Wow. Teruja bila tengok ada Lazada 2015 clearance sale ... diskaun melampau sehingga 92% diberikan. Walaupun nampak mengujakan tetapi nampak gayanya Bajet 2016 perlu hemat sedikit. Lebih-lebih lagi, anak-anak bersekolah semuanya. Tak boleh terlalu teruja bila nampak diskaun yang memukau ni.

Sale dari Lazada Malaysia memang best. Saya dah acapkali shopping online di Lazada ni. Dah macam-macam saya beli. Pembelian kali terakhir sebelum post ini ditulis adalah sebuah beg kecil untuk toiletries. Beg itu dibeli dari luar negara menerusi Lazada. Agak lambat saya terima, lebih kurang 2 minggu rasanya. Tapi, alhamdulillah, saya sangat puas hati dengan produk yang telah saya terima.

Lazada 2015 Clearance Sale - 92% Discount

Lazada 2015 Clearance Sale - 92% Discount

Kalau anda kaki shopping online, bila nampak Lazada ada sale berikan diskaun sehingga 92%, maka saya syorkan anda untuk lihat produk-produk yang dijual terlebih dahulu. Bukan apa, ada pelanggan yang merungut dapat produk yang tidak seperti diharapkan. Yelah, belian online ni ... satu je kekurangan dia, kita tak dapat nak sentuh dan rasa; maka kena perhati betul-betul dan buat perbandingan.

Sebelum ini, saya ada sedikit sebanyak kongsikan beberapa tips untuk shopping online di Lazada. Mungkin ada yang tidak perasan sebab saya selalunya akan selit bila bercerita bab shopping di Lazada. Salah satu entri yang ramai suka baca ialah berkaitan Tips Mendapatkan Baucer Diskaun Lazada. Nampak ramai yang suka benar dengan diskaun ehh .. hoho.

Andai anda tidak ada masalah untuk berbelanja di akhir tahun, maka bolehlah usyar Lazada 2015 Clearance Sale yang berikan diskaun sehingga 92% ni. Manalah tahu kot-kot ada benda yang sebelum ini anda berkenan dijual dengan harga yang mampu untuk anda bayar.


Saya selalu lihat review pada deskripsi produk yang dijual di Lazada, kebanyakkan yang beli di Lazada selalunya akan membeli bila ada diskaun ... dan mereka puas hati dengan pembelian mereka. Malah, ada yang tinggalkan komen menyesal sebab tak beli semasa promosi, kerana harga promosi jauhh lebih murah dari harga sedia ada, dan juga yang terdapat di pasaran semasa.

Selain jualan clearance sale oleh Lazada, ada jualan akhir tahun 2015 dibuat ... so, bolehlah jenguk-jenguk ye ...


11 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Memang sale habes habesan..kalau tak berfikir secara waras..memang semua benda nak beli..hehe

    BalasPadam
  2. sekarang ni, sale pun kena pejam mata je. sebab ada target untuk tahun depan. hehe

    BalasPadam
  3. Hehehe... tunggu bonus, sempat tak? Lazada kerap jugak buat sale.. nak dekat hujung tahun ni,lagilah

    BalasPadam
  4. menarik ni. Kena pilih yang mana-mana berkenan.

    BalasPadam
  5. masa ni lah kena shopping betul2..hihi

    BalasPadam
  6. memang best tgk sale..tp kene tgk akaun dlu..musim2 sek nak bukak ni kene dulukan mana yg penting..hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. ye betul, kang nangis tak berlaku lak, sambil yang lain melalak .. keh keh keh...

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement