28 Februari 2015

iFrame Tidak Bagus Untuk SEO?

Kenapa iFrame tidak bagus untuk SEO? Dalam entri ini saya akan beritahu mengenai iframe dan kesan terhadap SEO (Search Engine Optimization). Dulu, saya pun tak tahu apa ke bendanya iframe ni. Tapi selepas saya gunakan tools Chkme untuk periksa kebolehan blog ini untuk SEO, barulah saya tahu serba sedikit mengenai iframe ini.

Sebenarnya tidak salah pun untuk menggunakan iframe di dalam blog anda, terutama apabila anda menulis entri yang terpaksa menggunakan fungsi iframe ini. Contoh entri yang wajib gunakan iframe ialah perletakkan dokumen seperti pdf dan juga video.

Video-video yang anda kongsikan di dalam entri yang datang dari YouTube terutamanya akan menggunakan koding HTML berbentuk iframe ini. Saya pernah ceritakan satu teknik untuk tidak menggunakan iframe untuk YouTube, tetapi kini fungsi tersebut sudah tidak boleh digunakan lagi secara direct dari YouTube. Kalau mahu guna pun, anda perlu lakukan secara manual (untuk tidak menggunakan iframe).

Kesan iFrame Untuk SEO

Apakah kesan iframe ini untuk SEO?
iFrame Tidak Bagus Untuk SEO?

Secara amnya ia tidak ada kesan langsung kerana iframe tidak akan diindeks oleh enjin carian, atau dengan kata lain robot-robot enjin carian tak ambil kisah pun. Makanya, apabila anda letak video atau pdf dalam entri blog anda, ia tidak akan beri kesan atau berikan kredit kepada entri tersebut untuk SEO.

Saya menggunakan iframe untuk menkayakan entri saya, dan untuk berikan pemahaman untuk pembaca blog saya.

iFrame 'Curi' Trafik Blog

Cuma satu je isu mengenai iframe ini. Ia 'mencuri' trafik blog anda! Katakan anda letak iframe video YouTube dalam entri, setiap kali pengunjung singgah baca entri blog yang ada video ini, maka video ini akan dapat hits. Dan seandainya tuan punya video itu di YouTube telah monetize videonya, nah ... mudah-mudah ia sudah dapat impression untuk Google Adsense yang membolehkan pemilik video tersebut menjana income.

Video merupakan salah satu teknik dalam cara buat duit dengan Adsense. Hanya menerusi video di YouTube, anda boleh jana income ribuan ringgit. Dapatkan Panduan Adsense untuk ketahui lebih lagi mengenainya.

Itu sebab saya suka ambil video YouTube dan kemudian muat naik kembali ke dalam akaun YouTube saya sendiri, dan barulah dikongsi seperti biasa di dalam entri yang memerlukannya.

Salah satu entri yang saya gunakan video ialah entri ini - Video Viral Gadis Roti Canai Singapura

Adakah iFrame Beri Kesan Pada SEO?

Maka, jika ditanya adakah iframe tidak bagus untuk SEO? Saya akan jawab:
Ia tidak ada kesan atas SEO tetapi ia satu kerugian untuk sesebuah entri jika tidak dioptimasikan untuk SEO terutama untuk On Page SEO.

Nasihat saya cuma satu, ia segalanya berbalik pada konten blog anda. Kayakan blog anda dengan kandungan terbaik dan original, mana-mana entri yang ada gunakan iframe ini pula boleh anda optimasikan untuk hasilkan backlink sesama entri dengan tajuk yang hampir sama.

Semoga bermanfaat.


27 Februari 2015

Blogger Sediakan Servis Design Blogspot

Anda tentu nak tahu siapa blogger yang sediakan servis untuk design dan rekabentuk blogspot kan? Saya tahu ramai blogger terutama blogger baru yang kurang mahir soal koding HTML blogspot mahu dapatkan rekabentuk blog yang tersendiri dan unik. Maka, untuk itu atas rasa mahu berkongsi manfaat ini, saya akan senaraikan blogger-blogger yang sediakan servis design blogspot ini.

Ok. Untuk memperoleh sebuah blog yang mantap, rekabentuk atau design adalah antara perkara penting yang perlu dititik-beratkan.
Blogger Sediakan Servis Design Blogspot

Ciri-Ciri Design atau Template Blogspot Terbaik

Ciri-ciri design blogspot yang bagus adalah:
  1. Kemas dan Tersusun.
  2. Ringan (masa loading kurang 5 saat).
  3. Saiz Kod HTML Tidak Terlalu Besar.
  4. Menepati atau Valid HTML3
  5. Menepati atau Valid CSS3
  6. SEO Optimized
  7. Responsif atau Mesra Mobile
  8. Cantik Menarik

Namun, bukan sesuatu yang mudah untuk hasilkan sebuah blog yang tepati kesemua ciri. Apa yang penting design blog itu memberikan gambaran tentang perwatakan yang blog anda bawakan. Anda tidak boleh expect sebuah blog berbunga-bunga untuk cerita soal politik, atau blog kotak-kotak untuk cerita mengenai kisah cinta masa anda muda remaja.

Biar kena dan sesuai dengan isi kandungan serta niche blog anda. Sedap mata memandang dan tidak menyukarkan pengunjung blog, itu antara ciri-ciri am yang bukan teknikal yang harus anda terapkan dalam design blogspot terkini.

Blogger Sediakan Servis Design Blogspot

Maka, untuk itu, saya senaraikan rakan-rakan blogger yang sediakan servis design blogspot untuk anda pilih dan kemudian kawtim ... hoho... cuba bagi kod ini - "Promosi Dari HH" bila nak deal dengan rakan-rakan blogger ini, manalah tahu kot-kot dapat sesuatu yang istimewa.... hehehe..


Saya berikan link-link ke akaun Facebook mereka, anda boleh PM mereka di situ untuk butiran-butiran lanjut. Harga, kehendak, keperluan dan apa-apa yang berkaitan dengan design blogspot, pandai-pandailah anda tanya mereka ye ...

Untuk test sesebuah blog itu untuk design terbaik, anda boleh godek sendiri dalam blog ini. Ada banyak tools online yang boleh anda gunakan untuk uji template baru blogspot anda.

Apapun saya pasti rakan-rakan blogger ini akan berikan servis terbaik mereka kepada anda yang mungkin nak bina blog yang wonderful .. hoho.


Cara Nak Bolehkan Kedai Online Terima Bayaran Kad Kredit

Ada seorang usahawan baru yang dah buka kedai online percuma, dia tanyakan pada saya, "Bagaimana nak bolehkan kedai online miliknya terima bayaran kad kredit?". Haaa, bagus usahawan online ni, sebab dia fikir untuk mudahkan bakal pelanggannya buat bayaran bila beli di kedai onlinenya.

Bayaran guna kad kredit di kedai online - salah satu cara untuk membolehkan belian dilakukan dengan lebih banyak, yang pastinya akan mendatangkan sales dan pendapatan lebih masyuk.

Cara Nak Bolehkan Kedai Online Terima Bayaran Kad Kredit

Ya, memang ada cara. Selain membolehkan bayaran dilakukan menggunakan kad kredit, pelanggan yang mahu membeli juga boleh buat bayaran gunakan kad debit.
Cara Kedai Online Terima Bayaran Kad Kredit
Kalau sayalah, memang satu kemudahan yang sangat menyenangkan dan menjadi pilihan seandainya sesebuah blog shop atau kedai online itu boleh terima bayaran dari pelbagai platform. Cara biasa kedai online terima bayaran:
  1. Bayaran guna bank transfer ikut ATM atau CDM (Cash Deposit Machine)
  2. Bayaran guna bank transfer menerusi perbankan online seperti Maybank2u atau CIMBClicks.
  3. Bayaran COD (Cash on Delivery)

Jadi, untuk berikan pilihan yang lebih kepada bakal pelanggan, seharusnya pemilik-pemilik kedai online ada fungsi yang membenarkan pelanggan bayar gunakan kad kredit atau debit secara online.

Bagaimana?

Guna PayPal Untuk Terima Bayaran Kedai Online Gunakan Kad Kredit

Caranya ialah dengan mendaftarkan sebuah akaun menerusi PayPal. Bagi bisnes kecil-kecil, boleh buka akaun personal secara percuma di PayPal. Apabila sudah ada akaun PayPal, maka bolehlah gunakan kelebihan yang ada di dalam PayPal untuk terima dan buat bayaran menggunakan kad kredit.
Cara Nak Bolehkan Kedai Online Terima Bayaran Kad Kredit
Paypal merupakan cara pembayaran secara online di mana ia menyimpan maklumat akaun bank anda, kad debit dan kredit anda. Jadi daripada membuat perbankan menggunakan cek atau money order, anda boleh membayar dengan satu click saja dengan Paypal ini. Tetapi untuk berbuat demikian, anda mestilah mempunyai akaun Paypal terlebih dahulu. Ramai orang telah berganjak ke sistem PayPal ini kerana ianya diterima secara meluas di dalam dunia membeli-belah dan ia juga diterima di kebanyakan negara (bagus untuk mereka yang sering membuat transaksi antarabangsa).

Jadi bayangkan, dengan PayPal, anda boleh antarabangsakan bisnes online anda! Bukan setakat dapat pelanggan dari Malaysia, malah Asia Tenggara, Asia, Eropah .. Amerika!

Cuba baca Cara Terima Bayaran Guna Akaun PayPal - Ada step-by-step diceritakan untuk buka akaun PayPal.
Cara Nak Bolehkan Kedai Online Terima Bayaran Kad Kredit
Dan jika anda mahu tahu lebih lanjut mengenai PayPal ini, anda boleh rujuk panduannya yang disediakan di sini - Panduan Lengkap PayPal Malaysia

Dalam panduan ini, anda akan tahu cara nak buka akaun PayPal samada peribadi atau untuk bisnes, cara nak terima bayaran dari customer, cara nak keluarkan income atau pendapatan dari PayPal, cara nak letakkan fungsi PayPal di kedai online, cara nak pindahkan duit dari akaun bank atau kad kredit, had-had tertentu dalam Paypal dan banyak lagi, termasuk juga cara nak tutup akaun PayPal anda.

Semoga bisnes online anda berjaya ke peringkat yang lebih tinggi, in Sha Allah.

Pastikan Pengorbanan Anda Kerana Blog Berbaloi!

Saya sudah berblog agak lama. Kalau ikut akaun Google Adsense, saya dah gunakan platform buat duit online sejak tahun 2007 lagi. Jika ikut statistik dan butiran profile Blogspot, saya dah ada blog sejak 2008 lagi. Tempoh masa lama. Dalam tempoh tersebut banyak pengorbanan terpaksa saya buat.

Dan sejak blog saya mula meningkat naik dan dikenali pada akhir 2010 atas support rakan blogger XX ini, pengorbanan kerana blog juga bertambah-tambah. Banyak perkara suka duka berlaku pada diri saya. Apabila menjadi seorang blogger sepenuh masa yang incomenya bukan gaji tetap setiap bulan, adakala pengorbanan yang dibuat menggoncangkan iman, emosi, perasaan dan buatkan akal benak dan bengap seketika.

Pengorbanan Menjadi Seorang Blogger Berjaya

Pastikan Pengorbanan Anda Kerana Blog Berbaloi!

Yang jadi mangsa adalah keluarga - anak-anak dan isteri.

  • Tidur lewat malam, adakala nak hampir suboh.
  • Makan tak keruan, tak berjadual. 
  • Masa dengan famili jadi tunggang langgang.
  • Kesihatan diri pun turut terjejas.

Memang awal nak naik dalam dunia blog macam-macam dugaan dan cabaran. Tak mudah. Anda perlu ibaratkan diri anda sanggup kerat jari supaya apa yang anda inginkan dalam dunia blog itu tercapai.

Saya lalui semuanya dengan cara saya tersendiri. Saya belajar, belajar dan terus belajar sehingga ke hari ini.

Dari Zero Menjadi Zero Point Five

Dari sebuah blog biasa, saya berjaya naikkan blog ini dan tercalon dalam beberapa anugerah berkaitan blog dan dunia online. Saya jenamakan blog ini sehingga dikenali ramai sebagai sebuah blog untuk panduan blogger blogspot Malaysia.

Pembelajaran dan praktikal saya berkaitan SEO blogspot membuatkan ada blogger lain yang gelarkan saya sifu blogger blogspot, malah ada yang menaikkan nama saya sebagai Pakar SEO Malaysia. Alhamdulillah. Itu pengiktirafan yang bukan dicari, tetapi diberikan oleh mereka yang mungkin juga sedang melakukan pengorbanan hebat untuk blognya.
Jadi blogger berjaya dalam niche SEO blogspot

Setiap hari saya berusaha dan terus berusaha, tanpa jemu, tanpa putus asa. Menulis blog, bercerita dan berkongsi ilmu pengetahuan adalah minat saya. Saya suka membantu dengan kebolehan dan pengetahuan yang saya ada. Itulah sebabnya saya memilih menjadi Pegawai Penyelidik dalam bidang Kejuruteraan Awam, walaupun hakikatnya saya graduasi dalam bidang Sains Komputer.

Apabila kontrak kerja bersama USM tamat, saya ambil keputusan menumpukan perhatian dalam dunia blog. Saya cambahkan minat saya dalam dunia fotografi dan penulisan untuk berkarya menerusi blog.

Dari Bangku Kosong ... Jadi Bangku Blogger

Blog Bangku Kosong

Daripada blog Bangku Kosong .. blog ini dikenali sebagai Panduan Blogger dan kemudian terus menjenamakan diri saya sebagai HASRULHASSAN.COM. Dulu, mereka panggil saya BK ... tapi kini HH. Dan alhamdulillah, ramai yang senaraikan blog saya dalam Top Malaysia Best Blog 2015.
Bangku Kosong

Makan tahun. Bukan hari ini buat blog sendiri, esok lusa anda sudah ada nickname sendiri dalam dunia blog Malaysia yang hampir semua orang dunia online tahu. Ianya tak macam tu.

Haru biru dunia blog Malaysia ini ada pelbagai. Hadap jangan tak hadap. Anda akan ada haters di sebalik orang yang kagumi diri anda. Itu lumrah hidup.

Pengorbanan Tak Kira Masa

Jika mahu berjaya di dalam dunia blog, malah apa bidang sekalipun kena ada pengorbanan. Kena rasa pahit dan maung, madu dan manis segala ceruk. Ingat pada Allah, dan ingat pada pesanan agung Nabi Muhammad S.A.W. In Sha Allah, impian blogger anda akan tercapai seperti mana impian saya seorang blogger.

Sebanyak mana pengorbanan anda lakukan kerana blog, pastikan ia berbaloi. Kembalikan senyuman kepada anak-anak dan isteri/suami, buat mereka bangga dengan apa yang anda lakukan menerusi blog anda. Kecapi bersama kejayaan yang anda dapat dengan blog anda dengan mereka.

Dulu anak saya segan nak tulis pekerjaan saya di dalam borang sekolah, sekarang dia dah boleh bangga kata saya seorang blogger sepenuh masa. Siap suruh kawan-kawan sekolah dia baca mengenai makan angin kami di Bandung, Indonesia, yang saya tulis di dalam blog.

Kejayaan paling manis - apabila keluarga anda berbangga dengan apa yang telah anda korbankan itu berbaloi pada akhirnya.

In Sha Allah. Kejayaan juga untuk anda. Moga entri ini beri inspirasi buat diri anda untuk berjaya dalam dunia blog Malaysia.


Tarikh Terima Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) IPTS 2015

Tarikh dapat dan terima baucer buku 1 Malaysia (BB1M) 2015. Berita baik untuk para pelajar IPTS yang layak menerima baucer buku 1 Malaysia untuk tahun 2015. Pihak Jabatan Pendidikan Tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia telah memaklumkan bahawa pengedaran dan pemberian baucar buku 1 Malaysia (BB1M) untuk IPTS akan dilakukan pada bulan Mac 2015 mengikut zon-zon yang telah ditetapkan.

Pengedaran dan pemberian baucar BB1M 2015 ini akan diserahkankan kepada Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) dalam lima sesi mengikut zon.
Tarikh Terima Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) IPTS 2015

Tarikh Terima Baucer Buku 1 Malaysia (BB1M) untuk Pelajar IPTS 2015

Tarikh pengedaran bagi setiap zon adalah seperti berikut:
  • 04 Mac 2015 (Zon Timur -Kelantan, Terengganu dan Pahang)
  • 11 Mac 2015 (Zon Utara -Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis)
  • 12 Mac 2015 (Zon Selatan -Melaka, Negeri Sembilan dan Johor)
  • 13 Mac 2015 (Zon Tengah -Selangor)
  • 17 Mac 2015 (Zon Tengah -Kuala Lumpur dan Putrajaya)
Satu majlis pengedaran dan penyerahan baucer BB1M 2015 akan dilakukan di setiap zon. Berikut adalah tentatif umum untuk majlis tersebut:
  • 8.30 – 9.00 pagi : Pendaftaran (penerimaan senarai pelajar yang layak untuk diverifikasi)
  • 9.00 – 9.30 pagi : Taklimat BB1M 2015
  • 9.30 – 10.00 pagi : Sesi soal jawab
  • 10.00 – 12.00 tengahari : Majlis penyerahan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) 2015 kepada IPTS
  • 12.00 tengahari : Majlis bersurai
Pihak Jabatan Pendidikan Tinggi menegaskan bahawa pihak IPTS perlu wajib hadir ke taklimat BB1M 2015 bagi memastikan kelancaran pemberian baucer berkenaan.

Sebarang pertanyaan mengenai urusan ini, sila hubungi talian 03-8870 6743/ 6737/ 6746/ 6742.

Dua Kesilapan Besar Mereka Yang Nak Mula Bisnes Online

Dua kesilapan besar mereka yang nak mula bisnes online. Entri kali ini saya nak highlight mengenai bisnes online. Saya tahu ramai blogger Malaysia yang ada bisnes online sendiri. Malah, ramai yang buat blog sebab mahu buat duit dengan ceburi bidang bisnes online.

Tak salah nak buat bisnes online. Anda boleh buat kejap lagi, hari ini, malam ni, esok dalam masa kurang 5 minit je untuk setup sebuah blog niaga untuk bisnes online. Malah, sekarang dah makin mudah, nak bina kedai online pun dah boleh dilakukan secara percuma - Servis Bina Kedai Online Percuma.

Tapi, banyak peniaga dan pemilik bisnes online yang tak mampu bertahan lama. Kenapa?

Dua Kesilapan Besar Mereka Yang Nak Mula Bisnes Online

 Dua Kesilapan Besar Mereka Yang Nak Mula Bisnes Online

Ada dua kesilapan besar bagi mereka yang mahu mulakan bisnes online ini. Kesilapan inilah yang membuatkan ramai pemilik bisnes online hanya bertahan sekejap sahaja, malah ada yang berhenti buat bisnes online walaupun dah ada kedai online atau blog shop sendiri - dalam masa tak sampai pun tiga bulan!

Apakah dua kesilapan yang hancurkan sebuah perniagaan atau bisnes online?

Jual Produk Syok Sendiri

Ada produk. Tapi produk tu hanya kita je guna dengan seronoknya. Orang lain? Kita fikir produk yang kita ada memang terbaik, tetapi kita gagal untuk tentukan samada produk yang kita nak jual itu ada permintaan atau tidak.

Kena buat validation. Kena tanya orang. Kena buat research. Bagaimana nak buat? Ada laman sosial, gunakan untuk dapatkan feedback. Letak gambar, tunjuk produk tersebut dan dapatkan komen.

Cara lain ialah dengan berikan sampel percuma. Lepas tu dapatkan pendapat daripada mereka yang menggunakan produk. Jangan syok sendiri. Anda kena sahkan produk itu ada permintaan, barulah anda buka sebuah blog shop atau kedai online anda sendiri.

Rahsia Bisnes Online Untung Besar → Panduan Cari Pembekal Seluruh Malaysia


Zero Pengetahuan Mengenai Ilmu Pemasaran

Produk ada, tapi tak tahu cara nak buat marketing. Sebagus mana sekalipun sesuatu produk itu, kalau tak ada ilmu pemasaran, ia akan hanya berada di dalam simpanan sahaja. Anda perlu ada asas ilmu marketing atau pemasaran.

Ilmu pemasaran ialah ilmu untuk meyakinkan orang lain untuk menjadi pelanggan, dan membeli produk yang kita nak jual. Ada macam-macam teknik pemasaran. Pelbagaikan ilmu pemasaran ini, tetapi fokus satu persatu. Bila ada hasil dari satu teknik, tambah dan cabangkan pula dengan teknik lain. Jangan main semborono memasarkan produk tetapi produk itu tidak terjual.

Apa guna anda ada blog shop dan kedai online menarik, sedap mata memandang, mesra pengunjung, dan macam-macam lagi jika anda tidak ada produk yang mempunyai permintaan, sah-sah nanti produk tu hanya anda sahaja yang akan anda gunakan sampai habis stok. Apa guna ada produk hebat tetapi anda tidak berjaya meyakinkan orang untuk membelinya, jika tidak gunakan teknik-teknik betul pemasaran?

Jika anda seorang blogger yang baru nak mula bisnes online, sila check balik dua perkara di atas. Dah buat ke belum? Dah ada ilmu ke belum?

Ok ye. Ingat tu. Saya bukan nak patahkan semangat anda miliki bisnes online sendiri tetapi nak tolong anda untuk mempunyai satu bisnes online yang berjaya.

Peniaga Jalanan Kota Bandung Indonesia

Peniaga jalanan di Kota Bandung, Indonesia memang ligat. Anda boleh temui mereka di mana-mana sahaja tempat tarikan pelancong di Bandung. Mereka aktif, bersemangat dan tidak pernah kenal erti putus asa. Mereka bekerja dari siang hingga ke lewat malam, selagi ada potensi kehadiran pelancong untuk menjadi pelanggan mereka.

Satu pengalaman unik yang tak pernah saya rasai sebelum ini.

Sebaik sahaja tiba pertama kali ke Kota Bandung, saya dah famili sudah pun merasai dikerumuni oleh peniaga jalanan ini. Mereka jual macam-macam, dari sekecil-kecil barang sehinggalah ke sebesar sebuah busur dengan anak panah.

Peniaga Jalanan Kota Bandung Indonesia Mesra Bangat

Pantang nampak van pelancong parking satu-satu tempat, kelompok peniaga jalanan ini akan datang membawa barangan yang mereka jual. Mereka kemudiannya akan menawar harga barangan dengan pelbagai cara. Antaranya:
  • Beli 10 Percuma 5
  • Semua ini Rp150 000 (Lebih kurang RM30)
  • Harga Mati
Antara barangan yang dijual oleh peniaga jalanan di Kota Bandung:
  • Keychain
  • Fridge magnet
  • Jaket kulit
  • Lukisan cat minyak
  • Dompet kulit
  • Dompet atau beg (purse) batik
  • T-shirt Bandung
  • Pensil/Pen cenderahati
  • Makanan tradisi
  • Strawberri
  • Makanan ringan
  • Permainan kecil

Saya pernah ditawarkan beli sebuah busur beserta anak panah dengan harga Rp300 000 sebuah... senjata hiasan pun dijual di jalanan tu!
Peniaga Jalanan Kota Bandung Indonesia
Pak Cik Ni Baik Hati, Dia Bantu Kami Lintas Jalan Sampai 3 Kali!

Bukan Tawar Harga Tapi Tawar Jumlah Barang

Teknik tawar menawar di kedai Kota Bandung dengan peniaga jalanan adalah berlainan. Peniaga jalanan memang akan menawarkan harga standard Rp150000 (lebih kurang RM30). Jadi, apa yang boleh anda lakukan ialah dapatkan barang itu lebih, contohnya; jika jumlah keychain yang dijual 30 biji, cuba tawar dapatkan lebih sehingga 50 keychain misalnya. Atau dapatkan barang lain sebagai tambahan jika ada. Susah nak tawar turun harga, sebab pada mereka yang paling penting ialah volume jualan bukan nilainya.

Saya dapat beli 2 jaket kulit dengan harga Rp200000, harga asal sehelai ialah Rp150000!

Peniaga Jalanan Kota Bandung Indonesia
Satu lagi mengenai peniaga jalanan ini ialah mereka berniaga secara berkumpulan. Anda mungkin nampak seorang jual satu produk, tetapi sebenarnya 3 orang jual satu produk. Dan kadangkala satu kumpulan itu jual produk-produk yang berlainan. Ada seorang ketua dari kalangan kumpulan ini yang akan jadi penentu harga mati. Keuntungan dibahagi sama rata berdasarkan jumlah terjual.

Hoho.

Ramah Tamah Peniaga Jalanan Kota Bandung

Bagaimana saya tahu semua ini? Kata orang, mulut kena ringan bertanya. Disebabkan orang Bandung memang ramah dan berbudi bahasa, jadi memang tidak ada masalah untuk saya mengajukan pelbagai soalan. Dan mereka pula ... memang ok .. beritahu apa yang saya mahu tahu.

Ok.

Tips Nak Tolak Tawaran Jual

Anda rimas bila ramai peniaga datang dok menjual barang mereka. Anda boleh tolak dengan cara saya buat ni .. in Sha Allah, mereka akan diam dan balas dengan senyuman.

Caranya; anda ungkapkan kata-kata berikut:
"Maaf pak, saya sudah beli barang ini, nampaknya bukan rezeki bapak dari Allah menerusi saya. Ada orang lain yang sudah terimanya.."
Atau ...
"Maaf pak, bukan rezeki bapak hari ini. Saya tidak kepingin berbelanja sebab saya tidak ada niat membeli. Mungkin bapak boleh jualnya pada orang lain."

Serius. Memang saya ungkap kata-kata ini semasa menolak ajakan, rayuan, desakan peniaga jalanan Kota Bandung.

Jika tidak mahu beli - jangan mencuba, dan jangan belek pun. Cukup anda ungkapkan kata-kata tadi, atau sebutkan permintaan maaf. In Sha Allah, mereka akan beredar.
Cenderamata dijual oleh peniaga jalanan

Harga Mati

Peniaga jalanan mudah untuk tawar menawar. Jangan segan tawar menawar. Tawar menawar sehingga mereka kata Harga Mati atau Harga Akhir.

Begitulah adanya mengenai peniaga jalanan Kota Bandung Indonesia yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Iltizam mereka mencari rezeki memang hebat dan membuatkan saya respect dan kagum.

Hebat tak hebat, saya ada melihat seorang lelaki mengangkat kotak-kotak berisi yang dua kali tinggi dan tiga kali berat dari diri lelaki tersebut - semata kerana Rp10 000! (RM3.00) untuk satu trip.


26 Februari 2015

Buat dan Bina Blog Perniagaan Percuma

Berminat nak dapatkan sebuah blog perniagaan dengan percuma? Jika anda seorang usahawan yang mahu buat blog perniagaan, mungkin anda perlu baca tawaran yang disediakan ini. Anda pasti teruja apabila ada servis buat dan bina blog perniagaan percuma diberikan kepada anda. Blog perniagaan anda akan dibina menggunakan platform Wordpress dengan template blog perniagaan yang nampak profesional.

Sangat mudah. Anda sudah tidak perlu fikir berat-berat untuk cari theme, tak perlu pengetahuan teknikal untuk membina sebuah blog perniagaan. Jika anda seorang usahawan online yang serius mahu perkenalkan bisnes dan produk, maka seharusnya anda perlukan blog perniagaan yang power, nampak pro dan lengkap dengan Search Engine Optimization.

Bina dan Buat Blog Perniagaan atau Kedai Online Percuma

Buat dan Bina Blog Perniagaan Percuma
Saya pernah ceritakan mengenai cara-cara nak buat blog yang simple dan mudah menerusi platform blogspot - anda boleh bina blog peribadi sendiri dalam masa 5 minit. Tetapi saya tak beritahu mengenai bagaimana nak buat sebuah blog bisnes menerusi blogspot.

Kenapa?

Sebabnya ialah ....

Saya tak tahu dan tak berapa pandai nak terangkan cara-cara nak buat sebuah blog bisnes atau perniagaan menerusi blogspot. Lagipun, kalaulah ia boleh dengan jayanya, ia akan ambil masa yang sangat lama. Serius, boleh tension dibuatnya!

Tawaran Bina Blog Bisnes atau Kedai Online secara Percuma!

Buat dan Bina Blog Perniagaan Percuma
Nasib baik saya terjumpa satu tawaran menarik ini untuk saya kongsikan dengan anda, para usahawan online yang kacak dan jelita .. hoho. Satu tawaran hebat untuk anda dapatkan sebuah blog perniagaan anda sendiri. Cuba lihat tawaran yang diberikan di bawah ini, dan paparan-paparan di atas cuma beberapa contoh kedai online yang telah siap.

Tawaran untuk bina laman web bisnes secara percuma kini dibuka sebagai pengenalan (14 hari), daftar sini - Laman Web Bisnes Percuma

Maka, saya berikan anda satu peluang alternatif, yang tidak harus anda lepaskan.

Jadilah antara yang terawal untuk mendapatkan sebuah laman web atau blog perniagaan anda yang lengkap dengan teknik SEO, shopping-cart dan banyak lagi. Serius, anda boleh bina laman web perniagaan atau bisnes online dengan ciri-ciri yang best ...

Awas Blogger Bila Dapat Notifikasi Ini

Awas. Blog anda sedang diceroboh. Perhatian kepada blogger blogspot terutama blogger baru, seandainya anda terima email dengan notifikasi di bawah, itu tandanya seseorang dengan alamat email dinyatakan sedang cuba untuk ambil-alih blogspot anda.

Jangan abaikan email seperti ini. Ia bukan SPAM. Ia merupakan pemberitahuan penting kepada anda bahawa blog anda (blogspot) sudah ada pemilik baru. Pemilik ini mungkin anda tidak kenal, dan tidak tahu kewujudannya.

Awas Blogger Bila Dapat Notifikasi Ini 

Awas Blogger Bila Dapat Notifikasi Ini

Jika anda berasakan sesuatu tidak kena, saya syorkan anda buka dashboard blogspot anda, dan lihat samada email itu berada di dalam senarai pemilik/penulis blog anda. Jika ada, sila buang serta merta.

Kemudian, sila tukar password anda.

Selepas tukar password, sila login ke Google Webmaster Tools, dan lihat samada blog anda tidak cuba dicapai oleh email lain. Klik bahagian edit Add and Remove User yang terdapat di sebelah kanan menu di dalam dashboard Google Webmaster Tools seperti ditunjukkan di bawah ini. Jika ada nama atau email yang tidak berkenaan, sila buang segera.

Blog kena hacked
Semoga bermanfaat.

10 Wanita Muslim Tercantik Terkaya Dunia

10 wanita Muslim tercantik dan terkaya di dunia. Nampaknya keyword senarai wanita terkaya di Malaysia menjadi trending beberapa hari ini. Semua orang mula nak ambil kesah mengenai siapakah wanita terkaya di Malaysia. Dan makin ramai ambil kesah apabila satu laman web menyenaraikan Dato' Siti Nurhaliza sebagai antara 5 wanita paling kaya di Malaysia.

Haha. Dato' Siti Nurhaliza pun terkejut bila dapat tahu bahawa beliau salah seorang wanita terkaya di Malaysia di samping beberapa nama tokoh lain termasuklah Datuk Nicol David dan Datuk Michelle Yeoh. Sejauh mana kebenaran mengenai senarai wanita paling kaya di Malaysia itu tidaklah dapat dipastikan. Ada sebab kenapa laman web tersebut menyenaraikan mereka, itu pasti.

Apapun, samada benar atau tidak, saya suka nak kongsikan mengenai senarai 10 wanita Muslim yang dianggap tercantik dan terkaya di dunia. Senarai ini telah dikeluarkan pada tahun 2013, dan saya fikir ia masih lagi relevan memandangkan kekayaan yang sangat hebat dimiliki oleh 10 wanita Muslim ini.

10 Wanita Muslim Terkaya Tercantik di Dunia

Senarai 10 wanita Muslim tercantik dan terkaya di dunia ini telah dilaporkan oleh Daily Bhaskar. Jom lihat siapakah wanita-wanita ini.

Ameera Al-Taweel

Wanita muslim paling cantik dan kaya
Puteri Arab Saudi, Ameera Al Taweel dilahirkan pada 6 November 1983. Beliau adalah isteri kepada Putera Al Waleed Bin Talal, salah seorang ahli keluarga diraja Arab Saudi. Suaminya Al Waleed, ahli perniagaan berusia 58 tahun, disenaraikan sebagai lelaki ke-26 terkaya dunia oleh majalah Forbes dengan nilai bersih lebih daripada $20-25 bilion. Putera Al Waleed merupakan pengasas dan pemilik Kingdom Holding Company.

Lalla Salma

Wanita muslim paling cantik dan kaya
Puteri Lalla Salma dari Maghribi ini merupakan isteri kepada Raja Mohammed VI. Ibunya, seorang guru sekolah telah melahirkan Lalla pada 10 Mei 1978. Walaupun bergelar sebagai "The First Lady" beliau tetap mengekalkan sifat rendah diri. Kekayaan suaminya, Raja Mohammed VI, 50 dianggarkan kira-kira sebanyak $2.5 bilion.

Rania Al Abdullah

Wanita muslim paling cantik dan kaya
Permaisuri Jordan, Rania Al Abdullah dilahirkan pada 31 Ogos 1970 dan telah berkahwin dengan Putera Abdullah II. Suami beliau telah ditabalkan sebagai Raja Hashmite Kingdom of Jordan pada tahun 1999. Majalah The Harpers dan Queen Magazine pernah menggelar Permaisuri Rania sebagai permaisuri tercantik pada tahun 2011.

Fathima Kulsum

Wanita muslim paling cantik dan kaya
Fathima Kulsum adalah isteri kepada Sheikh Avdi Al Muhammad. Dia dilahirkan di dalam antara keluarga paling kaya di dunia. Fathima dikatakan jarang sekali mendedahkan wajahnya sebelum ini. Namun, kini gambar wajahnya didapati telah banyak terdapat di internet.

Hafizah Sururul Bolkiah

Wanita muslim paling cantik dan kaya
Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah telah berkahwin dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini. Anak perempuan kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 12 Mac 1980. Bapanya pernah disenaraikan sebagai orang paling kaya di dunia pada tahun 1997 oleh Forbes.

Nur Zahirah

Permaisuri Terengganu, Sultanah Nur Zahirah adalah isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong ke-13. Beliau dilahirkan pada 7 Disember 1973. Keluarga beliau tidak pernah mendedahkan nilai aset yang mereka miliki. Namun begitu, terdapat sumber mengatakan kekayaan mereka adalah hampir atau lebih daripada $15 bilion.

[Baca] Infografik - World's Richest People

Sheikha Mozah

Sheikha Mozah telah dilahirkan pada tahun 1959 dan merupakan isteri kedua daripada tiga isteri Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani. Nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad dianggarkan lebih daripada £7 bilion. Negara yang mempunyai rizab minyak dan gas asli yang luas, Qatar adalah antara negara-negara dengan pendapatan per kapita tertinggi di dunia, dan salah satu negara yang tidak mengenakan cukai pendapatan.

Sheikha Maitha Binti Mohammed

Sheikha Maitha dari Dubai dilahirkan pada 5 Mac1980. Dia merupakan anak perempuan kepada Sheikh Mohammed Bin Rashid Al Maktoum, Perdana Menteri serta Naib Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan juga salah seorang raja berperlembagaan Dubai. Sheika juga merupakan seorang atlet Taekwondo dan pernah memenangi pingat Perak pada Sukan Asia 2006 di Qatar. Kekayaan keluarganya dianggarkan lebih daripada $40 bilion.

Majeedah Nuurul Bolkiah

Anak keempat Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah ini dilahirkan pada 16 Mac 1976. Puteri Majeedah, ibu kepada seorang anak lelaki, telah berkahwin dengan Khairul Khalil, seorang Pembantu Pegawai Eksekutif di Pejabat Perdana Menteri. Mereka berkahwin pada Jun 2007.

Sheikha Hanadi

Seorang pegawai bank, pelabur dan usahawan hartanah, Sheikha Hanadi merupakan salah seorang ahli perniagaan yang paling berjaya dalam sejarah ekonomi Qatar. Selain daripada menjadi penasihat khas di Standard Chartered Bank, beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif bagi projek Al Waab City. Hanadi juga adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif bagi Nasser bin Khaled Al Thani & Sons Group. Kekayaan keluarga Thani dianggarkan hampir $15 bilion.

Kagum? Mereka kaya samada disebabkan oleh bersuamikan orang (Muslim) paling kaya, datang dari keluarga Muslim kaya raya atau kerana kerjaya mereka.

Moga boleh dijadikan inspirasi untuk wanita-wanita lain ... chaiyokkk. Err siapa yang tak nak jadi kaya .. kan kan? Nak jadi kaya .. nak jadi kaya.

25 Februari 2015

Utusan Melayu Rugi RM82.64 Juta!

Uh .. Kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) dilaporkan alami kerugian sebanyak RM82.64 juta. Satu informasi yang semua blogger patut ambil tahu jika ada fikir mengenai cara buat duit dengan blog atau secara online.

Kenapa saya highlight benda ni? Sebabnya ia adalah satu peluang untuk blogger Malaysia. Jika anda fikir kenapa dan mengapa kerugian itu berlaku pada Utusan Melayu (Malaysia), anda tentu tidak mahu lepaskan peluang untuk berkembang dengan blog anda. 

Utusan Melayu (Malaysia) Rugi RM82.64 Juta!

Utusan Melayu Rugi RM82.64 Juta!

Saya petik laporan dikeluarkan oleh BH Online:

Kerugian Utusan Melayu (Malaysia) Bhd meningkat tiga kali ganda kepada RM82.64 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2014, daripada RM20.39 juta sebelum ini disebabkan pendapatan lebih rendah dan caj susut nilai lebih tinggi.

Pendapatan merosot kepada RM291.32 juta bagi tahun dalam semakan daripada RM342.43 juta sebelum ini disebabkan kelemahan sumbangan oleh segmen penerbitan, pengedaran dan pengiklanan.

Sebab berlaku atau terjadinya kerugian dalam pendapatan?

Pendapatan segmen berkenaan dalam suku terakhir susut 13.5 peratus, disebabkan terutamanya oleh pengurangan ketara dalam pengiklanan, kata syarikat penerbitan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan itu mengunjurkan 2015 sebagai tahun yang mencabar disebabkan peningkatan persaingan dalam penguasaan pasaran bagi perbelanjaan pengiklanan dan edaran akhbar.

Nampak tak sebab mengapa Utusan Melayu (Malaysia) ni rugi dalam nilai yang tiga kali ganda lebih dalam tempoh sama tahun 2014?

Pengiklanan!

Peluang Besar Blogger Buat Duit Online

Saya syak ramai usahawan sudah nampak bahawa medium online seperti blog adalah medium pengiklanan yang lebih baik dan murah berbanding iklan bercetak di akhbar. Potensi pengiklanan online adalah tidak terbatas. Ia boleh melangkau sempadan negara.

Jadi, usahawan yang benar-benar mahu mengembangkan bisnes pastilah akan gunakan saluran pengiklanan online ini. Maka, seharusnya sebagai blogger, anda perlu berusaha untuk tampilkan blog anda sebagai salah satu sumber untuk usahawan serta syarikat di luar sana untuk beriklan menerusi blog anda.

Anda boleh offer pengiklanan berbentuk visual seperti sewaan ruang iklan banner di blog, bermula dengan kadar atau caj yang anda fikir layak, sesuai dengan kelebihan yang ada pada blog anda. Saya syor bermula dari antara RM35 - RM50 (USD10 - USD30).

Baca - Tips Letak Harga Banner Iklan Dalam Blog

Tawarkan juga bentuk pengiklanan advertorial atau review. Anda boleh samada peroleh produk/servis untuk direview, atau menulis berdasarkan pengamatan dan research anda. Atau cara paling senang untuk 'menjaja' servis pengiklanan review yang blog anda sediakan - menerusi pendaftaran di Advertorial.MY.

Biar pengiklan cari blog anda di Advertorial.MY dan hubungi anda untuk berikan Job Reviews. Potensi income menerusi pengiklanan Job Reviews ini boleh bermula dari RM100 - RM1000 untuk satu post/entri di blog anda!

Sekarang. Masa untuk blog anda menyerlah, dan rebut peluang ini.

Strawberry Kawah Putih Ciwidey

Strawberry Kawah Putih, Daerah Ciwidey, Bandung Indonesia. Wordless Wednesday - Setiap hari rabu semua blogger menerbitkan satu entri gambar tanpa meletakkan apa-apa keterangan untuk menjelaskan gambar tersebut. Terpulang pada pengunjung untuk buat intreprestasi dan komen mengenainya. Gambar yang hebat boleh menerangkan segalanya.

Strawberry Kawah Putih Ciwidey
Strawberry Kawah Putih Ciwidey
Strawberry Kawah Putih Ciwidey
Buah Apakah Ini?
Blackberry Kawah Putih

z35W7z4v9z8w

Baca dan Download Teman Lelaki Upahan

Baca dan download novel Teman Lelaki Upahan. Buat peminat-peminat drama Teman Lelaki Upahan yang disiarkan di slot Akasia TV3, anda kini boleh baca secara online novel karya Azura Rasiddin ini. Anda juga boleh download sebahagian dari novel ini untuk bacaan di iPad, Tablet ataupun Smartphone anda.

Teman Lelaki Upahan adalah berkisar mengenai kisah cinta yang tanpa dirancang. Ianya berlaku secara tiba-tiba dan semulajadi apabila EL diupah oleh Kyra Lydia untuk menjadi teman lelaki upahannya. Segalanya kerana Kyra Lydia mahu merapatkan hubungannya dan mendapatkan hak harta dimiliki oleh ayahnya.
Baca Download Novel Teman Lelaki Upahan

Sedikit sinopsis novel dan cerita Teman Lelaki Upahan ini.

Sinopsis Teman Lelaki Upahan

“I nak you jadi teman lelaki upahan I. Just tell me what you want. I can give you everything. Kereta, rumah, atau apa-apa saja. Just name it.”

Satu insiden kecil yang berlaku di sebuah restoran menemukan Kyra Lydia dengan EL. Seorang lelaki yang sederhana pada mata Kyra Lydia. Bagi EL pula, Kyra Lydia seorang gadis yang angkuh, berlagak, berhati batu dan penuh dengan dendam. Memang bukan gadis idaman dia.

Hubungan cinta palsu mereka terjalin. Perasaan benci mula hilang. Mereka mula rapat dan mesra. Persis pasangan yang hangat bercinta.

“I tahu I cantik tapi I rasa you tak perlu pandang I macam tu. I tak suka.”

“Kenapa? You takut you jatuh cinta pada I?”

“Tolonglah! Atau you yang jatuh cinta pada I? I’m sorry… I am so not interested to fall in love with you.”
Baca Download Teman Lelaki Upahan

Tanpa mereka sedar, cinta mula hadir di dalam hati masing-masing. Cuma mereka tidak mahu mengaku. Takut jika mereka bertepuk sebelah tangan.

“Okay. I do love her. But does she love me?” – EL

“Don’t deny it. Dah jelas terpapar di wajah you yang you cintakan dia. You are so easy to read, my girl. Just admit it.” – Fareez

Saat EL sudah bersedia untuk melafazkan kata cinta, dia diuji. Terlalu banyak perkara yang berlaku sehingga dia menjadi seorang pendendam. Dirinya terperangkap. Antara cinta dan dendam.

“I menyesal sebab kenal you. You bagaikan racun yang menghancurkan diri I. Patutnya I tak payah tolong you… tak payah bersusah-susah nak pulihkan hubungan you dengan daddy you. Sebab you telah menghancurkan famili I. Sekarang you dah tahu kenapa I benci you? I hate you Kyra Lydia. I loathe you so much!!”

Mulut kata benci. Hati kata sayang. Sampai bila mereka mahu memendam rasa? Hati Kyra Lydia masih dimiliki oleh EL meskipun dia tahu dirinya tidak layak untuk lelaki itu. Kyra Lydia redha. Dia serahkan segala-galanya kepada Tuhan kerana dia yakin dengan jodoh Allah.

“I sedang berdoa kepada Allah, memohon agar cinta I bersambut. Jika dia jodoh I, in shaa Allah he will be mine.”
..
..
Untuk download dan baca secara online novel Teman Lelaki Upahan:

Baca dan Download Novel Teman Lelaki Upahan

Bab 1 - Novel Teman Lelaki Upahan


Bab 2 - Novel Teman Lelaki Upahan



Bab 3 - Novel Teman Lelaki Upahan


Untuk bab seterusnya, anda boleh baca secara online novel Teman Lelaki Upahan, sehingga bab 10 menerusi pautan berikut:


Untuk mendapatkan novel ini, anda boleh beli secara online di KaryaSeni. Ada diskaun untuk pembelian secara online diberikan. Nak beli nashkah novel ini? Boleh beli di capaian berikut: Novel Teman Lelaki Upahan Terbitan KaryaSeni

Saya juga ada kongsikan video online Teman Lelaki Upahan untuk episod 18 - 20 di blog post ini - Tonton Online Teman Lelaki Upahan

Ok. Semoga anda enjoy baca novel cinta ini.

Cara Letak Facebook Badge

Cara letak facebook badge. Ada blogger baru bertanyakan kepada saya, bagaimana nak letak facebook badge dalam blogspot? Ok. Mudah je ni. Cuba ikuti langkah demi langkah yang akan saya ceritakan di dalam blog post ini. In Sha Allah, di akhir blog post ini anda akan boleh letakkan facebook badge, samada profile mahupun fanpage di blog anda.

Kelebihan untuk sesebuah blog adanya widget pilihan ini ialah bagi membolehkan anda mempromosikan profile facebook dan juga fanpage. Malah, anda boleh kongsikan status terkini menerusi facebook badge ini.

Facebook Badge Bina Kredibiliti dan Kepercayaan

Facebook badge juga membolehkan anda memaparkan jumlah fans (pengikut) di laman sosial Facebook. Ia juga boleh dijadikan satu tool untuk perkenalkan jenama, syarikat, bisnes dan perniagaan anda yang telah anda establish menerusi Facebook.

Ia juga akan berikan nilai autoriti, bina kredibiliti serta kepercayaan pengunjung blog kepada anda sebagai pemilik blog, apatah lagi jika blog anda merupakan sebuah blog perniagaan atau bisnes.

Cuba lihat beberapa contoh Facebook Badge di bawah ini.

Cara Letak Facebook Badge
Cara Letak Facebook Badge

Bukan itu sahaja. Anda juga boleh papar dan kongsikan gambar yang anda upload di Facebook menerusi Facebook Badge ini.

Cara Letak Facebook Badge

Untuk membolehkan anda letak Facebook Badge di blog anda, hanya ikuti langkah-langkah di bawah ini.
Pergi ke Facebook Badge (klik) dan anda akan nampak paparan seperti di bawah ini.
Pilih mana-mana satu pilihan Facebook Badge yang ada. Ada 4 kesemuanya, iaitu Profile Badge, Photo Badge, Like Badge dan Page Badge.

Klik salah satu dan anda akan dibawa ke laman berikut:

Setiap satu badge tersebut akan diberikan pilihan-pilihan, maka pilih. Anda boleh lakukan sedikit ubahsuai jika perlu seperti contoh jumlah kolum, paparan secara melintang, menegak dan item-item yang anda mahu paparkan menerusi badge tersebut. Untuk lakukan ubahsuai, klik link edit this badge yang tersedia.

Jika dah puas hati paparan Facebook Badge anda, hanya klik butang tersedia yang paparkan logo blogger (blogspot). Satu tab browser baru akan terbuka, dan menunjukkan dashboard blogspot anda. Susun atur Facebook Badge yang telah dimasukkan menerusi widget/HTML automatik tersebut. Saranan saya, letakkan ia samada di bahagian sidebar atau footer blogspot anda.

Selamat mencuba.


3 Sebab Blog Tidak Jana Income

Apakah sebab blog tidak boleh menjana income? Anda tentu mahu tahu kenapa selama ini, setelah bertahun ada blog tapi blog tak lagi mampu jana income yang anda harapkan. Ada tu ada, tapi macam tak puas hati je rasa .. hoho. Ok. Dalam blog post ini saya akan cuba berikan beberapa sebab mengapa blog anda tidak menjana income.

Blog merupakan salah satu cara anda buat duit secara online. Menerusi blog, anda boleh sumberkan income samada sampingan atau secara tetap. Ada banyak cabang income yang boleh anda gunakan menggunakan blog. Saya pernah ceritakan mengenai platform pengiklanan, sewaan tapak iklan, menulis job reviews, affiliate dan banyak lagi termasuklah kontest dianjurkan untuk blogger.
3 Sebab Blog Tidak Jana Income

3 Sebab Blog Tidak Jana Income

Ada banyak cabang dan sumber, tetapi kenapa blog anda masih tidak mampu jana income yang anda harapkan?

Trafik Blog

Ini adalah perkara asas untuk sebuah blog menjana income. Tanpa trafik ke blog, anda tidak akan mampu mengharapkan pendapatan online menerusi blog yang boleh buat anda tersenyum. Trafik blog inilah yang akan membolehkan medium pengiklanan seperti Nuffnang, Komli, Innity, Geniee, H12, RevenueHits dan sebagainya memberikan pulangan yang baik dari iklan-iklan online yang dipaparkan di blog anda.

Trafik blog yang tinggi memberikan kemungkinan untuk blog anda jana income yang baik setiap bulan. Apatah lagi seandainya anda mempromosikan produk affiliate yang boleh berikan komisen sehingga lebih 50%. Dengan menggunakan beberapa teknik penulisan dan promosi seperti di dalam Kitab SEO Merah Jambu dan Rahsia KlikJer.com; in Sha Allah, income tiga angka setiap bulan boleh anda perolehi tanpa sebarang masalah.
3 Sebab Blog Tidak Jana Income

Fundamental buat duit online, anda perlukan trafik kepada sesuatu yang boleh berikan income. Jika tanpa trafik, ia ibarat anda buat kerja sia-sia. Cuba dapatkan trafik blog tinggi menerusi 26 cara blog terima trafik yang pernah saya tampilkan!

Cara, Gaya dan Teknik Penulisan

Salah satu teknik buat duit dengan blog ialah menerusi gaya dan teknik penulisan. Gaya dan teknik penulisan ini antara teknik yang saya gunakan untuk jana income blog menerusi affiliate dan juga sumber PPC (Pay-Per-Click) contohnya 8Share dan juga ChurpChurp.

Malah, saya gunakan teknik ini untuk dapatkan komisen affiliate bertalu-talu walaupun entri yang saya terbitkan itu sudah bertahun berlalu. Jika anda sudah miliki Kitab SEO Merah Jambu dan juga Rahsia KlikJer.com; anda mungkin sudah faham mengenai teknik ini.
Rahsia Buat Duit Affiliate KlikJer.com

Tidak Pelbagaikan Sumber

Rata-rata blogger baru hanya kekal tetap pada satu-satu medium cara buat duit dengan blog. Mengapa tidak dipelbagaikan. Blog ada banyak ruang untuk dieksploitasi untuk membolehkan ia menjadi mesin duit online.

Saya lihat blogger baru hanya memilih Nuffnang untuk platform pengiklanan, walhal ada 101 medium pengiklanan yang boleh blogger baru daftar dan jana income terbaik menerusi blog. Kenapa tidak ambil peluang untuk daftarkan diri dalam program Google Adsense yang sudah sekian lama berikan income lumayan untuk blogger seluruh dunia? Google Adsense adalah salah satu ruang terutama untuk blogger blogspot jana income blog dalam USD!

Hanya pandukan kepada panduan Jana Wang Adsense, in Sha Allah, anda akan dapat lihat teknik, cara, serta potensi yang boleh anda gunakan untuk jana income blog menggunakan Google Adsense.

Anda juga boleh jana income blog menerusi penulisan advertorial atau buat Job Reviews untuk pengiklan. Boleh juga dapatkan kerja online yang berkaitan dengan blogger di Jobdirumah.com.

Ok. 3 sebab sudah saya berikan mengapa blog anda tidak boleh jana income. Perkara ini banyak berlaku terutama di kalangan blogger baru yang impikan mahu jana income menerusi blog.

Buat blogger yang dah lama ada blog tetapi masih bermasalah untuk jana income blog, mungkin boleh perhatikan 3 sebab-sebab di atas, check balik apa yang tidak kena dan terkurang selama ini. In Sha Allah, boleh diperbaiki.

Senarai Peserta GA Subkontest HASRULHASSAN Best Blog 2015

Senarai peserta Giveaway Subkontest Malaysia Best Blog 2015. Alhamdulillah, ramai juga rakan blogger yang telah menyertai GA pertama tahun 2015 daripada saya. Senarai di bawah merupakan senarai 'raw' yang saya ambil daripada respon borang penyertaan. Saya masih lagi belum semak secara satu persatu, yang kemungkinan akan menyingkirkan beberapa peserta seandainya syarat mudah tidak ditepati.

Dalam senarai peserta GA subkontest HASRULHASSAN.COM best blog 2015, ada blogger yang tidak sertakan link penyertaan, hanya link blog diberikan. Jadi, saya minta jasa baik peserta terbabit untuk tinggalkan link atau URL penyertaan yang betul bagi memudahkan kerja saya nak menyemak nanti.

Masih lagi ada sebulan dari entri ini ditulis untuk blogger lain sertai GA dan subkontest mudah ini. Tarikh tamat hantar penyertaan ialah pada 15 Mac 2015. Keputusan pula akan diumumkan selepas 31 Mac 2015. Dua kategori pemenang akan dipilih, dan salah satunya menerusi blog yang berikan trafik tertinggi ke blog ini bermula dari 15 Februari 2015.

Senarai Peserta GA Subkontest HASRULHASSAN Best Blog 2015


NamaURL Penyertaan
adkdayahhttp://kanvaskehidupanku.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
AHMAD AMIRUDDIN BIN CHE ALIAShttp://www.ahmad-amiruddin.com/2015/02/jom-sertai-ga-dan-subkontest-hasrulhassan-com-malaysia-best-blog-2015/
Ahmad Faris Bin Ahmad Fadzilhttp://www.blogparihh.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
AIMI MUHAMAD @ ISMAILhttp://cikjelita899.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
amir salehudin bin azlanhttp://blogyangkosong.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Ana Solehah DIhttp://nenektanjung.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
anajinggahttp://anajingga.blogspot.com/2015/02/jom-sertai-ga-dan-subkontest.html
Anisah Abdullahhttp://missanisah.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Anizz Annisahttp://adnan-daughter.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
azizah abd rahimhttp://cikpuanzahraa.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Azlan Baharhttp://azlanbahar.com/contest/ga-subkontest-hasrulhassan-com-best-blog-2015/
azril mohd haniffahttp://www.arzmoha.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
busuhttp://www.herbaproduk.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Busyra Takiyudinhttp://busyratakiyudin.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Calrase Patrickhttp://calrasepatrick.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom.html
Cik Mimiehttp://norshamimi.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Cik Rahahttp://cekodokraha.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Dayangku Siti Norhanahttp://akukahbidadariitu.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Eny Abdullahhttp://enyyusnizar.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Fadzi Razakhttp://fadzirazak.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Faizalhttp://www.syukurnyasihat.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
Firzanah Azharhttp://firzanahazhar1.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-malaysia.html
Fiza Abd Rahmanhttp://sharingiscaring-fiza.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
Fuza Musahttp://fuzamusa.blogspot.com/ ??
Haffizul Iskandarhttp://ceritaejoy.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog-2015.html
Hajar Ashikinhttp://hajarashikin.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Inani Hazwanihttp://cikmanissweet.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
izzeydahttp://izzeyda.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Julia binti Jamaludinhttp://juliajamaludin.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
kakgojeshttp://eryati.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
kenny meranghttp://kenny977.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
khatyaimanhttp://khatyaiman.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
Kisah Si Dairyhttp://www.kisahsidairy.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
lisahttp://www.ciksepet.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Lya Akif Imtiyazhttp://akifimtiyaz3.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
macikz konahhttp://macikzkonah.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Mama Darwiishhttp://mamadarwiish.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Mar Mansorhttp://jnjikita.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Maria Firdzhttp://www.mariafirdz.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
MG schmidthttp://melangkaugarisan.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
mimbar katahttp://mimbarkata.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
mohamad ikhwan bin yusuffhttp://iekysmart94.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
mohd azman bin arsadhttp://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
mohd Nur Misuari bin Ramlihttp://kehidupanseorangbujang.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
Munirah Hayatihttp://manislolipop47.blogspot.com/2015/02/jom-sertai-ga-dan-subkontest.html
Murni Mohd Yusofhttp://murnimohdyusof.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Nadyyahttp://loveneddy.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Nasirah Khalidhttp://www.irrayyan.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Noor Akmahttp://huhahuhajerr.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Noor Annisahttp://adnan-daughter.blogspot.com ??
Noor Atikah Ramlihttp://duniamrsrongoks.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Nor Ainhttp://akukaudansesuatu.blogspot.com/2015/02/ga-dan-subkontest-hasrulhassancom.html
Nor Ain Binti Mohd Ruslihttp://cikcandysour.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Nor Ainza Zakariahttp://cutiefany.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Nor Ariffin Bin Hamzahhttp://www.cikpinz.com/ga-subkontest-hasrulhassan-com-best-blog-2015/
Noraini Razalihttp://aienainirazali.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Norasyimah Saifullahhttp://mizzseven.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Nuha Hayatihttp://www.nuhahayati.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog-2015.html
Nur Farhana Binti Farid Rizalhttp://frauananas.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Nur Syuhadahttp://creamylittlediary.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Nurul Atikah bt Hussinhttp://awansamudera.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Nurul Izzah Binti Zulahirihttp://uyoii.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Parizan Mohd Zainhttp://suriaamanda.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Pha Ishttp://pening-pala.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Rossyana Md.Lizahttp://bilaakutravel.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Sally Yatieyhttp://sallyyatiey.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Sani Yunushttp://saniyunus.com/ga-subkontest-hasrulhassan-com-best-blog-2015/
sayidah napisahhttp://memburucintamu.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Shadhttp://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
shahrul nizam bin che sali??
Sharifah Ashikin Binti Syed Alihttp://cikash.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
Sheila Adzizhttp://congekcakdongput-ami.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Siti Amilia Yamanhttp://www.kisahamy.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
SITI NORBAITIhttp://rainfallasleep.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Siti Rabi'atul 'Adawiyah Binti Ismailhttp://pengemudamerahjambu.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
suhailahttp://vithebat.blogspot.com/2015/02/giveaway-subkontest-best-blog-2015.html
Suzlin Azreena binti Nordinhttp://suzlinazreena.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Syira Lokmanhttp://syiralokman.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
syuhada sallehhttp://www.syuhadasalleh.my/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
TunSha Ayuniehttp://aunidenovella.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
WARDATUL ASMARhttp://asmarpunyablog.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Yana Yanihttp://iamaproudmama.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
yangbaikhttp://yangbaik.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
Yumidahttp://umikasum.blogspot.com/2015/02/ga-subkontest-hasrulhassancom-best-blog.html
ZAIDALIFAH HUSSINhttp://kumahuitu.blogspot.com ??

Kepada yang nak join, anda boleh berbuat demikian dengan merujuk entri - GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015

All the best buat semua peserta.

Oh ya, jangan lupa untuk Google+ entri Malaysia Best Blog 2015 saya ye .. hehehe


24 Februari 2015

Pagerank Tidak Lagi Relevan

Pagerank tidak lagi relevan sebagai penanda aras untuk kualiti sesebuah blog. Itulah perkara yang saya dapat tahu apabila membaca beberapa artikel mengenainya berkaitan pembolehubah pagerank ini untuk blog di tahun 2015.

Ia bukan sesuatu yang mengejutkan kerana Pagerank (PR) ini boleh dimanipulasi oleh sesetengah webmaster dan juga penulis blog. Setakat ini belum ada berita sahih samada pagerank ini masih digunakan lagi atau tidak sebagai penanda aras kualiti sesebuah blog. Tiada sebarang makluman rasmi dari Google.

Pagerank Tidak Lagi Relevan

Pagerank Tidak Lagi Relevan
Sejak setahun dahulu (2013), tiada sebarang update berkaitan Pagerank. Kalau ikut kebiasaan, Google akan buat analisis dan kemaskini nilai Pagerank untuk laman web dan blog. Namun, sehingga entri ini ditulis tiada sebarang tanda yang Google akan kemaskini nilai PR ini.

Saya tidak mahu peningkan kepala, samada kepala otak saya mahupun anda. Soal Pagerank walaupun tidak sekompleks Flow Metrics oleh Majesic SEO, saya fikir adalah tidak perlu lagi dipedulikan secara serius untuk penarafan kualiti sesebuah blog.
Google Pagerank Tidak Lagi Relevan Untuk Tanda Aras Kualiti Blog

Walaupun hakikatnya sejak bertahun lamanya, ramai blogger yang cuba buat perbandingan antara beza Google Pagerank dan Alexa Ranking, sebagai tanda aras untuk menentukan keunggulan sesebuah blog.

Sebenarnya, ada banyak lagi penanda aras berkaitan kualiti kandungan sesebuah blog selain Google Pagerank. Ini termasuklah:

Jadi, usah gusar sangat mengenai nilai PR dan kesan Google Pagerank ini.

Apapun penanda aras kehebatan sesebuah blog itu segalanya adalah berkaitan konten atau kandungan blog. Wujudkan blog yang kaya dengan konten, tulis dan terbitkan entri-entri yang bermanfaat dan boleh memberikan sesuatu - lebih dari sebuah cerita dan berita.

Senyum-senyumlah selalu di hadapan blog anda, dan berseronoklah dengan blog anda!

Perubahan Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar Lucah

Perubahan polisi blogger berkaitan gambar lucah mulai 23 Mac 2015. Satu perubahan polisi oleh pihak Blogger (Blogspot) Google akan dikuat-kuasa mulai 23 Mac 2015. Perubahan polisi ini adalah berkaitan dengan kandungan blog yang selama ini membenarkan apa sahaja kandungan diterbitkan tanpa sebarang sekatan.

Perubahan polisi ini walaubagaimanapun hanya melibatkan blog-blog yang mengandungi entri-entri yang memaparkan visual seksual dan bersifat lucah. Ini termasuklah gambar bogel, serta video yang dikategorikan sebagai sexually explicit.

Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar dan Visual Lucah


Perubahan Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar Lucah
Mana-mana blog yang mengandungi entri-entri seperti ini dan memuatkan gambar, foto mahupun video yang papar visual seksual melampau serta lucah akan dikenakan sekatan. Blog tersebut hanya boleh dibuka atau dibaca oleh pemilik blog dan menerusi kebenaran khas oleh pemilik. Ini bermakna, mana-mana blog dalam blogspot yang ada kandungan seperti dimaksudkan, akan secara automatik menjadi blog private.

Semua ini akan berlaku mulai 23 Mac 2015.

Perubahan Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar Lucah


Starting March 23, 2015, you won't be able to publicly share images and video that are sexually explicit or show graphic nudity on Blogger.

Note: We’ll still allow nudity if the content offers a substantial public benefit, for example in artistic, educational, documentary, or scientific contexts.

Apakah perubahan yang akan anda nampak pada tarikh tersebut untuk blogger blogspot yang lain?

Untuk blog yang tidak mempunyai konten atau kandungan yang disebutkan, tiada sebarang perubahan ketara akan anda nampak.
Perubahan Polisi Terkini Blogger Berkaitan Gambar Lucah
Buat blog yang ada entri yang papar gambar atau video bogel dan lucah, blognya akan secara automatik menjadi private dan tidak boleh diakses secara umum. Untuk kembali ke status asal atau kembali diakses oleh pengunjung secara umum, pemilik blog perlu buang atau padam mana-mana entri yang terkandung visual yang melanggar polisi terkini blogger ini.

Polisi ini juga terkait buat ruangan pengiklanan di blog. Maka, mana-mana banner iklan yang paparkan visual bersifat nudity dan sexual explicit yang dianggap melanggar polisi terkini blogger berkaitan gambar lucah akan turut diambil tindakan yang dimaksudkan.


Kadar Tambang Feri Langkawi

Kadar tambang feri ke Langkawi terkini. Walaupun harga minyak turun, tetapi tidak nampak tanda-tanda bahawa kadar tambang feri ke Langkawi diturunkan. Saya fikir tahun 2015, akan berlakulah penurunan harga kadar tambang Feri ke Langkawi, tetapi ianya tidak berlaku.

Mungkin alasan pengusaha Feri ke Langkawi adalah sama juga dengan pengusaha bas ekspress di negara ini yang menyifatkan penurunan harga minyak dunia tidak beri sebarang impak besar atas kos operasi yang sudah pun meningkat. Situasi di mana seorang orang patut faham betul-betul.

Kadar Tambang Feri Langkawi

Kadar Tambang Feri Langkawi
Apapun, tambang atau tiket feri dari Kuala Perlis, mahupun Kuala Kedah ke Langkawi tidak pernah naik sejak beberapa tahun yang lalu. Tambang feri dari Kuala Perlis ke Langkawi pada tahun 2013 masih kekal sama iaitu RM18 seorang bagi perjalanan sehala.

Harga atau kadar tambang feri ke Langkawi masih lagi kekal pada harga lama, dan ianya masih dikira berpatutan.

Jadual Perjalanan dan Kadar Tambang Feri ke Langkawi dari Kuala Kedah

Kadar Tambang Feri Langkawi dari Kuala Kedah

Jadual Perjalanan dan Kadar Tambang Feri ke Langkawi dari Kuala Perlis

Kadar Tambang Feri Langkawi dari Kuala Perlis

Dengan kadar ini, perkhidmatan feri ke Langkawi beroperasi 7 hari seminggu dari 7 pagi hingga 7 malam, samada dari Kuala Perlis mahupun Kuala Kedah. Masa perjalanan menaiki feri ke Langkawi dari Kuala Kedah ialah 1 jam 45 minit, manakala masa perjalanan dari Kuala Perlis ialah 1 jam 15 minit, bergantung dengan keadaan laut, cuaca dan juga bilangan penumpang.
Mana lebih jimat? Seandainya saya dari arah selatan tanahair mahu ke Pulau Langkawi dengan menaiki feri? Perjalanan ke Langkawi dari Kuala Perlis atau dari Kuala Kedah?

Bagi saya yang dah beberapa kali ke Pulau Langkawi, saya fikir sama sahaja. Jika ada bezanya pun, hanya sedikit sahaja dari segi kos tol.

Apa pendapat anda?

Semoga entri ini boleh dijadikan panduan untuk anda melancong makan angin ke Pulau Lagenda ini, manalah tahu kot-kot nak borong Lotte Pepero atau pergi ke muzium 3D kedua terbesardi dunia.

Sumber: Langkawi Online