk mencari perniagaan yang menawarkan produk mahupun perkhidmatan di kawasan lokal atau tempatan mereka.

Adakah Senang Untuk Membina Listing Google Local Untuk Perniagaan Saya?

Sememangnya untuk membina listing Google Local memang senang, namun untuk mempunyai sebuah laman web yang mampu untuk ranking tinggi di dalam ranking Google memerlukan latihan dan strategi untuk menguasainya.

Setiap pasaran, sektor dan industri sememangnya unik dan memerlukan pendekatan yang berbeza untuk pemasaran. Sebab itulah, pelajari bagaimana untuk menguasai Google Local dari mereka yang tahu adalah pendekatan yang paling bijak untuk anda.

Apabila segalanya sudah siap tersedia, anda dijamin mencapai page 1 enjin carian Google. Semestinya apabila prospek anda membuat carian untuk produk @ perkhidmatan anda, mereka akan terus menemui laman web perniagaan anda.
cara bisnes dikenali dengan mudah

Apa Yang Saya Perlukan Untuk Bermula?

Sebab itulah kursus yang diberi nama Juara SEO Lokal akan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya untuk menguasai Google Local. Segala kandungan kursus ini sememangnya “straight forward” dan tidak membosankan.

Kursus ini mengandungi strategi dan tips yang padat dengan informasi terkini dan mudah difahami. Ketahui lebih lanjut tentang kursus Juara SEO Lokal melalui link dibawah:

Apakah Jenis Perniagaan Yang Mendapat Manfaat Dari Kursus Ini?

Segala jenis perniagaan yang fokus kepada pasaran lokal akan mendapat manafaat dari kursus @ perkhidmatan kami termasuklah PKS, Usahawan Online, Restoran,Kedai Runcit, Pusat Tuisyen, Pasar Mini, Tadika, Kedai Hardware, Hotel, Khidmat Elektrik, Kontraktor, Jurujual,kedai handset, Butik Pengantin, Pusat Fotografi, Kedai Spa dan Kecantikan, Usahawan MLM, Usahawan Part-Time dan banyak lagi… Jika perniagaan anda fokus kepada pasaran lokal, kursus ini @ perkhidmatan kami ini adalah untuk anda.

Jaminan Diberikan Kepada Anda!

Dengan tunjuk ajar didalam Kursus Juara SEO Lokal, listing anda dijamin dipaparkan di page 1 carian Google secara lokal dan disertakan dengan alamat perniagaan anda, nombor telefon anda dan peta lokasi perniagaan anda. (Jika pelanggan mencari dari telefon pintar mereka, mereka juga akan menerima maklumat yang jelas mengenai maklumat perniagaan anda).
Lihat beberapa contoh ini, saya sendiri dah ada ... :) dan seorang sahabat saya yang mengusahawan sebuah homestay di Dungun, Terengganu pun dah melakukannya. Malah, seorang rakan saya yang juga seorang usahawan homestay di Kuantan pun sedang belajar mengenai cara ini.

Anda ada bisnes? Nak dikenali menerusi Google? Apa tunggu lagi? Peluang untuk belajar dan ketahui cara-caranya saya berikan menerusi - Panduan Jadi Juara SEO Lokal di Google.
Cara Bisnes Dikenali Menerusi Google
Cara Bisnes Dikenali Menerusi Google

Semoga bisnes anda akan lebih maju ... dan berjaya, in Sha Allah.

8 Idea Bisnes Online Menerusi Blog

8 Idea Bisnes Online Menerusi Blog - Anda teringin untuk berniaga online menerusi blog? Mungkin ada yang berminat untuk mengembangkan perniagaan sedia ada ke alam maya. Atau mungkin ada yang baru nak berjinak buat bisnes online menggunakan blog..... tetapi tidak tahu mahu menjual barang atau produk apa. In Sha Allah, melalui entri ini, saya akan berkongsi beberapa tips dan petua untuk mencari idea bisnes online untuk anda.

8 Idea Bisnes Online Menerusi Blog

Jual Hobi Anda

Apakah perkara yang anda suka lakukan di waktu lapang? Inilah yang boleh anda jual di alam maya. Contoh paling senang, jika anda suka buat cupcake atau kek cawan, maka anda boleh jadikan blog anda sebagai salah satu cara ketengahkan minat anda itu untuk dibeli oleh orang lain. Tak perlu banyak, sedikit sebagai permulaan sudah memadai. Ini baru dikatakan berbisnes dari rumah.

Jual Hobi Orang Lain

Mungkin anda tiada hobi khusus, tetapi anda tahu seseorang yang punyai hobi unik yang boleh anda pasarkan. Katakan jiran atau anak jiran anda pandai menjahit manik pada pakaian, maka anda boleh ketengahkan hasil jahitan manik si jiran anda ini di dalam blog. Anda hanya pasarkan hobi orang lain untuk anda berbisnes online.
[Baca] Tips dan panduan untuk mereka yang mahu main saham - Teknik Saham Terbaik

Jual Produk Keperluan Asas Manusia

Haaa.. masa sekolah dulu ada belajar kan .... 3 perkara asas utama bagi manusia, iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. 3 perkara ini dan yang ada kaitanya dengannya adalah produk-produk yang boleh anda jual secara online melalui blog....kecuali tempat tinggal anda lah .. takkan nak jual rumah anda yang sedang anda duduk ni... huhuuhuu.... makanan dan pakaian adalah yang paling mudah. Anda boleh cuba jual dan mulakan bisnes baju kurung.

Jual Kehendak Kepada Keperluan Asas Manusia

Mudah. Bila anda dah tahu apakah keperluan asas manusia, dan anda dah dapat jual keperluan tersebut, maka juallah pula akan kehendak yang ada kaitan dengan keperluan tadi. Contohnya, anda jual baju kurung, sebagai tambahan, anda jual juga tudung serta kain. Contoh lain, katakan anda jual pakaian atau baju kurung cekak musang, anda tambah kehendak dengan jual jahitan manik pada pakaian atau baju kurung tadi. Secara tak langsung anda boleh mark-up harga dan jual dengan harga yang lebih tinggi dari biasa.

Atau mungkin anda jual karipap segera secara online, anda boleh tambah kehendak dengan membuatkan pembungkusan cantik sebagai hadiah atau hantaran perkahwinan.
[Baca] Ketahui bagaimana seorang blogger berjaya jadi usahawan tudung - Blogger Nurul Hidayati Buat Jualan RM30K Sebulan!

Jual Produk Yang Diguna Seharian

Apa yang selalu digunakan seharian? Contoh seperti minyak wangi dan juga sabun herba, anda boleh jual produk ini secara online dengan harga murah. Ia merupakan produk yang sering dipakai baik lelaki mahupun perempuan. Seperti yang di atas, anda boleh tambah kehendak pada produk anda, seperti menyediakan khidmat gubahan pada produk anda tersebut.

Jual sabun mandi, ubat gigi, sudu, garfu pun boleh kerana ia produk-produk yang digunakan seharian. Cari produk seharian yang agak unik sebagai satu nilai tambah.

Jual Produk Yang Sukar Untuk Didapati

Selalunya produk-produk vintage atau yang sudah dikategorikan sebagai antik. Produk-produk ini ada peminatnya sendiri. Baru semalam, saya ada baca satu blog yang mencari botol-botol kaca minuman lama... ini adalah produk yang boleh dijual dengan harga tinggi jika kena caranya. Jika anda ada barangan lama, cubalah anda jual ..mana tahu akan ada yang akan membelinya nanti. Boleh cari banyak barang ni di Pasar Karat

Jual Bakat Anda

Apa yang paling anda tahu buat? Katakan anda pandai lukis Doodle ... maka anda boleh jual bakat melukis anda itu secara online. Anda pandai buat header blog, maka juallah bakat anda untuk melukis header blog orang lain. Mudah kan?

Jual Pengetahuan Anda

Kalau anda tahu mengenai sesuatu, anda boleh buat ebook. Ebook sangat mudah dibuat, guna Microsoft Word pun boleh, yang kemudiannya anda tukarkan atau formatkan menjadi fail pdf. Pengetahuan sangat didamba ramai, dan ia tidak pernah lupus. Apa yang perlu anda buat ialah menjual pengetahuan yang ramai orang mahukan. Namun kena pastikan anda tahu apa yang anda tulis dan jual tersebut.

Contohnya, anda boleh menjual pengetahuan anda dalam bidang fotografi dengan buat satu buku atau ebook mengenainya. Jual dengan harga murah kerana kebanyakkan buku fotografi adalah mahal. Ini satu kelebihan buat anda.

Itulah serba sedikit idea bisnes online menerusi blog yang boleh anda praktikkan dan mulakan. Anda banyak lagi idea bisnes online yang boleh anda cari sepertimana saya mencari idea ini untuk memberikan anda idea untuk anda ketahui mengenai idea bisnes online (apa punya ayat la .. ).

Ketahui juga ciri-ciri sebuah blog niaga yang baik di sini: 20 Ciri Sebuah Blogshop yang Baik

Selamat berbisnes online!

Panduan Tukar Nama Fanpage Facebook Percuma

Panduan tukar nama Fanpage Facebook secara percuma. Adakah anda mempunyai fanpage Facebook yang namanya mahu ditukar? Contohnya dari nama fanpage 'Kisah Cinta Adam Hawa Yang Indah' menjadi nama fanpage lebih pendek 'Adam Hawa' atau 'Cinta Adam Hawa'. In Sha Allah, menerusi blog post ini, saya akan kongsikan panduan atau cara-cara nak tukar nama fanpage di Facebook tanpa perlu upah sesiapa, atau dengan kata lain tukar nama serta URL fanpage secara percuma!

Sebenarnya, sebelum ini fungsi untuk tukar nama fanpage ini diterhadkan kepada fanpage yang mempunyai like kurang daripada 200 likes. Tetapi, baru-baru ini, saya telah mendapat khabar daripada pihak developer Facebook yang mengatakan bahawa fungsi tukar nama fanpage ini kini telah dibenarkan; hatta untuk sebuah fanpage yang telah mempunyai ribuan likes.

Panduan Tukar Nama Fanpage Facebook Percuma

Jadi, kepada mereka yang mahu tukar nama fanpage Facebook kepada nama yang lebih baik dan bererti, maka saya sarankan anda ikuti panduan tatacara ringkas di bawah ini. Tak susah mana, senang je .... dengan syarat anda merupakan pemilik fanpage dan mempunyai akses sebagai admin page tersebut.
  1. Pertama sekali, pastikan anda telah login ke page tersebut. Apabila anda login, anda akan nampak nama page tersebut di bahagian atas tab Facebook seperti ditunjukkan di bawah ini. Jika anda belum login, anda akan nampak profil anda di tab tersebut. Jadi pastikan anda login kerana pihak Facebook hanya membenarkan admin sahaja untuk ubah nama Fanpage - terutama sekali untuk fanpage yang ada lebih 200 likers.
  2. Panduan Tukar Nama Fanpage Facebook Percuma
  3. Kemudian, klik tab About pada page tersebut seperti dipaparkan di bawah ini. Pastikan apabila anda klik, bahagian sidebar fanpage tunjukkan Page Info.
  4. Panduan Tukar Nama Fanpage Facebook Percuma
  5. Page Info akan paparkan butiran seperti Category, Name, Topics, Facebook Web Address, Start Date dan etc... Untuk tukarkan nama fanpage, maka klik bahagian Name (edit). Isikan nama fanpage baru anda di dalam ruangan disediakan. Setelah selesai, satu kekotak akan muncul memberitahu bahawa permohonan tukar fanpage telah diterima, dan notifikasi dihantar ke email anda (yang didaftarkan di facebook).
  6. Cara Tukar Nama Facebook Fanpage
    Cara Tukar Nama Facebook Fanpage

Dah siap.Secara ringkas, tatacara nak tukar nama fanpage:
  1. Klik 'About' di bahagian bawah header (cover photo) fanpage.
  2. Klik 'Page Info' di bahagian kolum kiri Facebook/fanpage
  3. Lalukan tetikus pada bahagian 'Name' dan klik 'Edit'
  4. Masukkan nama baru dan klik 'Save Changes'
  5. Notifikasi akan dihantar ke email.
Cara Tukar Nama Facebook Fanpage
Mudah je kan? Saya fikir semua orang boleh buat ni, tanpa perlu upah mana-mana orang untuk tukarkan nama fanpage; tapi seperti awal saya katakan tadi .... anda perlu menjadi Admin kepada page tersebut, bukan Editor atau Content Contributor.

Oh ya, lupa nak beritahu. Apabila anda tukar nama fanpage tersebut ke nama baru, semua pengguna Facebook yang telah like page tersebut akan terima satu email memberitahu bahawa nama page telah diubah - memberikan pilihan untuk mereka untuk UNLIKE dan UNFOLLOW page tersebut. Jadi, apabila anda tukar nama fanpage anda, kemungkinan jumlah likers akan berkurangan.

Orait, semoga berjaya.

30 Julai 2015

Video Kisah Seorang Surirumah Menjadi CEO

Wow. Satu inspirasi buat semua. Saya suka nak kongsikan satu video memaparkan kisah seorang surirumah yang telah menjadi seorang CEO yang berjaya. Beliau ialah Tina Bt Haji Tajudin.

Surirumah ini telah menggalas satu tanggungjawab yang berat apabila diminta oleh ayahnya untuk mengambil-alih perniagaan keluarga menguruskan kolej yang terletak jauh daripada tempat kediamannya. Dan ketika itu, Tina baru sahaja melahirkan anak yang ketiga berusia 4 bulan. Agak malang apabila Tina terpaksa mengorbankan masa untuk anaknya yang menyusu badan dek kerana mahu menuruti permintaan ayahnya - sebagaimana hal menjadi seorang anak yang patuh dan taat.

Video Kisah Seorang Surirumah Menjadi CEO

Video Kisah Seorang Surirumah Menjadi CEO
Video kisah seorang surirumah menjadi CEO ini memaparkan pengorbanan serta cabaran yang perlu dihadapi oleh Tina dalam menguruskan perniagaan keluarga - sebuah kolej swasta yang terletak di Ipoh. Bayangkan bagaimana di permulaannya, Tina terpaksa menaiki bas ekspress dari Shah Alam ke Ipoh untuk pergi tempat kerja, seawal jam 4 pagi - memadangkan beliau tidak mempunyai kenderaan sendiri.

Dengan pengorbanan yang terpaksa dilakukan, maka Tina berazam untuk menjadikan kolej kecil perniagaan keluarganya menjadi sebuah kolej yang besar dan dikenali dunia iaitu Kolej Taj.

Mari saksikan video ini, dan tonton bagaimana Tina telah berjaya menjadi seorang CEO yang berjaya dari seorang surirumah. Bagaimanakah Tina melakukannya?

Apa yang anda tonton ini hanyalah sebahagian daripada banyak kisah kejayaan usahawan di Malaysia. Ada banyak lagi kisah kejayaan dan pengorbanan yang memberikan inspirasi untuk usahawan kecil terus maju dan berjaya.

Cerita Tina Sebahagian Kisah Kejayaan Dalam Your Succes Our Story


Saya sebagai salah seorang pengiat perniagaan online tanpa modal dan pemasaran internet, juga tertarik dengan apa yang dipaparkan dalam siri-siri video kisah kejayaan dalam Your Success Our Story. Antaranya kisah seorang budak yang impikan untuk terbang di awan biru, kisah kejayaan seorang anak penoreh getah dan juga kisah kejayaan seorang pencuci dock di pelantar ... fuhh memang bestlah..
Video kisah kejayaan - yoursuccessourstory.com
Video kisah kejayaan - yoursuccessourstory.com
Mungkin ia juga boleh membantu anda dalam mencari kekuatan untuk terus menapak jauh dalam perniagaan yang anda jalankan. Seharusnya kisah-kisah kejayaan ini menjadi pendorong untuk semua memikirkan cara memajukan diri dan bisnes yang ada agar dapat mengharungi masa depan yang kini semakin mencabar.

Sumber: Your Success Our Story


Serpihan Sayap Dipercayai #MH370 Ditemui di La Reunion, Lautan Hindi

Serpihan sayap dipercayai bangkai pesawat MH370 ditemui? Beberapa gambar menunjukkan serpihan sebuah pesawat komersil telah ditemui di Pulau La Reunion, di Lautan Hindi awal hari ini (waktu Malaysia). Serpihan bangkai itu dilaporkan ditemui di Pulau La Reunion, di bawah pentadbiran Perancis, berhampiran Madagascar. Ianya telah dilaporkan sedang disiasat pakar oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama Australia (JACC).

Ini merupakan antara berita terkini terbaru mengenai kehilangan MH370 yang telah didakwa hilang dan terhempas di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac 2014. Gambar serpihan sayap itu telah dimuat-naik oleh sebuah laman web, Airlive.net, yang membawa berita dan maklumat mengenai industri penerbangan. Ia telah mengeluarkan tweet gambar serpihan bangkai dan memuat naik status 'BREAKING Piece of wing found on La Réunion Island, could that be flap of #MH370? (serpihan sayap ditemui di La Reunion Island, mungkinkah ia sayap #MH370?)

Bangkai Serpihan Sayap Dipercayai MH370 Ditemui

Serpihan Sayap Dipercayai MH370 Ditemui di Lautan Hindi
Gambar ini kemudian tersebar dengan meluas menerusi media sosial dan ramai yang mempercayai ia sebagai serpihan bangkai daripada sirip Boeing 777 itu. Penyebaran gambar serpihan sayap yang dipercayai dari MH370 ini telah memberi harapan baharu mengesan pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang.
Gambar Serpihan Sayap Dipercayai MH370 Ditemui
Gambar Serpihan Sayap Dipercayai MH370 Ditemui
Gambar Serpihan Sayap Dipercayai MH370 Ditemui
Gambar Serpihan Sayap Dipercayai MH370 Ditemui

Foto Menunjukkan Kemungkinan Serpihan Sayap Dari MH370

Imej di bawah menggambarkan bahawa serpihan tersebut mungkin datang daripada bahagian sayap pesawat MH370 yang hilang di Lautan Hindi.
Gambar Serpihan Sayap Dipercayai MH370 Ditemui
Walaubagaimanapun, serpihan ini masih di dalam siasatan pihak terbabit bagi membuktikan kebenaran bahawa ia benar daripada pesawat malang MH370 yang hilang. Beberapa laman berita Malaysia juga telah melaporkan mengenai penemuan ini, antaranya Berita Harian - MH370 Serpihan Pesawat Disiasat Pakar.

Geoffrey Thomas, editor airlineratings.com juga memberitahu dalam akhbar Daily Mail Australia bahawa berkemungkinan besar serpihan yang ditemui di La Reunion adalah sebahagian daripada pesawat MH370, iaitu model Boeing 777. "Pertama sekali, ia jelas menunjukkan objek itu adalah bahagian pesawat. Ia kelihatan diperbuat daripada bahan komposit dan Boeing 777 diperbuat daripada bahan komposit," katanya.

Apapun, kita tunggu perkembangan ini daripada penyiasat yang bertanggungjawab merungkai misteri kehilangan MH370.

29 Julai 2015

Tips Blogging 101 - Jarak Antara Baris Dalam Menulis Entri

Jarak antara baris dalam menulis entri perlulah seragam. Ini adalah antara tips blogging 101 yang simple tetapi penting. Ada di kalangan blogger baru suka menulis baris ayat terlalu rapat. Apabila terlalu rapat, ia sebenarnya menyukarkan pembacaan.

Jarak antara baris di dalam entri boleh diseragamkan dengan memastikan line-height dalam post entri diberikan satu nilai, selalunya antara 1.2em hingga 1.5em. Untuk memastikan seluruh blog mempunyai jarak antara baris yang seragam, boleh melihat line-height pada bahagian body blog (lihat HTML blogspot).

Jarak Antara Baris Dalam Menulis Entri

Tips Blogging 101
Jika anda mahu mengubah jarak antara baris ini, buka bahagian HTML blog, dan cubalah cari koding seperti di bawah ini. Ubahlah nilai line-height tersebut, save dan lihat perubahan yang berlaku.

post-body adalah merupakan pembolehubah yang mewakili rekabentuk di dalam entri/post blog anda. Di dalam pembolehubah ini, anda bukan sahaja boleh menyelaraskan jarak antara baris ayat, atau perenggan; malah menetapkan jenis font yang anda mahukan. Anda boleh baca panduan mengenai font dalam blog menerusi entri - Tips Blogging 101 - Gunakan 3 Jenis Font Sahaja

Ok, satu panduan cukup simple kan?

Seragamkan jarak antara baris ini supaya nampak kemas dan tidak lemas .. huhu...

Tawaran Percuma Menjadi Affiliate Infokerjaya

Tawaran menjadi affiliate Infokerjaya. Pendaftaran dibuka untuk blogger, dan ianya adalah percuma! Adakah anda seorang yang bercita-cita untuk menjana income ribuan ringgit dalam tempoh 7 hari? Atau income 3-4 angka dalam masa singkat? Jika anda seorang yang ada komitmen sebagai seorang usahawan online yang jitu, maka saya syorkan anda untuk merebut tawaran khas menjadi affiliate Infokerjaya.

Kepada rakan-rakan blogger yang pernah membaca blog ini, tentu sudah pernah membaca dan melihat beberapa kejayaan saya serta rakan blogger dalam affiliate Infokerjaya ini yang mengaut komisen ribuan ringgit menerusi penjualan produk-produk Infokerjaya. Jika anda mahu menjadi sebahagian daripada Tim Infokerjaya ini, maka pastikan anda mendaftar di pautan ini - http://jvsecurepay.com/access/80yn/2624

Tawaran Menjadi Affiliate Infokerjaya

Bukan sekadar surirumah, malah ada rakan blogger di kalangan pelajar IPT yang buat duit menerusi affiliate ini dengan mudah. Cuba baca beberapa entri lepas yang bercerita mengenai affiliate kerjaya ini.

Entri pertama saya terbitkan berkaitan affiliate infokerjaya - baru sahaja join, saya dah dapat income 4 angka! - Berjaya Buat Duit RM1034 Dari Produk Niche-X

Tu belum teruja sangat, cuba baca ni - Komisen Affiliate Hampir RM10,000 Dalam 4 Hari!

Lepas tu cuba lihat income yang telah diperoleh oleh rakan blogger Prof Hariz ni - Rahsia Income 4 Angka Dalam Masa 5 Hari Menerusi Affiliate

Semua itu adalah beberapa bukti bahawa anda memang boleh buat duit menerusi affiliate Infokerjaya. Tak berapa nak kenal dengan Infokerjaya ini? Saya pernah bertemu dengan mereka, dan mereka memang hebat, malah selalu membantu rakan-rakan affiliate untuk jana income menerusi produk Infokerjaya.

Infokerjaya Hasilkan Produk Affiliate Pasti Boleh Jual!

Saya ada ceritakan mengenai mereka di sini - Tim Infokerjaya Hasilkan Produk Affiliate Terbaik

Produk-produk memang mudah terjual, malah mendapat permintaan tinggi setiap tahun. Saya sendiri sampai wujudkan beberapa blog khas untuk jana income online menerusi affiliate Infokerjaya ini, dan antaranya ialah iKerjaya Graduan.

Tawaran sedang dibuka untuk merekrut lebih ramai blogger menjana income online bersama Infokerjaya. Pendaftaran adalah percuma, namun harus diingatkan, jika anda telah ambil keputusan menyertai affiliate Infokerjaya, anda perlu menjadi seorang rakan pasukan yang bersih, sentiasa bantu-membantu, dan paling mustahak, jangan sesekali menggunakan teknik dan taktik kotor untuk menjana komisen menerusi affiliate Infokerjaya.

Berminat? Daftar terus di pautan ini - http://jvsecurepay.com/access/80yn/2624

Semoga berjaya.



Video Percuma Cara Tulis Iklan Facebook

Video percuma - Cara tulis iklan di Facebook. Adakah anda seorang usahawan dan peniaga online? Mahukah anda jika saya berikan anda satu peluang untuk belajar secara percuma mengenai asas buat iklan di Facebook? Ya, ianya percuma. Anda tidak perlu bayar apa-apa pun untuk menonton video berkaitan ilmu pemasaran dan pengiklanan di Facebook ini.

Saya telah menjumpai satu laman web yang memberikan anda akses percuma untuk tonton cara tulis iklan di Facebook. Di dalam video itu nanti, akan diterangkan kepada anda kenapa iklan yang anda buat di Facebook tidak menghasilkan sebarang jualan. Ada 3 punca diberikan, dan anda tentu terkejut bila dapat tahu bahawa antara 3 punca tersebut, salah satunya pernah anda lakukan semasa membuat iklan di Facebook!

Video Percuma - Cara Tulis Iklan di Facebook

Di dalam video percuma itu juga, anda akan diberitahu mengenai tips asas untuk membolehkan produk anda dijual menerusi iklan di Facebook. Tips ini semua orang boleh lakukan, hatta buat peniaga online yang baru pertama kali nak mencuba pendekatan laman sosial Facebook untuk melariskan jualan serta produk. Ya, betul .. newbie pun boleh faham apa yang akan diberitahu menerusi video percuma asas buat iklan di Facebook ini.

Ok. Ada banyak lagi saya nak cerita, tetapi agak molek kalau anda tonton sendiri video percuma ini. Percuma sahaja!

Takkan tak boleh berikan sedikit teaser?

Ok. Saya print screen ...
Video percuma cara tulis iklan di Facebook
Nampak tak? Itu merupakan salah satu contoh yang diberikan dalam video cara asas untuk menulis iklan di Facebook. Ada banyak lagi isi kandungan video ini .... tapi saya tak mahu dedahkan keseluruhannya di blog post ini, sebabnya ialah bukan semua orang akan tonton video percuma ini. Al maklumlah, dah ada yang memang pandai bab-bab asas buat iklan di Facebook.

Jadi, tawaran video percuma ini hanyalah untuk mereka yang betul-betul nak belajar sahaja.

Cara-Cara Nak Dapatkan Akses Video Percuma

Ok. Ada yang nak tahu lebih lanjut? Mahu tonton keseluruhan video cara menulis iklan di Facebook ini? Video percuma ini akan diberikan kepada anda hanya setelah anda memasukkan alamat email anda di ruangan disediakan seperti dipaparkan di bawah ini.

  1. Klik pada pautan ini - Jualan Facebook
  2. Isikan alamat email anda yang sah dengan betul
  3. Klik 'Get Instant Access!'
  4. Kemudian periksa email anda untuk pautan ke video percuma asas buat iklan di Facebook.

Mudah je kan nak dapatkan akses video percuma ni? Jadi, tak perlu nak tunggu dan fikir, bukan kena bayar pun. Ilmu diberikan kepada anda - untuk mereka yang benar-benar nak belajar asas buat iklan di Facebook. Kalau anda masih tunggu, saya tak jamin akan ada lagi pautan (link) dan tawaran ini ....

Fikir Lagi? Mahu Testimoni?

Terus sahaja ke link Jualan Facebook dan dapatkan akses segera sebelum segalanya terlambat. Ilmu ni .. jangan kata saya tak payung ... haha ... ok? Sebelum anda klik butang pangkah untuk blog ini, atau membaca artikel lain yang mungkin menarik perhatian anda ... cuba lihat testimoni di bawah ini yang merupakan salah seorang terawal yang telah menonton video percuma tersebut.
Testimoni Iklan Jualan Facebook
Jadi, bagaimana? Terus sahaja ke pautan ini - Jualan Facebook dan lakukan langkah seterusnya untuk akses video percuma cara tulis iklan di Facebook.


Blogger Malaysia Ucap Selamat Hari Raya (Part 2)

Blogger Malaysia ucap Selamat Hari Raya Aidilfitri 1436H/2015. Alhamdulillah, sebelum ini saya telah pun berkongsi beberapa ucapan daripada blogger Malaysia menerusi entri Blogger Malaysia Ucap Selamat Hari Raya (Part 1) yang menampilkan beberapa blogger kacak dan cun di Malaysia.

Kali ini, saya akan kongsikan lagi beberapa ucapan Raya 2015 daripada beberapa blogger dari Kelab Blogger Belia untuk tatapan pengunjung dan pembaca khususnya rakan blogger yang lain.

Blogger Malaysia Ucap Selamat Hari Raya (Part 2)

Blogger Mia Kassim - shumie-dz.blogspot.com

Blogger Malaysia Ucap Selamat Hari Raya (Part 2)
Ucapan: "Salam Aidilfitri, maaf dipinta jika ada yang terkecil hati dengan apa yang dibaca. Buat semua rakan2 blogger dari Mia-Memories of Mine, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Kenangan yang manis semuanya tersimpan kemas dalam kotak memori."

Blogger Nur 'Aliah Nadhirah - montelcat.blogspot.com

Blogger Malaysia Ucap Selamat Hari Raya (Part 2)
Ucapan: "Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 buat semua kawan2 terutama kawan2 baru dalam dunia blogging. Sebagai seorg cina muslim selama 22 tahun, inilah lebaran yang terbaik buat kami. Semoga segala urusan kita dipermudahkan dan riang ria dihari raya. Jom kita kawan2...."

Blogger Chinta Artie - www.kakgojes.com

Blogger Malaysia Ucap Selamat Hari Raya (Part 2)
Ucapan: "Selamat hariraya aidil fitri buat semua rakan blogger"

Blogger Rozita Abdul Rahman - rozita-ceritaita.blogspot.com

Ucapan: "Selamat hari raya aidilfitri dr blogger Cerita Ita..semoga kita semua terus dilimpahi rahmatNya..amin.."

Blogger Aryn Fadz Lee - www.keluargahebat.com

Ucapan: "Kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga, rakan, saudara mara dan semua pembaca serta follower blog kami.Tidak lupa juga pada HH sbb sudi siarkan gmbr kami sekeluarga. Moga Syawal ini Silaturrahim kita akan terus berkekalan."

Blogger Faizal Anuar PJ - www.faizalpj.com

Ucapan: "Biar hati sejernih air, jgn pula dipenuhi lumpur, kalau salah saya dan keluarga belum berakhir, diharap diampun dgn rasa bersyukur. Jika budi dipenuhi ikhlas, jgn ia disulam tuba, jika ada salah yg belum dibalas, harap diampun di hariraya. Biar amarah disunting senyum, ibarat pekerti disulam kasih, diharap dihalal makan dan minum, ibarat rezeki yg tidak disisih. SELAMAT HARIRAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. Dari saya Faizal dan keluarga."

Blogger Wan Syahirah - syiralokman.blogspot.com

Ucapan: "Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin"

Blogger Ibae Zaini - ummikhalifstories.blogspot.com

Ucapan: "Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Taqabballahu minna wa minkum."

Blogger Azlinda Alin - www.azlindaalin.com

Ucapan: "Selamat Hari raya maaf zahir batin untuk semua pembaca blog HH dan blog www.azlindaalin.com. tak lupa juga sanak saudara sahabat handai"

Blogger Noriza Abdul Rahman - www.mommavogue.com

Ucapan: "Saya Noriza ingin mengucapkan salam lebaran salam aidilfitri kepada semua umat Islam..semoga Aidilfitri ini akan mengeratkan hubungan silaturrahim kita sesama insan.."

Alhamdulillah, saya sudahpun senaraikan 10 rakan blogger yang telah sudi berkongsi gambar raya selain ucapan khas Hari Raya 2015.

In Sha Allah, masih ada lagi rakan blogger yang telah hantarkan kepada saya gambar dan ucapan raya yang belum saya terbitkan. Nantikan di post yang akan datang.


Kenyataan Rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin Viral di Facebook

Kenyataan rasmi Muhyiddin Yassin viral di Facebook. Tentu ramai dah tonton video pengumuman Perdana Menteri Malaysia mengenai rombakan kabinet Malaysia. Malah, saya sangat pasti bahawa kebanyakan dari kita telah pun mengetahui senarai terkini kabinet baru Malaysia yang berkuat-kuasa 29 Julai 2015.

Inilah adat dalam politik, ada naik, ada turun. Dulu diangkat, sekarang diturunkan. Kadangkala saya sendiri tidak faham mengenai perjalanan dan senario politik di Malaysia. Itulah sebab saya kurang gemar bercerita detail mengenai isu politik di dalam blog. Kalau ada pun, saya sekadar selit untuk informasi dan ketengahkan fakta menarik - bertujuan untuk rujukan masa akan datang.

Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak lagi menjadi Timbalan Perdana Menteri (TPM). Tempatnya diganti oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang mempunyai pengaruh dan karismanya tersendiri. Jasa Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan dilupa, malah ramai yang menyanjungi beliau sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri dan juga Timbalan Presiden UMNO, apatah lagi dalam dunia pendidikan di Malaysia.

Kenyataan Rasmi Tan Sri Muhyiddin Yassin Selepas Digugurkan Dari Kabinet

Kenyataan Rasmi Muhyiddin Yassin Viral di Facebook
Saya tidak mahu cerita panjang, tapi saya ingin berkongsi rasa yang diluahkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri ini yang dikongsikan menerusi laman sosial Facebook rasmi beliau. Saya boleh katakan ini merupakan kenyataan rasmi dari bekas TPM sebaik sahaja beliau digugurkan daripada barisan kabinet baru yang dirombak.


KENYATAAN MEDIA YBHG TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSINBismillahirrahmanirrahim.Alhamdulillah, saya...
Posted by Muhyiddin Yassin on Tuesday, 28 July 2015

Tak dapat nak baca?

Ok, saya #copypaste di bawah ini untuk kemudahan anda yang mahu tahu ...

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, saya mengucapkan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan persekutuan sebagai Timbalan Perdana Menteri bermula 10 April 2009.

Saya juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, pemimpin pertubuhan bukan kerajaan dan semua pihak yang telah menyokong saya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Saya menerima keputusan YAB Perdana Menteri untuk menggugurkan saya daripada kabinet dengan hati yang terbuka. Saya menghormati kuasa prerogatif YAB Perdana Menteri untuk melantik dan menggugurkan mana-mana anggota kabinet.

Sebagai Timbalan Perdana Menteri, saya telah terlibat secara langsung dalam pembuatan dasar-dasar kerajaan dan melaksanakan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepada saya dengan penuh amanah. Selama saya berkhidmat, saya sentiasa mendokong semua dasar kerajaan dan menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri.

Kecuali dalam isu 1MDB, saya mempunyai prinsip dan pendirian saya sendiri dalam mempertahankan hak rakyat, nama baik parti dan kepentingan negara. Jika kerana pendirian saya dalam isu ini menyebabkan saya digugurkan daripada kabinet maka saya redha.

Saya akan sentiasa setia kepada perjuangan UMNO. Sebagai Timbalan Presiden UMNO, saya akan terus melaksanakan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya dan mencurahkan khidmat bakti saya demi memperkukuhkan parti serta mengembalikan keyakinan orang Melayu dan rakyat kepada UMNO.
Kepada Allah saya berserah.

TAN SRI DATO' HJ MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
28 Julai 2015 

Kenyataan rasmi dari Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikongsikan di Facebook ini telah menjadi viral. Sehingga entri ini ditulis, ianya telah dikongsikan (share) lebih daripada 38,000 kali, serta mendapat hampir 170K likes daripada pengguna Facebook.

Apa pula akan berlaku esok dan lusa, saya sendiri tidak pasti. Malaysia semakin menjadi perhatian dunia lepas satu persatu, dan ironinya segalanya berlaku selepas tragedi sedih menimpa negara iaitu kehilangan MH370 yang sehingga kini tidak dirungkai. Belum lagi disebut tentang kes yang masih belum selesai iaitu Kes MH17 yang ditembak jatuh di selatan Ukraine.

Dan kemudian kes 1MDB yang menampakkan perubahan kepada senario politik negara.

Mungkinkah ada dalang lain yang merencanakan semua ini?



28 Julai 2015

Bahaya Menggunakan Contact Lenses Pasar Malam

Awas. Sudah banyak barang tiruan dijual di Pasar Malam, dan antaranya ialah kanta lekap atau Contact Lenses. Saya memang perasan, mana-mana wanita yang pakai kanta lekap memang nampak anggun dan cun, apatah lagi jika mereka menggunakan kanta lekap yang serasi dengan warna mata, warna kulit dan yang menyerlahkan mata.

Isteri saya sendiri menggunakan kanta lekap semasa persandingan kami lebih 10 tahun dahulu. Perghh .. memang nampak lain sangat jika dibandingkan dengan wajah yang mengenakan kacamata biasa. Isteri saya nampak sangat-sangat-sangat cantik dan wajahnya nampak lebih menarik tanpa kacamata - terasa seperti berkahwin dengan seorang bidadari kayangan .. wa cakap sama lu ... hoho ...

Bahaya Menggunakan Contact Lens Pasar Malam

Bahaya Menggunakan Contact Lenses Pasar Malam
Memang betul jika wanita yang memakai kanta lekap yang bersesuaian dengan wajah terutama sekali warna kulit dan mata, mesti matanya akan lebih menyerlah dan kelihatan lebih anggun.

Pemakaian fashion contact lenses semakin popular terutama di kalangan wanita dan gadis-gadis di Malaysia, terutama sekali pada golongan artis wanita tempatan, contohnya Emma Maembong, Diana Amir, Neelofa dan ramai lagi ... malah, ada selebriti di kalangan lelaki juga memakai kanta lekap!

Namun, di sebalik kehebatan menyerlahkan penampilan dan wajah menggunakan fashion contact lenses ini, ada yang boleh membahayakan, apatah lagi jika contact lenses yang dipakai itu dibeli dari pasar malam tanpa preskripsi yang betul!

Tapi .. Contact Lenses Berkualiti Mahal!!

Ya, contact lenses yang berkualiti memang mahal, apatah lagi yang berkualiti terbaik. Tetapi, ramai yang memilih untuk tampil cantik dan anggun dengan menggunakan contact lenses atau kanta lekap yang dijual murah di pasar malam.

The Association of Malaysian Optometrists (AMO) president Murphy Chan urges users not to be tempted by low prices when buying contact lenses, especially the cosmetic lenses. “Sure, it is fashion but it is in contact with your cornea, and your cornea is unprotected tissue that can be damaged permanently. “Even if it’s a cosmetic item, you need to take the proper precautions as a misstep can lead to a loss of eyesight. - The Star.

Kanta lekap murah yang dijual di pasar malam dipercayai kurang berkualiti, malah ada di antaranya sangat tidak selamat digunakan. Antara bahaya menggunakan kanta lekap murah jenama pasar malam ini adalah:
  • Permukaan kanta lekap tersebut kasar, boleh menyebabkan kornea mata luka.
Dr Kenneth Fong, an eye surgeon from the Eye Centre at Sunday Medical Centre, couldn’t agree more. “If you are paying RM10 to RM15 for your contact lenses, don’t expect them to be of high quality. In fact if you look at one under the microscope, you can see how rough the surface of the material is.” This is why buying online is not advised, says Dr Michael Law, consultant ophthalmologist and eye surgeon at the International Specialist Eye Centre.- The Star
  • Kanta lekap murah dijual dengan 'one size fits all'. Tiada istilah satu saiz sesuai untuk semua bentuk mata. Jika saiz kanta lekap tidak sama dengan saiz anak mata, kemungkinan akan membawa kepada kecederaan yang serius.
  • Bahaya Menggunakan Contact Lenses Pasar Malam
  • Contact lenses pasar malam yang dijual murah boleh menyebabkan kerengsaan pada mata, malah ada kes membawa kepada konjuktivitis (mata merah) dan juga buta.
  • Kebanyakkan contact lenses yang dijual di pasar malam tidak disertakan dengan manual penjagaan yang betul. Ada yang hanya dijual di dalam kotak plastik kecil seperti kotak cincin.
  • Bukan semua kanta lekap itu sesuai dengan keadaan fizikal mata - dari segi saiz, kelembapan, tebal nipis dan sebagainya.

Di Amerika Syarikat, penjualan secara terbuka kanta lekap atau contact lenses ini tanpa preskripsi daripada doktor adalah menjadi satu kesalahan.

Kepada mereka yang sukakan kepada fesyen dan kecantikan, awas dengan jenis contact lenses yang dijual murah, terutama sekali di pasar malam. Malah, ada peniaga yang kini menjual kanta lekap fesyen (fashion contact lenses) dengan harga murah ini secara online di laman sosial seperti Facebook dan juga Instagram.

Beringat sebelum kena. Mahu tampil dengan mata yang cantik tak salah, tapi dapatkan dulu nasihat daripada pakar dan belilah daripada kedai cermin mata yang menjual contact lenses berkualiti dan menggunakan preskripsi yang betul - saiz dan jenis kanta lekap.

Untuk tips memilih kanta lekap yang bersesuaian, boleh rujuk post ini - Bagaimana Nak Tahu Samada Kita Memakai Contact Lenses Yang Betul

Semoga bermanfaat.


Nama Zahid Hamidi Antara Yang Trending di Google

Nama Timbalan Perdana Menteri yang baru iaitu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi antara yang trending di Google hari ini. Nama beliau menjadi trending di Google disebabkan oleh perlantikan beliau menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan dari senarai kabinet baru Malaysia sebagai orang nombor dua dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara lain yang trending di Google hari ini termasuklah MalaysiaKini, Abdul Kalam, The Star, Astro Awani, serta Ahmad Maslan. Nama Tan Sri Datuk Seri Panglima Abdul Gani Patail juga turut trending di Google apabila beliau telah ditamatkan perkhidmatan sebagai Peguam Negara, dan digantikan oleh Tan Sri Mohamed Apandi Ali.

Nama Zahid Hamidi Antara Yang Trending di Google

Nama Zahid Hamidi Antara Yang Trending di Google
Nama Datuk Ahmad Maslan menjadi trending di Google atas perlantikan beliau sebagai Timbalan Menteri di MITI menggantikan Datuk Hamim Samuri. Datuk Ahmad Maslan yang mempunyai ijazah Sarjana Muda di dalam bidang Ekonomi dan Sains Politik dari Universiti Victoria Wellington, New Zealand dan Sarjana dalam Business Administration dari Universiti Kebangsaan Malaysia antara nama yang popular di kalangan kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Antara lain yang trending di Google ialah laman-laman web berita Malaysia termasuklah Malaysia Kini, Bernama dan juga The Star. Ini mungkin disebabkan laman-laman web ini adalah antara yang pertama melaporkan beberapa isu terkini dan terhangat di carian.

Saya suka gunakan Google Trending ini untuk mencari bahan bagi meningkatkan trafik blog secara berhemah, dan in Sha Allah, tidak menggunakannya hanya untuk sekadar sensasi berita.

Ia juga salah satu cara untuk menarik perhatian pengunjung dari luar negara, bagi memaksima income menerusi Google Adsense.