Warkah Sayu Raja Zarith Sofiah Buat Tunku Jalil

Saya benar sayu apabila membaca warkah yang ditulis oleh Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah buat puteranya Tunku Abdul Jalil yang kembali ke rahmatullah, yang dikongsikan menerusi Facebook peribadi baginda. Warkah sayu Raja Zarith Sofiah buat Tunku Abdul Jalil telah menjadi viral sejak diterbitkan awal pagi 8 Disember 2015.

Saya sebagai seorang bapa yang mempunyai 3 orang anak cukup terharu dengan status merupakan surat (warkah) itu. Ia adalah sebuah surat ikhlas lagi jujur daripada seorang ibu kepada anaknya yang telah terlebih dahulu pergi meninggalkannya.

Warkah Sayu Raja Zarith Sofiah Buat Tunku Jalil

Warkah sayu Raja Zarith Sofiah (setakat post ini ditulis) telah dikongsi lebih daripada 35,000 kali dan telah mendapat jumlah likes lebih daripada 105 ribu di Facebook.
Warkah Sayu Raja Zarith Sofiah Buat Tunku Jalil

Dalam warkah tersebut, Raja Zarith bukan sahaja menulis warkah khas buat Tunku Abdul Jalil, malah juga mengenai kesengsaraan dan kesakitan ditanggung oleh Tunku Abdul Jalil yang merupakan pesakit kanser tahap empat. Secara tidak langsung, ia membuka mata bagaimana ramai lagi pesakit kanser di Malaysia yang menanggung rasa yang sama.

Saya kongsikan di sini untuk tatapan anda semua ... untuk berkongsi rasa, apa yang saya juga rasa - sayu, hiba, dan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata seorang ayah, house husband.

Warkah buat anakku, Jalil:
Mama tahu, satu-satunya sebab Lil pergi ke hospital adalah kerana Lil menanggung kesakitan yang amat sangat. Lil sebenarnya hendak kekal tinggal di rumah: Lil telah terlalu kerap ke hospital.

Namun Allah S.W.T., Yang Maha Mengetahui, menempatkan Lil di sana agar kami, keluarga Lil, dapat meluangkan sebanyak masa bersama Lil.

Mama menyimpan seribu satu kenangan tentang Lil ketika Lil menghabiskan hari hari terakhir Lil di dunia ini.

Mama terkenang satu ketika sewaktu Lil memejam mata dan air mata menitis di pipi Lil, semasa Lil cuba melawan kesakitan yang ditanggung. Mama memegang tangan kiri Lil dan menangis. Mama mencuba sedaya upaya untuk menahan sedu sedan Mama dari kedengaran. Mama fikir, Lil tidak nampak Mama menangis kerana mata Lil pejam. Tapi Lil tahu. Lil meletak tangan kanan Lil diatas tangan Mama dan menepuk nepuk dengan perlahan, seolah berkata ..

"Jangan menangis, Lil tidak apa-apa. "Mama ingat semua mesej pesanan ringkas yang Lil hantar kepada Mama. Bila Mama mengatakan bahawa Mama telah berdoa untuk Lil, Lil membalas dengan mengatakan bahawa Lil juga telah berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. biarlah Lil yang menanggung semua kebimbangan Mama.

Bila mama melihat makam Lil, hati mama dipenuhi keperitan. Mama masih terbayangkan detik ketika Babah, abang dan adik Lil memenuhkan kubur dengan tanah sementara Boo dan Inah berdiri disisi Mama. Mama memandang kearah abang dan adik Lil, dan membilang hanya tiga anak lelaki. Boo disisi Mama. Anak Mama lima orang. Di mana anak mama yang lagi seorang? Dan Mama baru tersedar bahawa Lil yang tiada. Lil kini berada di bawah timbunan tanah itu.

Dan pada ketika itu, Mama menadah kedua tangan mama dan berbisik,

"Sesungguhnya dariMu kami datang, dan kepadaMu jua kami kembali. Daku memulangkan kepadaMu, Ya Allah, anakku. "

Moga Lil ditempatkan bersama mereka yang soleh. 

Isteri saya mungkin ada perasaan yang hampir sama, apabila kehilangan ibunya akibat kanser. Cerita mungkin tidak sama, tetapi percayalah, kanser merupakan pembunuh senyap yang meruntunkan jiwa. Ia telah membawa banyak hati yang menangis sedih tanpa suara.

Kita melihat akan mereka yang hidap penyakit ini seolah tiada apa yang berlaku - masih boleh bergelak ketawa dan bersenda gurau, tetapi hakikatnya tubuh mereka dimamah secara perlahan oleh kanser yang mengakibatkan kematian.

Dapatkah anda bayangkan bilamana anda sudah tahu akan kesudahan diri anda di alam ini?

Al fatihah buat Tunku Abdul Jalil, semoga putera ketiga Raja Zarith Sofiah ini mendapat tempat yang baik di sisi Allah S.W.T.


5 comments.. read them below or add one

Mira Mira December 08, 2015
Kita yang baca ni pun sebak sedih. Apatah lagi ibu kepada almarhum.
Etuza Etuza Etuza Etuza December 08, 2015
Sayu hati membaca..terasa amat di kasihi arwah tu HH..apapun semoga awrwah tetang dengan doa kita semua seluruh rakyat Malaysia. Amin
Hasrul Hassan Hasrul Hassan December 08, 2015
Hmm ... kehilangan anak yang kita tengok hari2 kesengsaraan dan kesakitan dia memang tak boleh digambarkan.
si bongkok si bongkok December 08, 2015
Saya petik dan ringkas dari ABANG almarhum cakap...kamu punya sikap yang kami tiada - JIWA YANG PENYAYANG dan RENDAH DIRI... rasa galad tak dapat bersua muka dengan almarhum sebelum ini...
Kim Chaa Kim Chaa December 08, 2015
Ya Allah .. sebaknyaaa T_T

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.