Kadar Kompaun Saman Trafik Terkini PDRM, JPJ, DBKL

Kadar Kompaun Saman Trafik Terkini PDRM, JPJ dan DBKL. Setiap tahun, terutama di akhir tahun, saya akan cuba menyemak samada ada apa-apa kompaun mahupun saman yang mungkin tidak dibayar sepanjang tahun. Untuk info, kadar kompaun saman trafik terkini PDRM, JPJ dan DBKL telah diselaraskan semenjak 1 Julai 2013, mengikut kategori kesalahan yang dilakukan.

Kadar ini ada sedikit perbezaan dengan jadual kadar baru saman PDRM yang pernah saya terbitkan pada tahun 2011. Hmm .. bukan sedikit, tetapi agak besar juga perbezaannya. Anda boleh buat perbandingan sendiri nanti. Namun, sukacita saya nak kongsikan kadar kompaun saman trafik terkini yang telah diselaraskan untuk tiga organisasi dan jabatan penguatkuasa ini iaitu PDRM, JPJ dan DBKL.

Kadar Kompaun Saman Trafik PDRM, JPJ, DBKL

Kadar Kompaun Saman Trafik PDRM, JPJ, DBKL
Kadar kompaun bagi saman yang dikenakan adalah bersandarkan kepada konsep - The More You Delay, The More You Pay. Semua saman yang dilakukan mengikut kesalahan lalu lintas adalah termaktub dalam undang-undang kesalahan jalanraya dan trafik. Kadar kompaun saman trafik ini adalah selaras, dan di bawah ini merupakan kadar kompaun asal bagi setiap kesalahan biasa lalu lintas.

Kadar kompaun saman trafik ini akan meningkat mengikut bilangan hari ia lewat diselesaikan iaitu 1-15 hari, 16-30 hari, dan 31-60 hari. Seandainya kompaun saman trafik tidak dibayar lebih dari 60 hari, waran tangkap akan dikeluarkan, dan pesalah mungkin dihadapkan ke mahkamah.

Kadar Kompaun Asal Saman Trafik PDRM, JPJ dan DBKL


Kesalahan Kadar Kompaun Asal
Lampu Isyarat KenderaanRM100
Larang Letak KenderaanRM150
Larang MemotongRM150
Tidak Pakai Topi KeledarRM100
Melebihi Had LajuRM150
Tak Pakai Talipinggang KeledarRM150
Tiada Lesen Kenderaan MotorRM150
Pandu Guna Alat KomunikasiRM150
Tidak Pamer "P" Depan/BelakangRM70
Potong Secara Bahaya-Potong QRM150
Memandu Di Lorong KecemasanRM300
Kesalahan Lampu MerahRM150
Halangan LalulintasRM150
Tak Boleh Buat Pusing URM150

Kadar Kompaun Saman Trafik Bersandarkan Kepada Kategori Kesalahan


Semua informasi ini adalah benar semasa post ini diterbitkan, dan menjadi rujukan asas sahaja untuk kesalahan biasa yang dilakukan. Kadar kompaun saman mungkin berbeza mengikut jumlah kesalahan yang dilakukan.

Sumber: Laman Interaktif Trafik PDRM


0 comment... add one now

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.