Muat Turun Borang BR1M 2016

Muat turun percuma borang BR1M 2016. Borang permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 sudahpun diedarkan secara percuma. Seandainya anda masih belum membuat permohonan, anda boleh dapatkan borang tersebut di laman LHDN mahupun di cawangan-cawangan pejabat LHDN berhampiran.

Kepada mereka yang mungkin tidak mempunyai masa untuk ke pejabat LHDN bagi mendapatkan borang permohonan dan kemaskini BR1M 2016, saya telah sediakan capaian terus untuk muat turun borang BR1M tersebut untuk kemudahan bagi mereka yang layak memohon.

Muat Turun Borang BR1M 2016

Muat Turun Borang BR1M 2016
Permohonan baru untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia 2016 boleh dibuat mulai 5 Disember 2015 sehingga 31 Disember 2015. 



Anda juga boleh kemukakan permohonan baru dan juga kemaskini butiran secara online di laman web - https://ebr1m.hasil.gov.my

Untuk muat turun, boleh klik pautan berikut - Borang Permohonan/Kemaskini BR1M 2016

Untuk makluman juga, borang ini boleh dihantar secara berkelompok dengan mewakilkan kepada seseorang untuk menghantar borang permohonan BR1M 2016 yang telah lengkap diisi ke mana-mana pejabat cawangan LHDN.

Borang untuk menghantar permohonan BR1M 2016 secara berkelompok boleh didapati di pautan berikut - Borang BR1M Berkelompok

Semoga dimanfaatkan sebaiknya.


1 comment... add one now

Etuza Etuza Etuza Etuza December 16, 2015
terbaik informasi...tahnia sentiasa beri apa yang patut untuk pembaca maya

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.