Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari Mac, 2015

Keputusan Kontest SEO Malaysia Best Blog 2015

Keputusan kontest SEO Malaysia Best Blog 2015. Siapakah yang berjaya ungguli carian Google Malaysia untuk keyword terhangat awal tahun 2015? Kata kunci Malaysia Best Blog 2015 menjadi saingan ramai blogger Malaysia untuk muncul di top rank Google dan menang hadiah wang tunai tempat pertama sebanyak RM1500. Hadiah yang sangat lumayan untuk satu kontest SEO di Malaysia.

Saya telahpun berusaha sedaya upaya untuk kekalkan momentum blog ini agar entri saya Malaysia Best Blog 2015 berada di top rank Google Malaysia. Segala ilmu berkaitan SEO blogspot, baik yang kuning, hijau, biru, putih dan hitam telah digunakan. Namun, ia bukan mudah kerana Google sudah ada pelbagai mekanisma untuk membolehkan entri yang benar-benar ada ummmphhh berada di top rank enjin carian mereka.
Keputusan Kontest SEO Malaysia Best Blog 2015 Siapa yang akan menang dalam kontest SEO Malaysia Best Blog 2015?

Keputusan penuh akan diketahui selepas penganjur kontest iaitu OhDuit.com membuat penilaian pada jam 10 malam 31…

Info GST - Harga Kereta Baru Sebelum Sesudah GST

Saya fikir ramai yang tertanya-tanya bagaimana bentuk price-list harga kereta baru sebelum dan sesuah GST. Saya ingin berkongsi kepada anda pengetahuan ini supaya anda akan sedar dan ambil peduli mengenai harga kereta baru selepas GST dikenakan.

Ok. Berikut adalah price-list harga kereta Peugeot 308 yang dijual oleh Nasim Sdn Bhd. Anda boleh lihat perbandingan harga yang diberikan, iaitu harga kereta ini sebelum GST dan selepas GST dikenakan ke atas harga kereta ini.
Harga Kereta Baru Sebelum Sesudah GST 1 April 2015
Ok. Sekarang bagaimana?

Dah lihat senarai barangan dan produk runcit yang dikenakan GST 6%? Jika belum, anda boleh semak pada senarai penuh barangan dan produk yang dikenakan GST ini di post ini - Senarai Lengkap Produk Barangan Pengguna Dikenakan GST 1 April 2015

Ada yang mungkin tidak jelas bagaimana kiraan cukai GST ini dikenakan kepada pemborong, peruncit dan akhirnya kepada pengguna seperti saya dan anda. Jika mahu jelas, dan melihat akan pro dan kontra sistem percu…

MyNutriDiari - Aplikasi Kawal Pemakanan Seharian

Pernah dengar MyNutriDiari? MyNutriDiari ialah salah satu aplikasi yang telah dibangunkan oleh Bahagian Nutrisi (Pemakanan), Kementerian Kesihatan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia mengawal dan memantau pemakanan seharian agar menjadi lebih sihat dan terbaik untuk kesihatan diri.

Kita semua sedia maklum bahawa Malaysia mewah dengan pelbagai jenis makanan. Kepelbagaian ini adalah disebabkan rakyat Malaysia dari pelbagai bangsa dan agama telah serasi hidup dan berkongsi banyak perkara dalam kehidupan seharian. Malah, Malaysia dianggap sebagai sebuah negara syurga makanan dan pernah dikenali serata dunia dengan makanan-makanan terbaik dan melazatkan.

Namun begitu, bukan semua makanan itu adalah baik untuk kesihatan. Walaupun rasanya memang dianggap best in the world, ada bahagian makanan ini yang perlu dipantau agar ia sesuai dengan tubuh badan kita. Yang penting, makanan itu perlu diambil mengikut kadar yang betul, dan mesti mengikut piramid makanan yang telah disyorkan oleh mereka…

MSMW 2015 Bosan - Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia

MSMW 2015 kali ini saya anggap satu event atau acara untuk blogger yang membosankan. Mengapa? Sebab kemeriahannya sudah luntur. Saya bukan nak kondem, tapi sejak ia dimasyhurkan oleh blogger-blogger Malaysia, tiada pulangan yang setimpal pun yang diberikan kepada blogger-blogger ini, apatah lagi yang berjaya merangkul gelaran blog terbaik Minggu Media Sosial Malaysia atau Malaysia Social Media Week ini.

Ya, saya pernah bertanding dengan pertaruhkan blog ini pada tahun 2013. Blog ini cuma berjaya menjadi top 3 dalam MSMW 2013, dan kategori yang dipertandingkan itu dimenangi oleh rakan blogger saya Encik Titan.

MSMW 2015 Bosan - Hanya Eksploitasi Blogger Malaysia Saya menulis MSMW 2015 sebagai bosan bukan kerana saya gagal memang dalam kategori dipertandingkan pada tahun 2013, tetapi kerana apa yang saya nampak, setelah masuk tahun keempat ianya dibuat, tidak nampak perngiktirafan sebenar yang diberikan kepada blogger Malaysia.

Tahukah anda, bahawa calon-calon yang layak bertanding perlu…

Whos.amung.us Penyebab Blog Lambat Loading

Beberapa hari kebelakangan ini, blog ini telah didapati agak mengambil masa untuk loading. Selalunya masa loading blog ini sekitar 3-7 saat, namun baru-baru ini ia mengambil masa sehingga mencapai 200 saat. Masa loading yang agak panjang ini telah menjejaskan kebolehupayaan blog ini dalam teknik SEO, dan juga menyebabkan ramai pengunjung memangkah kerana rasa bosan menunggu. Maklum tahu bahawa masa loading blog adalah penting dalam teknik SEO.

Saya kemudian membuat analisis sendiri, dan mendapati bahawa masalah blog lambat loading adalah disebabkan oleh satu malware atau adware yang dikenali i.simpli.fi. Anda akan perasan kewujudan malware atau adware ini dihujung browser internet anda yang tertulis 'connecting i.simpli.fi'.
Blog Lambat Loading Kerana Wujudnya Adware/Malware i.simpli.fi Saya telah cuba mencari penyelesaian masalah ini, dan beberapa laman web yang bertanggungjawab mengenai virus, malware dan adware telah mencadangkan beberapa prosedur berikut untuk menghilangka…

Senarai Peserta GA Malaysia Best Blog 2015

Alhamdulillah. Ramai juga rakan blogger yang telah ambil bahagian di dalam GA dan Subkontest Malaysia Best Blog 2015 yang saya anjurkan ini. Seramai 91 peserta GA telah menghantar URL penyertaan untuk GA dan Subkontest ini yang akan diumumkan pemenangnya tidak lama lagi.

Ada rakan blogger yang telah hantar URL penyertaan tetapi tidak lengkap, jadi saya terpaksa untuk tidak menyenaraikan blog tersebut. Harap mana-mana rakan blogger yang sudah menulis dan menerbitkan entri penyertaan, memberikan URL entri penyertaan tersebut di ruangan komen entri ini. Ini adalah peluang terakhir anda sebelum saya membuat undian untuk mencari pemenang GA saya.

Siapa Berjaya Menang Hadiah Wang Tunai? Saya juga akan umumkan nama blog atau blogger yang menyertai GA ini yang telah memberikan trafik tertinggi ke blog ini dalam tempoh GA seperti yang saya ada sebutkan di dalam syarat tempoh hari. Pemenang tersebut akan diberikan hadiah wang tunai yang buat masa ini saya masih rahsiakan jumlahnya. Mungkin RM10…

Info GST - Senarai Lengkap Produk Barangan Pengguna Dikenakan GST

Senarai lengkap produk dan barangan pengguna yang dikenakan GST. Pihak Kastam Diraja telah pun mengeluarkan senarai barangan dan produk yang dikenakan GST sejak awal tahun 2015. Ia meliputi ribuan barangan dan produk kepentingan pengguna.

Secara amnya, barangan dan produk yang dikenakan GST 6% mulai 1 April 2015 adalah barangan-barangan bukan keperluan asas. Manakala barangan atau produk yang tidak dikenakan GST ialah barangan dan produk asas seperti makanan, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Barangan seperti perkakasan dapur, alat solek, barangan dan produk kecantikan, kebanyakkan dikenakan GST 6%. Ini akan menampakkan beberapa harga barangan ini naik harga dari sebelum dikenakan GST. Ada juga barangan yang sebelum ini dikenakan cukai akan turun harga kerana kadar cukai yang dikenakan sebelum ini adalah lebih tinggi dengan cukai GST.
Tetapi, hasil pengamatan saya, kebanyakan barang dan produk bukan keperluan yang sebelum ini tidak dikenakan sebarang cukai akan naik harga disebabkan ole…

Panduan Lulus Temuduga Pembantu Tadbir N17

Panduan lulus temuduga pembantu tadbir gred N17. Adakah anda salah seorang calon yang diminta untuk hadir temuduga untuk jawatan Pembantu Tadbir N17? Jika ya, saya mahu perkenalkan satu pakej modul temuduga pembantu tadbir gred N17 yang boleh dijadikan satu rujukan penting bagi membolehkan anda membuat persediaan untuk lulus temuduga jawatan tersebut.

Pakej atau panduan lulus temuduga ini disediakan untuk membantu calon-calon untuk menghadapi temuduga jawatan Pembantu Tadbir bagi gred N17. Modul yang mengandungi beberapa aspek penting yang perlu diambil perhatian oleh calon-calon temuduga untuk membolehkan mereka lulus dengan jaya, dan mendapat panggilan kerja yang dipohon.
Panduan Lulus Temuduga Pembantu Tadbir N17
Modul ini merangkumi aspek:

Persiapan sebelum, semasa, dan selepas temuduga. Kaedah dan cara persiapan mental dan rohani ketika menghadapi temuduga.Persiapan dan cara menjawab soalan temuduga.Bahasa badan ketika ditemuduga.Aspek penilaian temuduga. Panduan lulus temuduga in…

Senarai 139 Produk Kecantikan dan Kesihatan Dikenakan GST

Berikut saya ingin kongsikan senarai 139 barangan dan produk berkaitan kecantikan dan kesihatan yang dikenakan GST mulai 1 April 2015. Kebanyakan barangan ini dikenakan cukai GST sebanyak 6% dan ia meliputi produk-produk terkenal berkaitan kecantikan dan kesihatan. Senarai ini mungkin tidak lengkap, tetapi saya fikir memadai untuk dijadikan rujukan kepada para pengguna.

Sebelum ini, saya telah kongsikan senarai lebih 300 barangan runcit yang dikenakan cukai dan yang tidak dikenakan cukai GST. Barangan runcit antara barangan dan produk yang banyak tidak dikenakan GST mulai 1 April 2015 memandangkan ia lebih kepada barangan dan produk keperluan rakyat Malaysia.
Senarai 139 Produk Kecantikan dan Kesihatan Dikenakan GST


Sumber: Mydin

Senarai Barang Runcit Dikenakan GST dan Tidak Dikenakan GST

Sebanyak 391 barangan runcit telah disenaraikan untuk memudahkan pengguna mengetahui barangan runcit yang dikenakan GST, dan barangan runcit yang tidak dikenakan GST. Semua orang telah sedia maklum bahawa kerajaan akan mengenakan cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) bermula 1 April 2015. Sementelaah dengan pengumuman kerajaan ini, ramai pengguna yang telah berpusu-pusu ke pasaraya-pasaraya besar seperti Mydin, Econsave dan Tesco untuk membeli-belah.

Seperti rakan blogger saya, Eyriqazz.com yang telah dengan bijaknya pergi beli belah untuk membuat pembelian barangan yang akan dikenakan GST bermula 1 April 2015. Sukacita saya nak ingatkan bahawa bukan semua barangan akan dikenakan GST. Barangan runcit yang melibatkan bahan-bahan mentah seperti Ayam, Beras, Cili Kering, Cabai, Garam, Gula Pasir, Kelapa Biji, Beraneka Rempah Ratus dan banyak lagi adalah antara barangan runcit yang tidak dikenakan GST. Maka, jangan anda panik membeli sehingga anda terlebih bajet bulanan anda. Asalnya mahu…

Iklan Bukan Sekadar Menjual

Iklan bukan sekadar menjual. Ramai yang fikir bahawa dengan adanya iklan, ia akan menjual sesuatu. Tapi sebenarnya tujuan lain pengiklanan ialah untuk membina jenama. Ada syarikat yang tidak menjual apa-apa pun, tetapi mereka menggunakan iklan untuk menjenamakan syarikat mereka agar dikenali.

Kebanyakkan yang menggunakan iklan untuk bukan tujuan menjual ini, selalunya terdiri dari syarikat yang mahukan pendedahan mengenai kewujudan mereka. Begitulah juga dengan sesetengah rakan blogger yang mahu blog mereka dikenali. Mereka menggunakan iklan untuk memudahkan orang mengingati dan mengetahui akan wujudnya blog mereka. Contoh terbaik ialah Malaysia Best Blog 2015.
Iklan Bukan Sekadar Menjual
Di dalam dunia online, pengiklanan juga dibuat untuk membina backlink yang bagus. Ini bermakna, pengiklanan online akan berikan tiga kelebihan, membina backlink, penjenamaan dan sudah tentu untuk menjual produk dan servis.

Cuba anda lihat ruang pengiklanan blog ini. Samada anda perasan atau tidak, ba…

Ujibakat Online Da'i Pendakwah Milenia TV3

Ujibakat secara online untuk program Da'i Pendakwah Milenia yang dianjurkan TV3 kini dibuka sehingga 25 April 2015. Kepada mana-mana yang berminat mahu mencuba nasib menyertai sessi ujibakat Da'i Pendakwah Milenia TV3 ini secara online, anda harus patuh dengan syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan. Untuk mengetahui cara 'hadiri' ujibakat secara online program dakwah ini, anda boleh baca blog post ini, in Sha Allah.

Ok. Untuk mereka yang berhasrat untuk sertai program Da'i Pendakwah Milenia Musim ketiga (2015) TV3 ini, anda sebenarnya boleh menjalani ujibakat secara online. Ujibakat ini dimulakan sebelum jelajah serata Semenanjung Malaysia mencari bakat untuk diketengahkan di dalam program Da'i Pendakwah Millenia musim ketiga.
Apa yang perlu anda buat ialah menyediakan rakaman selama 5 minit dan kemudian share di laman Facebook Da'i Pendakwah Milenia TV3 sebelum tarikh tutup iaitu 25 April 2015.
Bagaimana Cara Hadiri Ujibakat Online Da'i Pend…

Senarai Barang Tidak Dikenakan GST 1 April 2015

Berikut saya kongsikan senarai barang dan produk yang tidak dikenakan GST 2015. GST atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan akan mula dilaksanakan pada 1 April 2015. GST menurut kerajaan adalah merupakan sistem percukaian yang telus, dan lebih adil kepada rakyat. Ia akan menampakkan bahawa pengguna akan hanya dikenakan cukai ke atas perbelanjaan ke atas barang dan perkhidmatan yang digunakan sebanyak 6%.

Kadar 6% cukai ini dianggap rendah berbanding dengan sistem cukai yang lama di mana pengguna terpaksa membayar sebanyak 16% ke atas cukai.
Senarai Barang Tidak Dikenakan GST 1 April 2015

Senarai barang yang tidak dikenakan GST mulai 1 April 2015 ialah:
Semua jenis bahan bacaan - kamus, buku latihan, buku rujukan, buku teks, buku agama, buku bergambar, buku lukisan termasuk surat khabar.4,215 jenama ubat-ubatan meliputi semua dos dan kaedah pengambilanYuran penyelenggaraan dan sinking fund meliputi semua jenis bangunan kediaman yang dipegang di bawah hak milik strata.Perkhidmatan pendidik…

Blog Mesra Mobile Diberikan Keutamaan Google

Blog yang memenuhi ciri mesra mobile (mobile-friendly) akan diberikan tempat istimewa dan keutamaan oleh Google. Itulah yang akan berlaku bermula dari 21 April 2015. Menurut Official Google Webmaster Central Blog, mulai 21 April 2015, enjin carian Google akan memberikan lebih ruang dan peluang kepada mana-mana laman web serta blog untuk muncul top rank di enjin carian mereka.

Jadi, saya mahu rakan-rakan blogger samada baru ada blog mahupun yang telah lama ada blog supaya memastikan blog masing-masing sebagai sebuah blog yang mesra mobile atau dengan kata lain mesra gajet peranti mudah alih.
Blog Mesra Mobile Diberikan Keutamaan Google Ramai rakan blogger yang telah bertanyakan kepada saya tentang bagaimana mahu menjadikan blog itu mesra mobile. Sebenarnya, untuk blogspot anda mungkin tidak perlu risau, kerana platform blogspot akan secara automatik memaparkan blog anda dalam versi mobile dengan menukar URL blog anda menjadi - http://nama-blog.blogspot.com/?m=1 

Untuk blogger yang men…

Gadis Bernama Nora Dicari oleh Lelaki Bangladesh

Gadis bernama Nora dicari oleh lelaki dipercayai warga Bangladesh. Uhh kesian pulak bila lihat dan baca status lelaki ini yang diambil dari status laman sosial Facebook. Tak diketahui siapakah lelaki yang dipaparkan, dan tidak tahu juga siapakah gadis bernama Nora yang dimaksudkan oleh lelaki ini.

Hmm .. status seperti ini mengingatkan saya akan kejadian-kejadian lalu mengenai lelaki warga asing yang sering memperdaya gadis-gadis tempatan. Malah ramai gadis-gadis tempatan yang cun melecun, awek lelawa yang telah menjadi 'kepunyaan' dan milik lelaki-lelaki warga asing ini.
Gadis Bernama Nora Dicari oleh Lelaki Bangladesh
Tajuk berita gadis tempatan jadi mangsa tipu lelaki warga asing satu waktu dulu memang hari-hari ada, tetapi itulah ... bukan semua benda yang berada di atas akan kekal di atas. Gadis-gadis Malaysia sudahpun tahu teknik dan taktik ayat power warga asing terutama dari Bangladesh, Pakistan dan Nepal yang berhidung mancung ini, jadi mungkin ini masa dan ketika un…

Top Senarai Malaysia Best Blog 2015

Top senarai Malaysia Best Blog 2015. Sekalung penghargaan kepada pihak OhDuit.com yang mengambil inisiatif untuk membolehkan blogger-blogger Malaysia menyenaraikan blog-blog yang boleh dikategorikan sebagai Malaysia best blog untuk tahun 2015 menerusi kontest SEO yang dianjurkan.

Terdapat seramai 86 peserta atau blogger yang telah ambil bahagian dalam kontest SEO ini yang menawarkan hadiah wang tunai lumayan. Para peserta yang terdiri daripada blogger baru dan lama dikehendaki menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 blog yang difikirkan layak untuk disenaraikan sebagai blog paling best bagi tahun 2015.
Top Senarai Malaysia Best Blog 2015 Saya telah mengambil inisiatif untuk mengumpul senarai-senarai blog tersebut daripada semua blogger yang ambil bahagian. Alhamdulillah, berhari-hari saya jejak dan kumpul, akhirnya saya telah berjaya senaraikan top senarai Malaysia Best Blog 2015, terdiri dari lebih 300 blog yang ada di Malaysia.

Ok. Berikut adalah senarai blog-blog yang telah dipilih o…

Panduan Memulakan Bisnes Online

Panduan memulakan bisnes online. Ada ramai usahawan yang ada niat untuk mempunyai bisnes online, tetapi mereka tidak tahu cara hendak memulakannya. Saya pun bukannya pandai sangat dalam bab bisnes online ni. Ilmu yang ada pun tak ada tara manapun, tetapi saya boleh beritahu ada panduan untuk memulakan bisnes online yang boleh anda peroleh.

Sebenarnya, kalau ikutkan, tidaklah susah mana untuk memulakan bisnes online. Anda boleh memulakan bisnes online ini daripada banyak platform, antaranya ialah blog, facebook, twitter mahupun trend terbaru bisnes online menerusi platform instagram. Malah, di luar negara, ramai usahawan yang telah beralih kepada platform pinterest untuk bisnes online mereka.
Panduan Memulakan Bisnes Online Seandainya anda mahu memulakan langkah untuk berniaga dan bisnes secara online, perkara utama ialah mempunyai laman web yang boleh memasarkan produk dan barangan yang dijual. Di dalam laman web tersebut mestilah ada ciri-ciri sebuah kedai maya. Berbeza dengan blog n…

Berapa Tahun Untuk Blog Jadi Mantap?

Saya diajukan soalan, berapa lama yang diambil untuk menjadikan sesebuah blog itu mantap? Ok. Soalan yang sebenarnya bergantung pelbagai aspek, terutama berkaitan usaha, konsentrasi dan iltizam seseorang penulis blog itu. Tapi, jika ditanya saya; sesebuah blog itu memerlukan masa lebih 3 tahun supaya boleh menjadi sebuah blog yang mantap.

Mengapa 3 tahun? Tidak setahun? Tidak dua tahun? Ok, biar saya jelaskan kenapa 3 tahun, dan apa yang perlu dilakukan supaya blog menjadi mantap dalam masa 3 tahun itu.
Berapa Tahun Untuk Blog Jadi Mantap? Tahun Pertama Di awal mempunyai blog, cabaran paling getir ialah untuk mendapatkan pendedahan dan memperoleh trafik minima yang diperlukan. Dalam proses ini, antara perkara paling penting ialah rekabentuk atau layout blog itu sendiri. Untuk tampil mendapat perhatian daripada pengunjung pertama kali, anda perlukan sebuah blog yang mempunyai rekabentuk yang menarik dan kemas selain mengenegahkan kandungan blog anda.

Cuba baca - Lima Perkara Terawal Un…