Baru saya tahu bahawa daerah Banting popular dan terkenal dengan produk Kerepek. Itupun sebab saya ke Morib .. bercuti bersama keluarga; nampak banyak betul signboard kerepek ni. Dengarnya macam-macam kerepek ada dijual sekitar daerah Banting ni.

Semasa pulang dari Morib, saya sempatlah singgah kat satu tempat ni, nama kedai tersebut KerepekBanting.com. Kalau tak silap, lokasi dia berdekatan dengan pekan Kanchong Darat .. tepi jalan je. Saya tak pasti samada lokasi kedai kerepek ini adalah lokasi popular menjual kerepek Banting.

Banting Popular Dengan Kerepek

Banting Popular Dengan Kerepek
Saya masuk ke kedai KerepekBanting.com; hmmm .. tak banyak mana pun kerepek yang dijual. Saya pun acuh tak acuh je belek jenis-jenis kerepek yang ada. Sempatlah snap beberapa gambar, tapi tak berapa menarik sangat saya nak kongsikan kepada anda.

Kalau tengok pada harga kerepek yang dijual, saya rasa tak jauh beza pun dengan kerepek yang dijual di tempat saya. Tapi ntahlah, mungkin sebab rasa kerepek di Banting lebih sedap berbanding tempat lain.
Banting Popular Dengan Kerepek
Banting Popular Dengan Kerepek
Saya sempat beli 2 jenis kerepek yang dijual ... rasa .. hmmm uhh tak tahulah apa yang bezanya, rasa rangup, masin, semua ada - sama seperti kerepek yang pernah saya beli sebelum ini.

Cuma, ada satu produk yang menarik perhatian saya ... sebelum ini saya tak pernah tahu pun kewujudannya iaitu Air Cendawan Mekah. Walaupun saya fikir ianya rare, tetapi tak terdetik pula nak beli ... mungkin sebab harganya yang agak mahal.

Siapa yang tinggal di Banting? Boleh komen sikit tak keistimewaan kerepek Banting ni?


Penafian: Gambar, artikel ataupun video yang ada di blog ini adakala berasal dari pelbagai sumber media lain. Hak Cipta sepenuhnya dipegang oleh sumber tersebut. Jika timbul masalah mengenai perkara ini, anda boleh menghubungi saya disini.

Artikel dan catatan adalah ulasan serta pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman dan pengetahuan. Kesilapan (jika ada) adalah khilaf saya dan mohon dimaafkan.

13 Komen

Asalam sifu HH ..tak apa lambat laun dah maju banyaklah jualannya tu. HH dan bagi suport tu beli produk2 tempatan..nampak live wajah Sifu HH..terubat rindu..hehehe..senyum sikit baru lawa...

Reply

ada satu kedai atau dipanggil rumah lebih sesuai yang menjual byk kerepek2 dan sentiasa ramai org...saya dah pergi lama dulu tak igt apa namanya...

Reply

Titan duk Banting duk promote cendol jek, gua tatau la plak ada kerepek.ahahaa..

Reply

Ko salah kedai. Cari kerepek house. Biasa orang atau pelancong gi sini. Depa tak pi tempat lain. Banyak kedai kerepek kt banting. Tapi yg terbaik..kerepek house punya kedai. So far..kedai ji kedai kerepek terbIk kat malaysia ni. Kedai lain..xsama rasa dia.

Reply

banting pun ade kedai kerepek? haha. aku cuma ingat cendol banting je.

Reply

tk pernah sampai p banting..")

Reply

Betul tu, kawan office saya suka bawa kerepek dari sini. Dia tolong kawan-kawan belikan kerepek masa nak raya. Tapi tak pernah pula tahu nama kedai apa yang best Bro HH.

Reply

Pernah makan kerepek banting. Tapi tak tahu dari kedai mana.

Reply

Ohh ye ke .. haha ... nanti kalau aku ke sana lagi, aku cuba cari kerepek house ni. Ada niat nak repeat ke Morib ni, tak puas lepak RUmah Peranginan Perseketuan Morib .. :)

Reply

Bolehlah pergi, banyak tempat menarik di Banting ni sebenarnya.

Reply

best juga kalau boleh pi beli sana terus ya

Reply
Peringatan: Komen adalah tanggungjawab anda. Saya tidak bertanggungjawab dengan sebarang ulasan dan komen yang anda tinggalkan. Komen berbaur lucah, provokasi perkauman serta berbentuk iklan adalah dilarang. Hubungi saya disini. andai timbul isu dan masalah.