Pelakon Mia Ahmad Top 5 Trending People Google 2015

Wah, kehebatan populariti pelakon Mia Ahmad memang tidak disangkal lagi. Pelakon cantik ini menjadi antara top 5 trending di Google Malaysia kategori perorangan (person) dalam tahun 2015. Tempias menjadi antara top trending ini mungkin disebabkan populariti drama Hati Perempuan. Hati Perempuan merupakan antara top 10 carian paling popular di Google Malaysia untuk sepanjang tahun 2015.

Personaliti lain yang turut trending di dalam pencarian di Google Malaysia untuk tahun 2015, termasuklah Lee Kuan Yew, Paul Walker (Fast and Furious 7), Najib Razak, dan juga Kevin Morais yang berada di dalam top 5 trending person di Google Malaysia.

Pelakon Mia Ahmad Top 5 Trending Google 2015

Pelakon Mia Ahmad Top 5 Trending People Google 2015
Mari lihat senarai penuh 10 top trending Google Malaysia kategori person untuk tahun 2015. Anda boleh jangka mengapa mereka yang tersenarai ini menjadi antara top trending people di Google Malaysia sepanjang tahun 2015 ini. Masing-masing ada cerita di sebalik nama mereka yang menjadi popular di Google.

1. Lee Kuan Yew

Top 5 Trending People Google 2015
Merupakan Perdana Menteri Pertama Singapura, meninggal dunia 23 Mac 2015. Mendiang merupakan orang terpenting dalam penubuhan Singapura Moden, dan bertanggungjawab dalam proses Kemerdekaan Singapura dari Malaysia pada tahun 1965. Perdana Menteri paling lama memegang jawatan tertinggi kerajaan, beliau diakui sebagai bapa Singapura yang menjadikan negara tersebut dari sebuah negara dunia ketiga menjadi negara kelas pertama hanya dalam satu generasi.

2. Paul Walker

Pelakon utama Fast And Furious 7 ini mati dalam kemalangan jalanraya pada bulan November 2013. Filem Fast And Furious 7 telah menjadi antara carian paling popular di Google 2015 dan filem ini adalah lakonan terakhir mendiang ini sebelum kemalangan yang meragut nyawanya.

[Baca]  10 Carian Tertinggi Google Malaysia Sepanjang 2015

3. Najib Razak

Top 5 Trending People Google Malaysia 2015
Pertama Menteri Malaysia yang menjadi perhatian dunia sepanjang tahun 2015. Banyak perkara dan isu berbangkit yang berlaku di Malaysia telah menaikkan nama Perdana Menteri keenam Malaysia ini. Nama Najib Razak antara top 5 trending people Google 2015 kerana ramai yang mahu tahu beberapa isu besar yang mengaitkan nama beliau.

4.0 Mia Ahmad

Mia Ahmad Top 5 Trending People Google Malaysia 2015
Pelakon ini semakin dikenali kerana populariti yang diraih menerusi drama Hati Perempuan. Watak Yuhanis yang dibawa di dalam drama tersebut sangat berkesan sehingga menjadi trending ketika drama itu bersiaran. Pelakon yang berusia 27 tahun (2015) ini berasal dari Taiping, Perak dan masih lagi single ketika entri ini ditulis.


5.0 Kevin Morais

Pembunuhan Kevin Morais menjadi antara cerita paling dicari di Google Malaysia. Ramai yang mahu tahu siapakah Kevin Morais ini dan mengapa kisah pembunuhannya menjadi topik hangat dan diperkatakan ramai. Penemuan mayat Kevin Morais di dalam sebuah tong dram yang diisi bersama simen mengejutkan ramai pihak, yang sebelum ini mengesyaki bahawa Kevin Morais telah diculik.

Top trending people di Google 2015 juga menyenaraikan nama Farah Ann Abdul Hadi, Diana Danielle, Caitlyn Jenner, Alexandra Daddario, dan John Cena.

Google Malaysia juga menyenaraikan beberapa kategori lain dalam trending Google, antaranya Car Models, Peranti Mudah Alih, Permainan, Filem, pencarian Berita, Beli Belah dan Destinasi Percutian Tempatan.


6 comments.. read them below or add one

Nor Afidah Bte Che Azmi Nor Afidah Bte Che Azmi December 21, 2015
Hidup org taiping...hahaha tetiba pulak
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah December 21, 2015
Ramai yang nak tahu cerita tentang dia. Kat TV pun banyak sekarang ni drama dia kan.
Jobdirumah Buat Duit Jobdirumah Buat Duit December 21, 2015
PM kita pun ada rupanya. Banyak cerita dia, itu yang membuatkan ramai yang nak tahu.
Jonita Jeff Jonita Jeff December 21, 2015
Secret To Success Review

Many traders choose binary options over regular stock and Forex trading, because its principles are relatively simple. You don't need to know about a hundred different factors, and worry about prices falling a few years from now. Brokers for binary options make it even easier for you to get the most out of this style of trading.

http://binarymetabotreview.com/secret-to-success-review/
emalin mohd emalin mohd December 22, 2015
Kenal pelakon ini pun dari cerita Hati Perempuan..
Blogger Lelaki Blogger Lelaki December 22, 2015
fuh..awek paling popular dekat google la kiranya ni..dia sorang je bunga..ehemm

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.