Langkau ke kandungan utama

Cinta Si Wedding Planner

Wah, ada drama baru dari adaptasi novel laku keras Cinta Si Wedding Planner. Saya diberitahu oleh anak saya, bahawa drama ini akan menggantikan Akulah Balqis menerusi slot Akasia TV3. Akulah Balqis dah tamat pada 29 Disember 2015. Menariknya saya nak cerita ialah kerana pelakon utama Cinta Si Wedding Planner ini ialah dua selebriti yang saya suka.

Cinta Si Wedding Planner dilakonkan oleh Amira Filzah (Mira Filzah) dan juga Adi Putra. Saya mengenali Amira Filzah sebagai seorang blogger sejak dari tahun 2011. Ketika itu, memang biasalah singgah ke blog blogger cun melecun ni .. hoho ... tapi sejak Mira Filzah menjadi pelakon, dah agak jarang nampaknya post baru kelihatan.

Cinta di Wedding Planner

Cinta Si Wedding Planner
Ramai peminat novel yang memberikan ulasan yang sangat baik untuk novel Cinta Si Wedding Planner ini. Novel karya Dhiyana ini memang sesuai dibaca oleh golongan umur macam saya sebab jalan cerita dalam novel ini banyak berlaku ketika Yahoo Messenger menjadi 'permainan' utama anak-anak remaja di alam siber.

[Lihat] 10 Gambar Cun Mira Filzah - Blogger dan Pelakon Cinta Si Wedding Planner

Hoho .. jadi, mungkin adaptasi novel ini ke drama akan jadi lebih menarik. Pastinya akan menjadi tontonan saya nanti ... ecewahhh ... konon sebab jalan cerita best dari novel ... haha .. tapi sebenarnya nak tengok kecomelan Mira Filzah bergandingan dengan pelakon utama Adi Putra yang kacak berketul otot di badan .. kah kah kah.

Sinopsis Drama Cinta Si Wedding Planner

Sedikit sinopsis mengenai drama Cinta Si Wedding Planner ni yang telah ramai blogger kongsikan di blog ...

Izara Batrisya (Zara), si wedding planner, tidak menduga cinta yang disulam bersama sepupunya, Bazli selama 4 tahun musnah kerana sebuah hakikat. Dalam hati Zara ketika itu, hanya ada Bazli, sepupunya sendiri. Namun Zara dan Bazli tidak pernah menyangka bahawa jodoh sebenarnya bukan milik mereka berdua. Kasih mereka yang selama ini dirahsiakan daripada pengetahuan Mak lang dan Pak Lang hancur si tengah jalan. Fariz Adryan (Fariz), pula bekas tentera laut pernah dicurangi Shirah, kekasih yang hampir menjadi tunangannya, sehingga tertutup pintu hati untuk sebarang wanita.
Drama adaptasi novel Cinta Si Wedding Planner
Cinta Si Wedding Planner
Keperibadian Zara memikat hati Puan Marina, salah seorang pelanggannya. Memandangkan Zara sebatang kara di KL, lantas Zara dijadikan anak angkat oleh Puan Marina yang telah mempunyai 4 orang anak. Pertemuan Fariz dan Zara kerana berebutkan tempat parkir telah mendatangkan satu perasaan kepada Fariz. Lebih menarik lagi, Fariz adalah anak kedua Puan Marina. Maka pertemuan demi pertemuan berlangsung antara mereka tanpa disedari mengukuhkan lagi perasaan Fariz terhadap Zara .

Mengetahui Zara cuba bangkit dari luluh kecewa cinta terhalangnya dan demi melindungi Zara dari terus-terusan diganggu Bazli, Fariz nekad menghulur tangan bagi memimpin Zara ke masa hadapan dalam sebuah ikatan perkahwinan. Puan Marina, mama Fariz yang berkenan akan keperibadian Zara terus menghantar pinangan hingga terjalinnya ikatan suci antara Zara dan Fariz. Zara rela menerima walau hatinya belum wujud getaran cinta buat Fariz. Fariz yang tidak pernah putus asa untuk mencuba, akhirnya berjaya. Hati Zara kini miliknya.
Sinopsis Cinta Si Wedding Planner
Sinopsis Cinta Si Wedding Planner
Fariz dan Zara hidup bahagia selepas berjaya melepasi tempoh penyesuaian mereka. Fariz yang baran, moody dan beku berubah menjadi romantik dan penyayang. Sementara itu, Zara pula mencuba menjadi isteri terbaik buat suaminya yang tercinta. Pada saat bahagia mula bersemi, cinta pertama Fariz kembali muncul menagih kasih. Zara menerima ugutan meminta dia meninggalkan Fariz. Sementara Shirah pula datang merayu untuk kembali kepada Fariz. Fariz menjadi tertekan sehingga mengabaikan Zara dan kembali menjadi mudah baran. Fariz silap percaturan dalam usaha menyelamatkan rumahtangganya hingga akhirnya tercetus perbalahan antara mereka hinggakan Zara menuntut perceraian dan membawa diri ke bumi Auckland.
Cinta Si Wedding Planner
Gambar Pelakon Cinta Si Wedding Planner
Dengan bantuan Bazli, Zara dan Fariz kembali bersatu tetapi ancaman yang lebih hebat datang mengancam rumahtangga mereka. Kegilaan dan obsesi Shirah makin tidak terkawal sehingga nyawa Zara dan kandungannya menjadi taruhan. Apakah tindakan Fariz? Adakah bahagia menjadi milik Zara?

....
...
..

Amacam? kalau baca sepintas lalu sinopsis cerita drama Cinta Si Wedding Planner ni nampaknya memang menarik ... uhhh ...

Drama adapatasi novel menampilkan Mira Filzah dan Adi Putra ini akan bersiaran mulai 30 Disember 2015 jam 7:00 petang setiap Isnin hingga Khamis Slot Akasia TV3. Ia menampilkan sebanyak 28 episode dan diterbitkan oleh Primeworks Studios.


Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Tak sempat tengok tadi. Masa tak mengizinkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masa agak kurang sesuai tatkala ramai umat Islam perlu tunaikan kewajipan... tak gitu? Setuju?

      Padam
  2. di sebabkan pelakonnya pun comel gittew, terpaksa tinggalkan mata depan tv. huhuuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha. Mata tinggal depan tv ehh?

      Padam
  3. Episod 1 dah selesai tengok. siap rakan lagi. haha

    BalasPadam
  4. Bro HH ekin pun minat gak cerita tengah layan ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…