Dapat Amaran Google Adsense Sekali Lagi!

Uhh .. ingatkan dah clear semua perkara, nampaknya tidak. Blog ini terima satu lagi amaran daripada Google Adsense. Saya dah tak ingat sudah berapa kali pihak Adsense hantar email beri amaran kepada blog ini, rasanya sudah lebih daripada lima kali. Penting, blogger yang ada akaun Adsense ambil peduli kandungan email amaran yang dihantar.

Nasib baik Adsense berhati lembut, kalau tidak ... jika diikutkan, dah boleh kena banned dah. Tapi, alhamdulillah, masih ada rezeki lagi menerusi medium pengiklanan Google Adsense. Bukan mudah nak dapatkan akaun penuh Adsense ni, jadi bila dah dapat memang kena jaga elok-elok agar apa yang dikongsikan di blog tidak langgar mana-mana polisi dari Adsense.

Dapat Amaran Google Adsense Sekali Lagi!

Dapat Amaran Google Adsense Sekali Lagi!
Sebagai ingatan berterusan, dan juga untuk menjadi rujukan rakan blogger yang lain, saya kongsikan sedikit kandungan email amaran yang diterima. Mana tahu, boleh dijadikan sebagai panduan andai perkara sama berlaku, dan juga sebagai panduan am untuk rakan blogger yang mahu memohon akaun Adsense (full account).

As stated in our program policies, sites displaying Google ads should provide substantial and useful information to the user. Users should be able to easily navigate through the site to find what products, goods, or services are promised. Examples of misguided navigation include, but are not limited to:
  • False claims of downloadable or streaming content
  • Linking to content that does not exist
  • Redirecting users to irrelevant and/or misleading webpages
  • Text on a page unrelated to the topic and/or business model of the website.

Jadi, macamana? Anda boleh faham apa yang dimaksudkan dalam kandungan email amaran berkaitan Adsense yang blog ini terima tak?

Segalanya kerana kandungan blog.

Jika tak berapa faham, anda boleh buka kamus atau gunakan Google Translate....hehehe.. saya nak ulas takut silap fahaman ... nanti boleh jadi isu lak ... Google ni sensitif, jadi elok mereka sahaja yang beri maksud yang sebenar.

Amaran ini dikeluarkan apabila ia detect beberapa post dalam blog ini yang menjurus kepada beberapa video online yang sudah ditag hakcipta siaran. Al maklumlah, sekarang ni trending drama-drama adaptasi novel, sampai ia menjadi antara carian yang popular. Maka, saya pun embeded video tersebut dalam post. Nahhh ... kedebusss .. kena weihhh .... haha.

Gara-gara ada blog yang wujudkan entri untuk tonton video online ... maka saya link ke pautan video-video tersebut, dan akhirnya kena amaran seperti di atas.

Nak tak nak, saya perlu buang post tersebut daripada kena tindakan yang lebih tragik.


{ 9 comments.. read them below or add one }

Yana Yani Yana Yani December 29, 2015
aritu dapat tawaran juga pastu dia review balik, dia kata tak layak
tak cukup gigih nak mengikuti apa yang disarankan
haha
Marzuki Mohd Marzuki Mohd December 29, 2015
saya juga ada terima..review pasal movie..apa lagi terus delete content..huhu
PeRdU cINta PeRdU cINta December 29, 2015
wah dapat teguran ya Bro HH..tak apa..setidak tidaknya ini boleh dijadikan ingatan supaya tidak mengulangi kesilapan yang sama...dan perkongsian ini juga boleh menjadi ingatan kepada blogger lain..sensitif ya GA ni..
Qaseh Vee Qaseh Vee December 29, 2015
oh ... patutlah . lepas ni jgn boh lagi ya HH ... hehehee
Nurmujahidah Ismail Nurmujahidah Ismail December 29, 2015
erkkk.. stress jugak kalau selalu kena check mcm ni kan.. tapi adsense la bagi side income banyak kat blogger.. kena akur untuk kebaikan. :D
Siti Nurzafirah Siti Nurzafirah December 29, 2015
Tak apply lagi selepas di reject.. ada buca jugak amaran Google Adsense ni.. nanti nak tengok balik apa yang kurang..
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah December 30, 2015
Kena jaga-jaga juga lepas ni. Takut kena bend aje akaun lagi parah. Tak apa bro HH. Buang aje yang tu. Untuk keselamatan.
Pokok Manggis Depan Rumah Pokok Manggis Depan Rumah December 30, 2015
Delete itu yang terbaik. Nak jaga 'keselamatan'.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.