Skip to main content
Showing posts from April, 2015

30+ Kategori Blog Harus Diketahui

Kategori blog harus blogger Malaysia ketahui. Tahukah anda bahawa terdapat banyak kategori blog dan blogger di Malaysia? Saya akan cuba senaraikan sebanyak mana kategori blog dan blogger yang harus diketahui oleh rakan-rakan pembaca semua. Harapnya dengan penyenaraian ini, blogger Malaysia akan lebih fokus dan menumpukan kepada satu-satu niche tertentu.

Kenapa perlu niche? Niche perlu supaya blogger Malaysia mudah nak buat penjenamaan. Ia juga memudahkan pengiklan untuk mencari blogger dan blog yang bersesuaian bagi mempromosikan produk dan bisnes mereka. Niche juga membantu blogger untuk mencari idea penulisan selain memastikan bahawa mereka tidak tersasar dari matlamat dan visi menulis blog yang sepatutnya ditentukan sejak mula adanya blog sendiri.
30+ Kategori Blog Harus Diketahui Mari lihat senarai kategori blog atau blogger yang harus diketahui ini, dan mungkin memberikan blogger Malaysia inspirasi untuk tentukan sendiri niche blog mereka.
Investment and Financial - Abang Ensem, Z…

ABC, Jagung Sagat, Lai Chi Kang - Balak Inn

ABC, Jagung Sagat, Lai Chi Kang - Balak Inn - Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.
ABC, Jagung Sagat, Lai Chi Kang - Balak Inn

Buat Duit Blog Menulis Review

Buat duit blog menulis review. Ramai blogger yang sudah memahirkan diri dengan teknik dan cara-cara menulis sebuah entri review yang berkesan. Itulah sebab ramai pengiklan samada usahawan kecil mahupun syarikat besar ambil blogger untuk menulis mengenai bisnes dan produk mereka.

Menulis review adalah salah satu cara buat duit blog yang boleh dianggap lumayan, kerana pengiklan sanggup bayar sehingga RM300 - RM500 untuk satu tulisan berbentuk review di dalam blog. Adakah anda tahu bahawa terdapat satu platform yang menyediakan sumber job review ini untuk blogger?

Buat duit blog menerusi penulisan review memang best. Selain mengasah bakat penulisan diri sendiri, blogger juga akan mendapat info berkaitan produk dan bisnes yang dijalankan oleh usahawan, terutama sekali usahawan online. Ia juga membuka peluang lebih luas untuk job-job review akan datang, dan bakal menarik pengiklan-pengiklan dari syarikat besar.
Buat Duit Blog Menulis Review Saya sendiri ada menyediakan servis job review ini…

Buku Amran Fans Laris, Siapa Amran Fans Hampir Terjawab ..

Fenomena Amran Fans. Ramai yang mahu tahu siapakah sebenarnya Amran Fans sehingga ramai yang datang dari jauh ke PWTC. Ada yang datang dari Kelantan, Johor dan Perlis kerana mahu mengenali diri dan identiti sebenar Amran Fans. Saya dan isteri juga sempat ke PWTC pada 24 April 2015 sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KLiBF) 2015. Individu yang dikatakan Amran Fans dikatakan akan muncul di KLiBF sebagai merasmikan dan mempromosikan buku Amran Fans terbitan Dubook Press.

Sayang seribu kali sayang, penantian ramai peminat Amran Fans bagai sia-sia. Wajah sebenar Amran Fans tidak dapat diketahui walaupun ada yang menanti sebelum suboh menjelang. Sadis. Buku Amran Fans laris, tetapi persoalan siapa sebenar Amran Fans masih belum terjawab secara total. Masih banyak misteri di sebalik Amran Fans.
Buku Amran Fans Laris, Siapa Amran Fans Hampir Terjawab?
Walaupun ada peminat Amran Fans yang marah-marah dan bercelupar di ruangan Fanpage Amran Fans, namun Amran Fans tetap kekal kacak dan…

Ramai Tak Puas Hati Cara Courts Kutip Hutang

Sejak saya menulis mengenai Elakkan Berhutang Dengan Courts Mammoth (Courts), ramai yang tinggalkan komen pada entri tersebut mengadu mengenai masalah yang mereka hadapi dengan gedung perabut antara terbesar di Malaysia ini. Ramai sebenarnya yang tidak puas hati dengan cara Courts kutip hutang pelanggan-pelanggannya.

Saya tergerak hati untuk menulis dan mempamerkan luahan-luahan para pelanggan yang berasa tertekan dengan cara dilakukan oleh pihak Courts. Bukan setakat pelanggan, ada yang boleh dianggap tidak ada kena mengena dengan pembelian di Courts pun ramai yang mengadu. Serius, saya berasa kasihan dan bersimpati dengan apa yang telah berlaku.
Ramai Tak Puas Hati Cara Courts Kutip Hutang Di sini saya paparkan beberapa komen pembaca blog ini berkaitan masalah yang mereka hadapi dengan pihak Courts, atau lebih tepat lagi dengan agen pengutip hutang yang telah dilantik dan diberikan amanah oleh pihak Courts.

Beberapa komen dari pembaca ...

"Saya dimaklumkan jika berhutang dengan…

Memanipulasi Meta Tag Untuk Trafik Blog

Memanipulasi meta tag untuk mendapat trafik. Trafik untuk sebuah blog diibaratkan nyawa. Menerusi trafik, barulah sebuah blog dapat menjana income. Tanpa trafik, bermakna blog tersebut tidak ada pembaca. Dalam terdesak untuk mendapatkan trafik blog, saya nasihatkan blogger Malaysia janganlah sampai memanipulasi meta tag secara berlebih-lebihan.

Ramai blogger tahu bahawa ada meta tag boleh membantu di dalam menjadikan sebuah blog itu mesra SEO. Ada yang tahu memanipulasinya dengan betul untuk mendapatkan trafik yang dikehendaki menerusi enjin carian. Namun, ada juga segelintir blogger yang menggunakan teknik dan cara yang salah sehingga boleh memberi impak negatif untuk blog tersebut dalam jangka masa panjang.

Banyak platform pengiklanan yang sudah establish sangat ambil berat mengenai teknik manipulasi trafik ini. Jika anda seorang pemilik akaun Google Adsense, jangan sesekali anda memanipulasi meta tag dengan cara yang salah. Ini akan mengakibatkan blog anda kehilangan akaun Adsense,…

Bagaimana Blog Setahun Jagung Jadi Top Rank Google

Saya nak dedahkan satu teknik yang telah saya guna-pakai sebaik sahaja saya wujudkan blog Kerjaya Kerajaan milik saya. Teknik yang membolehkan blog domain sendiri yang didaftarkan pada Disember 2014 berada top rank untuk beberapa kata kunci (keyword) berkaitan kerjaya. Dan saya hanya mengambil masa kurang dari 10 bulan untuk bolehkan segalanya itu berlaku.

Siapa kata sebuah blog baru tidak boleh berada di top rank Google untuk kata kunci tertentu? Saya sendiri telah buktikan bahawa ianya boleh dilakukan. Alhamdulillah, saya membuktikannya menerusi blog iKerjayaGraduan.com yang merupakan sebuah blog perkongsian mengenai kerjaya kerajaan dan sektor awam di Malaysia. Blog itu juga merupakan antara blog utama saya untuk mendapat komisen daripada pelbagai program affiliate percuma yang telah saya sertai, terutama sekali berkaitan kerjaya.
Bagaimana Blog Setahun Jagung Jadi Top Rank Google? Apakah teknik yang telah saya gunapakai selama 10 bulan tersebut sehingga membolehkan blog setahun ja…

Lumayannya Buat Bisnes Banner dan Bunting

Lumayan juga kalau baut bisnes banner dan bunting ini dari rumah. Salah satu side income yang boleh dilakukan hanya dengan bekerja dari rumah. Sebenarnya ramai dah melakukan bisnes buat banner dan bunting di rumah. Dan ternyata ada yang dah berjaya menjadikan bisnes buat banner dan bunting ini sebagai salah satu side income yang lumayan.

Saya baru sahaja mencuba-cuba design banner dan bunting untuk satu program ini, alhamdulillah, bunting yang saya rekabentuk sendiri dalam masa 4 jam diterima baik. Selepas design, terus hantar ke kedai printing, satu hari je siap. Pagi hantar, petang dah boleh ambil. Harga? Memang boleh kawtim untuk dapat untung sedikit - memandangkan design dah reka sendiri, jadi harga bunting dah jadi murah... hoho ..
Lumayannya Buat Bisnes Banner dan Bunting Kiranya saya bolehlah caj untuk servis design kepada pelanggan yang mahu dapatkan servis buat banner dan bunting ini. Dapat RM25-RM50 untuk satu banner dan bunting yang boleh siap design dalam masa 4 jam - tid…

Kenapa Follower Instagram Berkurangan?

Kenapa follower Instagram berkurangan? Baru-baru ini ramai pemilik akaun laman sosial Instagram mengadu jumlah follower atau pengikut telah berkurangan. Pengurangan follower ini mendapat reaksi yang pelbagai, apatah lagi ada di antaranya telah menggunakan servis menambah follower dengan bayaran tertentu. Nyata ada rasa kecewa apabila puluhan dan ribuan pengikut Instagram mereka hilang tanpa ketahuan.

Syok-syok ada ribuan pengikut di Instagram, tetapi bila hari ini login ke akaun Instagram, yang tinggal cuma ratusan sahaja. Itupun belum tentu yang ratusan itu akan kekal menjadi follower di Instagram. Dek kerana itu, mula rasa terjejas terutama dari segi populariti. Mana pengikut sedia ada yang benar-benar follow, nampak pengurangan ketara - lalu hilang kepercayaan terutama pada Instagram yang berbentuk Instashop.

"Ceh.. ingatkan betullah Instashop ni ramai peminat, tapi rupanya semua pengikut hantu sahaja..." kata yang nampak perubahan ini...hoho... 
Kenapa Follower Instagra…

Jangan Sampai Kena Tipu Pakej Internet

Jangan sampai kena tipu dengan tawaran pakej internet. Sejak kerajaan mula maklumkan bahawa caj internet akan jadi lebih murah, dan telco serta syarikat pengendali servis jalur lebar dan internet setuju menawarkan pakej yang lebih menarik kepada pengguna, maka banyaklah iklan-iklan serta tawaran yang mula kelihatan sana sini. Semuanya adalah untuk memancing lebih ramai pelanggan teutama yang ketagih dengan dunia tanpa sempadan ini.

Iklan-iklan di media masa perdana, media cetak, termasuklah media online menerusi platform pengiklanan Innity, Komli serta Adsense dah berkelip-kelip dengan pelbagai tawaran menarik daripada syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia. Semuanya mahu memancing pengguna yang mahukan pakej internet murah lagi berbaloi; sepertimana yang telah diwar-warkan oleh kerajaan.
Jangan Sampai Kena Tipu Pakej Internet Namun awas, jangan sampai kena tipu dengan pakej internet yang indah khabar dari rupa.

Saya baru-baru ini bercerita dan berkongsi mengenai bil Streamyx ba…

Cara Delete Blog

Cara nak padam atau delete blog. Bagaimana nak delete blog yang mungkin sudah tidak berupdate atau sudah tidak mahu lagi ditonjolkan di dalam dunia blog Malaysia? Ok. Tak susah sebenarnya, sama seperti anda pertama kali mahu buat blog sendiri. Cuma mungkin saya nak tambah satu lagi tatacara memadamkan blog secara sepenuhnya, sebagai langkah untuk membersihkan enjin carian daripada terus memaparkan blog dan entri yang sudah tiada.

Kenapa saya nak tambah langkah atau tatacara memadamkan blog ini? Ini adalah untuk memastikan bahawa blog dan entri tersebut benar-benar telah dipadamkan. Ada blogger yang sudah ambil langkah untuk memadamkan blog, tetapi gambar daripada blog tersebut masih lagi ada di dalam carian imej, begitu juga dengan feed.

Ok. Ada blogger yang sudah merasakan memadai untuk memadam blog dengan tatacara mudah yang ada di dalam dashboard blogspot. Tetapi, buat seorang blogger yang sensitif dengan apa yang telah dikongsikan menerusi blog mungkin tatacara yang akan saya kong…

Rujukan Untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan

Rujukan untuk lulus temuduga kerja kerajaan. Adakah anda merupakan calon-calon yang dipanggil untuk hadiri temuduga kerja kerajaan bulan April dan Mei 2015?  Jika anda merupakan calon-calon yang dipanggil untuk hadiri temuduga tersebut, maka saya syorkan anda dapatkan ebook panduan dan rujukan yang akan membantu anda melakukan persediaan rapi menghadapi temuduga kerja kerajaan.

Ebook Pakej Lengkap Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan telah disediakan khas untuk membantu calon-calon yang akan hadapi temuduga kerja bagi jawatan-jawatan berikut:
Pembantu Tadbir (Undang-Undang) Gred L17Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W17Jurubahasa Gred L17Pembantu Pendaftaran Gred KP17Pembantu Laut Gred A17Jururawat Gred U41Latihan Separa Perubatan Betaraf DiplomaJuru X-Ray (Diagnostik) Gred U41Pemandu Kenderaan Gred H11Penolong Pegawai Penyelidik Gred Q27 Rujukan Untuk Lulus Temuduga Kerja Kerajaan Pakej rujukan ini telah disediakan oleh mereka yang berpengalaman membantu ramai calon kerja kerajaan untuk l…

Harga Pakej Streamyx Terbaru Termasuk GST

Harga pakej Streamyx terbaru termasuk GST. Sedia maklum bahawa pihak Telekom Malaysia (TM) akan melaksanakan cukai GST ke atas servis dan perkhidmatannya termasuklah pakej Streamy dan Unifi. Cukai GST 6% akan dimasukkan ke dalam bil menggantikan servis caj yang dikenakan sebelum ini.

Saya baru sahaja terima bil internet TM Streamyx. Saya teliti bil terbaharu daripada TM ini ada sedikit kelainan dengan sebelum ini. Ada butiran mengenai GST selain bil Streamyx ini ditulis juga sebagai Penyata Cukai di bahagian atas bil tersebut. Woho .. dalam sebulan selepas GST diimplementasikan, dah banyak rupanya penyata cukai yang sampai ke rumah, termasuklah bil elektrik dan juga bil pembentungan IWK.
Caj Terkini Streamyx Dalam Bil TM Ok, inilah hakikat kehidupan di Malaysia yang ada sedikit beza antara sebelum dan selepas GST. Selain daripada kenaikan harga barang-barang tertentu (yang tidak sepatutnya), bil-bil juga sudah berbeza daripada dahulu, tidak lagi dikenali sebagai bil, tetapi lebih kep…