Saya tak pasti sudah kali keberapa saya menerima email amaran daripada Adsense. Selalunya, saya akan terima email amaran dari Google Adsense disebabkan oleh beberapa entri di dalam blog tidak compliance dengan polisi pengiklanan Adsense. Hatta entri tersebut sudah lama diterbitkan sebelum diletakkan kod iklan Adsense lagi.

Jadi, seandainya anda menerima email amaran daripada Adsense, silalah lakukan 'pembetulan' atau langkah-langkah perlu agar akaun Adsense anda tidak dibanned atau dibatalkan oleh mereka. Saya pernah merasa iklan Adsense di blog kena banned beberapa kali, dan cara untuk kembalikan iklan Adsense dalam blog adalah menerusi permohonan rayuan. Ia bukan mudah untuk dilakukan, dan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan... percayalah!

Entri Tidak Comply Polisi Adsense

Saya kongsikan kepada anda email dari Adsense berkaitan entri tidak comply polisi Adsense yang telah saya terima, dan saya berikan juga tips untuk selesaikan masalah ini dengan mudah.
Entri Tidak Comply Polisi Adsense
Ok. Anda dah lihat separuh kandungan email yang saya terima di atas kan? Anda nampak tak bahawa Adsense memberitahu bahawa ada entri yang telah saya tulis dan terbitkan melanggar polisi pengiklanan Adsense.

Sekali pandang, tak nampak apa pun salah ... tajuk pun - "Dia Ceritakan Pengalaman Malam Pertamanya". Malah, tak ada perkataan yang salah pun dalam URL link entri tersebut.

Ia dijelaskan oleh Adsense bahawa kandungan entri tersebut ada ciri-ciri yang melanggar polisi seperti dinyatakan iaitu:
  • nudity or strategically covered nudity
  • sheer or see-through clothing
  • lewd or provocative poses
  • sexual activities
  • sexual fetishes (ie foot fetish content)
  • crude or indecent language (ie erotic stories, adult comment spam in postings)
  • sexual performance tips or advice
  • adult toys or products
  • ads or links to external sites containing adult content
  • adult links and/or adult keywords within the meta data in the source code of your site
Jelas diberitahu, sehingga ke koding blog pun pihak Adsense akan teliti. Tak boleh ceritakan mengenai apa-apa berkaitan mengenai seks, tak boleh ada kandungan yang ceritakan mengenai tips yang ada bau-bau bacang seksual malah tak boleh letak iklan (daripada pengiklan lain) yang menjurus ke produk, laman web yang ada kaitan dengan perkataan seks ...

Adsense tidak akan sewenang-wenangnya banned akaun milik anda, atau sekat income blog menerusi pengiklanan Adsense. Malah, mereka menjaga ahli-ahli dan pemilik akaun Adsense dengan sangat baik.

[Baca] Muat Turun Percuma Panduan Adsense untuk Blogger

Dalam email yang saya terima, Adsense juga memberikan jalan penyelesaian mudah dan ringkas untuk menyelesaikan masalah ini.

Berikut adalah kandungan sebahagian lagi email tersebut:
  • If you received a notification in regard to page content, we request that you immediately remove Google ads from the violating pages. If you are unable to, or unsure of how to remove the ads from these pages, or would like to continue monetizing the page with Google ads, please modify or remove the violating content to meet our AdSense policies.
  • If you received a notification in regards to the way ads are implemented on your site, please make the necessary changes to your implementation.
Jadi, saya pun tanpa teragak-agak membuang terus entri yang dinyatakan. Ini adalah cara paling mudah dan pantas untuk membolehkan pihak Adsense terus berikan kepercayaan.

Sebelum ini, saya pernah ubah kandungan entri yang langgar polisi, tetapi tidak berjaya ... yang mengakibatkan iklan Adsense telah diberhentikan seketika di blog.

Maka, jika anda mempunyai akaun Adsense, lebih-lebih lagi baru sahaja mendapatkannya, pastikan entri-entri lama yang telah diterbitkan tidak langgar polisi Adsense. Pastikan juga anda baca setiap email yang dihantar oleh Google Adsense .. baca dengan teliti terhadap segala kemungkinan.

[Ads] Ketahui Bagaimana Nak Tingkatkan Income Adsense 

Ramai yang tanya saya kenapa blog mereka iklan Adsense tidak keluar, walhal telah disahkan mempunyai akaun Adsense; antara sebabnya ialah kata kunci yang tidak memberikan impak untuk iklan keluar, dan tiada entri yang boleh menjurus iklan berkaitan dipaparkan.

Anda perlu faham bagaimana Adsense ini berfungsi. Ia penting untuk mendapat dan meningkatkan income blog menerusi Google Adsense ini.

8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ramai juga yang pakat nak buat fraud klik..:D

    BalasPadam
  2. sy masih lum mula adsense.. lum cukop ilmu lagik... anyway thanks 4 info..

    BalasPadam
  3. saya juga ada dua tiga kali menerima warning sebegitu..just delete the article that effected.settle masalah.

    BalasPadam
  4. Adsense ni memang kadang-kadang stirct melampau. Pada kita entry kita dah ok dah dengan syarat dia,tapi tetap terima teguran. Nak tak nak kita kena buat adjustment mana yang patut dengan entry tersebut untuk elakkan kena account kena ban. Dia durian, kita kan mentimun...

    BalasPadam
  5. Tajuk malam pertama bleh terus di caj nudity..wahh main kasar betul dierorg..pakai translate ker apa nie...mmg gila tak dapat acc & income dari adsense utk tak sakit jiwa layan karenah abanglong adsense nie.. :D

    BalasPadam
  6. Blog sy kena disable terus tanpa warning mcmanana pula tu. Nasib baik acc masih aktif cuma sedih blog pula yg kena. Ada jln penyelesaian tak untuk aktif kan semula ads di blog? dah cuba appeal tp msh gagal

    BalasPadam
  7. bagaimana caranya biar mudah iterima google asense tuan ..ajarkanlah sedikit ilmunya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, saya sudah berbagi di dalam blog ini .. boleh dicarian

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement