Langkau ke kandungan utama

Peta Laluan Terkini LRT dan Monorel

Saya suka gunakan perkhidmatan LRT dan Monorel jika 'bercuti' ke Kuala Lumpur. Selalunya, sebelum pergi ke mana-mana tempat menarik di KL, saya akan usyar dulu peta laluan LRT dan Monorel terkini oleh MyRapid. Ia penting untuk saya merancang perjalanan saya, apatah lagi saya membawa anak-anak yang ada ragam masing-masing.

Jika tiada peta laluan LRT dan Monorel, mungkin saya boleh tersesat memandangkan stesen-stesen LRT, Monorel mahupun ERL serta Komuter ada yang berada setempat. Silap masuk, uhh boleh haru biru jadinya. Lagipun, saya bukannya biasa dengan jalan sekitar KL... haha .. orang kampunglah katakan.

Peta Laluan Terkini LRT dan KL Monorail

Peta Laluan Terkini LRT RapidKL 2016
Saya pernah menggunakan kereta sendiri untuk cuti-cuti dan jalan-jalan sekitar Kuala Lumpur, walaupun dengan bantuan aplikasi Waze, saya sering tersilap lorong dan jalan. Malah, pernah beberapa kali hampir kemalangan disebabkan terpaksa menukar laluan secara tiba-tiba gara-gara Waze. Dari terpaksa pusing 8 kali untuk dapatkan laluan yang betul., baik saya gunakan perkhidmatan LRT dan Monorel, terutama untuk destinasi yang berdekatan antara satu sama lain.

Untuk kebaikan saya di masa akan datang, dan mungkin juga untuk anda yang akan menggunakan perkhidmatan LRT dan Monorail MyRapid di Lembah Klang, maka saya kongsikan peta laluan terkini LRT dan Monorel untuk semua laluan Monorail Lembah Klang, Laluan LRT Kelana Jaya dan Laluan LRT Ampang. Anggaplah entri ini sebagai tips bercuti untuk anda sekeluarga ye ... huhuhu.
Peta Laluan Terkini Monorail Kuala Lumpur 2016

Peta Laluan Monorail Terkini KL Sentral - Titiwangsa

Peta Laluan LRT Terkini Kelana Jaya - Gombak

Peta Laluan LRT Terkini Kinrara/Ampang - Sentul Timur

Semoga perkongsian dan panduan mengenai peta laluan ini dapat sedikit sebanyak membantu. Peta laluan ini adalah betul setakat entri ini ditulis, dan ia menjadi antara petunjuk penting jika mahu menggunakan servis MyRapid sekitar Lembah Klang. Ia adalah peta laluan terkini LRT dan monorel untuk tahun 2016.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…