Langkau ke kandungan utama

#WTE Dari Sampah kepada Tenaga

#WTE - Waste to Energy. Dari sampah ditukarkan menjadi tenaga. Tahukah anda bahawa negara kita mempunyai hampir 300 tapak pelupusan sampah di seluruh Malaysia? Dan tahukah anda bahawa kita boleh menukarkan sampah menjadi tenaga yang berguna untuk kesejahteraan manusia? Nak tahu bagaimana ia dilakukan?

Untuk pengetahuan, negara kita sedang berusaha ke arah menjadikan negara lebih bersih dan sihat, dengan pengurusan sampah yang lebih baik serta berteknologi tinggi. Waste to Energy (WTE) merupakan salah satu langkah tersebut iaitu dengan menukarkan sisa buangan pepejal menjadi tenaga untuk kegunaan seharian. Ia juga merupakan satu cara yang diseimbangkan dengan kempen 3R - Reduce, Reuse, Recycle bagi mengurangkan pelupusan sisa pepejal di tapak pelupusan sampah.

#WTE (Waste to Energy) Dari Sampah kepada Tenaga

Rakyat Malaysia secara puratanya menghasilkan 1kg sampah setiap seorang setiap hari. Seandainya sampah ini dikumpulkan dalam masa sebulan, ia boleh memenuhi 4 buah Menara Kuala Lumpur.... perghh banyak tu! - ini adalah kenyataan yang pernah diterbitkan sekitar tahun 1999. Dan sedarilah bahawa 165 tapak pelupusan yang sedang beroperasi sekarang (2015) mungkin tidak dapat tanggani jumlah sampah yang kian meningkat setiap tahun - selari dengan peningkatan jumlah penduduk di Malaysia.

WTE Digunapakai di Lebih 20 Negara Maju

Waste to Energy (#WTE) - Salah satu cara untuk tanggani masalah tapak pelupusan sampah dan kesannya kepada masyarakat dan alam sekitar. Teknologi ini telah digunakan di lebih 20 negara maju di dunia, dan Singapura adalah salah sebuah negara jiran yang telah menggunapakai teknologi ini untuk pengurusan sisa pepejalnya. Jadi, kenapa tidak Malaysia yang saya fikir rata-rata rakyatnya sudah bijak pandai dan arif pasal masalah sampah ini?

Ok. Secara amnya, sampah yang dihasilkan oleh kita terdiri dari sampah yang boleh dikitar semula, dan sampah yang tidak boleh dikitar semula. Ada sampah organik dan sampah bukan organik. Bukan semua sampah boleh dikitar semula, dan bukan semua sampah itu boleh dibiarkan terlupus dengan baik dan cepat menerusi kaedah alam semulajadi.

[Fakta] Malaysia masih jauh ketinggalan dalam kesedaran kitar semula ini, iaitu sekitar 10.5 peratus sahaja (2015) berbanding dengan negara maju yang sudah melebihi 40%.

Proses Menggunakan Teknologi WTE

Menerusi teknologi WTE, sampah-sampah atau sisa pepejal yang telah diasingkan akan dihantar ke loji-loji pelupusan sampah untuk diproses bagi menghasilkan tenaga. Contoh tenaga yang dapat dihasilkan menerusi teknologi ini ialah tenaga haba, tenaga elektrik mahupun bahan api untuk kegunaan kenderaan. Ia adalah teknologi bersih dan selamat yang tidak mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan kepada kawasan sekitar. Anda boleh lihat diagram di bawah ini bagaimana proses teknologi WTE itu dilakukan.
Proses WTE
Di beberapa negara yang menggunakan teknologi ini, loji-loji dibina berdekatan kawasan perumahan, sekolah, hospital dan taman rekreasi awam. Pengurusannya jauh lebih baik jika dibandingkan dengan tapak pelupusan terbuka yang ada sekarang yang boleh memberikan bau yang kurang elok, malah boleh memudaratkan dengan kesan pemanasan global serta penghasilan gas berbahaya ke ruang udara.

Jenis Loji WTE (Waste to Energy)

Ada 3 jenis teknologi untuk menukarkan sampah kepada tenaga iaitu:
  1. Thermal Oxidation Plant (TOP)
    • Melibatkan dua peringkat dalam pembakaran 
    • Boleh memproses dan membakar sisa organik dalam bentuk pepejal, enapcemar dan cecair.
    • Menukarkan bahan sisa dan sampah menjadi abu lengai dan gas.
    • Mampu kurangkan sisa pepejal sehingga 95-100%.
    • Tidak hasilkan asap hitam, bau dan bunyi bising.
    • Hasilkan abu lengai untuk perekat bahan konkrit, baja, blok raya dan penahan hakisan.
  2. Plasma Pyrolisis Vitrification (PPV)
    • Pembakaran dengan suhu sehingga 15,000 darjah celcius menggunakan plasma arc.
    • Sisa bahan buangan pepejal ditukarkan menjadi abu dan gas. 
    • Mampu kurangkan sisa sehingga 98-100%.
    • Hasilkan slag untuk dijadikan bata, jubin dan bahan asas untuk pembinaan jalanraya.
    • Boleh hasilkan bahan api metanol cecair selain tenaga elektrik.
  3. Insinerator 
    • Pembakaran menggunakan diesel (thermal).
    • Ada sistem pengeringan sisa pepejal sebelum pembakaran dan juga sistem pengurusan sisa air kumbahan (leachate) daripada sampah.
    • Mampu kurangkan sisa sehingga 96-100%.
    • Boleh hasilkan tenaga elektrik.
    • Banyak digunakan untuk rawatan sisa yang boleh membawa toksik.
Di Malaysia, teknologi WTE yang telah digunakan ialah Insinerator. Walaupun ia merupakan isu sensitif, namun langkah perlu dibuat bagi memastikan tanah yang ada digunakan sebaiknya untuk tujuan yang lebih efisien - daripada membuka lebih banyak tapak pelupusan semata untuk uruskan sampah yang kita buang...lama-lama kita tak ada tanah dah.

Terdapat 5 loji rawatan ini iaitu di Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pangkor, Cameron Highlands dan Labuan. Gambar di bawah ini menunjukkan model sebuah loji WTE yang bertanggungjawab memproses sampah menjadi tenaga.
Loji WTE yang bertanggungjawab memproses sampah menjadi tenaga
Saya pernah kongsikan kisah loji rawatan Insinerator ini semasa dalam perjalanan bercuti ke Cameron Highlands. Memang dari luar, tidak nampak seperti sebuah loji yang menguruskan sampah .... bersih sahaja tanpa bau, jauh berbeza kalau nak dibandingkan dengan kampung saya di Batu 3, Jalan Tg Tualang, Batu Gajah yang merupakan salah satu tempat pelupusan sampah terbuka di Perak.

[Fakta] Definisi Sisa Pepejal (Mengikut Akta 672) - Apa-apa sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah, dan daripada jenis yang biasanya dihasilkan oleh atau dikeluarkan oleh mana-mana premis apabila dihuni sebagai rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman.

Sebagai seorang bekas penyelidik di USM (Kejuruteraan Awam), saya dah beberapa kali melihat kesan dan akibat daripada sisa pepejal sampah yang tidak diuruskan dengan baik. Pusat Pelupusan Sungai Burung di Penang adalah antara tempat pengurusan sisa pepejal yang pernah saya lawati. Uhhh .... bau busuk, air lechate, dan lalat..... memang tak boleh nak berada lama... sesak nafas jadinya .... lubang hidung pun boleh dimasuki lalat ... bayangkan andai kawasan seperti ini betul-betul berada di sebelah rumah anda.

Kebaikan Loji WTE (Waste to Energy)


Loji Waste to Energy
Loji merupakan kaedah rawatan
Kurangkan pencemaran bau
Mampu kurangkan sisa yang dihantar ke tapak pelupusan sampah.
Mampu panjangkan jangkahayat tapak pelupusan sampah.
Kurangkan persaingan penggunaan tanah untuk pelupusan sampah.
Proses penguraian menerusi teknologi rawatan lebih cepat.
Air larut resap dan air kumbahan dihasilkan lebih sedikit.
Tiada penghasilan gas metana yang boleh bahayakan suhu bumi.
Kadar penghasilan tenaga baru lebih tinggi dan terurus, dan janaan sisa boleh diperoleh dengan cepat.
Bekas tapak boleh diguna semula untuk pelbagai tujuan.

Loji WTE memang nampak bagus, kerana ia boleh tukarkan sampah kepada tenaga... tetapi ada satu kekangan iaitu dari sudut perspektif diri kita sebagai yang bertanggungjawab menghasilkan sampah dan sisa pepejal ini. Proses akan jadi lebih mudah, seandainya kita sebagai pengguna dan rakyat dapat bersama-sama memastikan sampah yang kita hasilkan setiap hari memberikan satu hasil yang bagus.
Dari Sampah kepada Tenaga
Untuk itu, kita perlu #asingkan sampah kita mengikut jenisnya - sama seperti kitar semula. Ini dinamakan proses pengasingan dipunca. Kita tak boleh nak harapkan orang kutip sampah atau kontraktor yang uruskan apa yang kita buang, dan pastikan udara kita rasa segar setiap pagi ... kita kena turut bertanggungjawab dengan alam sekitar. Dahlah tak pernah nak ucap terima kasih kepada mereka... huhu.. setidak-tidaknya mudahkan mereka untuk jalankan tugas bagi memastikan tapak pelupusan sampah kita diurus dengan baik, dan membolehkan teknologi WTE menukarkan sampah kepada tenaga untuk kesejahteraan kita semua.

Kita kan hidup di bumi yang sama.

Untuk info lanjut boleh lihat:

NOTIS PEMBERITAHUAN (PREMIS BERTINGKAT) 
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 September 2015, semua isi rumah di negeri-negeri* yang menerima pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) adalah diwajibkan untuk mengasingkan sisa pepejal masing-masing mengikut kategori berikut: 
  • Sisa Baki (sisa dapur, sisa makanan, lampin pakai buang dan bahan-bahan kotor lain) – dimasukkan ke dalam tong komunal yang telah dibekalkan; 
  • dan Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula – dibungkus ke dalam beg plastik dan diletakkan di dalam bekas yang dibekalkan mengikut kategori berikut: Plastik; Kertas; dan Lain-lain (contoh: tin, kaca, seramik) 

Jika Sisa Pepejal yang Boleh Dikitar Semula tidak diasingkan dari sisa baki, tindakan ke atas Badan Pengurusan Bersama (JMB) seperti berikut akan diambil:
  • Amaran akan diberikan oleh SWCorp sehingga 31 Mei 2016; 
  • Kompaun akan dikenakan mulai 1 Jun 2016: 
    • Bagi kesalahan pertama – RM100.00;
    • Bagi kesalahan kedua – RM200.00; 
    • dan Bagi kesalahan berikutnya – RM500.00. 

Sekiranya kompaun tidak diselesaikan, tindakan mahkamah akan diambil dan denda maksimum RM1000.00 boleh dikenakan sekiranya disabit kesalahan.


p.s: Sampai bila kita nak harapkan sumber bahan api atau tenaga sekarang yang semakin hari semakin mengurang - i.e. Petroleum?

[full_width]

Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. di manjung, ada yang menggunakan teknologi thailand dalam penhasilan tenaga elektrik. dan ianya daripada tinja/taik babi.. dan dia boleh jimat 70% penggunakan elektrik. Bau? sememangnya tiada. dan ianya merupakan teknologi pertama di malaysia menggunakan tinja babi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…