Tuisyen Untuk UPSR 2016

Belum pun masuk darjah enam, anak saya sudah dimestikan untuk hadiri kelas tuisyen untuk UPSR - Ujian Penilaian Sekolah Rendah tahun 2016. Perghh .. bersemangat betul sekolah anak saya ni. Mungkin kerana inilah, tahun 2015 melahirkan 36 orang murid berjaya mendapat 5A dalam UPSR. Dan menjadi sekolah rendah terbaik di daerah Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang untuk tahun 2015.

Anak saya mungkin bertuah kerana terpilih untuk berada di sekolah yang komited dengan kejayaan anak-anak muridnya. Alhamdulillah, tahun ini anak sulong saya yang bakal menghadapi UPSR tahun 2016 berjaya menjadi murid cemerlang untuk tahun 5.

Tuisyen Untuk UPSR 2016

Tuisyen Untuk UPSR 2016
Sekarang dah mudah untuk ibu bapa pantau perkembangan akademik anak-anak apabila dah boleh akses SAPS. Ibu bapa boleh lihat keputusan peperiksaan dan ujian yang dimasukkan oleh guru kelas. Yelah, zaman sekarang semuanya online, ada SAPS ni .. sambil menunggu waktu kerja, bolehlah tengok ... atau selepas waktu kerja ketika berada di rumah bersama anak-anak. Nampak tak kena pada result, dah boleh tanya terus .. hoho.

Anak saya mula tuisyen sejak dari awal cuti sekolah lagi. Dan alhamdulillah, kelas telah pun habis. Banyak juga perkara yang anak saya belajar dalam tuisyen. Setidaknya dia dah tahu secara am mengenai format peperiksaan UPSR 2016 yang dikatakan ramai akan lebih mencabar dari sebelumnya.

Persediaan Awal Hadapi Peperiksaan Penting

Persediaan awal sebegini memang bagus dilakukan. Apatah lagi apabila format peperiksaan UPSR 2016 sudah berubah.

Uh kalau tengok daripada jadual tuisyen anak saya tu, nampak letih juga ... haha .. sekarang ni, walaupun dalam cuti sekolah yang panjang; anak saya gigih menyiapkan beberapa kerja sekolah yang diberikan oleh guru semasa kelas tuisyen UPSR 2016.
Tuisyen Untuk UPSR 2016
Apapun, saya dan isteri berterima kasih kepada guru-guru sekolah yang telah berkorban masa dan tenaga dalam menjayakan kelas tuisyen ini. Terima kasih juga kepada pihak PIBG sekolah yang turut menyokong program seperti ini.

Rasanya berbaloi bayar RM50 untuk kelas tuisyen ini yang berjalan selama hampir 2 minggu. Kalau nak pergi kelas tuisyen luar ... banyak juga modal nak kena keluar.


3 comments.. read them below or add one

PeRdU cINta PeRdU cINta December 14, 2015
Alhamdulillah...bila guru guru komited dalam melaksanakan tugas insha Allah anak murid pun seronok...untuk masa depan jugakan...
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah December 15, 2015
Bagus belajar dari awal lagi untuk persiapan UPSR akan datang.
Hasrul Hassan Hasrul Hassan December 16, 2015
Ya, saya kagum dengan kesungguhan guru-guru sekolah anak saya ni.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.