Langkau ke kandungan utama

Borang Bantuan Persekolahan 2016

Ramai yang mencari info berkaitan borang bantuan persekolahan 2016. Untuk makluman, saya difahamkan tiada sebarang borang diedarkan untuk bantuan persekolahan RM100 yang diumumkan dalam Bajet 2016. Pemilihan siapa yang akan menerima bantuan persekolahan sebanyak RM100 ini adalah bersandarkan kepada syarat baru bantuan persekolahan RM100 2016 yang telah ditetapkan.

Borang Bantuan Persekolahan 2016

Tiada sebarang borang bantuan RM100 2016 rasmi yang diedarkan. Pemilihan adalah berdasarkan kepada rekod yang telah sedia ada. Samada menerusi maklumat di dalam borang BR1M mahupun data dalam simpanan pihak sekolah. Data berkaitan pendapatan ibu bapa ada diberikan semasa ibu bapa membuat pendaftaran kemasukan anak-anak ke sekolah. Jika ada pun sebarang borang berkaitan yang dimaksudkan, ia hanya akan diedarkan semasa pendaftaran dan kemasukan anak-anak ke sekolah untuk sesi persekolahan 2016.

Untuk syarat terkini bantuan persekolahan RM100 2016, hanya anak-anak atau pelajar daripada pendapatan isi rumah kurang dari RM3,000 sebulan akan menerima bantuan ini.
Borang Bantuan Persekolahan 2016
Dan jika ada pengedaran bantuan persekolahan 2016 yang ramai orang cari, ia mungkin adalah merupakan inisiatif pihak lain seperti dari Baitulmal atau mana-mana organisasi lain. Memang ada bantuan persekolahan diberikan untuk mereka yang tidak berkemampuan dari badan lain, untuk itu anda perlulah merujuk kepada pihak-pihak berkaitan untuk info lebih tepat dan bagi tujuan pengesahan.

Namun, sepengetahuan saya, kebanyakan borang bantuan persekolahan ini diedarkan terus ke sekolah-sekolah, seawal Disember. Dan menerusi budi bicara pihak sekolah bersandarkan rekod yang ada, borang permohonan bantuan persekolahan ini akan diberikan percuma mulai permulaan sesi persekolahan kepada pelajar mahupun murid yang berkelayakkan.

Saya menulis entri ini bagi mengingatkan bahawa terdapat segelintir mereka yang mengambil kesempatan atas keterdesakan ibu bapa dalam mengharungi perbelanjaan persekolahan anak-anak di tahun 2016. Awas, jangan sampai anda dianiaya, sehingga data peribadi diri anda dan anak-anak sekolah digunakan untuk tujuan yang salah.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. Bahaya juga isi borang bantuan sekolah daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

    BalasPadam
  2. Berhati-hatilah ada pihak ambil kesempatan atas kesempitan pihak lain.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan Dengan Produk Sendiri?

Siapa yang tak teringin nak jadi jutawan kan? Sejak saya menjadi seorang blogger sepenuh masa sejak 2010 ni, saya dah nampak ramai rakan-rakan saya yang jadi jutawan. Dulu, mereka sama-sama tulis blog, tapi kini sudah berbisnes dengan produk sendiri. Awalnya untung sikit .. tapi sekarang, dah boleh dianggap sebagai jutawan.

Susah ke nak jadi jutawan ni? Ok ... mari kita semak dulu apa maksud jutawan ni. Jutawan bermaksud seseorang yang mempunyai wang atau harta yang bernilai berjuta-juta ringgit. Kalau anda ada wang atau harta lebih dari juta - ada billion, anda tetap dipanggil jutawan. Dalam bahasa Malaysia, tiada perkataan khusus untuk seseorang yang miliki wang atau harta berbillion ringgit.  Bagaimana Cara Nak Jadi Jutawan? Sekarang anda dah tahu apa maksud jutawan. Jadi, jika anda nak jadi jutawan .. misi anda mestilah untuk mempunyai dan memiliki wang atau harga lebih dari sejuta ringgit. Capai je harta bernilai juta, maka dah boleh dapat title jutawan (dari segi istilah).

Tak a…