Uhh kucing sekarang dah tak macam dulu. Kebanyakan kucing sekarang dah pandai memilih makanan, terutama sekali kucing di rumah yang tinggal di bandar. Kucing moden ini dah tak pandai nak makan ikan mentah, semua perlu dimasak kerana mungkin kucing-kucing ini tahu bahawa makanan yang tidak dimasak adalah merbahaya untuk kesihatan .. hahaha...

Saya nak kongsikan beberapa gambar yang diambil daripada facebook seorang otai blogger terkenal yang juga merupakan antara mentor dan guru online saya berkenaan blogging ini, iaitu Kak Kujie (Kujie.com). Dari gambar tersebut, anda boleh lihat bagaimana gelagat kucing-kucing sekarang yang tak tahu cara nak makan ikan mentah yang diberikan oleh Kak Kujie ni.

Kucing Sekarang Pun Dah Pandai Pilih Makan

Gambar pertama, memperlihatkan 2 ekor kucing kesayangan Kak Kujie seolah tertanya-tanya apabila melihat tuannya memberikan dua bahagian ikan mentah di dalam pinggan... makanan yang mungkin tidak pernah mereka lihat sebelum ini ..
Gambar kedua di bawah ini pula menunjukkan seolah-olah kucing-kucing ini sedang 'berbicara' sesuatu mengenai makanan mentah yang telah tersedia untuk dijamah. Tidak nampak sebarang minat pun terhadap dua bahagian ikan yang telah siap dipotong dan dibersihkan ...

Walhal secara logiknya dan pengetahuan am saya berkaitan makanan kucing (diketahui sejak kecil) bahawasanya kucing sangat sukakan ikan. Malah, pernah satu ketika saya melihat kucing menyambar ikan selar yang baru dibeli dari pasar semasa menolong arwah opah di dapur, semasa cuti di kampung...
Kucing-kucing yang kelaparan ini walaubagaimanapun, akhirnya makan ikan yang diberikan ini setelah ianya direbus oleh Kak Kujie. Lihat paparan di bawah ini bagaimana lahapnya kucing-kucing kesayangan Kak Kujie ini menghabiskan ikan tadi yang telah siap direbus ... sampai licin pinggan tuhhh ...
Mungkinkah evolusi corak pemakanan sedang berlaku pada kucing-kucing ini sehingga selera sudah berubah? Hoho ...

Kita dah lihat bagaimana kucing-kucing makan sisa makanan, dan kita juga pernah melihat kucing-kucing makan makanan ringan .... mungkin satu hari nanti, kita akan melihat kucing-kucing ini diberikan makan yang lebih istimewa dan tidak terfikirkan oleh akal kita sekarang.

Zaman berubah, kehidupan berubah. Kita tak boleh pandang ke belakang tanpa melihat ke depan dengan sesuatu yang lebih baik. Kita perlu berhadapan dengan suasana yang bakal menyebabkan kita perlu berevolusi seperti mana kucing-kucing ini.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement