Tarikh Bayaran BR1M 2016

Tarikh bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016 (BR1M). Menteri Kewangan Kedua telah mengumumkan bahawa tarikh pembayaran pertama untuk BR1M 2016 akan dilakukan mulai 28 Januari 2016. Sesiapa yang layak untuk menerima BR1M 2016 akan menerima pembayaran terus ke akaun bank sepertimana yang rekod yang telah didaftarkan dalam borang BR1M 2016.

Tarikh Bayaran BR1M 2016

Borang BR1M 2016 akan mula boleh diperolehi mulai 5 Disember 2015 (Sabtu) menerusi secara online di laman web rasmi BR1M dan juga laman web Kementerian Kewangan Malaysia. Borang permohonan baru BR1M 2016 ini juga boleh didapati di pejabat-pejabat mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil LHDN, dan pusat transformasi bandar LHDN.

Hmm .. harapnya dengan pembayaran BR1M pada 28 Januari 2016 akan memberikan impak positif kepada kewangan mereka yang terlibat. Apatah lagi dengan banyak kenaikan harga yang dijangka pada tahun 2016 selain beberapa perkara lain seperti pemberian RM100 untuk anak-anak sekolah yang kini terhad kepada golongan tertentu seperti dibentangkan dalam Bajet 2016.

Kepada yang merasakan diri mereka layak untuk terima BR1M, sila kemaskini butiran peribadi anda di borang BR1M 2016 yang baru. Elakkan berlaku masalah yang akan menyukarkan anda kelak.

2 comments.. read them below or add one

Nao Mei Nao Mei December 03, 2015
Alhamdulillah..dah ada tarikh ye abg HH
Jamil MILx Jmbelog HASHIM Jamil MILx Jmbelog HASHIM December 03, 2015
singgah pagi...
http://jmbelog.blogspot.my/

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.