Man Sate Depan Suriyah Tomyam, Terbaik di Morib, Banting

Sedap Man Sate yang saya beli berhadapan Restoran Suriyah Tomyan, di Morib, Banting Selangor. Saya berkesempatan untuk merasa keenakkan Man Sate ketika saya berpeluang untuk menginap di Rumah Peranginan Persekutuan Morib, cuti sekolah baru ni (2015).

Rupanya dah lama Man Sate ni bertapak di Morib. Saya diberitahu oleh akak yang jual sate ni bahawa bisnes keluarganya ini dah bermula sejak 10 tahun yang lalu. Ada beberapa cawangan Man Sate di Morib, dan salah satunya adalah di depan Restoran Suriyah Tomyam yang dikatakan agak terkenal juga dengan makanan pedas, dan panas.

Man Sate Suriyah Tomyam Terbaik di Morib, Banting

Man Sate Suriyah Tomyam Morib Banting

Saya ada juga merasa menu makanan yang ada di Restoran Suriyah Tomyam ini. Saya pesan nasi puteh dan Sup Ekor ... memang layan time hujan renyai-renyai ketika itu, apatah lagi saya turut melayan air teh o panas yang rare saya dapat ... uhh apa yang rare? Anda boleh lihat pada entri ini - Kena Perlu Teh O Segelas!

Berdasarkan carian saya di Google, restoran ini terkenal dengan menu Nasi Goreng USA dan tomyam yang sedap....huhuhu ... mungkin la kot .. sebab masa saya berada di restoran ini, ramai juga pelanggan yang order tomyam. Uhh rugi rasanya tak order .. mana tahu boleh lawan dengan Tomyam Seri Dayang di Parit Buntar.

Bau Harum Man Sate Menyelubungi Persekitaran Malam

Saya tak teruja sangat dengan menu di restoran Suriyah Tomyam, tetapi lebih tertarik dengan Man Sate yang terletak di pintu masuk restoran ini. Bau sate ayam dan daging memang menusuk kalbu. Kawasan restoran pun diselubungi 'asap misteri' Man Sate... haha ...  Saya order lebih kurang 50 cucuk sate pada malam itu.

Nampak gerai Man Sate seperti tiada pelanggan pun, tetapi apabila saya nampak senarai order yang ada .. uh ramai juga yang dah pesan awal-awal 'take-away'. Malah, semasa menunggu sate saya disiapkan, beberapa pelanggan dari restoran turut order beberapa puluh cucuk Man Sate.

Harga Man Sate

Man Sate Suriyah Tomyam Morib Banting

Memang sedap Mat Sate. Tak rugi saya beli walaupun harganya agak mahal bagi sate daging, iaitu RM1.00 setiap cucuk. Harga sate ayam pula dijual dengan RM0.80 secucuk. Ada sate lain juga .. sate kambing dan sate usus yang boleh anda rasa. Sais sate agak besar dan boleh bersaingan dengan saiz Sate Kajang.

Tapi tak boleh nak lawan dengan harga sate di tempat saya ... Sate di tempat saya, iaitu di Parit Buntar masih lagi dijual dengan harga antara RM0.40 hingga RM0.60 secucuk terutama di Pasar Malam Parit Buntar.

Saya bertanya juga pada kakak yang menjual .. uh rupanya dia memang owner Mat Sate ni ... katanya...

"Harga sate memang cenggini kat sini .. kat pasar malam pun jual harga macam ni dik ... harga ayam dengan daging mahal sekarang ni .." katanya.

"Harga ayam boleh tahan lagi dik .. tapi daging ni .. sebab import kan .. tu sebab kadang tak menentu. Daging bukan daging biasa dik ..."

Saya juga diberitahu bahawa Banting adalah tempat menternak dan memproses ayam terbesar di Selangor. Jadi, agak ralit juga apabila sate ayam dijual sehingga RM0.80 secucuk ... fuhhhh nasib baik saiz dia boleh tahan, dan rasanya memang sedap. Patutlah ramai yang datang beli sate dari Man Sate.
Man Sate Suriyah Tomyam Morib Banting

Lumayan sebenarnya menjual sate ni ... saya sempat juga tanya tentang berapa boleh dapat dalam semalam dengan menjual sate ... kata kakak ni, memang ada hari banyak terjual ... sampai beratus cucuk. Pernah juga menjual sehingga lebih dari seribu cucuk sehari !! .. Perghhh ...

Dan paling tak menang tangan apabila ada tempahan untuk majlis tertentu. Dulu, masa berniaga susah orang nak tempah .. tapi sekarang, dah jadi trend kalau kenduri kahwin mesti nak ada macam-macam hidangan, dan Man Sate dapatlah sedikit tempiasnya.

Kata akak ni juga .. dengan berniaga sate .. dapatlah dia dan suami pergi menunaikan haji .... dan masukkan anak ke IPT .. alhamdulillah.

Jika anda ke Morib, carilah Man Sate ni .. nak senang, cari je Suriyah Tomyam. Restoran ini tepi jalan, saya rasa dalam aplikasi Waze ada nama restoran ni .. cubalah ye. Cuba rasa Man Sate .. dan lihat apa yang saya perkatakan dalam blog post ini - benar atau semata-mata nak promosi gerai akak ni .. hoho.


4 comments.. read them below or add one

Kim Chaa Kim Chaa December 15, 2015
Sedapnyaa satey ^^
http://kimchaa.blogspot.my
Gerai Opah Gerai Opah December 15, 2015
belom penah try lg..hr tu pg morib search jgk makanan best..x jmpe lak satay nie..lain kali kot..hehe..
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah December 15, 2015
Menarik juga man sate ni yea. Tapi harga dia macam boleh tahan juga.
emalin mohd emalin mohd December 15, 2015
Bolehlah cuba kalau ke Morib. Gambar sate dan kuahnya takda Tuan HH?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.