31 Disember 2015

Harga Petrol Terkini RON 95, RON 97, Diesel 2016

Harga petrol terkini RON 95, RON 97, diesel 2016. Harga bahan bakar petrol jenis RON 95, RON 97 dan diesel turun untuk Januari 2016. Perkara ini telah disahkan. Harga baru dan terkini bagi petrol dan diesel untuk Malaysia akan berkuat-kuasa mulai 12:01 pagi 1 Januari 2016.

Ini merupakan penurunan harga bahan api yang agak tinggi.

Harga Petrol RON 95, RON 97, Diesel Januari 2016

Harga tersebut adalah seperti berikut:

Harga Petrol RON 95, RON 97, Diesel Januari 2016

Harga runcit petrol RON95 turun 10 sen. Harga baru bagi RON95 kini menjadi RM1.85 seliter, berbanding RM1.95 pada Disember 2015.

Manakala, harga petrol terkini bagi RON97 pula berkurangan sebanyak 20 sen, daripada RM2.45 kepada RM2.25. Harga bagi diesel pula turun paling banyak iaitu 30 sen, daripada RM1.90 pada Disember 2015 kepada RM1.60 untuk Januari 2016.



Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

3 Komen

alhamdulillah turun bulan ni. Boleh berjalan-jalan dengan senang hati.

oho..ada penurunan rupanya..harga barang still sama ye tak

patutlah ramai yang dok pi beratur isi minyak masa turun tu..apa pun alhamdulillah


EmoticonEmoticon