Anak-anak saya suka makan vitamin. Vitamin selalunya kami beli di farmasi milik bumiputera Islam. Jarang kami beli di farmasi besar yang kadangkala ada jual produk import tanpa tanda halal yang sah. Bukan apa, takut terbeli produk vitamin yang mengandungi bahan daripada haiwan seperti babi yang haram di sisi Agama Islam. Baru-baru ini, ada rakan telah whatsApp kepada saya gambar vitamin kanak-kanak yang ada kandungan babi (pork). Terkejut tu ... produk dari jenama yang terkenal.

Vitamin Kanak-Kanak Ada Kandungan Babi

Vitamin Kanak-Kanak Ada Kandungan Babi
Vitamin Kanak-Kanak Ada Kandungan Babi
Jika anda merupakan ibu bapa seperti saya yang selalu memberikan vitamin untuk anak-anak, pastikan bahawa anda membeli produk vitamin yang ada tanda logo halal yang sah, dan paling penting kena baca label yang ada pada setiap produk vitamin ini.

Selalunya produk yang sebegini adalah berbentuk kapsul yang perlu menggunakan bahan gelatin dalam produknya. Dan gelatin secara umumnya adalah dari haiwan, dan gelatin daripada babi adalah paling banyak digunakan untuk produk-produk makanan gantian kesihatan seperti vitamin. Maka, awas .... 

Jangan sampai ada yang terbeli produk vitamin kanak-kanak yang ada kandungan babi ...



Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

12 Komen

Bukan sahaja vitamin untuk kanak kanak malahan vitamin untuk golongan dewasa juga perlu diperhatikan betul betul kandungan bahanya..
**Bro HH..PC nak tanya..kenapa ya total pageviews tidak terpapar ye pada blog..terima kasih..

Reply

sangat bahaya..hati2 semua yang ada baby..semua kena hati2. Terima kasih infor ni HH

Reply

pendapat Fida..korang yang nak bagi anak minum vitamin ni..better try bagi..CALIPH...memang terbaik.

Reply

Sebab widget tu tak boleh digunakan dalam template blog ni .. harap maklum.

Reply

Ya Allah... dalam vitamin pun ada pork... klu tak elert mmg terkena... bak kata cikgu sy tak payah ambil ubatan walhal vitamin pun, guna jer bahan semula jadi madu, kurma dan makanan sunnah yg lain...

Reply

terima kasih infonya HH,,saya pernah makan jenis ni tapi yang dewasa punya...semoga Allah ampunkan..

Reply

Perkongsian yang berguna. Ramai yang tak tahu benda ni lagi.

Reply

Seeloknya kita cari produk muslim

Reply

Hmm ... moga kita semua akan lebih alert benda-benda macam ni

Reply

Jenama ni vitamin C untuk dewasa pun kira popular juga. Sama-sama kita mencari yang halal

Reply

Takut juga nak beli vitamin jika banyak yang tidak halal. moga lepas ini kena baca lebal atau ada tanda logo halal daripada JAKIM.

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.