Ganjaran RM20,000 Lapor Penggunaan Perisian Cetak Rompak

Anda mahukan ganjaran wang tunai sebanyak RM20,000? Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan melaporkan kepada BSA - The Software Alliance mengenai sebarang penggunaan software pirate atau cetak rompak yang digunakan dalam organisasi. Dengan membuat laporan kepada BSA, anda mungkin diberikan ganjaran wang tunai RM20,000 bagi setiap salinan software atau perisian cetak rompak yang dikenalpasti, dan dibuktikan pendakwaan benar oleh mahkamah.

Ganjaran RM20,000 Lapor Software Pirate

Wah. Memang lumayan sekali ganjaran hadiah yang ditawarkan oleh BSA ini. Tawaran wang ganjaran ini hanya terhad untuk penggunaan software cetak rompak melibatkan ahli-ahlinya yang terdiri daripada beberapa syarikat perisian terkemuka dunia termasuklah Adobe, Apple, Ascom, Autodesk, Cisco, Intel, IBM dan banyak lagi. Ia merupakan satu kempen membasmi perisian cetak rompak yang berleluasa terutama di Asia Tenggara.

[Peringatan] Laporan hanya boleh dibuat untuk penggunaan di organisasi, dan bukan persendirian. Tiada ganjaran disediakan andai anda buat laporan bila syaki seseorang guna perisian cetak rompak.

Untuk membuat laporan, anda boleh melakukannya menerusi dua jenis laporan iaitu laporan ringkas dan laporan terperinci. Menerusi laporan ringkas, anda hanya perlu mengisi beberapa butiran ringkas seperti nama syarikat yang mengggunakan perisian cetak rompak, jabatan yang menggunakan, berapa jumlah komputer yang menggunakannya, jenis perisian serta cara untuk BSA mendapatkan keterangan lanjut daripada anda (pelapor).
Ganjaran RM20,000 Lapor Software Cetak Rompak
Menerusi laporan teperinci, anda perlu memberikan butiran yang lengkap berkaitan syarikat serta perisian yang digunakan, termasuklah nama CEO syarikat tersebut dan alamat syarikat yang menggunakan perisian cetak rompak tersebut.

Kenapa Perlu Melaporkan Penggunaan Perisian Cetak Rompak di Organisasi?

BSA melakukan kempen ini adalah sebagai menyedarkan betapa seriusnya isu menggunakan perisian cetak rompak dalam sesebuah organisasi. Ini termasuklah kehilangan data peribadi pengguna, serangan virus, serangan malware, kecurian identiti, perang siber dan macam-macam lagi.
Ganjaran RM20,000 Lapor Penggunaan Perisian Cetak Rompak
Ganjaran wang tunai RM20,000 adalah tertakluk dengan jumlah maklumat yang diberikan serta juga jumlah denda yang perlu dibayar oleh syarikat yang bersalah menggunakan perisian tersebut. Pelapor mungkin menerima antara 3% sehingga 10% amaun denda yang dibayar oleh syarikat yang terlibat dalam kes penggunaan software pirate ini. Ia juga tertakluk kepada budi bicara BSA yang menjalankan siasatan dan juga pendakwaan.

Bermakna, bayaran ganjaran diterima adalah hasil dari pembayaran denda oleh syarikat tersebut, bukan BSA dan bukan syarikat pengeluar perisian.

BSA begitu komited dalam kempen ini, dengan adanya 11 pejabat di Brussels, London, Munich, Beijing, Delhi, Jakarta, Kuala Lumpur, Taipei, Tokyo, Singapore, dan São Paulo.

Video Berkaitan Perisian Cetak Rompak


Semua laporan yang dibuat dianggap sebagai sulit, dan nama pelapor akan dirahsiakan dari pengetahuan umum.

Seandainya anda mahu aktif dalam kempen ini, dan bersama BSA untuk membanteras penggunaan software atau perisian cetak rompak di pejabat, tempat kerja dan organisasi di Malaysia, anda boleh kemukakan laporan menerusi pautan berikut - Buat Laporan Penggunaan Software Cetak Rompak

Anda perlu memilih dua kategori laporan seperti saya beritahu di awal tadi, dan hantar. Pihak BSA akan menghubungi anda dalam masa 72 jam untuk mengesahkan menerima laporan anda, dan mungkin akan menghubungi anda bagi mendapat maklumat lebih lanjut mengenai laporan yang telah anda buat.

Laporan yang dibuat perlulah dilakukan dengan bertanggungjawab dalam kesedaran bahawa penggunaan software cetak rompak di dalam organisasi boleh membahayakan keselamata, hanya menerusi ruang siber.


2 comments.. read them below or add one

BuJaLBuJaL December 09, 2015
hasrulhassan guna software pirate tak? sy nak report nih. hehee
sy rasa kalau buat pemantauan betul2 ramai yg guna perisian pirate di negara kita. tatau lah knapa... ia berleluasa... nak salahkan pengguna pun kdg2 tak bleh jga...
Hasrul Hassan Hasrul Hassan December 09, 2015
Sila baca entri saya dari awal ... report ini BUKAN UNTUK PENGGUNA tetapi kepada syarikat yang gunakan software pirate untuk buat keuntungan ... :)

Itu sebab ia boleh bagi ganjaran sehingga RM20K .. duit tu bukan duit dari BSA TETAPI DARI SYARIKAT tersebut yang salah menggunakan perisian cetak rompak.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.