30 Jun 2015

Tips SEO - Kata Kunci Dalam 100 Perkataan Pertama Entri

Tips SEOKata kunci dalam 100 perkataan pertama entri blog. Wah, dah agak lama saya tidak bercerita mengenai tips Search Engine Optimisation (SEO). Patutlah trafik dari rakan-rakan blogger lama dah tak berapa nak nampak sekarang ni. Lagipun, ramai juga rakan blogger yang dah kurang aktif. Kalau aktif pun, hanya bergerak dalam kumpulan. Hoho .. tinggal saya je dalam keseorangan.

Haip. Saya bukan nak meluah perasaaan. Entri kali ini saya nak kongsikan tips simple dan mudah mengenai SEO. Suatu perkara yang perlu ramai blogger ambil tahu. Ia berkenaan penggunaan kata kunci untuk menulis entri blog.

Kata Kunci Dalam 100 Perkataan Pertama Entri

Jika mahu entri berada dalam enjin carian seperti Google, maka seharusnya anda cuba ikuti tips ini. Tak susah mana, cuba kena kreatif sedikit daripada jiran sebelah rumah anda... haha.
Kata Kunci Dalam 100 Perkataan Pertama Entri

Untuk entri anda jadi mesra SEO, salah satunya kaedah ialah dengan memastikan bahawa entri yang anda tulis itu ada keywords atau kata kunci yang anda gunakan. Apakah yang saya maksudkan tentang kata kunci ini? Kata kunci ialah perkataan atau ayat yang orang gunakan untuk mencari sesuatu maklumat menerusi enjin carian Google.

Tak berapa nak nampak sangat? Ok. Saya berikan anda contoh.

Kata kunci yang anda target ialah 'Rumah Murah'

Maka dalam perenggan pertama mestilah ada perkataan Rumah Murah ini. Sebagai tambahan, anda boleh hitamkannya atau gariskan perkatan tersebut. Pastikan perkataan tersebut berada dalam 100 perkataan atau ayat entri anda.

Dan sebaik sahaja 100 perkataan itu abis, anda tambahkan gambar atau foto dengan keyword 'Rumah Murah' diletakkan dalam alt imej atau deskripsi gambar tesebut ... jadi anda sudah ada 2 perkara yang menyokong bahawa entri yang anda tulis itu benar-benar mengenai Rumah Murah.

Faham tak ni?

Kalau tak faham, cuba-cubalah fahamkan. Nak faham mudah je. Anda sendiri Google perkataan yang anda nak cari, bila jumpa senarai .. klik dan kemudian baca 100 patah perkataan pertama tu .. ada tak kata kunci tadi.

Selamat mencuba.


Eksperimen Cinta Bab 5 Bab 6

Baca secara online novel Eksperimen Cinta bab 5 dan bab 6. Kepada pembaca yag mengikuti perkembangan cerita ini di layar TV, tentu mahu tahu bagaimanakah penceritaan kisah Eksperimen Cinta dari novel.

Sebelum ini, saya sudah kongsikan novel online Eksperimen Cinta bab 1 hingga 4, maka kali ini saya kongsikan pula Eksperimen Cinta bab 5 dan bab 6. Ok ye, selamat membaca.

Eksperimen Cinta Bab 5 Bab 6

Baca novel secara online Eksperimen Cinta
Kelat wajah Damia sewaktu watikah membunuh itu dibacakan. Nak menghalang, tapi sebagai kuli, mana mungkin dia boleh. Nanti tak pasal-pasal keluar arahan hantar surat perletakan jawatan kalau silap perhintungan.

“Damia, saya dan Encik Raffi dah bersetuju nak hantar awak ke Triumph Air seharian hari ni untuk bincangkan pasal projek Dubai dengan Tengku Aaron because you are the first person who deals with him. Anggap saja ni challenge pertama awak untuk handle projek besar in future nanti,” panjang lebar Cik Lucy berkata. Dia tersenyum kepada Damia.

“Tahniah kerana terpilih.”

Tahniah kerana terpilih? Waa.. kalau tak terpilh memang dia sujud syukur agaknya. Kenapa aku? Kenapa aku? Cik Lucy menghulurkan tangan. Dengan terpaksa, disambutnya juga.

“Thanks, Cik Lucy.”

Habis berkata, dia keluar. Nak tak nak, terpaksa diterima. Terasa malang betul. Baru dua bulan dia bekerja, terasa dah macam kena dera. Mungkin kalau orang lain tak kot. Sebab ni semua gara-gara Tengku Aaron yang membuatnya terasa teramat berat hati untuk menjejakkan kaki ke sana buat kali kedua. Bimbang dia tak dapat bersabar, ada pula bangunan yang terbakar nanti.

Nak buat macam mana? Dah nasib badan.

“Ya Allah, ya Tuhanku. Kuatkanlah kesabaranku untuk menempuh seharian bersama makhluk perosak tu.”
“Mellisa, apa jadual saya hari ni?”

Tengku Aaron duduk di atas kerusi empuknya. Mellisa yang mengekornya tadi berdiri di depan mejanya bersama dengan PDA di tangan. Tak tau kenapa, dia berasa betul-betul tiada mood hari ni.
“Pukul 9.00 pagi, Tengku ada meeting kat Jaya Holdings. Pukul 11.30 pagi, Tengku ada meeting dengan syarikat iklan WeSmile.Lepas tu,..”

Tengku Aaron mula bosan. Asyik meeting je. Nak mengurat pun tak sempat. Beginilah hidupnya. Tapi, kalau tak kerja memang dia tak boleh hidup. Dah rasa macam tak cukup oksigen pun ada.
“Cik Damia Farisha, wakil Raffi Holdings datang hari ni..”
Tiba-tiba Tengku Aaron kembali bersemangat. Terus tegak duduknya. Wah, hari yang menghiburkan! Pelik Mellisa melihat respon bosnya itu. Tadi bukan main monyok, sekarang muka dah bercahaya macam kena suluh spotlight 30 Voltt.

“Call all meetings off,” arah Tengku Aaron mendatar.
“Tapi Tengku, Tengku ada lima meeting hari ni.”

“Alah.. cancel la. Reschedule balik. Saya kena pentingkan wakil Raffi Holdings sebab kita ada projek besar dengan dia. Takkan la saya takde padahal dia datang sini sebab nak discuss dengan saya.”
Panjang lebar dia berhujah. Kononnya tak nak kasi Mellisa perasan. Padahal hati bukan main teruja nak bertemu dengan gadis ayu itu lagi. Pelik betul.

“Baik, Tengku.”

“Satu lagi. Pesan kat Adam, Marwah dan Raja Syafiq jangan keluar ke mana-mana hari ni. Suruh Adam jumpa saya, bawa report pesawat baru yang dah diservis,” sambung Tengku Aaron.

“Orait.”

Damia kuatkan semangat. Pintu kayu solid itu diketuk. Setelah tuan di dalam mengizinkan, baru dia melangkah masuk.

Tengku Aaron yang tengah khusyuk menghadap laptop Apple itu mengangkat muka. Dia senyum saat melihat wajah selamba gadis di depannya itu.

“Oh, my sweetheart! How I miss you. Jemput duduk.”

Berasap telinga Damia mendengarnya. Nampak gayanya anak raja depannya ni tak makan saman. Penumbuk makan agaknya! Damia hanya senyum. Lambang hormat semata-mata.

“Nampaknya kita ada jodoh.” Tengku Aaron kenyit mata. Huh! Dasar kaki pelayar kaki sepanar punya spesis. Kurang monosodium glutamate!

Damia tetap dengan muka tak berperasaan. Senyum tak. Marah pun tak. Sampai Tengku Aaron sendiri naik confuse dibuatnya.

“Okay, we straight to the point. Encik Raffi dah cakap kat saya yang saya kena ajar awak pasal selok-belok projek ni. Lepas tu, kita akan bincang pasal konsepnya.” Tengku Aaron dah mula serius.
Sedikit sebanyak Damia lega. Sekurang-kurangnya lelaki di hadapannya itu reti jugak nak respect kerja.
“Ya, Tengku. Saya harap Tengku dapat beri tunjuk ajar sebab saya masih baru dalam bidang
ni.” Akhirnya, Damia bersuara.

“Nanti saya akan panggil Mellisa untuk tolong apa-apa yang awak perlukan. Nanti dia akan perkenalkan awak dengan muka-muka yang terlibat dengan projek ni,” tambah Tengku Aaron lagi. Sejurus selepas itu, interkomnya ditekan untuk memanggil Mellisa.

“Terima kasih.” Pendek Damia menjawab. Disimpul sependek yang boleh. Kalau Tengku Aaron faham bahasa isyarat, pasti digunakan.

“Hai. Ni dah kali kedua kita berjumpa. Saya setiausaha Tengku, Mellisa. Panggil Mel je.” Mellisa perkenalkan diri. “Kalau Cik Damia perlukan apa-apa, panggil je saya.”
“Panggil Mia je. Tak payah nak bercik-cik.” Damia tersenyum.

Ketika itu, mereka baru keluar dari bilik Tengku Aaron. Dan ketika itulah datangnya Adam bersama fail hitam di tangan.

“Aaron ada?” soal Adam. Dia perasan ada gadis bertudung di sebelah Mellisa.
“Ada. Oh ya. Mia, ni Encik Adam Hariz. Ketua Aeronautic engineers, merangkap bestfriend Tengku. Dia pun terlibat dalam projek ni. Encik Adam, ni Damia. Wakil Raffi Holdings.” Mellisa memperkenalkan mereka.

Senyuman bertukar sebelum Adam masuk ke dalam bilik Tengku Aaron.
“Siapa Damia tu?” Soalan pertama yang dituju untuk Tengku Aaron. Tengku Aaron senyum.
“Cantik tak?”

Apa kena dengan dia ni? Lain aku tanya, lain dia jawab. Fail di tangan diserahkan kepada Tengku Aaron. Dia duduk di atas kerusi empuk bertentangan dengan Tengku Aaron. Senyum memanjang je Aaron ni? Macam menang loteri pun ada.

“Boleh tahan la. Cun. Nampak lembut dan ayu. Sejuk mata memandang.” Adam puji melambung. Betul-betul dia tak tahu apa yang ada dalam kepala kawannya itu.
“Siapa tu?” tanyanya sekali lagi.
“Tu lah calon isteri aku.” Ek?
“Bertudung?” Adam tak percaya. Biar betul!
“Kenapa? Salah ke?”
“Tak. Cuma pelik. Sejak bila tukar taste ni? Dah jadi buaya lebai ke?” Tengku Aaron gelak.
“Biasa la wei. Kalau nak cari bini, mesti la yang tau respect aku. Reti hukum-hakam Islam. Ya tak?” soal Tengku Aaron balik. Seburuk mana pun lelaki akan dicarinya jugak perempuan yang boleh dibuat bini. Tanyalah lelaki mana pun.

“Betul jugak. Kalau aku pun, aku akan cari orang bertudung. Biar aku je yang boleh tengok auratnya. Penampilan melambangkan akhlak. Insyaallah la kalau bukan yang jenis hipokrit,” sokong Adam. Cuma ada satu yang Adam pelik.

“Anyway, bila korang bercinta ni?” soal Adam pelik. Tak pernah dengar pulak membernya tu cerita pasal Damia. Tup-tup nak kahwin. Pandai pulak Tengku Aaron berahsia.
“Bila masa pulak aku cakap aku bercinta dengan dia?” Tengku Aaron sengih.
“Pulak. Tadi kau cakap dia calon isteri kau?” Adam pening. Memang perangai Tengku Aaron tak boleh nak ikut. Aci hentam undang-undang dia je.

“Memang dia calon isteri aku. Tapi kami tak bercinta pun.”
“Habis? Dia pilihan orang tua kau?” teka Adam lagi.
“Bukan la. Kau ingat aku ni dok zaman Jepun ke? Jodoh family tentukan? Kan hari tu aku cakap aku nak kahwin. Dia je calon yang aku nampak sesuai.”

“Dia je calon yang aku nampak sesuai?” Adam mula mencerna sebaris ayat tu. Tengku Aaron angguk.
“Kiranya, kau nak paksa dia kahwin dengan kau la ni?”

“Good assumption. Dan memang betul pun.” Tengku Aaron sengih.
Adam terkejut. Tak sangka Tengku Aaron serius nak kahwin. Dan tak sangka tekaan dia tepat.
“Wei.. tak baik hancurkan masa depan anak orang. Kau bukannya cintakan dia pun.” Adam kurang bersetuju. Kahwin-mahwin jangan dibuat main. Bukannya eksperimen menda tu.
“Peduli la. Bukannya aku mati kalau takde cinta. Pokoknya aku bersemangat nak kahwin ni. Cinta lain hal. Yang penting, aku tak nak kalah.”

Adam geleng kepala. Aku memang kalah kalau nak berdebat dengan mamat ni. Kalau berdebat dalam mahkamah pun agaknya semua peguam angkat bendera putih. Tok majistret pun agaknya angguk iakan je. Bukannya dia tak kenal Tengku Aaron Shah ni. Kalau dia kejar sesuatu, maka janganlah berharap dapat lepaskan diri. Gunung Everest pun boleh daki sebelah kaki je. Adoi.. Ni semua pasal dendam dengan Tengku Andrean la ni. Bilala mereka nak berbaik ni?

“Tapi, orang secantik dia takkan takde pakwe kot? Kau jangan.. tak pasal-pasal rosak hubungan dorang. Takkan kau nak jadi perampas kebahagiaan orang kot?” nasihat Adam.
“Dah jodoh dia dengan aku nak buat macam mana?” senang Tengku Aaron menjawab.
Eh, mudahnya dia bercakap? Kahwin pun belum. Adam geleng kepala.

“Aku yakin dia takde pakwe la.”
“Kenapa?”
“Sebab.. kalau aku rapat dengan dia semeter pun boleh diberi jelingan maut, macam susah nak didekati lelaki. Macam mana la nak ada boyfriend?” Tengku Aaron dah buat andaian sendiri.
“Ek ena.. kau tu sebab dah species ulat bulu. Bukan semua perempuan selesa.” Tengku Aaron sempat sengih.

“Dia patutnya beruntung sebab aku pilih dia. Dapat jadi isteri CEO, lepas tu jadi menantu Tan Sri.”
“Memang dapat jadi isteri CEO, menantu Tan Sri. Tapi, kalau kena layan perangai tiga suku kau tu, kalau aku pun aku tak nak. Malas aku nak layan kau ni.”
BAB 6
Aduh, letih Damia rasa! Dia terpaksa ulang-alik dari bilik meeting yang dijadikan bilik bertapa untuk hari ni ke bilik Tengku Aaron. Masuk kali ni dah lima kali.

“Kesian saya tengok awak. Asyik ulang-alik je,” tegur Tengku Aaron ikhlas. Tengok.. Tengku Aaron pun perasan.

“Apa kata awak stay je dalam bilik saya? Jimat masa dan tenaga,” cadang Tengku Aaron. Juga ikhlas.
Duduk berdua dengan dia dalam bilik ni? Huh! Aku rela bertawaf lagi. Nehi.. Never. Tak pasal-pasal jadi kes lain pulak. Dah la perangai tu bukannya boleh nak percaya.

“Takpe, Tengku. Saya perlukan ketenangan. Saya pun tak nak ganggu Tengku. Plus, walking is an exercise,” jawab Damia sespan mungkin. Tidak mahu mengecilkan hati Tengku Aaron. Damia senyum. Betul tu. Dia yang tersedia kurus agaknya boleh tertinggal tulang je.

Keluar dari bilik Tengku Aaron, betul-betul depan pintu masuk, Damia hampir terlanggar seseorang.
“Err.. sorry,” cepat-cepat Damia minta maaf.

“Hei.. tak nampak orang ke? Idiot,” tengking perempuan itu.
Damia angkat muka. Amboi, bahasa? Sebal hatinya melihat pemakaian perempuan itu. Ingat Ni pertandingan American Top Models ke? Pakai dress atas paha jer? Nasib baik la kaki takde kudis. Kenapa la tak naik je kurap setompok dua? Baru la reti nak tutup!

“Dah.. pergi,” halau perempuan itu dengan selambanya macam syarikat ni bapak dia yang punya. Tak tahu la kalau tu adik Tengku Aaron. Tapi, nampak muka tak sama langsung. Kulit perempuan tu pun gelap. Macam India je aku tengok. Best Damia mengutuk sebelum buka langkah.

“Siapa tu?” soal Damia kepada Mellisa. Kebetulan bertemu..
“Tu Cik Lysda.”

Ooo.. Agaknya girlfriend dia kot… Kenapala girlfriend-girlfriend Tengku Aaron ni takde tatasusila semuanya? Penat…

“Ehh.. Mana pulak kertas ni?” rungut Damia lagi.

Dah setiap fail sudah dibelek. Tapi, tetap tak jumpa. Mana kau menyorok, wahai kertas? Tiba-tiba Damia tepuk dahi. Allah. “Mesti tertinggal dalam bilik malaun tu.”

Arghh.. malasnya dia nak kembali ke bilik Tengku Aaron. Dahlah jauh bilik tu. Kena naik setingkat. Waa.. kenapa boleh tertinggal ni? Tula.. Tengku Aaron suruh stay bilik dia, tak nak. Damia mengeluh. Nak tak nak, dia mesti pergi ambil sebab dia memang perlukan kertas tu untuk siapkan tugasnya.

Padan muka kau, Damia. Walking is an exercise. Banyakla kau punya exercise..

Damia ketuk pintu. No respon. So, dia redahla macam biasa. Betul-betul tak sangka dapat tengok freeshow. Tergamam habis. Nasib baik tak pengsan je dia. Dan masa tulah Tengku Aaron cepat-cepat rungkaikan pelukan perempuan seksi itu pada lehernya.

Tengku Aaron pandang laptop. Lysda merengus kasar. Marah kot sebab dia kacau adegan romantik tu. Agaknya apa yang akan berlaku kalau Damia tak redah tadi? Ah.. Amal makruf, nahi mungkar!
“Haa.. awak nak apa ni?” Suara Tengku Aaron sama ada memang betul nak marah atau sengaja nak tutup malu dan rasa bersalah.

“Saya ketuk pintu. Tapi, takde respon, jadi saya masuk la. Saya nak ambil kertas saya yang tertinggal.” Damia menjelaskan niatnya. Kononnya tak kisah dengan apa yang berlaku tadi padahal hati sentap habis. Entah berapa kilo sumpah seranah kepada lelaki itu.
“Ooo.. ni dia.”

Kertas A4 putih itu bertukar tangan. Langsung Damia tak peduli dengan Lysda yang tengok Damia macam nak kasi tembus. Damia tetap tenang. Tapi, dalam hati tengah tahan rasa menyampah yang amat. Betul la orang kata, air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Buaya darat ke buaya platinum? Entah..

“Kalau takde apa-apa lagi, saya keluar dulu.” Damia mula melangkah. Sampai depan pintu, dia berpaling.
“Oh, ya! Bukan nak menyibuk. Tapi, sebagai umat Islam yang mempunyai tanggungjawab untuk mencegah kemungkaran, saya rasa eloklah kalau Tengku dan Cik Lysda cepat-cepat kahwin kerana antara seorang lelaki dan seorang perempuan bukan muhrim, ada syaitan di tengah-tengah…”

Free-free Damia bagi ceramah. Kaw-kaw dia Clorox. Siap campur varnish lagi.

“Sekian tazkirah untuk hari ini, wassalam.” Damia keluar.
Tak peduli dah dengan riak Tengku Aaron dan Lysda yang jelas-jelas tergamam. Dan tak peduli juga dengan Adam yang tengah terkekek-kekek ketawa menekan perut yang berdiri betul-betul di depan pintu masuk bilik CEO.

Entah apa yang lucu, Damia sendiri tak tahu. Nasihat je..

Selepas kena berus dengan Damia, Lysda terus angkat kaki. Patah mood nak bersama Tengku Aaron. Tak tau pulak syarikat Tengku Aaron dah ada ustazah sorang. Dan hidup Tengku Aaron kembali tenang tanpa gangguan Lysda. Syukur juga sebab Damia Dah jadi penyelamat biarpun dah dapat kuliah free hari ni.
Namun, ada satu hal yang buat dia geram. Adam! Sakit hati dia tengok Adam yang dah sakan gelak. Dia tak rasa sikit pun lucu.

“Wei, diamlah!” Rasa macam nak humban je Adam dari tingkat lima puluh lima ni. Tapi, kalau betul terjadi grenti sahabatnya itu jadi arwah. Dia masih sayangkan Adam. Sengal-sengal Adam pun, tulah kawan dia dunia akhirat.

“Sorry, bro. So lawak la. Aku memang tak boleh nak ingat. Tambah pulak bila ingat muka tergamam habis si Lysda tu.” Adam kembali ketawa.

“Sekian tazkirah untuk hari ini, wassalam,”ajuk Adam. Sedikit sebanyak kata-kata Adam buat Tengku Aaron tersenyum. Betul la lucu!
“Tak sangka betul dia berani nak brainwash kau. Memang kena berus directly proportional la. Clean and clear. Macam mana? Ada aura nak insaf tak?”
Hai.. ni dah lebih ni!
“Dam, kau pernah rasa tak macam mana model kapal terbang ni masuk mulut?” soal Tengku Aaron geram. Salah satu model kapal terbang Triumph Air yang menghiasi mejanya dah digenggam. Bila-bila masa boleh dilancarkan ke dalam mulut orang. Ketawa Adam dah mula mereda. Tapi sengih masih bersisa.
“Betulla aku rasa dia ni sesuai untuk kau. Aku rasa aku setuju kalau kau nak jadikan dia wife kau.” Adam dah berdiri.

“Even ni satu perkara yang kejam, and aku tak tau apa yang aku cakap ni salah atau betul, I wish you good luck to win her heart,” tambah Adam lagi sebelum keluar.

Damia buat-buat selamba saat terasa bagaikan diperhatikan. Angkat muka, memang betullah andaiannya. Tengku Aaron tengah asyik memandangnya. Naik segan Damia dibuatnya.

“Kenapa Tengku tengok saya macam tu?” soal Damia. Kalau ada tiga mata, agaknya ketiga-tiga mata detenungnya aku. Agaknya dia marah kot sebab kena ceramah tadi? Nak balas dendam? Entah la..
“Nak cuci mata pun tak boleh ke?”

Nak cuci mata pun tak boleh ke? Hii..aku korek jugak mata dia ni! Aku datang sini bukan nak suruh kau cuci mata. Dan aku pun tak nak cuci mata. Tak boleh la wei… Kalau kau tenung aku macam tu, buatnya aku jatuh cinta dengan muka kacak membunuh kau tu, tak ke haru? Tak kesian ke aku? Nanya wei.. nanya.
“Pandangan mata seorang lelaki kepada perempuan atau sebaliknya mesti dijaga. Kalau tak nanti jatuh ke hukum zina mata,” sekali lagi Damia bagi ceramah. Tersenyum tengku Aaron mendengarnya. Ni mesti cita-cita masa kecik nak jadi ustazah ni. Kesian.. Tak kesampaian.

“Awak ingat tak perbincangan kita yang sebelum ni yang tak sempat habis lagi,” kata Tengku Aaron tiba-tiba. Damia cuba mengingat.
“Yang mana, ya? Rasanya semua dah habis.”
“Awak dah lupa..”
“Saya tak ingat la pulak…” Damia cuba mengingat. Betulla takde.. konfem!
” Saya pernah offer awak, nak jadi isteri saya tak?” Terus tegak duduk Damia.

Sengal la dia ni. Isu tu jugak yang dibangkitkan. Tu out of the issue la!
Damia tak dapat tahan daripada nak tergelak. Sampai nak berair matanya gelakkan ‘offer’ Tengku Aaron. Bila angkat muka, tajam pandangan lelaki itu mencecah matanya. Terus putus tawa Damia.
Jangan cakap dia serius pulak!

“I’m serious.”

Betulla dia serius. Damia sudah berdebar. Hal-hal macam ni, tak boleh dibuat main! Apa dia ingat aku ni anak kucing ke? Aku anak orang, tau? Ada mak bapak. Dasar gila nak berbini!

“Saya betul-betul nak awak jadi wife saya.” Kali ni dah bunyi macam satu paksaan pulak. Betulla dia ni gila talak. Hati Damia dah meradang. Tapi, memandangkan Tengku Aaron orang penting bagi syarikatnya, diskaun lima puluh peratus suhu marahnya. Sabar.. Sabar..

“Jangan macam tu, Tengku. Nanti kecut habis segala organ dalaman girlfriend Tengku.” Damia cuba berhemah. Hati dah berdebar bukan main melihat riak serius Tengku Aaron. Ni part yang paling dia tak suka. Bila Tengku Aaron bermuka serius! Waa.. Ngeri seh.. Nak lawan pun kena fikir dua tiga kali dulu.
“I’m very serious,” tekan Tengku Aaron lagi. Bukti yang dia memang tak main-main.

Terus terdiam Damia. Suara pun tak berani nak keluar. Apa hal pulak ni nak paksa-paksa orang kahwin ni? Kenal pun tak berapa. Beraninya dia? Kalau aku ni kaki kikis, macam mana?

“Ingat saya cakap, you will find out? This is what you found out. Atau awak betul-betul nak saya tarik sponsor RM300 million tu?” ugut Tengku Aaron.

Dah main ugut-ugut la pulak. Damia dah tak sedap duduk. Syarikat.. Syarikat jugak! Tapi hal jodoh jangan dibuat main.

“Tapi Tengku, kahwin bukan sampai esok je. Tengku boleh mintak apa je. Asalkan bukan yang ni. Ni melibatkan future saya. Juga future Tengku.”
“Pokoknya, saya nak awak kahwin dengan saya. Titik.”

Waa.. Damia dah rasa nak nangis. Umi.. tolong!! Kalau Tengku Aaron pokoknya nak kahwin dengannya, dia pula jangankan pokok. Daun ke, akar ke, bunga ke… dia tetap tak nak kahwin. Tambah pula dengan Tengku Aaron yang memang dah kena blacklist jadi calon suaminya.

“Cuba awak bayangkan. Apa yang akan terjadi kat Raffi Holdings kalau saya tarik balik sponsor ni. Boleh jatuh muflis, tahu? Dan awak pun akan hilang kerja.” Dengan berlagak nak mati, Tengku Aaron berkata.
Huh! Sombong dan pentingkan diri sendiri.

“Damia.. Damia.. don’t be too selfish. Awak nak ke semua orang tahu yang gara-gara awak, Raffi Holdings jatuh? Semua orang takkan pandang salah saya. Percayalah.. Sayang.. Syarikat tu baru je nak melonjak naik sekarang ni.” Tengku Aaron terus-terusan mengugut.

Nak nangis Damia dibuatnya. Aku je yang dia nampak selfish. Habis, dia tu apa? Selchicken? Kalau tak setuju, tak mustahil Tengku Aaron melaksanakan kata-katanya. Kalau betul terjadi, sanggup ke dia bertanggungjawab. Tapi,takkan nak setuju pulak? Gila! Betulla ditelan mati emak, diluah mati bapa. Silap-silap dia pun boleh mati jugak.
“Tapi..”
“Think of it, Damia. I know it is hard for you. I give you one week to say yes,” putus Tengku Aaron.
Damia terkaku di kerusi empuk itu. Hanya melihat langkah bergaya Tengku Aaron meninggalkan bilik mesyuarat. Bagaikan tak percaya dengan ugutan Tengku Aaron.

Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House

Buffet berbuka puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House. Wah, sana sini ada promosi buffet Ramadhan. Bukan hanya di ibukota Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar sahaja ada promosi buffet buka puasa Ramadhan ini, malah tempat seperti Bukit Merah Laketown Club House juga ada menyediakan buffet Ramadhan 2015 yang tersendiri.

Mungkin ramai yang belum lagi mengenali mengenai Bukit Merah Laketown Club House ini. Jika anda pengikut setia blog saya, tentu sudah lihat perkongsian sebelum ini mengenai ABC (Ais Batu Campur) Gunung, ABC Bukit, dan paling terbaru ABC Talam yang menjadi antara trademark tarikan ke Bukit Merah Laketown Club House ini.

Malah, ABC Bukit di Bukit Merah Laketown Club House pernah menjadi viral di media sosial satu ketika dahulu kerana keunikannya yang tersendiri.

Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House

Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House
Untuk Ramadhan 1436H/2015, Bukit Merah Laketown Club House telah menyediakan menu istimewa untuk kunjungan ramai berbuka puasa di situ. Sebagai menghargai sokongan ramai terutama pelanggan-pelanggan setia, Bukit Merah Laketown Club House telah menyediakan menu menarik buffet berbuka puasa bertemakan resepi Sesedap Air Tangan Bonda, sempena Ramadhan 1436H/2015.

Menu Biasa-Biasa Tetapi Istimewa

Saya sendiri telah berkesempatan untuk berbuka puasa di Bukit Merah Laketown Club House. Dengan harga buffet yang sangat berpatutan, apatah lagi disertakan dengan mandi kolam/pool percuma; ia memang satu pakej buffet Ramadhan antara paling best dan menarik tahun ini. Bukan sekadar menarik perhatian ibu bapa seperti saya, malah anak-anak sendiri turut teruja untuk berbuka puasa di Bukit Merah Laketown Club House.
Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House


Harga Buffet Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House

  • Harga Dewasa : RM22/seorang
  • Harga Kanak-Kanak : RM16/seorang
  • Percuma : Mandi malam di kolam renang

Promosi ini telah bermula sejak 25 Jun 2015 yang lalu, dan saya serta keluarga telah berkesempatan untuk mencuba menu berbuka puasa yang bertemakan Sesedap Air Tangan Bonda ini. Dalam sessi ini, saya telah mencuba beberapa menu sedap lagi menyelerakan yang disediakan oleh 4 orang Chef, antaranya:
  • Nasi Hujan Panas
  • Sambal Udang Petai
  • Ayam Masak Merah
  • Jelatah
  • Dalca
  • Aneka Kuih Muih Tradisional
  • Puding Jagung
  • Aneka Mee termasuklah Laksa
  • ABC istimewa termasuklah Cendol
  • Buah-buahan tempatan
Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House
Memang kenalah dengan konsep Sesedap Air Tangan Bonda. Walaupun menu nampak biasa-biasa, tapi percayalah, semua menu ini sedap-sedap belaka. Antara paling saya suka ialah Nasi Hujan Panas dan Ayam Masak Merah. Dan tidak melepaskan peluang, saya mencuba Mee Kari dan juga ABC sendiri buat .... fuhhh memang puas hati.
Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House
Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House
Buffet Buka Puasa Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House

Anak-Anak Buat ABC Sendiri

Bukan hanya saya dan isteri suka akan menu yang disediakan, malah anak-anak saya juga suka. Jadi, memang berbaloilah dengan harga yang dibayar. Paling menyeronokkan anak-anak saya ialah mereka dapat mencuba untuk membuat ABC dan Cendol sendiri di kiosk yang disediakan. It's not just delicious but also fun for the kids. Terbaiklah.

Terjun Kolam Renang Bukit Merah Laketown Club House

Selesai sahaja anak-anak menjamu selera berbuka puasa, dan saya serta isteri selesai menunaikan sholat Maghrib di surau yang disediakan, maka tibalah masa anak-anak berendam dan bermain di kolam renang yang ada di Bukit Merah Laketown Club House ini.
Anak-anak berseronok di kolam renang, saya pula ulang-alik mencuba hidangan buffet yang tersedia..... hahaha .... ini yang saya katakan apa yang dibayar berbaloi-baloi.

Peta Lokasi Bukit Merah Laketown Club House

Ok. Kepada yang mungkin nak mencuba hidangan dan menu buffet buka puasa Ramadhan di Bukit Merah Laketown Club House ini, bolehlah merujuk kepada peta di bawah ini untuk lokasi. Secara amnya, lokasi Bukit Merah Laketown Club House tidaklah sesukar mana.

Cara-Cara Untuk ke Bukit Merah Laketown Club House

Apa yang perlu anda buat ialah melalui lebuhraya Utara Selatan (PLUS) anda ambil susur keluar (exit) tol Bukit Merah. Pada simpang lampu isyarat sebaik sahaja keluar tol, sila ambil kanan. Kemudian anda nampak signboard Bukit Merah Laketown Resort, anda masuk sehinggalah anda jumpa resort yang dimaksudkan. Di bulatan pertama, anda ambil terus (jam 12) dan terus sampai ke hujung jalan anda akan nampak Bukit Merha Laketown Club House ini di sebelah kanan.

Tempahan dan Info Lanjut

Untuk tempahan dan info lanjut mengenai Buffet Ramadhan 2015 Bukit Merah Laketown Club House ini, anda boleh hubungi:

Puan Norsham
  • 012-5844991
  • 013-2587974
Facebook: Bukit Merah Laketown Club House

Update terbaru:

Datuk Jamal Abdillah pun memilih tempat ini untuk berbuka puasa. Datuk Jamal Abdillah telah hadir merasai menu berbuka puasa Buffet Ramadhan Bukit Merah Laketown Club House pada 29 Jun 2015. Meriah sungguh nampaknya - boleh lihat di page Bukit Merah Laketown Club House.
Jadi, kalau senyap-senyap Datuk Jamal Abdillah secara peribadi pilih tempat ini untuk berbuka puasa, pastilah ia sesuatu yang istimewa ... tak gitu?

Cubalah ye. Saya pasti anda tidak akan kecewa, in Sha Allah.

Selamat menjalani ibadah puasa.

29 Jun 2015

Seleksi Nama Juadah Unik Bazaar Ramadhan

Seleksi nama juadah unik di Bazaar Ramadhan. Setiap tahun, setiap kali Ramadhan datang menjelma, maka akan wujudlah pelbagai teknik dan taktik pemasaran untuk melariskan jualan, terutama juadah berbuka puasa. Salah satu kaedah yang digunapakai dan popular ialah dengan memberikan nama khas lagi unik untuk juadah berbuka puasa.

Dengan menggunakan nama unik ini, ia setidak-tidaknya akan menarik perhatian orang ramai yang mencari juadah berbuka terutama sekali di bazar Ramadhan. Bukan setakat di bazar Ramadhan, teknik sama juga digunakan oleh kebanyakkan restoran dan hotel terkemuka. Nama unik ini yang diilhamkan daripada pelbagai peristiwa, kejadian, serta fenomena menjadikan juadah biasa-biasa nampak luar biasa.

Ada juga nama-nama juadah ini diambil berdasarkan perkara dan isu yang menjadi viral di laman sosial seperti Facebook dan juga Instagram.

Seleksi Nama Juadah Unik Bazaar Ramadhan

Mari lihat beberapa seleksi nama juadah unik yang telah saya himpunkan.


Cara Mudah Pantas Bina Website Affiliate Sendiri

Saya sering tertanya-tanya, bagaimanakah cara paling mudah dan pantas untuk bina satu website affiliate sendiri? Manalah tahu kot-kot pada satu hari nanti, saya akan ada produk sendiri untuk dipasarkan, dan saya memerlukan bantuan affiliate untuk mempromosikannya secara sukarela. Alhamdulillah, saya telah temui satu cara paling mudah dan pantas untuk bina website affiliate sendiri dengan kos yang rendah, malah segala-galanya berkaitan sistem dan pemasaran affiliate telah tersedia dengan sendirinya.

Terima kasih kepada sistem Nichify. Nichify memberikan peluang untuk membina dengan mudah dan pantas sebuah website affiliate yang mesra SEO serta dilengkapi segala senjata pemasaran online. Nichify ada sistem langganan email untuk mengumpul database pelanggan. Malah, ia dilengkapi dengan sistem pemasaran email termasuklah follow-up email, opt-in serta autoresponder.

Cara Mudah Pantas Bina Website Affiliate Sendiri

Cara Mudah Pantas Bina Website Affiliate Sendiri

Segalanya telah tersedia. Apa yang perlu dilakukan hanyalah mendaftarkan diri untuk mencuba sistem Nichify ini, dan lihat bagaimana laman web yang dibina menerusi Nichify bertindak sebagai tools yang sangat berkesan di dalam pemasaran online.

Tawaran bina laman web affiliate dengan mudah dan pantas yang tidak seharusnya anda lepaskan!

Screen Shot Website Saya Membuktikannya

Saya tak pandai nak cerita lebih-lebih, tapi anda boleh lihat sendiri beberapa screen-shot sistem Nichify yang dipunyai oleh saya sendiri. Dan paling seronok, anda tidak perlu kerja keras untuk memastikan laman web ini berada di rank #1 enjin carian Google - bergantung dengan kata kunci yang digunakan untuk mempromosikan produk-produk anda.

Cara Mudah Pantas Bina Website Affiliate Sendiri



Untuk melihat samada apa yang telah saya bina menerusi Nichify ini mesra SEO atau tidak, maka saya mengujinya di laman enjin carian Google, dan di bawah ini adalah hasilnya ...

Laman web yang saya bina guna Nichify (panduanbloggerbuatduit.rapidniche.com) terus dapat rank #1 dalam Google! Tak perlu pun saya bina backlink, atau mendapatkan PR yang bagus untuk website ini. Ianya hasil yang sungguh mengagumkan saya.
  • Laman web dibina dalam masa 5 minit.
  • Terus mendapat rank yang sangat baik di enjin carian Google!

Sangat Sesuai Untuk Promosi Bisnes dan Produk Secara Online

Nichify bukan hanya untuk bina laman web bagi mempromosikan produk affiliate, tetapi apa jua perniagaan dalam talian (bisnes online) dengan mudah. Dengan sistem Nichify, anda menjimatkan masa untuk kaji dan gunakan teknik SEO. Segalanya disediakan, hanya masukkan keyword yang anda mahukan, dan in Sha Allah, anda boleh lihat bagaimana apa yang telah saya buktikan di atas.

Berminat untuk memiliki laman web seperti saya, dan dengan mudahnya mempromosikan bisnes dan produk anda secara online, maka saya syorkan anda untuk mendapatkannya segera ....

Hanya klik pautan ini - Bina Website Bisnes Mesra SEO Dalam Masa 5 Minit!

Dan jangan risau, laman web bisnes yang anda buat telah siap sedia mesra peranti (mobile-friendly) tanpa perlu anda cari template atau ubah apa-apa koding yang merumitkan.

Jangan biarkan orang lain ambil tempat laman web anda di enjin carian, sediakan segera laman website bisnes dan produk anda dalam masa 5 minit ....

28 Jun 2015

5 Perkongsian Status Laman Sosial Yang Bawa Mudarat

Perkongsian di laman sosial yang boleh mendatangkan mudarat. Tahukah anda bahawa perkongsian status termasuk gambar, butiran diri, lokasi dan sebagainya di dinding laman sosial boleh memudaratkan pengguna atau pemilik akaun tersebut? Dunia tanpa sempadan dengan perkongsian 'kehidupan' sosial tanpa batas ini sebenarnya boleh mengundang beribu masalah serta isu termasuklah membantu jenayah dilakukan dengan mudah jika tidak dibendung dan dikawal.

Awas dengan apa yang anda tulis, upload dan kongsi menerusi media sosial seperti Facebook, Twitter, mahupun Instagram. Dengan keseronokan berkongsi apa yang anda rasa di media sosial, anda sebenarnya membolehkan informasi mengenai diri anda serta yang berkaitan dibocorkan dan disalahguna dengan rela. Ada sahaja yang akan mempergunakan peluang itu untuk kepentingan diri mereka sendiri.

Kita Tidak Tahu Niat Sebenar Pengguna Laman Sosial

Hati manusia siapa boleh tahu, walaupun di dunia nyata pun kita tidak tahu niat seseorang atas diri kita, apatah lagi dengan hati pengguna-pengguna laman sosial yang lain. Informasi diri seperti status perkahwinan, tempat kerja, jawatan, alamat tempat tinggal, lokasi anda pergi setiap hari, nama anak-anak, gambar rumah, gambar dalam rumah, gambar anak, jenis kenderaan anda pakai termasuklah bank-bank yang anda gunakan untuk urusan perniagaan boleh disalahguna oleh mereka yang bijak memanipulasi data dan informasi ini untuk tujuan tidak baik.
Jenis Status Laman Sosial Yang Boleh Berikan Mudarat
Bukan itu sahaja, mungkin ada status-status sosial yang anda kongsikan boleh dijadikan bahan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencetuskan panik, ketidak-amanan, huru-hara, kekacauan malah menjadikan isu kecil menjadi besar.

5 Perkongsian di Laman Sosial yang Mendatangkan Bahaya

Ok, mari saya simpulkan beberapa perkongsian menerusi laman sosial yang mungkin boleh memudaratkan dan membahayakan jika dikongsi secara meluas, apatah lagi seandainya ia menjadi viral dan berada dalam pengetahuan mereka yang berniat jahat ke atas diri anda.

Berkongsi Gambar Anak-Anak Beserta Butiran Peribadi Mereka

Tidak salah berkongsi gambar anak-anak di laman sosial, tetapi awas - terkini terdapat satu perbuatan yang 'menculik' anak-anak anda secara maya. Mereka ambil gambar anak anda dan jadikan ia milik mereka. Paling teruk, ia dijadikan sumber untuk jenaka keterlaluan sehingga mengaibkan. Malah, ada kes di mana gambar anak-anak ini digunakan oleh orang lain untuk digunakan bagi meraih simpati kutipan derma (tanpa pengesahan). Terdapat juga laporan di mana gambar anak-anak digunakan untuk wujudkan page dan akaun sosial tertentu seperti Bayi Paling Hodoh dan sebagainya - ini adalah salah, dan ia merupakan salah satu dari jenayah buli siber.
Jenis Status Laman Sosial Yang Boleh Berikan Mudarat
Butiran peribadi anak seperti gambar lahir, tarikh lahir, kad pengenalan, tanda kelahiran dan sebagainya boleh dijadikan info untuk jenayah dilakukan ke atas anak-anak. Perkongsian gambar anak dengan adanya lokasi dinyatakan seperti di Facebook dan Instagram boleh membahayakan anak-anak itu kepada kes culik tebusan dan pemerdagangan kanak-kanak.

Terdedah Bahaya Kepada Jadi Bahan Por_grafi

Gambar anak-anak yang diupload tanpa tapisan oleh ibu bapa juga boleh menjebakkan anak-anak ini kepada perbuatan tidak bertanggungjawab oleh mereka yang gila seks dan child por_grafi. Malah, baru-baru ini terdapat kes di mana gambar anak seorang pelakon telah dimuat-naik ke laman web luc_h tanpa disedari oleh ibubapa.

Perkongsian Mengenai Masalah Rumahtangga

Elakkan dari memberitahu satu dunia mengenai masalah rumahtangga yang anda sedang alami. Mungkin tanpa sedar anda sebenarnya membuka aib pasangan anda. Apatah lagi jika anda seorang isteri dan wanita Muslim; si isteri boleh dianggap derhaka kepada suami jika bercerita mengenai 'kelemahan' si suami dalam urusan rumahtangga kepada umum, ia seperti membuka aib suaminya yang sangat-sangat dilarang dalam agama Islam.

Jenis Status Laman Sosial Yang Boleh Berikan Mudarat
Perkongsian ini boleh memudaratkan sehingga memberikan laluan kepada penceraian, walhal masalah seperti ini sepatutnya diselesaikan antara suami dan isteri tersebut dan bukan mengajak satu dunia untuk memberitahu apa yang perlu dibuat dan tidak sedangkan mereka tidak tahu perkara sebenar. Perkongsian seperti ini juga akan menyebabkan diri anda terdedah kepada cemuhan, dan dimanipulasi oleh mereka yang mahu mempermainkan nilai-nilai baik dalam sebuah perkahwinan yang sah.

Perkongsian Melampau Mengenai Kejayaan dan Kekayaan

Ada sesetengah mengatakan bahawa ini merupakan teknik pemasaran untuk menarik ramai menceburi sesebuah bisnes. Teknik ini sering kali digunakan oleh mereka yang terlibat dalam skim cepat kaya, MLM dan bisnes-bisnes online.
Jenis Status Laman Sosial Yang Boleh Berikan Mudarat
Ada dua bahaya yang boleh memudaratkan jika berkongsi mengenai kejayaan dan kekayaan ini.
  • Pertama - menjadi target untuk jenayah dilakukan seperti rompakan, pecah rumah, curi kenderaan dan sebagainya. Ini termasuklah membahayakan orang-orang yang tersayang dan keluarga.
  • Kedua - disalahguna oleh pihak tertentu untuk menjerat orang lain dalam bisnes tidak sah, atau kata lain dalam penipuan bisnes online seperti skim cepat kaya, atau mempergunakan gambar dikongsikan untuk dijadikan modal bagi menarik perhatian pengguna lain melakukan jenayah seperti Keldai Dadah.

Mengulas Sesuatu Yang Tidak Ditapis

Ramai yang menggunakan laman sosial untuk meluahkan ketidakpuas hatian. Perbuatan ini mungkin dilihat untuk mendapatkan pembelaan ataupun simpati, namun ia juga boleh dijadikan alasan untuk anda dikenakan tindakan seperti tindakan undang-undang.

Seorang pekerja berkongsi mengenai masalah dengan bosnya di pejabat. Dengan hanya klik Like dan Share oleh seseorang yang lain yang mungkin dikenali dan menjadi rakan kepada boss pekerja tersebut, maka kemungkinan besar status itu juga dilihat oleh boss pekerja itu dan akhirnya dijadikan alasan untuk tindakan tatatertib dikenakan, paling buruk .. pekerja itu mungkin dibuang kerja. Dan jika sikap itu diamalkan, pekerja itu mungkin susah nak dapat kerja di tempat lain kerana kecenderungan tersebut.

Ada pula yang suka mengulas sesuatu perkara yang diluar bidang pengetahuan dan kearifan. Tanpa sedar, status tersebut boleh mengundang salah faham dan menyebabkan informasi tidak benar dihebahkan sehingga menjatuhkan maruah dan kredibiliti orang lain - termasuklah organisasi. Apabila ini berlaku, seseorang dan sesebuah organisasi mungkin boleh menyaman dan mengenakan tindakan undang-undang atas apa yang telah dikongsikan itu.

Berkongsi Sesuatu Yang Menggugat Sensitiviti

Keghairahan berkongsi gambar nampaknya semakin menjadi menerusi laman Instagram, yang kemudian dimuat naik ke laman sosial lain terutama Facebook. Keghairahan ini sehingga melupakan akan sensitiviti masyarakat. Lihat apa yang berlaku kepada pelancong yang berkongsi gambar sedang berbogel di puncak Gunung Kinabalu. Pada mereka mungkin itu tidak salah, tetapi tidak buat penduduk setempat yang menganggap ia tempat suci.
Jenis Status Laman Sosial Yang Boleh Berikan Mudarat
Samalah juga dengan kes seorang pelakon yang mengambil gambar sedang beribadat di dalam masjid di luar negara, sehingga dijadikan bahan oleh orang lain untuk mempersoalkan niatnya berada di masjid tersebut. Kes sama juga berlaku pada seorang selebriti yang kongsi gambar sedang edar bantuan mangsa banjir besar di Kelantan satu ketika dahulu. Bukan semua orang suka dengan apa yang dikongsikan.

Muat Naik dan Kongsi Gambar Mangsa Kemalangan

Satu lagi kes ialah perkongsian gambar-gambar kemalangan tanpa ditapis. Mungkin pada mereka yang upload gambar itu tidak beri kesan lansung, tetapi bayangkan kepada keluarga mangsa kemalangan tersebut, apatah lagi melibatkan kematian. Banyak kes yang telah berlaku dimana wakil keluarga mangsa-mangsa kemalangan maut memohon pihak yang upload gambar wajah kematian dan kemalangan waris mereka supaya memadam gambar tersebut kerana melibatkan hati perasaan dan sensitiviti. Namun, benda dah menjadi viral, sehingga sukar untuk dibendung.

Kita Membuka Sesuatu Yang Selama Ini Kita Tutup Untuk Hidup Penuh Harmoni

Ini adalah hanya sebahagian daripada apa yang kebanyakkan kita lakukan menerusi laman sosial. Samada sedar atau tidak, apa yang kita buat adalah salah samada dari segi undang-undang mahupun moral. Aib dibuka seluas-luas alam, dan tanpa segan silu kita berasa seronok melakukannya setiap hari. Apatah lagi wujudnya laman-laman khas atau page tertentu yang membikin sesuatu perkara itu jadi lebih panas.

Saya sendiri mengakui ada ketika saya juga melakukan perkara-perkara di atas. Makanya, blog post ini menjadi salah satu ingatan untuk diri saya sendiri dan berharap ia juga dijadikan iktibar dan peringatan untuk orang lain yang membaca dari awal sehingga habis.

Kita tidak terlepas daripada melakukan sesuatu perkara yang mungkin boleh memudaratkan samada diri kita mahupun orang lain. Adalah menjadi salah untuk kita memudaratkan diri kerana Allah S.W.T melarang kita melakukan kebinasaan atas diri sendiri.

Maka, di bulan mulia, Ramadhan ini mari kita insafi dan renungkan segala perkara yang kita lakukan menerusi laman sosial, samada telah, sedang atau mungkin akan berlaku di masa akan datang.

Sorong Papan Tarik Papan,
Buah Keranji Dalam Perahu,
Suruh Makan Kita Makan,
Status dikongsi Mudaratnya Tidak Kita Tahu ...

Banyak lagi perkara yang boleh membahayakan dengan perkongsian di laman sosial ini, cuba anda baca yang lainnya di sini - 8 Jenis Individu Yang Kongsikan Terlalu Banyak Informasi di Laman Sosial

Malah, di post berkenaan diberikan apa yang perlu dan tidak perlu dilakukan menerusi laman sosial, termasuklah cara untuk mengelakkan sesuatu perkara tidak diingini dari berlaku.

Semoga bermanfaat.

27 Jun 2015

Eksperimen Cinta Bab 3 Bab 4

Novel online Eksperimen Cinta. Dah baca novel yang telah diadaptasi ke drama rantaian di TV3 ini? Jika belum, mungkin nak baca bab 1 dan bab 2 dulu, sebelum baca novel ini secara online untuk Eksperimen Cinta Bab 3 dan Bab 4.

Untuk mereka yang belum baca novel ini secara online bab 1 dan bab 2 boleh baca di sini - Baca Online Novel Eksperimen Cinta Bab 1 dan Bab 2.

Nampaknya hari ke hari makin popular pula drama ini yang menggandingkan pelakon Fahrin Ahmad dengan Izreen Azminda. Ramai yang nak tengok bagaimana Fahrin bawa dua watak dalam drama ini. Adakah watak-watak yang dibawa oleh dua pelakon ini berjaya menyamai apa yang diceritakan dalam novel Eksperimen Cinta?

Baca Secara Online Novel Eksperimen Cinta Bab 3 Bab 4

Jom baca secara online novel Eksperimen Cinta, untuk bab 3 dan bab 4. Selamat membaca.
Eksperimen Cinta Bab 3 Bab 4

Eksperimen Cinta Bab 3

“Lepas lah!” marah Damia pada Tengku Aaron.

Tangan ditarik kasar. Buat malu jer perempuan bertudung berpelukan dengan lelaki bukan muhrim. Jatuh maruahnya.

“Thanks, sayang.” Tengku Aaron dah balik seperti asal.
Sayang kepala lutut hang!! Banyak la kau punya sayang. Aku tangan jugak mamat ni! Biar mulut tu senget empat puluh darjah. Huh!

“Apa yang awak maksudkan sebenarnya?” soal Damia serius.
“Yang mana satu, ya?” Tengku Aaron buat bodoh.

Arghh.. tension Damia dibuatnya. Malang betul dia hari ni. Jumpa pula buaya darat tersesat kat sungai.
“Try to loose yourself, or you will lose this project,” ajuk Damia. Sebijik macam Tengku Aaron gayanya. Tergelak Tengku Aaron mendengarnya. Lawak jugak minah ni.

“Oh, yang tu! Cuba lepaskan diri atau awak akan hilang projek ini.”
Damia menahan rasa. Sabarlah wahai hati!

“Saya tahulah. Tak payah nak translate. Maksud saya, yang tersirat. Faham tak? Yang tersirat.”
Sengaja nak putar belitkan fakta. Orang tanya maksud, bukan suruh translate ayat tu. Dia ingat aku ni tak sekolah ke? English SPM aku A1,ok!

“Nak jadi isteri saya tak?” seakan-seakan nak bagi tawaran bekerja je gayanya Tengku Aaron bertanya.
“Gila.” Sah lelaki di depannya ni gila!

Damia dah malas layan. Rasa berasap jer punggungnya kalau lama-lama berdiri dengan lelaki ini. Tak pasal-pasal ada pulak keluar berita dalam Buletin Utama malam ni, “CEO syarikat penerbangan terkenal maut, jatuh bangunan lima puluh lima.”

“Terima kasih atas kerjasama Tengku.”

Finish! Damia berjalan keluar. Tak pandang belakang dah.

“Dasar anak raja gila! Dia ingat dia tu siapa? Hampagas betul. Keturunan jin tanah. Adik beradik dengan lanun hutan,” bebel Damia entah apa-apa lagi.

“Wei, kau pe kehal? Tau la baru balik jumpa Tan Sri, takkan la dah jampi serapah macam ni kot ya pun nak jadi menantu Tan Sri,” Suraya menegur. Tension mengalahkan extension dah dia tengok muka kawan dia sorang tu.

“Aku tak nak dah jumpa mamat tu. Gila macam tiga hari terlepas Hospital Bahagia.”
Suraya betul-betul tak faham.
“Tan Sri gila?”
“Bukan Tan Sri. Aku pergi jumpa anak dia tadi… Gatal tahap kena ulat bulu sepuluh ekor.”
“Handsome tak?” cepat Suraya bertanya. Dia sengih.

Rasa nak luku jer kapala member sorang ni! Tak padan dengan dah ada pak we, gatal tak sempat-menyempat. Kalau bergandingan dengan Tengku Aaron ni, memang macam pinang kena gelek trailer. Pantang Damia jumpa lelaki, pasti ditanya handsome atau tak.

“Kalau handsome perangai macam iblis penyangak buat apa!”
“Wow, Damia dah berapi.”
“Memang. Main ugut-ugut orang pulak.”
“Dia mintak kau kahwin dengan dia ke?” Suraya ketawa.

Damia dah malas layan. Kalau dia jawab ya, agaknya mati keras Suraya sebab terkejut.
“Dah la. Aku nak buat kerja ni. Kau dipersilakan keluar. Pintu keluar sebelah sana ya,cik.”
Suraya ketawa lagi. Macam-macam kawan aku sorang ni. Dia keluar.

Huh! Memang la kena hantar spesis berkromosom XY kalau nak berurusan dengan mamat tu. Sepatutnya aku biar jer si Raju yang deal dengan Tengku Aaron. Agaknya kalau Raju pergi,jadi macam kes dia tak? Kalau ya, memang la Tengku Aaron kena mendi bunga belakang jamban la.

Arghh… Damia dah malas ingat dah. Buat habis energy. Buat sakit cereberum dia je. Baik buat kerja yang menyenangkan hati. Main game dalam Facebook ke? Bila lagi nak bankrupkan syarikat ni? Heh!

Eksperimen Cinta Bab 4

Selesai meeting di tingkat lima puluh enam di KLCC dengan Datuk Aman, Tengku Aaron membuat keputusan untuk terus mengambil blazer yang ditempahnya di butik Dunhill yang terletak di salah satu kedai di tingkat G di Suria KLCC. Alang-alang dah datang. Kalau tak, alamatnya orang gajinya lah yang akan dijadikan mangsa untuk mengambil.

Tak sangka pula dia akan menyaksikan adegan mesra yang berlaku live di hadapan matanya sendiri. Tak perlu siaran ulangan dah!

Dengan kedua matanya sendiri Tengku Aaron asyik menonton pasangan bahagia tu. Amboi-amboi.. Bahagianya mereka. Berjalan sambil berpelukan macam KLCC ni mereka yang punya. Seri Husna dan Tengku Andrean Shah! Manusia-manusia pengkhianat! Tengku Aaron menggenggam penumbuk. Terasa marah dan tercabar.

Rasa bengang Tengku Aaron dibawa hingga pulang ke pejabat. Semua pekerja berasa gerun melihat wajah tegang bos mereka. Muka macam bawa hujan rebut petir menandakan ledakan gunung berapi akan berlaku bila-bila masa. Berkemungkinan juga akan berlaku gempa Bumi melebihi dua puluh skala Ritcher!

Beg kertas Dunhill dihempas kuat ke meja. Semua barang di atas mejanya ditolak ke tepi. Geram dan sakit hati. Muncul kembali segala dendam lama. Terasa cemburu bila melihat bekas teman wanitanya bahagia dalam dakapan adik kembarnya sendiri. Sampai sekarang rasa cintanya masih utuh untuk Seri walaupun dia sering menghina dan mencaci wanita itu.

Mendengar bagaikan barang jatuh dari dalam bilik CEO, Adam terus masuk ke dalam bilik Tengku Aaron. Menggeleng kepala dia saat melihat bilik yang berselerakan. Pastinya lelaki itu mengamuk. Aaron.. Aaron..
Arghh.. Kacau betul! Pastinya mereka gembira melihat aku menderita macam ni! Aku mesti buktikan yang aku pun boleh hidup gembira tanpa Seri. Ni Tengku Aaron Shah la! Aku takkan merana kerana cinta.
“Kau ni kenapa? Kena rasuk?” tanya Adam.

“Aku dah bosan tengok orang bahagia atas penderitaan aku. Aku benci tengok pengkhianat hidup senang,” marah Tengku Aaron lantang. Rambutnya diraup kasar.

Adam tak faham. Apa yang kawan dia merepek ni? Jangan-jangan..
“Aku nak kahwin.”
“Hah?” Adam tak percaya.
“Aku akan kahwin.”

Dah agak dah. Mesti pasal Tengku Andrean dengan Seri ni! Belum sempat Adam bersuara, Tengku Aaron dah berjalan keluar.

“Wei, Aaron! Aaron!” panggil Adam tapi Tengku Aaron buat bodoh. Hanya selamba berjalan ke bilik setiausahanya dan mengeluarkan arahan,
“Kemas bilik saya.”

Dan Adam tak mampu berbuat apa-apa bila Tengku Aaron dah keluar dari pintu masuk pejabat.
Dalam kereta, Tengku Aaron mencapai HTC Sensation miliknya dan dia menelefon seseorang. Tak sampai sepuluh saat, talian bersambut.

“Mummy, Aaron nak kahwin.” Selamba dia berkata.
Nasib baik tak terlepas gagang telefon antik di tangan Puan Sri Raja Haryati. Terkejut dengan kata-kata selamba putera sulongnya itu.

“Don’t be kidding, Aaron.”
“I’m deadly serious, mummy,” tegas Tengku Aaron.
“Aaron, hal kahwin jangan dibuat main. Aaron kan tau yang mummy tak terima sembarangan perempuan jadi menantu mummy. Jangan cakap Aaron nak kahwin dengan kekasih-kekasih Aaron yang entah apa-apa tu. Mummy tak setuju.” Puan Sri Raja Haryati cuba mengingatkan.

“Aaron tau, mummy.”
“Kalau tak pun, biar mummy carikan. Anak kawan-kawan mummy ramai yang cantik-cantik.”

Tengku Aaron dah mula bosan. Ni part yang dia paling tak suka!

“Aaron dah ada calon.” Talian terus diputuskan. Malas bersoal jawab lagi.

Kereta dipandu tanpa arah tujuan. Sedar-sedar, Lexus IS-F hitamnya diparking di hadapan tasik Putrajaya. Terasa damai sedikit hatinya melihat tenang air tasik beralun lembut. Teringat kata mummynya tadi.

Nak jodohkan aku? Ingat ni zaman Hang Tuah ke? Takkan pernah terjadi menda mustahil tu. Kalau Andrean dan Seri tau, mahu tergolek mereka gelakkan aku. Kalau Tengku Andrean boleh berkahwin dengan pilihannya sendiri, kenapa tidak dia?

Tapi, siapa pulak yang nak dijadikan mangsa? Terbayang satu per satu wajah bekas-bekas kekasihnya dulu. Antara Didi, Maria dan Noni, mana satu yang sesuai? Sebab rasanya mereka bertigalah yang agak bersopan sikit kalau nak dibandingkan dengan yang lain meskipun perangai dua kali lima je dengan yang lain.

Adoi, payah juga! Kalau dibuka penyertaan mencari calon isteri kat mereka semua, memang berebut mereka semua rasanya. Sebab itulah alasan mereka berdamping dengannya. Nak jadi menantu kerabat diraja, dapat hidup senang, lepas tu goyang kaki. Dan end of the story, habis harta dia dikikis. Sekian.

Gila ke aku sebab nak kahwin? Tak… Lagi gila kalau aku tak kahwin. Kalau aku tak kahwin mesti orang ingat aku tak dapat lupakan Seri lagi. Mesti orang nampak aku tewas. Arghh.. Tengku Aaron bukan seorang yang tewas! Walaupun dengan kembar sendiri.

Tapi, siapa ya yang sesuai? Perkahwinan tanpa cinta ke? Atau kena jalani eksperimen cinta dengan orang yang aku tak cinta? Nama pun eksperimen. Mestilah kena berani amek risiko,kan? Tak bahagia bercerai. Mudah! Siapa calon yang sesuai ya? Buat kesekian kalinya dia bertanya soalan yang sama. Tiba-tiba terbayang seraut wajah ayu yang tenang dan selamba. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyuman.
Damia Farisha…

Tapi… nak ke dia? Soalan apa ni Tengku Aaron? Apala… Mestila dia taknak. Sebab kau tau cara-cara nak bagi dia setuju.

Bibirnya menguntum senyuman lagi bila terbayang wajah marah Damia bila disentuhnya. Anti betul! Yeah.. Damia Farisha.. She’s the most suitable one. The only one..
Damia.. Welcome to my experiment..

Kepalanya mengatur strategi untuk menarik Damia sebagai pembolehubah untuk menjalani ‘eksperimen’ ini. Hanya mempunyai satu tujuan tanpa mempunyai kesimpulan yang pasti.

Jenis dan Harga Buah Kurma di Malaysia

Jenis dan harga buah Kurma di Malaysia. Aduhai, saya boleh terlupa untuk publish entri ini sebelum Ramadhan. Niat saya ialah untuk memberitahu masyarakat mengenai jenis-jenis Kurma termasuklah harganya untuk umat Islam di Malaysia. Nampaknya, kali ini saya terlewat pula, tapi tak mengapalah, saya harap entri ini walaupun diterbitkan agak lewat, dapat bantu memberikan informasi mengenai jenis dan harga buah Kurma (Tamar) di Malaysia sebagai rujukan.

Tahukah anda bahawa harga buah Kurma paling mahal ialah buah Kurma dari jenis Ajwa. Kurma Ajwa atau dikenali sebagai Kurma Nabi ini berharga antara RM150-RM170 sekilogram. Harga yang berbeza ini adalah berdasarkan kepada kualiti yang ada pada Kurma Ajwa, termasuklah saiznya serta syarikat yang mengimport Kurma jenis ini. Kurma Ajwa berasal dari Madinah, dan ia merupakan buah Kurma yang sangat popular dan mempunyai permintaan tinggi memandangkan ia merupakan buah Kurma yang dipercayai merupakan buah Kurma kegemaran Rasulullah S.A.W.

Jenis dan Harga Buah Kurma di Malaysia

Jenis dan Harga Buah Kurma di Malaysia
Bila sebut mengenai buah Kurma di Malaysia, pasti orang akan ingat dengan satu jenama terkenal ini iaitu Yusof Taiyoob. Saya pernah ceritakan mengenai Yusof Taiyoob dalam blog ini dan bagaimana usahawan dan blogger patut contohi beliau untuk meletakkan nama dan jenama diingati hanya kerana satu produk khusus. Jika belum baca, boleh baca di sini - Blogger Patut Contohi Yusof Taiyoob.

Menurut Anas bin Malik r.a., Rasulullah S.A.W berbuka puasa dengan beberapa biji kurma yang segar sebelum menunaikan solat (Maghrib). Sekiranya tidak ada kurma yang segar, baginda akan berbuka dengan kurma kering. Jika tidak ada juga kurma kering, Baginda mengambil beberapa cedok air. (H.R Abu Daud dan Tirmizi).

Ok. Berbalik pada apa yang ingin saya kongsikan tadi.

10 Jenis Buah Kurma Popular di Malaysia

Ada lebih kurang 10 jenis buah Kurma atau Tamar yang dijual di Malaysia. Buah Kurma atau Tamar merupakan makanan sunnah yang sangat digemari. Malah, ada petua khusus yang dikaitkan dengan Buah Kurma yang disekalikan dengan meminum susu Kambing.

Baca - Petua Dapat Anak Dengan Amal Makan Kurma dengan Susu Kambing

Antara negara-negara yang hasilkan buah Kurma termasuklah Arab Saudi, Jordan, Iran, Tunisia, Mesir dan juga China. Namun, buah Kurma yang dipercayai daripada gred terbaik iaitu gred AA dan A berasal dari negara Iran. Iran dikenali kerana menghasilkan buah Kurma atau Tamar yang berkualiti tinggi dan terbaik, malah menjadi antara buah Kurma yang mendapat permintaan tinggi dari hotel-hotel terkemuka dunia.
Kurma Ajwa

Berikut adalah jenis-jenis buah Kurma yang popular dijual di Malaysia, dan saya sertakan sekali harga sekilogram buah Kurma ini mengikut jenisnya.
  • Kurma Ajwa, asal Madinah - RM150-RM170
  • Kurma Medjool, asal Jordan - RM80
  • Kurma Mariami, gred AA dari Iran - RM50
  • Kurma Safawy, asal Madinah - RM50
  • Kurma Mariami, gred A dari Iran - RM40
  • Kurma Ajmal, Tunisia - RM40
  • Kurma Tunisia Loose, asal Tunisia - RM30
  • Kurma Rabbi, asal Iran - RM24
  • Kurma Merah, asal China - RM16
  • Kurma Mesir - RM12

Terdapat juga jenis-jenis buah Kurma yang lain iaitu:
  • Arner Haji dari Iraq
  • Deglet Nur dari Algeria dan Tunisia, juga ditanam di Amerika Syarikat
  • Holwaah
  • Kurma Mozafati
  • Kurma Saidy dari Libya
  • Kurma Sokari
  • Kurma Barhi
  • Kurma Kholas
  • Kurma Khidri
  • Kurma Sekki
  • Kurma Majol
  • Kurma Monief
Kurma Monief

Dan banyak lagi sebenarnya. Jenis-jenis Kurma ini dikelaskan mengikut daerah tempat dan negara penghasilannya. Perbezaan juga dibuat berdasarkan rupa fizikal, bentuk, rasa, dan tekstur.

Khasiat buat Kurma memang tidak boleh dipertikaikan, ia makanan yang disebut di dalam Al Quran dan kebanyakkan hadith. Ia makanan yang boleh memberikan tenaga dan kekuatan dan membantu tubuh untuk imun kepada beberapa penyakit.

Kehebatan dan khaifiat yang ada pada buah Kurma ini sangat hebat sehingga Nabi Muhammad S.A.W berpesan supaya setiap rumah orang Islam mesti ada buah Kurma atau Tamar.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Barang siapa yang makan pagi dengan tujuh butir kurma Ajwa, maka tak akan mencelakainya racun dan sihir dihari itu". (H.R Shahih Al-Bukhari)

Semoga manfaat blog post ini untuk semua, in Sha Allah.

Kali Ketiga Menginap Nipah Bay Villa Pulau Pangkor

Imbau kenangan ni... haha. Saya dan keluarga telah kembali ke Nipah Bay Villa buat kali kedua, dan secara peribadi, diri saya sudah masuk kali ketiga menginap di sini jika ke Pulau Pangkor. Saya memang suka Nipah Bay Villa kerana lokasinya yang sedikit memberikan privasi jika bercuti ke Pulau Pangkor.

Alhamdulillah, saya dan keluarga diberikan kesempatan sekali lagi untuk menginap di Nipah Bay Villa, Pulau Pangkor. Ia merupakan sebuah penginapan berbentuk chalet yang sangat sesuai untuk mereka yang mahukan percutian santai dan bajet. Ada banyak jenis chalet di sini mengikut keluasan dan bilangan katil. Harganya juga berbeza-beza dan anda boleh pilih mana yang sesuai dengan bajet anda.

Kali Ketiga Menginap Nipah Bay Villa Pulau Pangkor

Pantai Teluk Nipah
Untuk sedikit tips, jika anda mahu dapatkan harga penginapan yang murah apabila bercuti terutama ke destinasi seperti Pulau Pangkor, saya sarankan anda mendapatkannya secara belian online atau booking online. Ada banyak laman web yang menawarkan harga terbaik penginapan seperti Nipah Bay Villa ini. Dan saya untuk percutian kali ini, menggunakan khidmat Booking.com untuk mendapatkan harga penginapan terbaik. Sebelum ini, saya dan isteri menggunakan khidmat Agoda.com.
Kali Ketiga Menginap Nipah Bay Villa Pulau Pangkor
Ini merupakan kali ketiga saya menginap di Nipah Bay Villa, Pulau Pangkor. Kali pertama ialah lebih 20 tahun dahulu ketika saya bersama bekas-bekas rakan pelajar Sekolah Menengah Sains Teluk Intan bertemu untuk reunion. Ketika itu, saya belum lagi bercinta dengan isteri saya sekarang yang juga merupakan bekas pelajar sekolah yang sama .. hoho ... jadi, ada ingatan tersendiri saya ketika pertama kali menginap di sini.
Kali Ketiga Menginap Nipah Bay Villa Pulau Pangkor
Banyak juga perubahan yang saya nampak jika dibandingkan dengan keadaan Nipah Bay Villa lebih 20 tahun dahulu. Sekarang, dah ada TV skrin leper, ada Astro dan ada servis Wifi percuma. Ketika saya pertama kali berada di Nipah Bay Villa, saya dan rakan-rakan lama menginap dalam dorm yang turut tersedia di sini.

Baca - Blogger Bercuti, Blog Pun Cuti Gak Ke?

Chalet 'Pelakon', Nipah Bay Villa Antara Chalet Terawal di Pangkor

Dan pada kali kedua saya menginap di sini bersama isteri dan anak-anak, barulah saya tahu bahawa owner Nipah Bay Villa ini ada bau-bau bacang dengan seorang pelakon Malaysia iaitu Arash Mohammad. Dari situ, saya juga dapat tahu bahawa Nipah Bay Villa merupakan antara chalet pertama wujud di Teluk Nipah, Pulau Pangkor, dan boleh dikatakan antara yang terawal kembangkan bisnes tempat peranginan Chalet di Pulau Pangkor.
Kali Ketiga Menginap Nipah Bay Villa Pulau Pangkor
Walaubagaimanapun, kedudukan Nipah Bay Villa ini bukanlah menjadi antara tarikan pelancong memandangkan ia terletak agak jauh dari pantai. Tapi bagi saya, ia sesuatu yang bagus untuk elakkan hiruk pikuk dan kebisingan orang ramai yang berkunjung ke Pantai Teluk Nipah untuk rekreasi air dan bermandi-manda.

In Sha Allah, di blog post lain, saya akan kongsikan beberapa fakta dan tempat menarik yang ada di Pulau Pangkor. Hoho .. rupanya banyak tarikan lain selain rekreasi pantai, Island Hopping, Snorkeling yang ada di Pulau Pangkor ini.... jadi, tunggu post yang lain ye.


Novel Eksperimen Cinta Bab 1 Bab 2

Siapa sini yang minat dengan cerita dalam slot Dahlia TV3, iaitu Eksperimen Cinta? Hoho, Eksperimen Cinta merupakan salah satu daripada banyak drama dan filem yang diadaptasi daripada novel. Isteri saya merupakan salah seorang yang telah membaca novel Eksperimen Cinta ini. Ia merupakan novel karya Anjell yang laris di pasaran.

Disebabkan ramai juga yang mahu tahu kisah ini daripada karya asal Anjell, maka saya kongsikan novel online Eksperimen Cinta ini untuk tatapan dan bacaan. Selamat membaca.
Novel Eksperimen Cinta

Novel Eksperimen Cinta Bab 1 Bab 2

Dalam cinta harus saling percaya…
Dalam cinta harus berani pasrah…
Dalam cinta harus janganlah goyah…
Dalam cinta harus sejiwa….

“Argh, buat sakit telinga aku jer… Suara tak sedap langsung. Macam katak menguak lepas hujan!” Terus punat off radio kereta ditekan. Tak pasal-pasal suara merdu Mila yang menjadi mangsa kemarahannya.
“Tak de lagu lain ke nak pasang? Cinta.. cinta.. cinta.. Buat beku taik telinga aku jer..,”bebel Tengku Aaron lagi. Tali leher yang tersimpul di lehernya dirungkai kasar. Rimas! Dicampak tali leher itu ke tempat duduk belakang.

BMW 3 series itu dipandu macam tengah berlumba dengan Micheal Shumacher. Micheal Shumacher pun boleh surrender agaknya. Hari yang membuatnya tersangatlah tension. Ada kekasih, curang dengan adik sendiri. Sebab tu lah cinta tu bodoh! Tak guna tiga sen pun.

Dia ingat aku tak boleh hidup tanpa dia ke? Aku ni lelaki la. Apa yang aku tak der? Duit? Setakat orang mintak derma dua ribu tu, memang dengan senang hati dia bagi. Tak luak pun hartanya yang bertimbun-timbun tu. Ni anak Tan Sri Tengku Ahmad Shah la. Sekali tayang duit, bersusun mak-mak datin nak pinang aku.

Rupa? Huh! Tanyalah sebanyak mana orang pun, mungkin ada la sorang dua yang kata dia tak kacak. Dan dengan rupa ni la perempuan dibuat macam bola jer. Boring dengan Suzi, Nita dah sedia mengganti. Rasa nak keluar ke disko, Fana dah sedia menanti. Rasa nak ke parti, Dila dah angkat tangan. Sekali senyuman mautnya diberi, paling kurang lima orang yang terpanah. Huh! Tengku Aaron mula berlagak.

Dia memang tak boleh tengok kebahagiaan adik kembarnya dengan bekas kekasihnya. Terasa ego seorang lelaki dicabar. Okey… dia akan buktikan siapa Tengku Aaron Shah yang sebenar. Dua ekor manusia itu akan menyesal kerana telah membangkitkan kemarahannya. Tak percaya, tengoklah. We wait and see..
Strategi dirancang…. Tunggulah serangan balas daripada Tengku Aaron Shah. Aku akan tunjukkan yang akulah manusia paling bahagia atas dunia ni.
BAB 2
“Remember, Damia. Jangan cari pasal dengan Triumph Air. Kita betul-betul bergantung pada company tu. Kalau mereka tarik balik sponsor RM30 juta tu, boleh jatuh muflis kita. Ingat tu,” masih sempat Damia mengingat nasihat Cik Lucy, bosnya.

Pertama kali datang ke syarikat gah penerbangan domestik dan international milik Triumph Air memang buat dia rasa kagum. Gila cantik. Mewah tahap tak ingat. Rasa macam bukan dok Malaysia jer. Office tempat dia kerja pun, takde lah gempak cam ni.

“Maaf lama menunggu. Cik Damia boleh masuk sekarang,” si setiausaha Tan Sri Tengku Ahmad Shah tersenyum manis.

“Thanks,” ucap Damia. Senyuman diberi.

Damia mengatur langkah ke bilik pemilik syarikat itu. Memang kedatangannya hari tu adalah sebagai wakil Raffi Holdings untuk mengucapkan terima kasih kepada Triumph Air. Kerana Triumph Air la mereka dapat meneruskan projek besar di Dubai. Arigato.. Tan Sri.

“Assalamualaikum,” ucap Damia.

“You tak faham bahasa Melayu ke? I cakap, kita dah takde apa-apa hubungan lagi. Faham tak?”

Kedengaran suara 400 juta Volt sedang marah. Bergegar rasanya bilik ni! Hendak luruh jantung Damia dibuatnya. Fuhh.. Nasib baik dia tengah call orang. Aku ingat dia marah aku. Tengah gaduh dengan awek la tu. Damia hanya melihat lelaki yang sedang membelakanginya sambil bercakap di telefon. Tak baik kacau.

“Jangan ganggu I lagi,” marah lelaki itu sebelum mematikan talian. Dia berpaling menghadap Damia. Senyuman manis dihulurkan.

“Sorry lama tunggu..,”ucap lelaki itu.

Atas bawah, atas bawah lelaki itu ditilik Damia. Wah, rambut macam kari tumpah sekilo. Kat telinga ada subang. Kat leher ada rantai perak. Ewah-ewah,perak ori ya, bang?Erk, pakai subang macam lembu Tok Wan je aku tengok. Pemakaian seperti lelaki tapi pakai subang dan rantai? Hmm.. Status jantina diragui ni. Muda.. Dan…. handsome. Hansome tak handsome, memang aku blacklist la jadi laki aku ni.

Eh, kejap! Bukan ke Tan Sri ke? Mudanya..

“Tan Sri?”

Lelaki tu gelak. Sakan nampak? Tak tahu apa yang lucu.
“Sorry.. I’m Aaron. Tengku Aaron Shah.” Tengku Aaron menghulurkan salam. Damia hanya mengangguk. Salam dengan lelaki? Heh! Kirim salam la.

Terangkat kedua-dua kening Tengku Aaron melihatnya. Perkara yang tak pernah berlaku sepanjang dia berkenalan dengan orang. Malu sendiri Tengku Aaron.

Kalau tadi Damia sakan meniliknya, sekarang gilirannya pula mengusha anak dara orang di depan matanya. Damia memakai baju kurung dan bertudung kelabu. Hmm.. boleh tahan cantiknya. Berwajah putih kemerah-merahan. Dagu dan bibir terbelahnya mesti memikat ramai lelaki. Tapi, nampak kolot jer perempuan ni. Nyaris-nyaris terlepas di bibirnya satu soalan cepu mas, “Asal kampung mana?”

Bukan taste aku tapi nampak senang nak ditundukkan.
“Damia..Damia Farisha. Civil engineer of Raffi Holdings.”

Bermulalah sesi perkenalan..

Damia angkat muka. Dan ketika itulah Tengku Aaron sedang asyik merenungnya. Naik segan dibuatnya.
“Kenapa Tengku tengok saya macam tu?”

“Kenapa? Nak tengok orang cantik pun tak boleh ke?”

Cis, ayat! Confirm anak buah Don Juan ni. Damia buat bodoh. Umpama tidak terkesan langsung dengan ayat itu. Nak mengurat? Salah orang la, bro!
“You dah ada boyfriend?”

Ek? Soalan jenis apa ni? Hmm.. menarik soalan tu !memang la dia tak de, tapi depan Mat Romeo kelas satu depannya ni, kena lah tipu sikit. Damia ingin mengangguk, tapi entah kenapa kepalanya terlebih jujur pula ingin menggeleng.

“Wah, I ada can nampaknya.” Tengku Aaron kenyit mata.

Eee.. gatal betul mamat ni! Damia cuba bersabar. Ikutkan hati mahu saja dilayangkan fail di tangan. Biar penyek rambut cacak dia tu!

“Saya rasa discussion kita sampai sini kot untuk hari ni.” Damia bangun.
Tawar hati nak layan anak raja gatal depan mata ni. Langsung tak selesa. Damia ingin berlalu, namun terhenti apabila tangannya dipegang Tengku Aaron.

Terus naik takat didih Damia. Kurang hajar! Dia paling benci apabila disentuh lelaki yang tiada hak ke atasnya. Kali ini dia betul-betul hilang sabar. Terhambur keluar segala peluru marahnya.

“Apa ni, Tengku?! Main pegang tangan orang pulak. Ingat saya ni nenek Tengku ke?”marah Damia. Kali ini dia tak kira sekalipun anak Sultan Brunei di hadapannya. Apabila Damia mengamuk….
“Aaron!!!”

Baru saja Damia ingin Clorox Tengku Aaron kaw-kaw, pintu pejabat Tengku Aaron terbuka. Seorang wanita Cina menyerbu masuk dengan muka bengis macam harimau, wajah cantik seiras binatang itu. Diikuti oleh setiausaha Tengku Aaron. Hish..potong line la perempuan ni! Damia geram kerana perempuan itu datang pada saat-saat yang tak tepat.

“Sorry, Tengku. Saya dah halang tapi…,”
“It’s okay, Mellisa. Awak boleh keluar.”
“Aaron, you…,”
“Shut up, Salmy Yang!”tengking Tengku Aaron lantang. Terus senyap perempuan itu. Jangankan Salmy, Damia yang berada di sebelah Tengku Aaron lagilah terkedu kuasa dua! Mak oi… suara! Kalah suara uminya memekik. Garang giler!

Barulah Damia berasa betul-betul bersyukur Salmy menerjah sebentar tadi. Kalau tak, grenti tiga hari tiga malam dia trauma dengan suara 70juta Watt Tengku Aaron. Ngeri! Keberanian Damia dah naik flight entah ke mana. Dia betul-betul tidak berani bersuara.

Muka Tengku Aaron betul-betul serius. Takut Damia memandangnya.
“You nak apa lagi ni? Kan I dah cakap yang there is nothing more between us. It’s over. O.V.E.R!” kata Tengku Aaron. Suaranya rendah sikit daripada tadi. Sikit je la..
“I sayang you, Aaron. I still love you. Faham tak? L.O.V.E,” balas Salmy.

Damia hanya diam. Dalam hati menyimpan senyum. Dua orang ni, main eja-eja pulak. Tengah main Spell-It-Right ke? Adoii.. drama cinta apa pula yang sedang berlaku ni? Kenapa dia mest i wujud di tengah-tengah ni? Potong stim betulla!

“I dah lupakan you, Salmy. I nak berubah. I will begin a new life. I akan kahwin tak lama lagi..”
Oo.. dah nak kahwin rupanya. Tapi perangai masih menggatal dengan perempuan lain. Kesian sungguh bakal isteri Tengku Aaron ni. Tapi, takpe lah. Sekurang-kurangnya Damia sedikit lega.
“…Meet my future wife, Damia Farisha.”
“What?!” Suara Damia dan Salmy sama-sama naik. Sama-sama terkejut. Wei… melampau ni!

Belum pun sempat Damia habis terkejut, terasa pinggangnya ditarik rapat ke dada Tengku Aaron. Bengang Damia dengannya. Macam kasi halal jer tangan Tengku Aaron yang berada di pinggangnya. Melampau kuasa dua ni! Bila masa pula dia setuju nak kahwin ni? Baru sahaja Damia ingin mengamuk…

“Try to loose yourself or you will lose this project?” kata Tengku Aaron rapat ke telinga Damia. Ugutankah ini?
“You tipu, Aaron. She’s not your taste. Taste you tak buruk macam ni.”

Amboi, sedari! Manis mulut berbicara, bahasa seindah pujangga nampak? Aku yang begini cun dibilangnya buruk? Mentang-mentang la aku pakai tudung, baju cukup kain. Dia tu yang sebenarnya tersesat dalam zon masa. Apa gaya praktik pakaian zaman Paleolitik ni? Setahu aku zaman tu jer yang pakai baju dedah atas dedah bawah ni.

Ah..wajib balas ni! Tak boleh dimaafkan ni!!

“Tapi, Aaron takkan pilih orang yang lebih buruk daripada I,” selamba Damia menjawab. Tapi, pedas tersirat.

Berubah riak wajah Salmy. Tersenyum Tengku Aaron mendengarnya. Boleh tahan mulut perempuan ni.
“You akan menyesal, Aaron!” marah Salmy sebelum keluar.

Dengan langkah lenggang-lenggok macam orang baru dapat punggung jer Damia lihat si Salmy keluar. Tak cukup dengan itu, dihempasnya pintu bilik. Nasib baik tak tercabut! Marah benar nampaknya.
Damia menahan gelak dalam hati. Memang kena la nama Salmy dengan perangai dia yang sebenar. Salmiang..

Baca - Novel Eksperimen Cinta Bab 3 dan Bab 4

Tawaran Bina Laman Web Affiliate Mudah Tapi Power

Tawaran dibuka untuk sesiapa sahaja, samada usahawan, online marketer, pemilik bisnes online dan offline untuk merebut peluang membina laman web affiliate sendiri dengan mudah, tetapi pada masa yang sama, mempunyai ciri-ciri yang sangat power untuk tingkatkan jualan!

Saya ingin mewar-warkan satu tawaran hebat yang telah diberikan untuk mereka yang mahukan sebuah laman web segera bagi mempromosikan produk-produk affiliate iaitu Nichify. Ia sebuah laman web yang dilengkapi segala keperluan untuk memudahkan bisnes online berasaskan affiliate.

Menerusi Nichify, laman web dapat dibina untuk affiliate dengan modal yang rendah, apatah lagi ia dilengkapi segala sistem yang diperlukan untuk bisnes online produk affiliate. Ia menjimatkan masa, tenaga malah wang ringgit kerana dengan hanya memiliki Nichify, segalanya boleh dilakukan dengan pantas dan profesional.

Tawaran Bina Laman Web Affiliate Mudah Tapi Power

Tawaran Bina Laman Web Affiliate Mudah Tapi Power
Ok. Tak berapa nak nampak bagaimanakah rupanya laman web yang saya kata power untuk affiliate ini? Cuba tonton dulu video di bawah ini, agar anda tak lenguh mata membaca apa yang saya tulis mengenai Nichify.

Ada 10+ Kelebihan Guna Nichify

Ada beberapa perkara menarik mengenai Nichify ini.
  1. Tidak perlu dapatkan hosting atau nama domain. Segalanya diberikan kepada anda.
  2. Boleh dibina dalam masa 5 minit.
  3. Tidak memerlukan kepakaran teknikal untuk setup laman web affiliate Nichify.
  4. Ada pelbagai rekabentuk serta template profesional.
  5. Boleh digunapakai untuk sebarang perniagaan dan bisnes online - tidak terhad untuk affiliate sahaja.
  6. Tersedia untuk blogging, minisite serta laman surat jualan.
  7. Dilengkapi dengan sistem serta teknik SEO tersendiri.
  8. Sistem ramalan SEO agar apa yang dijual dan dipromosi mendapat tempat dan rank yang baik di Google.
  9. Pemasaran dan sistem affiliate secara automatik.
  10. Punyai sistem autoresponder sendiri untuk pemasaran dan promosi secara emel.
  11. Tidak perlu pasang script.
  12. Mudah mendapat trafik menerusi laman sosial khasnya Facebook.
  13. Dan banyak lagi kelebihan.

Jika anda serius untuk berniaga online dan melakukan pemasaran online serta affiliate secara agresif, maka Nichify sediakan segalanya.

Dapatkan tawaran terbaik ini di sini - Bina Laman Web Affiliate Power Dengan Mudah

Tawaran bina laman web afiliate mudah tapi power ini bukan senang nak dapat, apatah lagi ia hanya dibuka untuk promosi daripada blog-blog tertentu sahaja (termasuklah blog ini) ... jadi, jangan sia-siakan peluang yang saya berikan ini.

Dua Perkara Perlu Risau Bila Guna Nichify

Menerusi Nichify, apa yang perlu anda risaukan ialah:
  1. Cari tajuk laman web/blog anda.
  2. Isi kandungan laman web anda dengan seberapa banyak artikel.

Segalanya automatik disediakan untuk anda.

Berminat dengan tawaran awal ini? Daftar sekarang di pautan berikut: Bina Laman Web Affiliate Power Dengan Mudah

Jangan tunggu pesaing anda mendahului anda, segera dapatkan Nichify dan seterusnya lihat bagaimana bisnes anda berkembang.