29 Januari 2015

Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung

Hotel Aston Braga, yang terletak di Braga Citiwalk, Kota Bandung memang menjadi pilihan pelancong dari Malaysia; malah facilitas (faciliti) di hotel ini cukup mesra pelancong Malaysia, malah untuk blogger seperti diri saya. Lebih dikenali sebagai Aston Braga Hotel and Residence, penginapan di sini adalah berstatus 4 bintang bersandarkan kepada kemudahan yang disediakan.

Bilik yang kami sekeluarga tempah di Aston Braga adalah bilik jenis studio berbalkoni yang lengkap dengan dapur mini, siap ada microwave oven, serta pinggan mangkuk. Agak mengejutkan juga, ada periuk dan senduk memasak disediakan. Bagi saya ia memang pilihan berbaloi untuk percutian keluarga yang mementingkan bajet.

Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung

Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung
Blogger Malaysia di Hotel Aston Braga

Bilik juga bagi saya selesa walaupun ia kelihatan agak kecil sedikit. Walaupun mendapat bilik dengan ruang pemandangan yang tidak begitu manis di mata meluas, namun alhamdulillah, ia sebuah bilik hotel yang cukup baik untuk beristirehat - apatah lagi saya kesemuanya lima orang sekeluarga.

Namun begitu, saya sedikit kecewa kerana ruang balkoni yang ada tidak boleh diakses kerana berkunci. Jadi, tak dapatlah nak merasa udara dingin segar Kota Bandung di pagi hari.
Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung
Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung
Ciri lain yang best ialah adanya kemudahan tempat parkir kenderaan - dengan ruang ambil dan turun penumpang yang khas, siap dengan pengawal keselamatan di tingkat bawah hotel. Jadi, seandainya pulang dari beli belah atau bersiar-siar di Kota Bandung, rasa selamat dan eksklusif gitu .. hoho. Jadi, patutlah ia menjadi pilihan ramai pelancong dari Malaysia.
Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung

Tidak Perlu Soket Antarabangsa

Oh ya, lupa nak beritahu; soket elektrik juga dah disesuaikan untuk kegunaan pelancong antarabangsa terutama dari Malaysia, jadi tak perlu mencari soket antarabangsa untuk charge keperluan alatan eletronik seperti komputer, ipad mahupun telefon pintar. Ia sangat penting terutama bagi saya dan isteri yang sentiasa mahu berhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia.

Cumanya, kedapatannya terhad. Hanya ada satu soket seperti ini disediakan. Ada sumber kuasa elektrik yang lain tetapi anda perlu ada soket antarabangsa untuk menggunakannya.
Hotel Aston Braga Pilihan Blogger Pelancong Malaysia di Bandung
Dan bagi saya, kemudahan Wifi cukup penting. Alhamdulillah, servis Wifi percuma disediakan di setiap ceruk Hotel Aston Braga ini. Malah, ada komputer lengkap akses internet di ruangan lobby hotel yang boleh digunakan tanpa sebarang caj tambahan.

Lokasi Terbaik Untuk Kaki Shopping

Lokasi hotel ini adalah antara terbaik dan berbaloi dengan ringgit kerana berdekatan dengan beberapa kompleks beli belah atau shopping mall berjarak 'jalan kaki' sahaja. Dan lokasi beli belah paling ngetop terhampir ialah Pasar Baru. Tempat makan juga banyak di sekitar hotel ini seandainya anda mahu mencuba masakan tempatan yang pelbagai rasa dan jenis, sesuai dengan budaya masyarakat Bandung yang pelbagai ini.

Blogging dari Hotel Aston Braga Bandung Indonesia
Hotel Aston Braga sememangnya hotel penginapan yang harus dijadikan sebagai pilihan pelancong Malaysia, dan pastinya untuk seorang blogger seperti saya - yang mahu ada akses untuk update blog selain merasai keseronokkan berada di Bandung.

27 Januari 2015

Pertama Kali Berada di Bandung Indonesia

LCCT 2 


Ini juga pertama kali berada di KLIA 2, dan benarlah kata ramai, ia lebih kepada shopping complex....memang tempat melepak yang selesa jika banyak duit. 

Akhirnya. Ini pertama kali dalam hidup saya berada di luar Malaysia. Dan pertama kali merasa menggunakan passport antarabangsa. Alhamdulillah, saya dan keluarga sampai di Bandung, Indonesia.

Bertolak dari KLIA 2 jam 3:30 petang, lewat tiba di Lapangan Terbang Lanud Husein Sastranegara jam 4:30 sore waktu tempatan, waktu Malaysia jam 5:30 petang.

Ini juga adalah pengalaman pertama kali anak-anak saya menaiki kapal terbang. "Zikri ... best tak naik kapal terbang?" Tanya wife saya pada anak saya yang tengah.

"Bosan....." jawab Zikri.

Pertama Kali Berada di Bandung Indonesia

Erkk... bosan mungkin sebab tak boleh buat apa apa, al maklumlah budak budak... ye tak? Kami sekeluarga ke Bandung bersama 'rombongan' kendalian rakan kami yang duk di Alor Setar. Kebetulan, mereka merancang nak ke Bandung jadi wife saya minta join sekaki. Dapatlah tambang berbaloi sedikit. Tujuan utama adalah nak bawa anak anak merasa melihat negara luar selain pengalaman naik kapal terbang.

Kalau ikutkan, saya ada program bersama Pelayaran Islamik. Tapi kerana pertembungan tarikh, jadi tak dapatlah bersama duduk sekabin dengan Broframestone; blogger tahap artis yang popular... hoho
KLIA 2

Komen Pertama Mengenai LCCT2

Semasa di KLIA 2, sempat juga jumpa Master Yoda Star Wars.... hoho... berguru camner nak pukau pengunjung blog menjadi pembaca setia.... hahaha
Beza betul dengan LCCT yang pernah saya rasa semasa buat lawatan muhibbah ke Unimas sedikit masa lalu.
Ok. Malas nak cerita pasal 'politik' di sebalik KLIA 2 nie. Nak sambung balik pasal Bandung...hoho

Sekilas Hari Pertama di Bandung Indonesia

Cuaca di Bandung agak nyaman juga. Satu culture shock gak bagi saya bila melihat keadaan trafik di sini. Perghhh trafik tahap gila berani tempuh. Motorsikal memang banyak. Hon di sini anggap biasa. Pejalan kaki main redah je lintas jalan. Motor pula kiri kanan menghimpit kenderaan lebih besar. Memang sibuk tetapi mata saya tidak ternampak pun lori besar menggunakan jalanraya.

Walaupun sibuk, tetapi saya nampak toleransi antara pengguna jalanraya di sini. Itu yang buat saya respek. Hon hon juga, tapi tak lokek untuk berikan jalan dan laluan kepada pengguna yang lain.

Turun dari kapal terbang Air Asia, terus sahaja pemandu van yang dah siap tempah bawa kami ke tempat tukaran wang asing. Siap cari money changer yang boleh berikan nilaian terbaik lagi....haha. Yelah, ringgit tak berapa baik ketika ini, jadi kena cari yang boleh berikan tukaran yang menguntungkan.

Memang benarlah, tukar wang di Indonesia untuk ringgit lebih untung jika tahu cari sumbernya. Beza kalau tukar di lapangan terbang yang rata rata agak merugikan walaupun bezanya cuma seringgit - lima ringgit. Kalau tukar banyak, uhhhh beza banyak jugak tu ...ribuan ruppiah.

Naik van yang cukup luas dan selesa. Pemandu pula memang terbaik, tak banyak karenah malah mampu melayan perangai jenis cerewet seperti kami.

Kami sekeluarga dengan 'rombongan' menginap di Hotel Aston Braga. Nanti saya cerita lagi....
Bertolak ke Bandung dari LCCT2
Lapangan Terbang Lanud Husein Sastranegara, Bandung


Masalodeh

Nama makanan ni Masalodeh. Pernah makan tak? Dulu, saya tak tahu pun nama kuih tradisional masyarakat India nie.

Serius dulu siap yek yek lagi (dalam hati) bila ada yang hulur. Tapi sekarang, Masalodeh antara kuih yang saya gemar.

Masalodeh. Terfikir dari mana la dapat nama kuih macam tu. Adakah asal dari perkataan Masala dan pembuat kuih berseluar londeh? Atau dari perkataan Lodeh?

Semasa menulis entri ini, capaian saya terhad untuk buat research. Jadi, mungkin anda boleh berkongsi sesuatu di ruangan komen.

Masalodeh diperbuat kacang dal atau parpu. Ada cili kering, ada garam ada tepung. Resepi penuh saya tak tahu.

Bagi saya, Masalodeh kalau garing pedas adalah terbaik.

Merasa Jadi Jutawan Segera

Yeah. Merasa juga saya menjadi jutawan segera. Haaa .. ini baru betul jadi jutawan segera. Dengan hanya bermodalkan RM500, saya dah dapat duit nilai juta-juta ... dengan cara paling mudah pula tu. Bukan skim cepat kaya atau sertai mana-mana bisnes MLM, tetapi ini cara sah dari segi undang-undang.

Hoho. Ya, nak jadi jutawan segera dengan mudah macam saya tak? Caranya senang sahaja, dapatkan modal dalam RM500 pergi ke pengurup wang atau mana-mana agen tukaran wang asing, dan tukarlah dengan matawang Indonesia Ruppiah. Nah ... sekejap sahaja anda sudah peroleh lebih sejuta Ruppiah dalam tangan.

Merasa Jadi Jutawan Segera

Cara mudah untuk jadi jutawan
Tak perlu susah-susah dan payah-payah. Haha .. amacam?

Teringin nak merasa jadi jutawan segera, cubalah cara ni ... hoho ...  nak dapat lebih banyak, cari tukaran wang asing yang lebih berbaloi.

Jangan marah ye ..

Apa Itu CTR?

Apa itu CTR? Haa .. CTR atau Click-Through-Rate ialah salah satu istilah penting kalau anda mahu jana income blog menerusi ruang pengiklanan. CTR inilah yang akan memancing pengiklan untuk terus kekal tetap dan memilih blog anda untuk meletakkan iklan terutama iklan berbentuk banner yang ada pelbagai saiz.

CTR ini juga berkait rapat dengan kedudukan banner iklan kita. Anda seharusnya tahu untuk meletakkan banner iklan berkesan di lokasi yang betul dan strategik supaya dapat tingkatkan nilai CTR ini.

Ok. Tak faham CTR kan?

Apa Itu CTR?

Apa Itu CTR?
Click-Through-Rate ialah peratus orang klik pada iklan atau kempen pemasaran kita, ini termasuklah iklan berbentuk teks link dan juga banner, dan boleh juga untuk mengukur tahap keberkesaan blog post yang berbentuk advertorial.

Cara Kita CTR Iklan Dalam Blog

Bagaimana nak mengira CTR ini? Asasnya cukup mudah.

Katakan 100 orang lihat iklan banner di blog. 10 orang klik iklan banner tersebut. Maka CTR untuk banner iklan tersebut ialah 10% (100 bahagi 10). Fahamkan? Simple matematik je ni ... student darjah enam pun boleh buat sambil tutup mulut .... hoho .. :P

Nilai CTR ini boleh dijadikan sebagai sumber kekuatan blog kita seandainya kita mahu approach pengiklan. Ia adalah simbol tarikan (attraction). Lagi tinggi CTR, bermakna sesiapa yang singgah blog kita suka nak klik iklan banner atau teks yang kita letakkan.

Nilai CTR ini juga yang menjadi antara modal atau pengukur untuk peluang diberikan pengiklanan lebih lumayan dari medium pengiklanan blog seperti Nuffnang, Innity, Advertlets, H12, Komli malah affiliate seperti Lazada. Seandainya satu-satu banner yang dipaparkan menerusi platform pengiklanan ini ada CTR yang bagus, maka akan keraplah banner iklan itu keluar di blog. Sekaligus meningkatkan potensi income dijana hasil dari pengiklanan ini.

Jadi, adalah penting untuk memastikan CTR banner blog anda mendap nilai yang tinggi ...  caranya, nanti saya akan ceritakan di lain episod entri ... :)

26 Januari 2015

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014

Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014 akan keluar pada 28 Januari 2015 hari Rabu. Menurut pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, semua calon-calon yang mengambil peperiksaan sijil tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun akademik 2014 boleh mendapatkan keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi di sekolah masing-masing.

Majlis pengumuman analisis STAM akan dilakukan jam 9 pagi 28 Januari 2015 di bilik mesyuarat utama, aras 6, blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel C di Putrajaya.

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014
Keputusan peperiksaan sijil tinggi agama Malaysia (STAM) 2014 boleh juga disemak menerusi mySMS 15888 bermula jam 10 pagi pada hari yang sama. Semua calon boleh menyemak keputusan menerusi mySMS ini dengan memasukkan STAM diikuti angka giliran dan hantar ke 15888. Ia hanya akan aktif sehingga 3 Februari 2015 sahaja.

Kenyataan Akhbar Keputusan Peperiksaan STAM 2014

Keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2014

Buat calon-calon yang terlibat, saya ucapkan terlebih dahulu tahniah seandainya anda merupakan calon berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2014.

Anda adalah antara calon-calon yang bakal menyemarakkan ilmuwan Islam di Malaysia. Semoga sukses dan bertambah jaya kelak, in Sha Allah.

Kadar Baru Cukai Pendapatan Taksiran 2015 LHDN

Kadar baru cukai pendapatan bagi tahun taksiran 2015 oleh LHDN. Berikut adalah kadar cukai pendapatan individu terbaru yang dikeluarkan oleh pihak LHDN bagi tahun taksiran 2015. Kadar cukai pendapatan kali ini adalah berdasarkan kepada gaji bulanan individu pembayar cukai.

Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengurangkan kadar cukai pendapatan selaras dengan pengumuman Perdana Menteri di dalam Bajet 2015 di mana individu berpendapatan RM5000 ke bawah tidak dikenakan cukai pendapatan.
Kadar Baru Cukai Pendapatan Taksiran 2015 LHDN

Berikut adalah jadual kadar cukai pendapatan baru taksiran 2015 berdasarkan kepada pendapatan bulanan.

Kadar Baru Cukai Pendapatan Taksiran 2015 LHDN

Banjaran Pendapatan Bercukai
Pengiraan (RM)
Kadar %
Cukai(RM)
0 - 2500
2,500 pertama
0
0
2,501 - 5,000
2,500 berikutnya
0
0
5,001 - 10,000
5,000 pertama
5,000 berikutnya

1
0
50
10,001 - 20,000
10,000 pertama
10,000 berikutnya

1
50
100
20,001 - 35,000
20,000 pertama
15,000 berikutnya

5
150
750
35,001 - 50,000
35,000 pertama
15,000 berikunya

10
900
1,500
50,001 - 70,000
50,000 pertama
20,000 berikutnya

16
2,400
3,200
70,001 - 100,000
70,000 pertama
30,000 berikutnya

21
5,600
6,300
100,001 - 150,000
100,000 pertama
50,000 berikutnya

24
11,900
12,000
150,001 - 250,001
150,000 pertama
100,000 berikutnya

24
23,900
24,000
250,001 - 400,000
250,000 pertama
150,000 berikutnya

24.5
47,900
36,750
Lebih 400,000
400,000 pertama
setiap ringgit berikutnya

25
84,650
..........

Patutlah wife saya check penyata gaji kakitangan awam 2015 nampak macam pelik je, rupanya LHDN dah kurangkan pemotongan selaras dengan kadar cukai baru taksiran tahun ni. Bermakna, ada lebihan pendapatanlah untuk tahun 2015 untuk pembayar-pembayar cukai pendapatan tahun sebelum ini.

Alhamdulillah.

Bila Ibu Bapa Hilang Hak Didik Anak Ikut Acuan Sendiri

Saya sangat tidak setuju. Ini merupakan reaksi saya apabila kerajaan menerusi Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mahu gubal undang-undang yang antara lainnya memberikan hukuman kepada ibu bapa yang merotan anak. Adakah pihak kementerian terbabit mahu ambil alih hak ibu bapa mendidik anak-anak ikut acuan sendiri?

Saya, sebagai bapa sangat tidak setuju dengan cadangan ini. Bagi saya, adalah menjadi hak untuk ibu bapa menggunakan cara mereka mendidik anak-anak, termasuklah mendisiplinkan anak dengan cara merotan. Dengan menggubal undang-undang sehingga membolehkan ibu bapa dikenakan hukuman kerana merotan anak, bagi saya adalah kurang wajar.

Bila Ibu Bapa Hilang Hak Didik Anak Ikut Acuan Sendiri

Bila Ibu Bapa Hilang Hak Didik Anak Ikut Acuan Sendiri
Apa yang saya fikirkan ialah, anak-anak zaman sekarang akan menggunakan undang-undang baru ini yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 untuk melakukan apa sahaja mengikut kehendak mereka. Dan pastinya nanti, lebih banyak kebebasan secara terpaksa kena diberikan untuk mereka.

Ibu bapa yang mahu menghukum terpaksa 'terikat' dengan udang-undang hanya tidak mahu dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa.

Merotan Anak Tidak Ditegah Dalam Islam

Nak merotan anak yang tidak sholat akan jadi satu kesalahan jenayah, walhal ianya merupakan satu tuntutan dan saranan dari Rasulullah S.A.W., Asalkan ikut apa yang telah disyaratakan. Nak menghukum anak dengan merotan kerana ponteng sekolah, hisap rokok, berjudi, lumba haram, mencuri ... dah tak boleh.... kerana ia salah di sisi undang-undang ...  uhhh what?
Akta melarang ibu bapa merotan anak
Terang-terang, awal-awal lagi saya akan tidak setuju. Bukan setakat menyekat ibu bapa untuk didik anak dengan acuan sendiri tetapi juga akan melemahkan institusi kekeluargaan di Malaysia. Akhirnya nanti, anak-anak akan jadi tidak disiplin dan bebas melakukan apa sahaja dek kerana adanya undang-undang yang melindungi mereka seperti 'malaikat'. Lalu, dengan secara tanpa diminta, akan makin banyaklah kes anak derhaka..... mahu begitu?

Anak-Anak Tanggungjawab Kami Bukan Kerajaan Menentukan

Biarlah anak-anak, kami ibu bapa yang jalankan tanggungjawab. Jangan ambil hak kami untuk didik anak-anak ikut acuan sendiri. Kami semua mahu anak kami berjaya dunia akhirat. Kami mahu waris kami mendoakan kesejahteraan kami bila telah tiada.

Apa yang saya cadangkan ialah pihak kementerian lebihkan kepada pendidikan kekeluargaan Islamik yang libatkan anak-anak dan ibu bapa. Cuba perkenalkan hukuman rotan di rumah oleh ibu bapa dengan cara yang sebenar, yang mengikut apa yang disebut (sabdakan) oleh Nabi Muhammad S.A.W; dan bukannya menidakkan satu-satunya hukuman yang dibenarkan Islam ini dalam institusi kekeluargaan di Malaysia.

Jika hari ini tidak dibenarkan merotan anak, tidak mustahil nanti ... akan jadi satu kesalahan pula menengking anak .... nah nyata, tanda kiamat sudah hampir tiba bila anak-anak menjadi tuan kepada ibu bapanya ... 

Bila Kereta 7 Tahun Kena Servis

Inilah akibat bila kereta tidak dijaga dengan baik. Sekali nak rosak, memang kopak dibuatnya. Kereta Viva 850 yang sudah berusia 7 tahun akhirnya kena buat servis dan repair yang makan duit...hoho.

Teringat kata-kata wife saya.

"Abang .. cuba abang check Viva tu, lain macam je bunyinya" kata wife saya.
"Ishh ok je, biasa je ni .. " kata saya.
"Kan bunyi bising tu ... kalau ayang bawak, mesti bunyi kuat  ..." kata wife saya lagi.
"Ala, biasalah .. kereta dah lama, ni mungkin sebab minyak enjin ni belum tukar lagi.." saya ulas.
"Ke ezos dia problem, bocor kot bang .. nanti jadi macam kereta dulu tu ... ezos tertanggal tengah jalan ..." mengimbas peristiwa kereta lama saya yang terjatuh kepala ekzos di tengah jalan sehingga buatkan bunyi kereta macam kereta berkuasa turbo ... haha.

Perbualan itu tidak menjadikan apa-apa kepada kereta Viva 850cc. Dan pada satu hari .....

Bila Kereta 7 Tahun Kena Servis

Bila Kereta Viva 7 Tahun Kena Servis
Wife saya telefon. Ketika itu saya berada di Hospital Parit Buntar untuk membuat pemeriksaan tahap gula dan kolesterol dalam darah.

"Abang .. nak dengar citer lawak tak?" kata wife saya dalam telefon.
"Apa dia?" tanya saya.
"Tadi masa hantar Maira ke sekolah, kereta tak boleh start ..." kata wife saya sambil tergelak kecil.
"Uhh .. kenapa tak leh start? bateri kong ke?" tanya saya.
"Ntah .. pulas kunci tak jadi apa-apa ...nasib baik dah sampai sekolah hantar Maira, bila ayang reverse kereta, tetiba mati enjin, nak start balik dah tak boleh..." terang wife saya.
"Nasib baik ada G yang hantar anak dia .. bolehlah tumpang ke opis .." sambung wife saya lagi.

Pada fikiran saya ketika itu, mungkin sebab bateri kereta dah kong. Tapi bila ingat-ingat balik, rasanya baru tukar bateri kering tu.

Nak tahu tips penjagaan kereta tak? Nah - Tips dan Rahsia Kereta Lama Seakan Baru.

"Hmmm masa pulas kunci, benda-benda lain menyala tak?" tanya saya.
"Ntah, tak perasan lak, rasanya menyala ..." kata wife saya menjawab pertanyaan.
"Takpe .. nanti kita pergi tengok lepas abang sudah abis check darah" kata saya.

Lalu, saya pun pergilah dengan isteri nak lihat 'kesihatan' kereta Viva yang ditinggalkan depan sekolah tadika Islam anak saya.

Sekali saya pulas .. ehhh .. boleh pulak start enjin kereta ni. ... haha .. isteri saya tergelak-gelak tengok magis yang saya lakukan.

"Ehh macamana abang boleh start kereta lak? Tadi ayang buat tak boleh pun ... " kata wife saya sedikit terkejut dengan kehebatan saya menghidupkan enjin kereta.
"Hmm ni nak kena servis dah ni ... jom bawak Viva ni gi servis dulu ..." kata saya.

Saya pun pandulah dengan penuh berhemah dan tiba di bengkel kereta. Isteri saya pula follow dari belakang dengan kereta lain.

Untie workshop tu tanya apa masalah .. saya pun suruh wife cerita A sampai L ... pastu untie tu kata dia akan suruh mekanik check.

Nah. Ekzos bocor kena ganti. Pedal break. Tayar dah tak elok. Itu ini .. lalalalalala macam-macam mekanik tu kata kena repair. Jadi, dah alang-alang kena buat, maka saya dan wife instruct la apa yang perlu dilakukan, dapatkan rekemen mekanik tu apa yang perlu diganti untuk tujuan keselamatan.

Perghh beratus kauuuu ....
Bil Bila Kereta 7 Tahun Kena Servis
Harga servis kereta viva 850cc
Nasib baik adik ipar ada yang kerja mekanik, jadi counter-attack balik harga barang dengan segala macam butiran dalam bil. Semuanya normal. Bukan kena tipu dengan bengkel punya cerita.

Alhamdulillah. Kejadian ini setidak-tidaknya telah membolehkan kereta Viva tu dapat ekzos baru dan tukar beberapa benda yang sudah dimamah usia. Nasib baik rosak depan sekolah anak saya tu, kalau kat highway? Kalau rosak ntah mana-mana ... mau kena tapau dengan mekanik 'jalanan' dan workshop kaki tipu. Penting ooo kena ambil tahu pasal kereta ni dan cara nak menjaganya agar kelihatan sentiasa ok ... dan baru .. hoho..

Siakap Chalet Amir Kampung Baru

Siakap Chalet Amir Kampung Baru. Ni entri berani pecah rahsia punya ... haha. Hari tu ada cerita di Facebook, ramai juga yang nak tahu, apatah lagi selepas saya muat naik deretan ikan siakap yang berjaya dipancing di Chalet Amir Kampung Baru.

Chalet Amir Kampung Baru dah lama popular, tetapi sebab lokasinya yang agak tersorok, jadi tidak ramai yang tahu. Popular ni maksud saya di kalangan kaki penjejak ikan Siakap. Saya dan ahli keluarga pun sebenarnya baru tahu lokasi memancing ikan siakap dan kurau ini pada tahun 2013. Dan semenjak itu, saya satu famili termasuk sekali ipar duai memang sering ke Chalet Amir.

Siakap Chalet Amir Kampung Baru

Di sinilah letaknya lubuk ikan Siakap dan juga Kurau. Kalau mahu memancing ikan Siakap di Chalet Amir, kena ada teknik dan umpan yang sesuai. Kalau tidak memang tak merasalah nak menjerat Raja Muara ni.

Saya dan famili sudah lebih 5 kali bermalam di Chalet Amir. Dan agak malang bagi diri saya, masih belum lagi merasa tarikan dan hambatan si Raja Muara. Yang sering bernasib baik adalah adik ipar saya, setakat entri saya tulis ni, dah lebih 5 ekor Siakap dinaikkan. Ada saiz besar, ada saiz sederhana. Paling berat rasanya cecah 5 kilo.
Siakap Chalet Amir Kampung Baru

Tips Memancing Siakap Chalet Amir

Kata mereka yang berjaya menjerat Siakap di Chalet Amir ni, umpan udang kaki merah hidup adalah umpan yang paling ngam sekali. Dengan menggunakan teknik memancing berpelampung, mata kali dipasang pada perambut panjang sedepa.

Masa nak menjerat ikan Siakap ini pula adalah ketika air baru nak pasang dan ketika baru nak surut. Ketika ini, ikan Siakap galak mencari makanan.

Namun begitu, hasil pancingan bergantung juga dengan keadaan air. Ada beberapa kali ke Chalet Amir dengan hasil yang mendukacitakan.

Selain Siakap, ada pemancing yang berjaya naikkan Kurau dan juga Jenahak. Tapi setakat ini, saya cuma pernah saksikan ikan Siakap dan Tetanda (anak Jenahak) yang dinaikkan menerusi pancing. Kalau nak memancing ikan Tetanda, kena gunakan umpun-umpun baru boleh dijerat. Kadangkala ada Tetuka yang makan umpan udang mati. Telinga Gajah pun ada di Chalet Amir ni, begitu juga dengan ikan Belanak dan Senangin.
Kurau Siakap Chalet Amir Kampung Baru
Ehsan: Facebook Chalet Amir

Lokasi Chalet Amir

Lokasi Chalet Amir terletak di Kampung Baru, Ayer Tawar, Perak. Jika dari arah Ipoh, anda akan jumpa satu simpang belok ke kanan, bersebelahan stesen minyak Shell; sebaik sahaja anda melepasi pekan Ayer Tawar. Anda perlu menuju hingga habis jalan tersebut dan terjumpa jeti nelayan Kampung Baru. Betul-betul sebelum sampai ke jeti atau hujung jalan, ada satu simpang kecil masuk ke kanan. Di situlah letaknya Chalet Amir dan beberapa chalet yang lain.

Cara lain untuk ke lokasi ini, ialah daripada Jambatan Seri Bainun, iaitu dari arah Taiping. Ada satu simpang ke kiri dari jalan besar yang menuju ke Kampung Baru. Nak senang .. lihat je signboard, memang ada dah .. hoho.

Lokasi Memancing Jambatan Seri Bainun

Dari lokasi Chalet Amir Kampung Baru ni boleh kelihatan jelas Jambatan Seri Bainun, yang juga menjadi lokasi pemancing popular di sini. Saya pernah memancing di bawah atau di tiang Jambatan Seri Bainun. Merasalah juga naikkan ikan Kembong (guna Appolo), Selar Kuning, GT (Nyok-nyok), Pari dan Kerapu. Tapi ini kisah tahun 2010 .. sekarang lokasi tersebut dah kurang menyengat dah... hoho.

Cara Nak Tempah Chalet Amir

Chalet Amir ada beberapa rumah yang boleh anda tempah dan sewa dengan harga sangat berpatutan mengikut jenis chalet. Tetapi ... hoho ...  selalunya akan penuh disebabkan dah ramai pelanggan tetap yang sering ke situ, termasuklah saya dan famili .. jadi, kalau yang baru nak merasa tu, kena pilih hari yang dirasakan takkan ada orang nak melepak di situ - selalunya bukan cuti sekolah.

Tempahan boleh menggunakan telefon, tetapi saya nak nasihatkan, jangan terlalu yakin bila dah tempah menerusi telefon, sebab tuan punya Chalet Amir ni sering terlupa. Pernah beberapa kali datang, sedar-sedar Chalet ditempah dah ada orang lain yang masuk .. hahaha....

Nak nombor telefon, anda boleh cari di Facebook Amir Chalet... hoho ...

Cabaran AM Krew, Mojo, KRU, Caliph Buskers Central Market

Ramai nampaknya yang seolah kempunan untuk melihat persembahan live cabaran Caliph Buskers terhadap AM Krew Hot FM dan Mojo di Central Market pada Jumaat 23 Januari 2015. Persembahan yang menampilkan lagu-lagu popular KRU dan Mojo yang disampaikan secara busking mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.

Dengar khabarnya jalan ke Central Market jem, malah ada peminat yang sanggup parking jauh semata mahu melihat persembahan Live cabaran Caliph Buskers bersama AM Krew berserta kumpulan Mojo dan KRU. Perghh memang Caliph Buskers satu fenomena di Malaysia.
Cabaran AM Krew, Mojo, KRU, Caliph Buskers Central Market

Cabaran AM Krew, Mojo, KRU, Caliph Buskers Central Market

Beberapa lagu telah dipersembahkan oleh AM Krew - Fara Fauzana, A.G dan beberapa lagi deejay Hot FM, begitu juga oleh KRU diiringi oleh Mojo dalam slot selama sejam (kalau tidak salah saya). Lagu pembukaan busking cabaran Caliph Buskers AM Krew Hot FM dimulai oleh Farah Fauzana yang membawakan lagu Fynn Jamal, Arjuna Beta.

Meh lihat beberapa rakaman video cabaran AM Krew, Mojo, KRU serta Caliph Buskers berbusking di Central Market pada 23 Januari 2015 bermula jam 8:30 malam.



Ulam Paku Rawan Sejukkan Badan

Pernah makan ulam Paku Rawan? Tak biasa? Kalau belah-belah utara ni, in Sha Allah, anda akan jumpa Paku Rawan sebagai hidangan ulam-ulaman. Ada yang keliru antara pokok Paku Rawan dengan Keladi Bunting. Jadi, entri ni saya nak cerita sedikit mengenai Paku Rawan.

Paku Rawan ni terkenal di kalangan masyarakat Jawa dan Banjar. Mudah dijumpai di tali air sawah. Kalau dipandang sepintas lalu, ada kata ia merupakan pokok Keladi Bunting, tetapi hakikatnya ia berlainan sama sekali.

Ulam Paku Rawan Sejukkan Badan

Ulam Paku Rawan Sejukkan Badan
Pokok Paku Rawan atau dalam bahasa saintifik dikenali sebagai Limnocharis flava adalah sejenis tumbuhan air. Ia adalah dari perkataan Greek iaitu “Limno” bermaksud kolam dan “Charis” bermaksud rahmat. Ia bukan tumbuhan air terapung seperti Keladi Bunting. Paku rawan tidak hidup terapung di atas air malah ia tumbuh menegak, dan akarnya berpaut pada tanah lumpur; ciri asas yang membezakan kedua jenis tumbuhan ini.

Sejujurnya sebelum ini saya tidak pernah tahu pun pokok ini boleh dijadikan ulam-ulaman. Emak saya sendiri pun terkejut, sebab depan rumah di kampung ada banyak pokok Paku Rawan, tapi tak pernah terfikir pun nak diambil untuk dijadikan ulam.

Paku Rawan Untuk Dibuat Ulam dan Masakan Bertumis

Bila saya datang 'berhijrah' ke kawasan Parit Buntar, baru saya tahu bahawa pokok ini sangat sedap dijadikan ulam. Untuk dijadikan ulam, Paku Rawan kena dicelur terlebih dahulu atau direbus. Ia sedap dimakan dicecah dengan sambal belacan. Ada juga yang jadikan ia sebagai masakan bertumis.
Ulam Paku Rawan Sejukkan Badan
Batang pokok Paku Rawan ini bersegi dan memanjang, jadi ia memang unik. Seperti kebanyakan tumbuhan air yang lain, batangnya kosong seperti keladi. Ia ada bunga berwarna kuning, dan ia juga dijadikan tanaman hiasan buat sesetengah tempat di luar negara. Daunnya nipis dan kelihatan berombak. Ada pelbagai bentuk, tetapi lebih mirip kepada bentuk hati daun keladi yang biasa kita jumpa, cuma saiznya tidaklah besar.

Daunnya tidak dimakan, tetapi yang dibuat ulam adalah bahagian batang yang menjurus dengan hujungnya ada satu kudup.

Bantu Selesaikan Sembelit dan Untuk Sejukkan Badan

Kata orang tua-tua di sini (Parit Buntar), pokok Paku Rawan elok dijadikan ulam kerana ia boleh membantu selesaikan masalah sembelit dan juga dapat menyejukkan badan.

Paku Rawan mudah ditemui di bahagian utara sebab ada dijual di pasar basah biasa. Kalau di tempat lain, anda boleh cari di Pasar Tani atau peniaga yang menjual hasil kampung.

Cubalah. Sedap.

24 Januari 2015

Hebahkan Blog Anda Pada Semua

Hebahkan blog anda pada semua. Sebelum ini saya ada ceritakan apa yang perlu dilakukan bila mula-mula buat blog .... dah baca? Blum lagi? Kalau anda seorang blogger baru, dan nak tahu 5 perkara yang perlu dilakukan atau patut dilakukan di awal-awal 'penubuhan' blog, anda boleh baca mengenai 5 perkara terawal blogger baru patut buat.

Dah buat 5 langkah yang saya katakan tu, maka apa yang perlu dibuat sekarang, ialah membolehkan blog anda itu dikenali dan diketahui kewujudannya.
Hebahkan Blog Anda Pada Semua

Hebahkan Blog Pada Semua

Daftar diri dengan kumpulan blogger, ada macam-macam kumpulan blogger, terserah pada diri anda untuk pilih yang mana satu yang bersesuaian dengan anda. Antara yang aktif ialah gengblogger, blogged MY, penang blogger, perak blogger dan macam-macamlah. Ada yang masih wujud, ada yang sudah tidak aktif.

Ada sesetengah group ini yang sediakan kemudahan untuk ping entri blog seperti Busuk Ping dan Kartikel. Ping merupakan satu perkhidmatan di mana entri anda disebarkan atau diumumkan kepada semua ahli dalam grup tersebut.

Anda juga boleh sertai kumpulan blogger yang ada di dalam Facebook, antaranya Blogger Malaya, Blogger Tegar, Gengblogger, Geng Blogger, Sahabat Blogger dan banyak lagi.  Nak join group blogger kendalian saya? Boleh daftar percuma di Group Blogger Belia di Facebook. Ada juga kumpulan yang lebih meluas seperti blogger united yang merangkumi blogger2 dari seluruh dunia. Anda boleh post entri anda dan war-warkan akan kewujudan blog anda di laman Facebook kumpulan ini tanpa ada sebarang sekatan.

Kemudian, ada juga blog2 tertentu atau laman web tertentu yang memberi khidmat penyenaraian blog anda di dalam direktori mereka, kebanyakkannya bersifat exchange link, di mana anda masukkan blog anda dalam direktori mereka dan mereka pula akan minta anda letakkan banner atau badge ke dalam blog anda.

Selepas itu, apabila dah daftar, anda boleh gunakan khidmat enjin carian pula untuk menyenaraikan blog anda, ada perkhidmatan add url atau add website yang disediakan. Yahoo, Google dan Bing memberikan khidmat ini secara percuma, namun untuk membolehkan blog anda tersenarai, pastikan blog anda tidak mengandungi malware, atau sebarang jangkitan virus mahupun worm. Selalunya proses ini mengambil masa paling minima 2 minggu.

Ok, bila dah buat benda-benda di atas, insyaAllah, blog anda tidak lama lagi akan dikunjungi oleh ramai .... dan ini memberikan trafik kepada blog anda.

Selamat mencuba ... nanti saya akan berikan kaedah lain untuk buat blog anda dikenali.

23 Januari 2015

Yasmin Guru La Salle Tersenarai Guru Terbaik Dunia

Sekalung tahniah buat Yasmin Noorul Amin, guru kimia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle kerana tersenarai sebagai 50 guru terbaik dunia. Guru berumur 38 tahun ini yang sebelum ini merupakan seorang jurutera, telah dicalonkan dan telah disenarai pendek untuk anugerah Hadiah Guru Global.

Anugerah Hadiah Guru Global ini menawarkan hadiah utama USD1 juta kepada penerimanya. Ia dianjurkan oleh Yayasan Varkey GERMS yang berpusat di Dubai, UAE. Yayasan ini satu-satunya di dunia yang memberikan pengiktirafan luar biasa kepada golongan pendidik seluruh dunia.

Yasmin Guru La Salle Tersenarai Guru Terbaik Dunia

Kecemerlangan guru La Salle bernama Yasmin Noorul Amin ini memang terbukti kerana sebelum ini pernah menerima anugerah kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2008. Memetik kata-kata guru ini di dalam The Star - "An engineer by thinking. A chemistry teacher by profession. That sums up who I am" memang terbaiklah.
Yasmin Guru La Salle Tersenarai Guru Terbaik Dunia

Menjadi Guru Untuk Penuhi Impian Bapa

Yasmin Noorul Amin sebelum ini merupakan seorang jurutera di sebuah syarikat swasta 13 tahun dahulu. Dia kemudiannya berhenti kerana mahu memenuhi impian bapanya untuk melihat dirinya menjadi seorang pendidik. Langkah drastik itu telah mengakibatkan Yasmin Noorul Amin tidak menyesal malah dia kini menyanyangi kerjaya pendidik yang sedang dipegang.

Dalam anugerah ini, seramai 50 guru disenaraipendek untuk dipilih sebagai guru terbaik dunia. Dan pada 15 Februari 2015 ini, seramai 10 calon terbaik akan diputuskan oleh Yayasan Varkey GERMS. Pengumuman 10 calon dan juga pemenang akan dibuat di Forum Pendidikan Dunia di Dubai pada 16 Mac 2015.

Anugerah setaraf 'Hadiah Nobel' ini beroperasi di bawah naungan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum. Pemenang akan menjadi duta global Yayasan Varkey GEMS, menghadiri acara dan berucap di forum awam tentang memartabatkan profesyen perguruan.

Wahh .. hebat hebat. Bagus juga yayasan ini memberikan pengiktirafan tertinggi sebegini kerana kerjaya seorang guru atau pendidik bukannya mudah.

Saya doakan agar Cikgu Yasmin berjaya mengharumkan negara, dan meletakkan guru-guru Malaysia sebagai antara yang terbaik di dunia. Syabas.

Kredit dan sumber: Kosmo, TheStar

Kesilapan Template Sering Dilakukan Blogger Newbie

Apabila saya buat segmen, contohnya Jom Kenal Blogger Baru Bro HH; saya akan mula jalankan aktiviti untuk melihat perkembangan dunia blog Malaysia melibatkan blog dan blogger newbie. Apabila saya blogwalking ke blog-blog yang baru nak naik, dan setahun jagung ini, maka akan nampaklah kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan terutama dari segi template dan layout blogspot.

Jujurnya, saya ini bukanlah pakar bab-bab nak buat nilaian. Tetapi sebagai seorang blogger yang rasa dah tua dalam dunia blog ini, dan pernah melakukan kesilapan yang sama satu ketika dahulu, maka menjadi rasa tanggungjawab untuk menegur dan perbaiki kekurangan yang ada pada blog-blog baru ni.

Hoho.... boleh je saya offer servis dan caj untuk perbaiki kesilapan template blogger newbie, tapi rasanya tidak tergamaklah pula. Bukannya mereka tak mampu nak bayar, tapi sebab benda ni simple dan boleh dilakukan sendiri. Bila baiki sendiri template dan buat pembetulan, setidak-tidaknya blogger newbie akan dapat ilmu dari situ.

Kesilapan Template Sering Dilakukan Blogger Newbie

Kesilapan Template Blogger Baru

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh blogger newbie ...

  • Template atau layout tidak seimbang. Ruang post utama ruangnya sempit, tapi di sidebar besar. Malah tulisan di sidebar lebih menyerlah dari tulisan dalam entri.
  • Penggunaan warna yang tak sesuai. Banyak sangat warna yang gagal menarik perhatian mata. Sana sini berwarna warni tanpa perlihatkan keseragaman.
  • Ada widget-widget hiasan yang merosakkan pembacaan pengunjung. Contohnya kelopak bunga besar-besar berhujanan, letusan bunga api warna warni, kelip sana kelip sini dalam entri post.
  • Tulisan bersaiz kecil yang sukar untuk pembacaan, terutama entri atau blog post.
  • Memilih template yang saiz lebar kecil. Apabila kecil, bila keluar di peranti mudah alih akan jadi lebih kecil.
  • Tajuk dalam entri tidak diseragam dan mengikut H Tag yang betul. Sebelah atas tulisannya besar, tengah lebih besar, pastu kemudian kecil balik, pastu besar balik. Atas kaler lain, bawah kaler lain. Memang nampak unik dan adakala cantik, tetapi ia ganggu sedikit cara pengunjung nak hadam pembacaan.
  • Saiz header. Ada besar sangat, ada yang kecil sangat. Ada yang nampak tak sepadan dengan tema keseluruhan blog dan sebagainya.
  • Background blog yang tidak sesuai dan menghalang pembacaan oleh pengunjung.

Ok. Itu antara kesilapan template yang boleh saya katakan. Tapi secara kesimpulannya ialah banyak blog baru dan blogger baru yang taksub untuk menggunakan widget-widget tertentu di dalam blog, terutama muzik. Bukan tak boleh nak guna. Boleh je, tapi biarlah sesuai.

Contohnya widget muzik. Buka-buka blog dah terpasang lagu. Tak boleh nak berhenti-henti. Pastu siap ada widget senarai lagu pulak. Cuba bayangkan kalau entri baru tajuknya - Al Fatihah Datuk Aku Meninggal, tetapi keluar lagu seronok-seronok .. macam tak kena pula .. ye tak?

Sekadar teguran biasa sebab pernah lakukan satu ketika dahulu. Al maklumlah, zaman tu tak siapa nak tegur saya buat blog.

Jangan terasa hati dengan apa yang saya sampaikan ini. Boleh ikut kalau nak. Tak ikut pun tak mengapa. Blog anda, hak anda untuk tunjukkan pada dunia.

Rasa-rasa ada yang tidak berapa nak betul, tegur-tegurlah saya juga ye.

Kenapa Perlu Belajar Buat Duit Dengan Affiliate?

Kenapa anda perlu belajar buat duit dengan affiliate? Tak kira siapa anda, samada anda blogger ke, surirumah ke? house husband macam saya ke? atau seorang yang aktif di laman sosial seperti Facebook dan Twitter; anda patut ambil peluang untuk belajar buat duit dengan affiliate.

Kenapa perlu belajar buat duit cara ini? Sebab paling utama ialah anda tidak perlu keluar sesen pun untuk menjadi seorang agen affiliate. Keduanya ialah ia bukan skim cepat kaya atau program money-game atau bisnes yang menyalahi undang-undang. Malah, anda boleh bina sebuah perniagaan sendiri hanya dengan menggunakan produk-produk affiliate ini.

Kenapa Perlu Belajar Buat Duit Dengan Affiliate?

Apa Itu Affiliate?

Ia merupakan satu program untuk mendapatkan income online samada secara sambilan, sampingan atau sepenuh masa. Malah, anda boleh buat duit dengan affiliate secara offline juga. Anda akan dibayar menerusi komisen hasil jualan produk affiliate yang anda promosikan.
Apa itu affiliate dan bagaimana jana income menerusi affiliate

Antara ciri utama produk affiliate - daftar percuma, produk digital, terhad, ada gambar pemilik produk, komisen 40-70%. Mana-mana program yang didakwa sebagai program affiliate, dan anda kena bayar untuk menyertainya .. itu BUKAN program affiliate. Ia adalah program affiliate penipu!

Saya sendiri dah terbabit dengan program affiliate sejak 2008 lagi, malah sebelum tu lagi. Cuma baru-baru ini nampak nak serius bila sudah ada 'bekalan' dan panduan yang cukup untuk saya aplikasikan teknik-teknik pemasaran affiliate ini. Dulu, tak ada panduan asas affiliate untuk newbie, tetapi sekarang dah ada ... mudah senang nak faham.

Alhamdulillah, setiap minggu pasti akan ada komisen yang saya terima, bermula dari RM0.50 sehinggalah RM100.00 untuk satu-satu produk. Mungkin tidak boleh jadi kaya raya, tetapi ia merupakan satu sumber income sampingan secara online yang boleh tampung sedikit sebanyak belanja harian. Dan kalau ada lebihan, boleh anda gunakan untuk tujuan amal kebajikan.
Komisen affiliate adalah 40-70 peratus

Ramai yang teringin nak buat duit online, tetapi agak lokek nak keluarkan pelaburan walaupun ianya hanyalah RM20. Walhal, dalam diri terangkat kening dan mencebik bibir bila nampak ada rakan dan kenalan online yang berjaya dapat komisen hasil daripada program affiliate ini.

Lokek Tahik Idung Masin ..

Hoho .. itulah diri saya satu ketika dulu. Lokek nak keluarkan pelaburan ilmu untuk tahu teknik-teknik buat duit menerusi affiliate ini. Malah, ada panduan percuma pun seperti malas nak rebut peluang. Naif. Jeles tengok orang lain, tapi diri saya ketika itu macam bebal semacam je nak terima.

Namun, akhirnya berubah bila saya diperkenalkan dengan Jomniaga oleh Gobala Krishnan. Jomniaga kini dikenali sebagai Ashadee.com. Saya telah hadiri webinar online percuma yang dikendalikan oleh Gobala Krishnan. Saya mengenali Gobala sebagai salah seorang pakar buat duit menerusi ClickBank - salah satu cabang dalam affiliate. Boleh tonton webinar mengenai affiliate di sini - Webinar Online Gobala Krishnan

Dari Webinar ke Ebook Tips Teknik Rahsia Panduan Berkaitan Affiliate

Dari webinar, saya mendapatkan beberapa panduan dan ilmu mengenai affiliate secara online.

Antaranya ialah Mesin Komisen oleh Edmund Loh. Jenuh juga saya kena tonton video-video yang disediakan oleh saudara Edmund Loh ini. Mana taknya, kena pause dan ulang tonton berkali-kali sebab saya bermasalah dengan pelat Cina Edmund Loh. Bahasa pula bahasa pasar ... sekejap English, sekejap Manglish, sekejap kang terkeluar bahasa Mandarin.

Berjam-jam, berhari-hari kena repeat. Serius letih. Apa yang saya belajar dalam Mesin Komisen? Kebanyakkan video adalah mengenai cara nak jadi super affiliate - iaitu cara jana income menerusi affiliate luar negara dan dalam negara. Siap bagi tutorial step-by-step macamana nak buat.

Tagline inilah yang menyebabkan saya mendapatkan Mesin Komisen Edmund Loh. Sesal mulanya tu, tapi sekarang tidak lagi, setelah gunapakai panduan diberikan..... 
Tips menjana income online menerusi affiliate

Mesin Komisen adalah merupakan pembelian ilmu affiliate paling mahal pernah saya laburkan. Dari situ, saya mula rangka strategi memilih produk affiliate terbaik dan sesuai dengan jiwa .. hoho ... saya ikuti tips diberikan Edmund Loh mengenai cara memilih produk affiliate, cara mengetahui produk yang mudah dijual, cara mencari produk affiliate yang berbaloi dipromosikan ... dan macam-macam lagi, termasuklah highlight mengenai kesilapan-kesilapan seorang pengamal program affiliate ini.

Nyata Dulu Dumb and Dumber ...

Nah kau .. bila sebut pasal kesilapan-kesilapan .. barulah saya tahu betapa dumb and dumber saya dulu. Memang kena batang hidung sendiri. Ngok betullah ... adeh. Banyak juga kesilapan saya sebagai blogger tentang cara promosi produk affiliate yang saya telah belajar.
Komisen affiliate - income program buat duit online percuma

Alhamdulillah, menerusi webinar, menerusi video tutorial dan terbaru menerusi Kitab SEO Merah Jambu, saya dapat satu lagi skill untuk mempromosikan produk affiliate. Alhamdulillah, dengan gabungan ilmu-ilmu yang telah saya peroleh, pelaburan lampau nampaknya berbaloi. Walaupun sudah beratus ringgit digunakan untuk belajar buat duit dengan affiliate, sekarang .. income menerusi segala program affiliate yang saya sertai telahpun balik modal.
Komisen affiliateKomisen affiliate - income program buat duit online percuma

Sila Makan Umpan Mengenai Affiliate Ini!

Okeh.

Panjang-panjang saya tulis ni bukan nak memaksa anda makan umpan untuk dapatkan produk-produk yang saya nyatakan, tetapi nak membuktikan dengan sebenar-benarnya, jika mahu berjaya seperti mendapat komisen daripada affiliate, anda seharusnya tidak lokek untuk melabur untuk ilmu, teknik, tips, panduan, dan segala rahsia mengenai affiliate ini.

Mahu berjaya, kena ikut jejak langkah orang berjaya. Siapa dia?

Mereka yang telah membuktikannya kepada anda.

Perumahan Rumah PR1MA

Wah untung siapa yang telah daftar permohonan perumahan rumah PR1MA. Menurut laporan akhbar, pihak PR1MA akan serahkan 600 unit rumah menjelang akhir tahun ini. Rumah PR1MA adalah rumah mampu milik yang dikhususkan untuk golongan berpendapatan sederhana di Malaysia.

PR1MA berbeza dengan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia kerana ia bukan dibina di atas tanah sendiri, tetapi di atas tanah milik kerajaan yang khusus untuk perumahan rakyat. Ia diusahakan oleh pemaju yang dilantik oleh PR1MA dengan harga setiap rumah antara RM100,000 - RM400,000 seunit.

Perumahan Rumah PR1MA

Perumahan Rumah PR1MA
600 unit perumahan rumah PR1MA yang akan diserahkan melibatkan projek 300 unit kediaman masing-masing di Bertam, Pulau Pinang dan Kuala Ketil, Kedah.

Saya ada memohon perumahan rumah PR1MA ini untuk projek di Bertam, tetapi gagal sebab tak tepati syarat utama PR1MA iaitu tidak boleh ada hartanah lebih dari satu - walaupun rumah tersebut dibeli oleh pasangan. Boleh rujuk Syarat Kelayakan Permohonan PR1MA untuk ketahui syarat-syarat lain.

Baru-baru ini saya ada war-warkan mengenai penawaran baru oleh pihak PR1MA yang sedang membuka permohonan sehingga hujung Februari 2015. Jika anda berminat, boleh baca entri - Permohonan PR1MA Dibuka Sehingga 28 Februari 2015.

7 Projek PR1MA 2015

Penawaran baru ini dibuka untuk permohonan bagi tujuh projek di Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Melaka dan Johor. Projek berkenaan adalah PR1MA @ Alam Damai, Kuala Lumpur; PR1MA @ Bandar Meru Raya, Perak; PR1MA @ Sungai Petani 1, Kedah; PR1MA @ Kuala Ketil, Kedah; PR1MA @ Bandar Layangkasa, Johor; PR1MA @ Tebrau, Johor dan PR1MA @ Melaka Tengah 1, Melaka.

Menurut PR1MA, harga rumah yang ditawarkan dalam setiap projek perumahan rumah PR1MA adalah di bawah paras harga semasa dan sepatutnya ia amat berbaloi untuk dimiliki oleh golongan samada bujang atau berkahwin.

Permohonan perumahan rumah PR1MA boleh dilakukan secara online dengan mudah di laman web PR1MA.

Tua Penyakit Datang

Bila dah tua, maka mudahlah penyakit datang. Benda ni sejak dari dulu dah ada dalam kepala otak saya. Namun, sebenarnya penyakit boleh datang bila-bila, tak kira umur pun. Tapi, bila dah makin meningkat umur, sistem pertahanan badan pun mulalah menyusut.

Bukan kerana sistem pertahanan atau imun badan sahaja, tetapi juga disebabkan bila dah semakin meningkat umur, dah macam-macam benda tarok dalam badan... hoho .. lagi kalau tidak jaga kesihatan diri macam tidak bersenam, tidak beriadah, suka melepak, amalan tidak sihat seperti jaga larut malam tak tido-tido .. itu semua boleh mendatangkan mudarat.

Tua Penyakit Mudah Datang

Siapa yang mahu sakit ye tak? Kalau bayi yang baru lahir tu boleh cakap dan fikir, dia pun akan cakap tak mahu sakit... hoho.
Tua Penyakit Datang
Tua penyakit datang. Macam-macam penyakit boleh datang. Dari penyakit nampak kepada penyakit yang main sembunyi-sembunyi. Bila dah tua, nak buat prevention pun dah kira macam terlambat, hanya ubat-ubatan dan juga pantang-larang je la kena ikut. Hmm .. itupun kalau ikut. Dah tua-tua ni, penyakit degil pun makin menebal. Ye tak?

Buat anda yang masih muda belia, sila-sila ingatkan diri sendiri untuk elakkan tubuh badan dari mudah terkena penyakit bila umur sudah masuk era otai (old taimer). Prevention is the best cure (betul ke nih?). Jika tidak beringat sekarang, nanti bila dah naik umur macam saya, sure jadi susah punya.

Oh ya, andai dalam famili ada keturunan penyakit kencing manis ke, lemah jantung ke, darah tinggi ke, darah rendah ke, kanser ke, apa-apa penyakit merbahaya, maka sering-seringkan diri untuk buat pemeriksaan kesihatan.

Nasihat ini adalah percuma. :)

Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (H.R al-Hakim dan al-Baihaqi). 

22 Januari 2015

Seni Komen Bina Kredibiliti

Seni komen bantu bina kredibiliti - Pernahkah anda tahu bahawa dalam memberikan komen di blog orang lain perlu ada seni tertentu? Bukan setakat seni menulis entri, tetapi menulis komen juga memerlukan tatacara yang betul dan tidak disalahgunakan.

Mungkin pada blogger baru yang masih mencari tapak dalam dunia blog tidak ambil peduli tentang perkara ini. Mereka lebih suka sambil lewa, dan hanya tinggalkan komen untuk suka-suka. Tahukah bahawa dengan meninggalkan komen dengan betul, anda boleh menyerlahkan identiti anda sebagai seorang blogger yang ada kredibiliti?

Saya pernah berkata, komen yang agak keterlaluan boleh membunuh semangat berblogging. Saya pernah melihat ada blogger rasa kecewa kerana menerima berjujukan komen yang kasar, yang kurang membina, sehingga membuatkan blogger itu tidak lagi berkongsi sesuatu bermanfaat di alam maya.

Seni Komen Bina Kredibiliti Blogger

Cari Pasal Abaikan Tatacara Komen Blog
Dulu, mungkin boleh suka-suka tulis macam-macam dalam ruangan komen. Kini, silap komen, kena sumpah seranah ..uhh ... jangan main-main. Tapi itu taklah teruk sangat, Google sendiri ambil berat hal seni komen ini. Komen yang dofollow akan diberikan penarafan yang baik buat si pengomen, yang mungkin bantu pemilik blog itu meningkatkan PR (Pagerank) blog mereka.

Bila nak tinggalkan komen, paling perlu adalah sifat sabar dan kawal kemarahan ketika nak buat sesuatu komentar. Penting untuk menjadi pemberi komen yang sentiasa bersangka baik. Jangan terburu-buru tinggalkan komen selagi anda tidak hadam apa yang sedang dibicarakan.

Jika anda ikut perasaan, tak baca habis, suka melulu dan bertindak rakus, beginilah yang berlaku pada blogger ini - Terima Kad Kuning Kerana Komen Tak Berhemah. Sesal dahulu tiada gunanya, apa yang penting kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah berlaku, dan bertindak untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Anda patut baca apa yang telah disampaikan oleh blogger yang terima kad kuning kerana komen tak berhemahnya tu, banyak yang boleh anda pelajari!

Maybank2u Malaysia Wajah Baru

Maybank2u Malaysia kini berwajah baru dengan paparan lebih dinamik dan mesra mobile. Laman web perbankan utama dan terbesar Malaysia, Maybank sudah memiliki 'wajah' baru apabila perkenalkan laman web yang lebih responsif sesuai dengan keadaan semasa dunia teknologi online.

Saya awal pagi tadi, macam agak terkejut sedikit apabila nak login ke akaun online Maybank2u.com.my apabila mendapat interface perbankan online telah berubah secara drastik. Mula tu ingatkan laman web main tipu-tipu je, tapi setelah login ke akaun, memang benarlah Maybank sudah perkenalkan laman web dengan cirian antaramuka yang responsif.

Maybank2u Malaysia Wajah Baru

Maybank2u Malaysia Wajah Baru
Aha ... Maybank pun sudah tukar laman web jadi lebih responsif, jadi seharusnya blogger Malaysia juga kena lakukan perkara yang sama untuk template blog masing-masing. Responsif bagus untuk pengalaman terbaik bagi pengunjung menggunakan peranti seperti tablet serta telefon pintar.
Maybank2u Malaysia Wajah Baru
Maybank2u Malaysia Wajah Baru
Cara mudah nak tahu sesebuah blog itu adalah responsif adalah dengan mengecilkan browser yang anda buka di komputer biasa atau laptop. Rekabentuk akan automatik berubah kepada paparan yang lebih mesra untuk pengguna mobile. Cuba anda kecilkan browser anda dan lihat bagaimana blog ini bertukar layout ... hehehe.. inilah yang saya maksudkan sebagai template blogspot yang responsif.

Walaupun bertukar saiz paparan, blog anda masih kelihatan menarik .... hehehehe.. :P

Kalau nak cari template responsif yang bagus, anda boleh Google 'Free Blogger Template Responsive' untuk dapatkan template-template blogspot percuma yang ada cirian responsif ini.

Tips Tingkatkan Trafik Blog dan Engagement Facebook

Saya nak kongsikan tips ni. Dah lama simpan dalam komputer. Ada sesetengah saya dah kongsikan menerusi fanpage blog (http://www.facebook.com/bloghasrulhassan) ini. Tips ini saya ambil dari sebuah laman web lama dah, cuma tak keluar-keluar dalam blog sebab mikir nak translate bahasa tu.

Jadi, kali ini saya main taboh je masukkan terus dalam blog ni. Malas nak translate. Anda boleh baca dan cuba fahami sikit-sikit. Mana yang boleh saya tambah tu, saya selit-selitkan ayat gatal supaya boleh anda semua garu kepala yang berambut lebat selepas menggunakan produk Toppik Malaysia... haha.

Tips Tingkatkan Trafik Blog dan Engagement Facebook

Tips ini adalah tips bagaimana nak menambah engagement di fanpage blog anda (jika ada). Ia juga boleh digunakan sebagai teknik untuk entri blog anda mendapat tempat di timeline seseorang hasil daripada perkongsian di wall sendiri.
Tips Tingkatkan Trafik Blog dan Engagement Facebook
Dari data diberikan di atas, memang nampak Facebook ini boleh menjadi lubuk untuk jana trafik blog anda, asalkan anda tahu cara bagaimana nak selitkan entri blog menerusi teknik ini. Kalau ada Fanpage yang boleh kawtim dwibahasa, lagi syok.

Ayat di Facebook Fanpage Kurang 80 Patah Perkataan

Cuba lihat tips di bawah ini. Ada empat tips pilihan untuk dapatkan lebih engagement di Facebook. Pertama, guna ayat kurang 80 perkataan. Gunakan emoticon dalam post tersebut. Selalu sediakan status berbentuk soalan. Buat quotes dan kongsikan di wall Facebook Fanpage. Quotes ni macam kata-kata hikmah, ayat teladan .. ayat sarkastik, atau boleh je gunakan ayat yang tengah popular sekrang .. Qu Puteh Ku Putih .. hoho ...:P
Tips Tingkatkan Trafik Blog dan Engagement Facebook
Di bawah pula ialah perkataan-perkataan yang sering dijadikan umpan penarik. Selitkan perkataan ini di dalam status di wall sendiri atau Facebook Fanpage, ia akan sendirinya dikongsikan tanpa perlu susah payah gi serbu hendap bahagian komen page lain atau status kawan popular anda.
Tips Tingkatkan Trafik Blog dan Engagement Facebook
Ambil serius soal masa ni. Saya ada cuba tips ni, dan memang ada beza, walaupun tak banyak .. hoho .. tapi serius, jika kena dengan topik, ayat, gambar, video dan quote .. anda akan teruja nampak bilangan likes bertambah, begitu juga dengan share.
Tips Tingkatkan Trafik Blog dan Engagement Facebook
Saya dah cuba beberapa tips yang diberikan. Memang ada keberhasilannya tersendiri. Tapi tak boleh nak 'jual' sebab polisi Facebook sekarang dah tak benarkan benda-benda macam tu dikongsikan. Apa yang boleh dibuat ialah dapatkan engagement ini supaya dapat naikkan rank di Google.

Aha .. Google pun dah berikan rank kepada Facebook Page. Jadi, anda perlu tahu gunakan teknik di atas supaya enjin carian akan nampak page anda nanti. Dan untuk menambah rasa .... masukkan Fanpage anda dalam blog, kerana ia boleh menambah authoriti blog anda - selagi menggunakan keyword yang sama.

Cubalah tips di atas dan tengok hasilnya.

Sumber: QuickSprout.com

21 Januari 2015

Kontraktor Tempatan Perlu Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir

Kontraktor tempatan perlu bantu ringankan beban mangsa banjir. Begitulah apa yang saya fikirkan di dalam kepala otak yang dah semakin karat ini. Rasanya masih banyak ruang untuk kontraktor terutama bumiputera menunjukkan kebolehan dan kemahiran. Keadaan menyedihkan di kawasan-kawasan terjejas banjir besar terutama di Kuala Krai dan Gua Musang perlukan kontraktor untuk dipulihkan 100 peratus.

Kontraktor Tempatan Perlu Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir

Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Perutusan Khas Mengenai Ekonomi 2015 telah membuka peluang lebih cerah untuk kontraktor tempatan membantu mangsa banjir di kawasan terjejas teruk. Penempatan baru bakal dibina, rumah-rumah kediaman rosak perlu dibaiki, sekolah, masjid, jalanraya rosak dan banyak lagi kemudahan perlu segera dipulihkan - semuanya ini memerlukan kontraktor.

Kontraktor tempatan mesti ambil peluang ini bukan sahaja untuk mendapatkan tender kerajaan, tetapi juga sebagai satu cara untuk membantu meringankan beban mangsa banjir. Masuk e-perolehan dan e-bidding untuk daftarkan syarikat dan kemudian kemukakan sebut harga untuk baiki dan bina penempatan mangsa banjir yang diluluskan kerajaan.

Kerajaan memerlukan sangat ramai kontraktor terutama bumiputera untuk bantu pulihkan keadaan di negeri terjejas banjir. Maka, jika anda seorang kontraktor mahupun usahawan yang mahu bantu kerajaan tetapi pada masa yang sama memperoleh peluang untuk tunjukkan kemahiran, kebolehan dan keupayaan, inilah masa yang sesuai.

Ia juga platform untuk anda bantu 'dalam diam' meringankan beban mangsa banjir.

Saya ada menyediakan Rujukan dan Tips Untuk Mendapatkan Tender Kerajaan sebagai persediaan untuk kontraktor yang berminat bantu ringankan beban mangsa banjir ini. Ada bajet khas telah disediakan oleh kerajaan untuk proses pemulihan kawasan terlibat banjir ini.

20 Januari 2015

Rahsia Menulis Entri Berkualiti

Nak tahu rahsia menulis entri berkualiti tak? Ok. Jika nak tahu, anda kena baca tips dan panduan blogger yang akan saya berikan dalam entri ini. Pastikan anda ambil perhatian jika minat nak tahu .. hoho. Entri berkualiti ini perlu untuk sesebuah blog kerana content is King, sepertimana telah saya ulas serba sedikit di Blogger Baru Buktikan Entri Berkualiti Jana Trafik 23K

Apakah rahsia untuk menulis entri berkualiti ini?

Rahsianya ada ____ (sila isi sendiri) .... in Sha Allah, anda akan dapat isikan dengan tepat bila dah selusuri entri ini.
Rahsia Menulis Entri Berkualiti

Rahsia Menulis Entri Berkualiti

Rahsia pertama untuk menulis entri berkualiti ialah .....

Jangan buka laman sosial ketika menulis entri blog. Ketika anda mahu menyediakan entri yang berkualiti di dalam blog, pastika anda tidak login ke akaun Facebook anda. Pertamanya ialah kerana ia akan ganggu penumpuan anda, al maklumlah FB ini sentiasa update setiap masa, setiap saat dan minit ada je benda yang akan keluar di timeline. Kemungkinan anda akan terlupa idea bila tetiba diganggu oleh status provikatif apatah lagi bila nama anda dimention dalam status tersebut.

Rahsia kedua ...

Jangan buka email. Email juga boleh menjadi penghalang untuk anda meluahkan idea untuk menulis sebuah entri blog yang berkualiti. Mungkin anda sedang menunggu satu email yang penting. Jika ada, pastikan samada anda tidak menulis entri baru atau anda terus simpan entri dalam draft untuk membolehkan anda baca email penting tersebut. Jika tiada ada-apa email yang sedang ditunggu, tak perlu buka tab email di pelayar internet anda.

Tahukah anda bahawa teknik hasilkan entri berkualiti adalah salah satu rahsia pakar buat duit online yang dibongkar?

Rahsia ketiga ..

Elakkan buka perisian yang menggunakan memori yang besar, contohnya Photoshop atau Video Maker. Saya selalu sahaja bermasalah bab ini. Apabila sedang asyik menulis entri, tetiba komputer jadi kaku beku, nak taip apa-apa pun tak boleh. Tersekat. Nak tak nak kena reboot balik komputer, akibatnya .. entri yang dah tulis panjang berjela hilang sebab tak sempat nak save. Rugi. Ayat-ayat terbaik yang dah ditulis terus tak ingat lagi bila nak sambung tulis.

Rahsia keempat ...

Pastikan anda hanya buka dashboard blogspot sahaja, dan berada di dalam mode editor blogspot. Perhatian anda akan tertumpu dan mengelakkan anda melihat perkara lain yang ada di komputer dan pelayar internet anda.

Kandungan blog adalah raja
Lagi rahsia menulis entri berkualiti ....

Entri berkualiti mesti ada rujukan tertentu. Sebelum anda menulis entri baru anda, cuma dapatkan pautan-pautan rujukan tersebut dan terus masukkan ke dalam entri. Nak lebih afdal dan tidak ganggu gugat semasa membikin entri berkualiti anda, baca dahulu sumber-sumber rujukan tersebut dari awal sampai habis dan ambil nota perkara penting yang ingin anda highlight.

Cahaya. Anda perlu pastikan keadaan sekeliling cukup cahaya. Ia bagi membolehkan mata anda menangkap dengan cekap kesilapan semasa menulis entri baru. Entri yang bagus mesti meminima kesilapan ini - termasuklah kesalahan ejaan dan cara penulisan beremosi.

Tiada gangguan luaran. Adakala kita dah siap sedia dengan langkah-langkah di atas, tetapi terdapat aspek luaran yang ganggu konsentrasi - TV, radio, telefon. Kalau boleh jangan pasang TV, jangan dengar radio dan pastikan mode silent atau gegar-gegar bagi telefon anda. Jika anda gunakan telefon pintar, pastikan ia tidak berada di dalam mode wifi atau mobile-data aktif.

Seandainya anda seorang surirumah atau house husband seperti saya, aktiviti-aktiviti seperti mengemas rumah, basuh kain baju, memasak mestilah segera dilaksana sebelum menulis entri baru. Jika anak anda ada bersama, seperti bayi kecil, saya syorkan anda tidurkan mereka dahulu atau berikan sesuatu untuk mereka bermain sendiri.

Tahukah anda Kitab SEO Merah Jambu juga bercerita mengenai entri berkualiti ini untuk jana income menerusi blog?

Pilih masa yang terbaik untuk menulis entri. Inilah yang paling utama. Dengan pilihan masa yang bagus, tanpa gangguan, tanpa disrupsi .. in Sha Allah, satu entri berkualiti terbaik boleh anda hasilkan. Cadangan saya ialah menulis entri selepas jam 10 malam atau pada waktu awal pagi. Pada waktu ini, gangguan adalah minimal dan otak lebih mesra untuk berfikir dan keluarkan idea bernas.

Semoga entri ini bermanfaat kepada anda, terutama untuk blogger baru yang masih lagi mencari rentak untuk menghasilkan sebuah entri berkualiti.

Entri berkualiti adalah penting supaya pengunjung dan pembaca terus tertarik kepada blog anda. Ia juga menjadi aspek utama untuk menjadi Malaysia Best Blog 2015 yang ramai blogger perkatakan.