Langkau ke kandungan utama

Tarikh Pembayaran Rasmi BR1M 2016

Tarikh Pembayaran BR1M 2016. Ramai yang telah tahu bahawa pihak berkaitan dengan BR1M 2016 telah membuka pendaftaran untuk permohonan baru Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk tahun 2016. Malah, mereka yang layak menerima bantuan juga boleh mengemaskini butiran diri terkini menerusi borang BR1M 2016 yang telah mula diedarkan percuma sejak 5 Disember 2015.

Borang pendaftaran BR1M 2016 yang lengkap diisi perlu dihantar sebelum 31 Disember 2015. Ia perlu dihantar ke mana-mana cawangan LHDN berdekatan sebelum tarikh yang saya sebutkan tadi.
Tarikh Pembayaran BR1M 2016

Tarikh Pembayaran Rasmi BR1M 2016

Seperti telah dimaklumkan dalam Bajet 2016, kadar pemberian BR1M 2016 telah dinaikkan menjadi seperti berikut:
  • Tersenarai dalam e-Kasih berpendatan bulanan kurang RM1000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1,050.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah - jumlah BR1M adalah sebanyak RM1000.
  • Isi rumah berpendapatan bulanan dari RM3,001 hingga RM4,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM800.
  • Individu bujang 21 tahun ke atas dengan pendapatan kurang RM2,000 - jumlah BR1M adalah sebanyak RM400.

Pembayaran BR1M 2016 akan diberikan dalam 4 peringkat seperti ditunjukkan di bawah:
Tarikh Pembayaran BR1M 2016
Pendapatan Isirumah Bawah RM1,000 (e-Kasih): RM1050
  • Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM300 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016
Pendapatan Isirumah Bawah RM3,000: RM1000
  • Ansuran pertama: RM250 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM250 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM250 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM250 pada 28 September 2016
Kategori Isirumah RM3,001 hingga RM4,000: RM800
  • Ansuran pertama: RM200 pada 28 Januari 2016
  • Ansuran kedua: RM200 pada 28 April 2016
  • Ansuran Ketiga: RM200 pada 23 Jun 2016
  • Ansuran Ke Empat: RM200 pada 28 September 2016
Kategori BR1M Individu Bujang: RM400
  • RM400 pada 28 Januari 2016

Kepada mereka yang layak untuk menerima BR1M 2016, dan pernah menerima BR1M pada tahun 2015, anda diwajibkan untuk kemaskini data terkini anda di portal rasmi BR1M (https://ebr1m.hasil.gov.my) atau kemukakan borang BR1M 2016 yang telah dilengkapkan dengan butiran terkini, terutamanya nombor akaun bank, alamat rumah, nombor telefon serta butiran waris.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. assalamualaikum HH...untungnya siapa yg dpt BRIM ni...dah ada jadual bila pembayarannya...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Ramai yang tunggu br1m ni. Untung yang dapat.

      Padam
  2. dah kemas kini husband punya..28 Jan dapat la..dapat jugak beli katil umah

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…