Kemaskini Bloglist 2016 HasrulHassan.com

Terima kasih kepada rakan blogger yang telah sudi mengisi ruang kosong untuk menjadi sebahagian daripada bloglist 2016 terkini di dalam blog hasrulhassan.com. Dukacita ada blog yang saya terpaksa tolak permohonan dan link blog kerana tidak patuhi syarat dan terma yang dinyatakan. Adalah penting untuk blogger sentiasa berdisiplin dalam hal ini.

Saya kadangkala strict juga ye ... walaupun dalam hati ada taman, tetapi disiplin blogger perlu dititikberatkan. Ia perkara mudah, dan bukan sukar. Andai perkara mudah tidak boleh diikuti dengan baik, bagaimana mahu berjaya di dalam dunia blog Malaysia?

Kemaskini Bloglist 2016 HasrulHassan.com

Saya suka ingatkan kepada semua rakan blogger, andai anda join mana-mana segmen, contest, pertandingan, giveaway dan sebagainya ... anda harus dan perlu ikuti syarat dan terma dinyatakan. Anda perlu dan wajib untuk jujur dan ikhlas. Andai anda tidak berlaku jujur dengan rakan blogger lain, bagaimana anda mahu harapkan blogger lain akan bertindak dan melakukan perkara yang sama kepada anda, dan blog anda.

Saya bukan seorang blogger yang sempurna, kadangkala nasihat sendiri makan diri juga. Tetapi, apabila perlu dan mula ingat, maka peringatan itu perlu dinyatakan. Ia baik untuk diri, dan untuk rakan blogger yang lain.


Saya sudahpun kemaskini sebahagian dari senarai blog yang terpilih untuk diisikan di dalam ruangan bloglist 2016. In Sha Allah, blog-blog lain yang telah hantar URL blog masing-masing akan saya letakkan dalam masa terdekat.

Bloglist saya akan menyenaraikan 10 blog yang paling aktif kemaskini dari semasa ke semasa, dan setakat ini sudah ada 30 senarai blog berada di dalam bloglist 2016. Saya akan menyenaraikan semua blog yang terpilih setelah berjaya kemaskini secara sempurna senarai blog tersebut nanti ... jadi, tunggu post yang akan datang.

Kepada yang belum bernasib baik, in Sha Allah, saya akan buka lagi peluang untuk berada di dalam bloglist.

Salam Maulidur Rasul buat semua rakan blogger beragama Islam.

Kemaskini Bloglist 2016 HasrulHassan.com

{ 10 comments.. read them below or add one }

Murni Mohd Yusof Murni Mohd Yusof December 24, 2015
terima kasih sifu HH sbab masukkan blog Murni dlm snarai bloglist 2016 ni. tak dan nak reply komen dkat FB td, line internet slow
kamil salleh kamil salleh December 24, 2015
Terima kadih beri peringatan. Semoga blog saya tersenarai nanti.
Kim Chaa Kim Chaa December 24, 2015
Waaah .. tahniah untuk yang tersenarai. Moga ada rezeki saya di lain hari ^^
Siti Rohaida Yusof Siti Rohaida Yusof December 24, 2015
thanks untuk peringatan tu...cuma tuari ada masukkan template lain..bloglist pun dah lari...ni cuba nak masukkan balik bloglist terbaru.. :)
iffah hussin iffah hussin December 24, 2015
Tahniah siapa yang tersenarai dlm Bloglist
Hasrul Hassan Hasrul Hassan December 25, 2015
Ok... tak mengapa, saya masih lagi dalam proses kemaskini dan tgk blog yang memenuhi syarat ..
Hasrul Hassan Hasrul Hassan December 25, 2015
In Sha Allah, nanti saya akan buka lagi untuk masukkan beberapa blog lain. Sabo ye
mrhanafi mrhanafi December 25, 2015
sesiapa yang tersenarai tu kira beruntung la..
lokman amirul lokman amirul December 27, 2015
Admin tlong add saya lokmanamirul.blogspot.com
tenku butang tenku butang January 03, 2016
Tq sifu sbb masukkan blog tengkubutang blogspot dalam bloglist sifu.. Dah lama nantikan saat ni.. Tq tq s

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.