Laluan Baru Percubaan KTM Komuter 15 Disember 2015

Wah, nampaknya KTM sedang meningkatkan fasiliti dan juga laluan Komuter menjelang 2016. Saya difahamkan pihak KTM akan melakukan percubaan untuk laluan baru KTM Komuter mulai 15 Disember 2015. Laluan baru percubaan ini melibatkan destinasi dari Tanjung Malim/Rawang ke Pelabuhan Klang, dan juga dari Batu Caves ke Seremban/Gemas.

Laluan Baru Percubaan KTM Komuter 15 Disember 2015

Laluan Baru Percubaan KTM Komuter 15 Disember 2015
Dua laluan percubaan ini akan dilaksanakan mulai 15 Disember 2015. Perlaksanaan ini telah mendapat kelulusan daripada pihak SPAD, dan akan dilakukan selama 6 bulan. Di dalam tempoh percubaan ini, pihak KTM akan melihat impak terhadap perkhidmatan tren serta aliran perkhidmatan tren KTM Komuter dalam sektor Peningkatan Infrastruktur Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT).

Kaji Selidik Sepanjang Tempoh Percubaan

Kaji selidik dan maklum balas daripada penumpang akan diambil selama tempoh percubaan lalu baru KTM Komuter ini dijalankan. Jadi, kepada anda yang mungkin akan menggunakan servis KTM Komuter untuk laluan percubaan ini, harapnya dapat memberikan input yang sepatutnya agar dapat membantu KTM memperbaiki kelemahan jika ada.
Laluan Baru Percubaan KTM Komuter 15 Disember 2015

Sehubungan dengan laluan baru percubaan KTM Komuter yang akan dilaksanakan mulai 15 Disember 2015 ini, jadual tren KTM Komuter untuk sektor terbabit akan mengalami sedikit perubahan. Jadual waktu terkini untuk servis atau perkhidmatan tren KTM Komuter akan diumumkan mulai 3 Disember 2015 di laman web rasmi KTM.

Saya juga dimaklumkan bahawa KTM juga akan menjadualkan semula semua laluan KTM Intercity tidak lama lagi untuk tahun 2016. Malah, perkhidmatan keretapi Ekspress Rakyat, dan Senandung Langkawi juga akan diberhentikan dan digantikan dengan perkhidmatan ETS dan Komuter.

Untuk pertanyaan dan maklum balas boleh hubungi Pusat Panggilan KTM 1300 88 5862, twitter@ktmkomuter atau email komuter4u@ktmb.com.my

5 comments.. read them below or add one

jambu batu jambu batu December 08, 2015
aiseyman... laluan tg malim sudah tukar pulak.. uhuhuhu..
Amanda Suria Amanda Suria December 08, 2015
tak tahu la macam mana keadaanya nanti harap2 smooth...
Hasrul Hassan Hasrul Hassan December 08, 2015
Kalau jadi ni .. mesti seronok orang2 yang duk jauh leh didekatkan ... tambang komuter kalau lagi jauh lagi jimat dengarnya ...
Hasrul Hassan Hasrul Hassan December 08, 2015
Akan bertukar sepenuhnya nanti.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.