26 Disember 2015

Widget Untuk Menyerlahkan Entri

Wah. Bagus sekali widget terbaru daripada blogger.com ini. Sebuah widget yang dapat menyerlahkan entri terutama artikel yang dapat memberikan lebih trafik kepada sesebuah blog. Saya telahpun menggunakan widget ini, dan nampak ada hasil dari segi jumlah trafik yang diperoleh selain jumlah FB likes.

Kalau anda perasan, terdapat wigdet baru dinamakan Featured Post di dalam bahagian Add Widget. Widget ini akan memberikan anda kelebihan untuk meletakkan satu post terbaik yang ada di dalam blog di bahagian yang paling mudah kelihatan kepada pengunjung blog anda.

Widget Untuk Menyerlahkan Entri

Widget Untuk Menyerlahkan Entri

Ada beberapa kelebihan meletakkan widget ini di dalam blog anda; antaranya:
  • Membolehkan entri lama menyerlah dan menyumbangkan trafik.
  • Menyerlahkan identiti blog anda menerusi artikel terpilih yang anda letakkan di dalam featured post.
  • Boleh dijadikan sebagai pin post, atau sebagai tempat untuk anda memberi kelebihan kepada entri advertorial. Ia boleh dijadikan satu nilai tambah untuk pengiklan di blog anda.
  • Meningkatkan frekuensi kata kunci (keyword) untuk blog anda agar mudah digelintar menerusi enjin carian.
  • Boleh dijadikan tempat untuk paparkan entri berkaitan segmen, contest, giveaway dan sebagainya.

Paling terbaik ialah ia dapat membantu menyerlahkan niche blog anda dengan memilih artikel yang paling hampir dengan isi kandungan blog anda secara keseluruhan.

Misalnya blog anda adalah mengenai percutian keluarga, maka anda haruslah letakkan entri berkaitan percutian keluarga di dalam widget tersebut.

Apa yang perlu anda lakukan ialah pergi ke bahagian Layout, Add Gadget, pilih widget Featured Post, pilih entri yang anda mahu letakkan, dan simpan. Letaklah widget ini di kedudukan yang mudah kelihatan seperti di atas post blog atau di bahagian atas sidebar blog anda.

Sebelum ini, cara begini dilakukan secara manual, tetapi dengan adanya widget Featured Post dalam blogspot, ia makin memudahkan. Uhh ... kalau buat manual, memang susah sedikit sebab kena bermain dengan kod HTML yang mungkin rumit buat sesetengah pengguna blogspot.

Semoga tips ini bermanfaat.


Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

12 Komen

Assalam Sdr HH, Terima kasih sebb blog saya tersenarai di bloglist. Lagi satu, Featured Post ni kena customized sikit sebab dia kurang outstanding. Maknanya, mungkin boleh buat border radius dan background to make this widget full utilised to the blog itself. More traffic, more income..insyaa Allah.

Asalam..terbaik..akan baca balik. Apakan daya blog Etuza dah tak tersenarai dah dalam list blog.Bermusim bloglist HH kan...terima kasih ...teruskan jg berblog ..

wah, terima kasih atas infonya. boleh godek-godek untuk diletakkan dalam blog nanti.

Oh .. terima kasih atas perkongsian info
http://kimchaa.blogspot.my

Thank you for the sharing HH... amat berguna ni..

Tak perasan pun ada widget baru tu...

Satu widget 1 featured post? ingat leh banyak2, or tukar2 slide..

Yeap betul .. tapi untuk blogspot yang guna template biasa, dah ok kot.

Memang bagus untuk jadikan ia lebih menarik, lebih menyerlah dengan warna latar semua tu ... :)

Baguslah ada widget ni makin cantik blog

Perang Arab-Israel 1973 - http://www.gerobokbuku.com/2015/12/perang-arab-israel-1973.html

Boleh tak add saya admin...lokmanamirul.blogspot.com

betul tu HH, agak menarik

Tuan HH sedang ubah blog yea. Nampak warna dah bertukar ni, sempena tahun baru. Terbaik tu ;-)


EmoticonEmoticon