Bagaimana Blogger Dapat Income 4 Angka?

Bagaimana Blogger Dapat Income 4 Angka

Tentu ramai yang teringin nak bina blog sendiri tertanya-tanya, bagaimanakah caranya blogger boleh menjana income 4 angka menerusi blog?  Saya sebagai blogger yang telah berada di dalam dunia blog Malaysia sejak 2007/2008 ingin memberitahu bahawa ianya adalah tidak mustahil, dan ramai blogger Malaysia yang telah berjaya menjana income sedemikian rupa.

Saya akan berikan anda blueprint ringkas mengenai apa yang boleh dilakukan oleh blogger untuk menjana income 4 angka secara konsisten setiap bulan. Setiap jalan dan kaedah jana income ini akan menghasilkan pendapatan yang berbeza untuk setiap blogger dan ianya bergantung kepada iltizam, keazaman, konsistensi, teknik, dan ilmu yang ada.

Bagaimana Blogger Dapat Income 4 Angka?

Seperti yang telah saya tulis di akhir tahun 2014, salah satu menjana income terutama secara online ialah dengan menulis blog. Ramai blogger yang berjaya menjana pendapatan yang baik menerusi blog, antaranya Redmummy, Beautifulnara, Ben Ashaari, Tiffinbiru.com, dan ramai lagi. Kebanyakkan kisah blogger berjaya menjana income menerusi blog telah saya ceritakan di dalam blog ini.
Bagaimana Blogger Dapat Income 4 Angka?
Saya pasti ramai yang dah tahu kisah pelajar yang juga blogger jana income 4 angka dalam masa seminggu dengan blog. Saya juga pasti ramai yang dah baca mengenai seorang surirumah yang dulunya tak ada income kini dah ada income konsisten menerusi blog. Saya juga fikir ramai dah ambil kesah mengenai seorang blogger perempuan - dari beliau menjadi pelajar di IPT telah menjadi seorang jutawan tudung - juga bermula dari sebuah blog.

Jadi, tiada apa yang mustahil untuk jana income 4 angka menerusi blog. Blogger memang ramai yang dah buktikan bahawa income 4 angka boleh diperoleh dengan minat yang mendalam dalam berblogging ini.

Bagaimana blogger jana income 4 angka?

Affiliate

Menerusi program affiliate, seorang blogger boleh jana income 4 angka menerusi pelbagai program affiliate percuma yang ada di internet, antaranya Klikjer.com, Ashadee.com, Amazon.com, affiliate Niche Kerjaya, Agoda.com, Lazada, Getrespond, JVZoo, malah ada platform pengiklanan seperti 8Share, H12, RevenueHits juga memberikan anda income menerusi program affiliate khas.

Secara congak mudah, katakan contoh berikut:
  • Affiliate Ashadee.com; anda jual 2 produk, komisen anda dapat ialah RM20 untuk setiap produk, jadi anda dapat RM40.
  • Affiliate Klikjer.com; anda jual 4 produk, komisen anda dapat ialah RM15 setiap produk, jadi anda dapat income dalam RM60.
  • Affiliate Niche Kerjaya; anda jual 50 produk, komisen anda dapat ialah RM10 setiap produk, jadi anda dapat pendapatan online dalam RM500.
  • Affiliate dari komisen H12, anda dapat dalam USD20, anda peroleh RM84.
  • Komisen affiliate Agoda.com, anda dapat USD5, anda peroleh RM21.

Jumlah semua adalah RM705.

[Baca] Cara Daftar Akaun Percuma Affiliate Klikjer.com

Program Platform Pengiklanan Percuma

Jana income menerusi platform pengiklanan percuma (daftar percuma) seperti Google Adsense, Geniee.com, Nuffnang.com, Innity.com, H12 dan macam-macam lagi. Anda boleh jana income dengan memohon untuk meletakkan iklan dari syarikat-syarikat ini di blog anda. Pendaftaran adalah percuma, namun incomenya adalah berbeza mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. Ada syarikat bayar lebih daripada syarikat yang lain, ada pula syarikat yang berikan platform pengiklanan lebih baik dari syarikat yang lain - masing-masing ada kelebihan.

Katakan, anda dapat income menerusi dua platform pengiklanan iaitu Google Adsense dan Innity.

  • Adsense bayar anda mengikut performance blog anda dan jumlah klik - USD50 bersamaan dengan RM210 (kadar 1USD=RM4.2).
  • Innity pula bayar anda sebanyak RM100.

Jumlah semua adalah RM310.

Nah .. hanya dengan dua cara iaitu affiliate dan juga platform pengiklanan percuma di blog, anda sudah dapat income 4 angka iaitu RM1015!

Itu anggaran kasar, mungkin kurang, mungkin lebih. Tetapi seperti saya katakan tadi, itu baru dua sumber income, anda ada pilihan lagi untuk jana income menerusi blog.

Advertorial

Bagi seorang blogger biasa, anda boleh mendapatkan income menerusi pengiklanan berbentuk review atau disebut sebagai advertorial setinggi RM50 bagi setiap post. Menerusi advertorial, anda perlu menulis sebuah blog post menceritakan mengenai produk atau bisnes orang lain di dalam blog anda. Harga RM50 bagi satu post adalah harga pengiklanan maksimum yang boleh saya fikirkan untuk seorang blogger baru yang ada blog dengan pageview sekitar 1000-1500 setiap bulan, dengan UV (unique visitor) sebanyak 500-700 setiap bulan. Seorang blogger boleh letakkan harga advertorial sehingga USD100 atau RM500 untuk setiap post yang diterbitkan, malah saya sendiri pernah menerima USD250 untuk satu post pengiklanan.
Bagaimana Blogger Dapat Income 4 Angka?
Katakan anda ada blog dengan pageviews sekitar 2000 - 3500 setiap bulan, dan harga advertorial anda letakkan adalah RM150 untuk satu post. Ada 3 pengiklan yang berminat berikan anda job advertorial, dengan kos yang dinyatakan. Ini bermakna, anda mendapat RM450.

Jadi, income dari blog sudah bertambah, RM1015 + RM450 = RM1465!

Pengiklanan Banner Berbayar

Di dalam blog anda, anda boleh letakkan satu sehingga 3 ruang untuk pengiklanan anda sendiri. Ruang ini boleh anda sewakan untuk pengiklanan. Pengiklanan sewaan khas ini anda boleh tetapkan harga dari setinggi RM500 sebulan sehingga ke RM30 sebulan. Harga ini boleh diselaraskan dengan kekuatan blog anda dari segi jumlah pengunjung, jumlah pembaca, jumlah follower, bilangan likes dan sebagainya.

Katakan blog anda sediakan 2 ruang pengiklanan bebas ini iaitu dengan kadar RM100 untuk dipaparkan selama 30 hari. Dan ia ditempah oleh dua pengiklan berbeza, jadi secara amnya anda menerima RM200 untuk iklan berbentuk banner berbayar.

Sekarang, income menerusi blog anda sudah mencapai RM1465 + RM200 = RM1665!

Jadi bagaimana? Sudah cukup baguskan untuk sebuah blog yang dapat menjana income sebegini? Bagaimana kalau anda mempunyai 3 blog? Dan ketiga-tiga blog tersebut boleh menjana income seperti yang telah dicongakkan seperti di atas? RM1665 x 3 blog = RM4995!

Rasanya ia sudah cukup memadai untuk seseorang yang menulis blog, bekerja dari rumah .. tak gitu?

Itu baru 4 kaedah, anda boleh juga cuba menjual sesuatu yang anda suka menerusi blog anda. Contohnya kamera DSLR, kek, biskut, pakaian, alat solek dan macam-macam lagi.

[Fakta] Menulis blog adalah alternatif jana income hanya dari rumah, ketika anda kelapangan, mungkin di hari minggu. Dan ia boleh jadi sumberi income sampingan yang baik untuk mereka yang bekerja.

Ia Bukan Mustahil Dan Ia Seronok Dilakukan

Apa yang saya ceritakan di atas adalah secara kasar, bagi menunjukkan kepada anda bagaimana seorang blogger boleh dapat income sehingga 4 angka! Ia bukan mustahil.

Paling best ialah anda dapat melakukannya dalam keadaan yang anda suka, kadangkala ada pengiklan bayar anda untuk pergi event, pergi melancong, pergi makan-makan dan in Sha Allah, semua ini ditanggung. Dah la ditanggung, anda pula dibayar untuk menulis di blog anda mengenai apa yang telah anda lakukan.

Dapat Penginapan Percuma, Ditanggung dan Dibayar

Tahukah anda bahawa saya pernah dibayar hanya untuk menginap di sebuah homestay? Orang lain dibayar untuk menginap, tetapi apa yang saya dapat ... penginapan percuma, lepas tu dapat bayaran kerana tinggal bersama keluarga sehari semalam..... tak ke awesome tu? Makan minum pula ditanggung oleh pemilik homestay ... uhh berbaloi-baloi. Dan saya terima pula ketika saya dan keluarga sedang bercuti ke satu tempat. See ... pergi bercuti pun boleh dapat income menerusi kerja sebagai blogger!

Semuanya itu kerana pemilik homestay mahu ucapkan terima kasih kerana post review atau advertorial yang telah saya buat untuk homestay miliknya setahun sebelum itu.

Begitu juga dengan sebuah hotel 5 bintang. Pihak pentadbiran sedia berikan penginapan percuma untuk mana-mana destinasi percutian yang ada hotel milik rangkaian hotel berkenaan dek kerana iklan advertorial yang telah saya tulis penuh santai untuk pembaca blog saya. Dah la dapat penginapan 3 hari 2 malam percuma, dilayan bagai VIP .. dan kemudian dapat offer tambahan untuk buat review lain di hotel mereka yang lain di mana-mana sahaja.

Nampak best kan?

Tapi semua ini bukan mudah nak dapat. Untuk menjadi seorang blogger yang dapat jana income 4 angka dan merasai segala keistimewaan ini; seorang blogger haruslah berusaha dengan gigih. Anda memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 tahun untuk mencapainya.

Mahu Ikuti TheVocket dan SiakapKeli?

Jika mahu ekspress, boleh juga dilakukan, tetapi anda memerlukan effort lebih dari seorang blogger. Contoh mudah ialah blog SiakapKeli dan juga TheVocket. Dua blog tersebut berjaya jana income lebih dari 5-6 angka hasil kerjasama ramai blogger dalam sebuah blog. Jadi, dari masa 3 tahun yang saya katakan tadi, sebuah blog boleh jana income hebat dengan masa singkat andai kerjasama dapat dijalinkan.

Apa yang diperlukan, seperti saya katakan di awal post ini adalah minat, iltizam, usaha, konsistensi dan juga ilmu. Ilmu adalah penting untuk berjaya ....

Kerana ilmulah saya berjaya jana income menerusi program affiliate percuma, kerana ilmulah blog saya boleh capai sejuta hits dalam masa 6 bulan, kerana ilmulah saya berjaya jana income USD menerusi blog.

Maka, carilah ilmu. Ilmu menjaga anda, dan anda menjaga ...... semua yag anda ada. In Sha Allah, dengan tidak lari dari tali agama Allah S.W.T. Anda ingat Allah, dan Allah akan menjaga segala apa yang anda ingin, mahu dan telah diperoleh.

p.s: Berminat nak dapatkan servis pengiklanan dari saya? hanya email ke blogger.hasrulhassan@gmail.com.



COMMENTS

BLOGGER: 28
Loading...
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,74,Abah Blogger,39,Advertorial,124,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,40,advertorial 2015,8,ARTIKEL KEHIDUPAN,11,ARTIKEL KEKELUARGAAN,8,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,153,Bicara Minda,73,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,77,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,363,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,Didik Anak,5,diskaun saman PDRM,2,Dunia Blog,1,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,819,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,302,FAKTA MENARIK,107,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,42,Giveaway,9,Guide and Tips,9,Hari Raya,58,Hartanah,53,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,621,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,60,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,37,Info GST,14,Informasi,576,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,11,Inspirasi,9,Inspiration,6,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,34,Kekeluargaan,92,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,82,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,74,KISAH KELUARGA,50,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,23,KONGSI PETUA,2,KTM,16,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,302,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,12,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,360,Panduan Adsense,18,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,5,PDRM,1,Pelaburan,14,Pendapat,32,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,67,Percutian Keluarga,17,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,27,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,51,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,494,Semesti,2,SENI,3,Shopping,118,Shopping Online,7,Sihat Cantik,12,SIHAT SOKMO,19,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Makan,9,Tempat Menarik,181,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,100,Tips Blogging,317,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,37,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,108,Work From Home,13,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™: Bagaimana Blogger Dapat Income 4 Angka?
Bagaimana Blogger Dapat Income 4 Angka?
Bagaimana Blogger Dapat Income 4 Angka
http://2.bp.blogspot.com/-e1nDvOKe9Pc/Vnn1sfXNvkI/AAAAAAAAFNo/f-lfmVJTpUc/s1600/Bagaimana%2BBlogger%2BJana%2BIncome%2B4%2BAngka.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-e1nDvOKe9Pc/Vnn1sfXNvkI/AAAAAAAAFNo/f-lfmVJTpUc/s72-c/Bagaimana%2BBlogger%2BJana%2BIncome%2B4%2BAngka.jpg
HASRULHASSAN.COM™
http://www.hasrulhassan.com/2015/12/bagaimana-blogger-dapat-income-4-angka.html
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/
http://www.hasrulhassan.com/2015/12/bagaimana-blogger-dapat-income-4-angka.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy