Komisen 24 Ashadee.com

Alhamdulillah, rezeki menerusi affiliate diterima lagi. Kali ini, saya terima komisen kali ke 24 daripada affiliate Ashadee.com. Sejak saya menggunakan Nichify, dan mempromosikan produk affiliate di blog, rezeki menerusi bisnes online tanpa modal ini semakin baik.

Sebelum ini, saya seperti kebanyakkan mereka yang mahu jana income menerusi blog, buntu akal untuk cari jalan bagi mendapatkan komisen menerusi program affiliate ini. Alhamdulillah, berkat belajar daripada beberapa panduan dan ebook yang saya beli online, dah nampak hasilnya.
Komisen 24 Ashadee.com
Saya tidak pernah menyesal membeli ebook dan panduan yang ada dijual secara online, walaupun ada di antaranya itu adalah ilmu yang telahpun saya ketahui menerusi pembacaan di blog-blog usahawan online terkenal. Saya redha, dan elakkan diri daripada mengeluh.

Ilmu itu datang dalam pelbagai bentuk. Kadangkala kita merasakan apa yang ada sudah cukup untuk menjadikan diri kita terbaik, tetapi percayalah ada orang yang lebih baik ilmu pengetahuannya dengan apa yang kita ada.

[Baca] Bisnes Dari Rumah

Kegagalan saya sebelum ini dalam program affiliate ialah kerana saya terlalu pantas dan teringin sangat nak buat duit dengan blog - tanpa ada panduan sebenar dan metod yang membolehkan saya mendapat income pertama menerusinya.

Sejak saya menonton video Mesin Komisen, dan hadiri beberapa seminar online yang disediakan oleh pengasas Ashadee.com (Jomniaga.com); saya dapat beberapa ilmu dan pelajari teknik-teknik untuk mendapat komisen menerusi affiliate.

Apabila dah tahu, dan lihat teknik yang digunakan itu membuatkan hasil .. saya teruskan sehingga berjaya dapat komisen yang agak baik daripada Ashadee.com, Klikjer.com, Tim Infokerjaya, Kliks Solution dan beberapa taukey ebook online yang ada program affiliate.

[Info] Ketahui Cara Jana Income 4 Angka Menerusi Instagram! Terbukti!

Income menerusi komisen affiliate sudah pun capai 5 angka secara keseluruhannya. Semuanya dilakukan tanpa mailing list, tanpa autoresponder, tanpa landing page - 90% menerusi blog.

Betullah kata seorang sahabat saya ... nak buat duit online kena guna cara dan kaedah yang kita paling tahu. Jangan tamak nak gunakan semua teknik ... tumpu pada satu cabang pemasaran, dan lakukan sehabis baik .. in Sha Allah .. akan dapat rentak dan cara.

4 comments.. read them below or add one

Ikhwan Fahmi Ikhwan Fahmi December 13, 2015
alhamdulillah, hasil yang berterusan :)
Hasrul Hassan Hasrul Hassan December 13, 2015
Kena banyak belajar lagi ni ..
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah December 14, 2015
Tahniah tuan HH. Dapat banyak tu.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.