Langkau ke kandungan utama

4 Blog Blogger Cun Pilihan 2015

Tahun 2015 bakal melabuhkan tirainya. Alhamdulillah, banyak kisah, cerita, panduan, tips, dan gambar menarik telah saya kongsikan bersama semua pembaca blog ini menerusi House Husband, Holiday Getaway, Tempat Menarik, Resepi, Tips Blogging, Buat Duit Online, Wordless Wednesday, Sembang Blogger dan beberapa lagi kategori (label) yang telah diwujudkan.

Saya sangat seronok dengan respon, komen dan juga email yang telah saya terima sepanjang 2015. Dan sepanjang tahun 2015 juga, saya telah berkesempatan untuk blogwalking secara senyap-senyap atau dengan kata gatalnya - skodeng blog-blog yang ada potensi untuk popular. Antara blog-blog tersebut adalah blog blogger cun yang menjadi pilihan untuk tahun 2015.

4 Blog Blogger Cun Pilihan 2015

Sebelum ini saya ada ketengahkan senarai blog blogger cun dalam beberapa segmen yang telah saya anjurkan. Tetapi kali ini, apa yang saya akan kongsikan adalah pilihan peribadi saya bersandarkan apa yang sedap dipandang di mata saya. Senarai blog blogger cun pilihan 2015 ini mungkin akan menyenaraikan blog rakan-rakan anda mahupun kenalan blogger yang anda kenal, dan mungkin juga anda tidak sedar akan kehadiran blog-blog ini.

Apapun, selamat blogwalking untuk mengenali blog blogger cun pilihan 2015 .... samada anda setuju dengan pilihan ini, itu adalah terserah pada pendapat masing-masing.

Sabrina Tajudin - www.sabrinatajudin.com

4 Blog Blogger Cun Pilihan 2015
Blogger yang lebih kepada tips dan panduan kecantikan. Seorang isteri dan bakal ibu. Setakat ini telah mempunyai 1577 followers, dan 2833 likes di Fanpage. Kelebihan blogger ini adalah kerana keupayaannya untuk menghasilkan channel video sendiri di Youtube. Jadi, pastilah blogger cun ini mempunyai kepakaran dalam menghasilkan video dan gambar yang cantik. Jika mahu dapatkan tips kecantikan dan panduan untuk memilih alat solek, produk kecantikan dan kesihatan .. bolehlah singgah di blog SabrinaTajudin.com.

Yaya Cendana - www.yayacendana.com

4 Blog Blogger Cun Pilihan 2015
Blogger yang pada saya masih lagi baru, dengan post terawal diterbitkan pada tahun 2014. Seorang blogger yang mempunyai diploma dan aktif dalam menerbitkan artikel terbaru. Blog blogger cun pilihan 2015 ini mempunyai 945 followers di Google Plus, dengan blog mempunyai jumlah pageviews sekitar 40K setakat entri ini ditulis. Jangan lupa jadi follower blog ini - www.yayacendana.com

[Baca] Blogger Cantik Radiah Sarip Jadi Viral

Wiida Ribbon - www.wiidaribbon.com

4 Blog Blogger Cun Pilihan 2015
Seorang lagi blogger cun yang menghiasi dunia blogger Malaysia, iaitu Wiida Ribbon. Antara blogger yang menjurus kepada artikel kecantikan di dalam blognya. Blogger yang cantik ini merupakan pemenang kepada Maybelline RocketMe2NY 2013. Blognya boleh diakses menerusi dua URL, yang pertama seperti dinyatakan di atas, dan satu lagi di sini - wiidaribbon.blogspot.my. Dan dia juga aktif menerusi salurannya kecantikkannya di YouTube.

[Baca] Top Senarai Blogger Belia Cun Pt1

Yaya Natsumi - yayaflanella.blogspot.my

4 Blog Blogger Cun Pilihan 2015
Blogger yang aktif, dan merupakan seorang blogger yang mempunyai latar pendidikan yang cukup baik, Ijazah dalam Business Administration. Apa yang saya suka mengenai blog blogger cun pilihan 2015 ini ialah penyampaian ceritanya dalam blog yang mengingatkan kepada diri saya pada awal berblog dulu. Gambar yang dikongsikan pun lawa-lawa belaka .. uh seronok betul kalau singgah ke blog Yaya Natsumi ini. Dah mempunyai blog sejak 2009 lagi ... otai ni .. haha. Layan blog ini di sini - yayaflanella.blogspot.my

Sebenarnya ada banyak lagi blog dan blogger yang boleh saya senaraikan, tetapi atas sebab tertentu, saya tak dapat nak senaraikan .... al maklumlah, ada blog yang khas untuk 'private viewing' ... so .. faham-faham sahajalah.



Dah baca post berikut:

advertisement


Komen Pembaca ...

  1. wah ! memang cun2 semua..HH takmo review blog blogger mak2 pulok ke? hehe

    BalasPadam
  2. Lawaaa :D .. nampaknya takde peluang laa nak tersenarai dlm bloger cun di blog HH ni.. huhu T.T

    BalasPadam
  3. Memang cun semuanya...!!
    Mak-mak macam Nina kena dok diam-diam jer laaa....
    Heheee

    BalasPadam
    Balasan
    1. Errr ada la blogger mak kat atas tu .. huhuhu

      Padam
  4. Alhamdulillah..cantik,,bijak...

    BalasPadam
  5. Auww terharunya. Terima kasih abam Hasrul Hassan yg merupakan salah satu blogger otai yg disegani. Tak sangka masuk blog hebat ni. Selalu Yaya jadi silent reader je:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama ... sesekali je saya buat cenggini ... :)

      Padam
  6. Gua tau lu nak buat psl blogger kacak. Tapi lu akan terpaksa masukkan nama gua dlm list. So nak ngelakkan benda tu lu buatlah blogger cun

    BalasPadam
  7. patutlah nama blogger cun.. blogger cantik yang promosikan produk kecantikan

    BalasPadam
  8. Semuanya My Fvret blogger..Cntik dan bijak :-)

    BalasPadam
  9. Semuanya My Fvret blogger..Cntik dan bijak :-)

    BalasPadam
  10. thank you otai hasrul hassan..rasa terharu review kita .siapalah diri ini (malu). btw, eh! ada yaya natsumi ..hehee

    BalasPadam
  11. Rajin Bro HH senaraikan blogger2 ni...mmg lawa

    BalasPadam
  12. yang no1 tuh....satu universiti

    BalasPadam
  13. baru nak mengenali depa ni semua..maklumlah..tak baca sebab tak baca pun blog niche kecantikan..ehehe

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.

Popular

Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah

Cari lubuk tudung dan telekung dengan harga murah? Aha .. kalau anda seorang peniaga untuk pakaian wanita terutama menjual tudung dan telekung .. anda tentu mahu pergi ke tempat yang akan saya nyatakan nanti.

Ia adalah tempat di mana anda boleh dapat pelbagai jenis pakaian wanita dari tudung, telekung, skarf, blouse, jubah, seluar serta kain ela. Yang menariknya ialah, ada di antaranya adalah dari jenama-jenama terkenal tapi dengan harga yang mampu buat anda memborong sampai sepuluh hingga dua puluh helai dengan senyuman manis.
Lubuk Tudung dan Telekung Harga Murah Lubuk yang saya maksudkan ialah Pasar Kemboja Parit Buntar. Ia merupakan tempat setempat yang menjual pakaian wanita dengan harga murah dan berpatutan. Pasar Kemboja ini unik kerana ia terletak di dua sempadan negeri iaitu Perak dan Pulau Pinang.

Jika anda ke sini, anda tentu terkejut apabila mendapati ada peniaga-peniaga ini datangnya dari seluruh Malaysia. Malah ada yang datang dari kawasan beli-belah terkenal tatkala Ram…

Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Bersalin Caesarean

Terkejut. Saya selama ini ingat bahawa ikan haruan ini, baik ikan segar mahupun pati ikan haruan beri kesan terbaik untuk penyembuhan luka. Hmm rupanya, kesan positif penyembuhan tersebut adalah bergantung dengan metabolisma dan keadaan tubuh seseorang. Saya baru dapat tahu bahawa bahaya makan ikan haruan ini terutama untuk ibu/isteri yang bersalin secara pembedahan caesarean.

Serius, Saya betul-betul tak tahu, malah ketika isteri saya dalam minggu akhir untuk melahirkan anda .. saya dah belikan satu set pati ikan haruan berharga RM39. Isteri saya pula dah carikan bekalan ikan haruan segar menerusi rakan-rakan pejabatnya.
Bahaya Makan Ikan Haruan Untuk Ibu Pantang Bersalin Secara Bedah Caesarean Sebelum ini, isteri saya bersalin secara normal. Memang ketika dalam pantang bersalin, isteri saya akan makan ikan haruan dan juga pati ikan haruan. Ikan haruan memang dikenali mempunyai nilai kebaikan untuk penyembuhan luka. Semua orang tahu akan perkara ini.

Malah, makan ikan haruan telah me…

Telinga Berdesing Bawa Petanda

Pernah merasa telinga berdesing tak? Ia kadangkala berlaku tanpa diduga, tanpa ikut masa. Secara tiba-tiba .... ntah disebabkan apa, terasa telinga akan berdesing. Sesetengah akan mengaitkannya dengan sejenis penyakit dinamakan Tinnitus.

Walaubagaimanapun, orang lama-lama dalam masyarakat Melayu, ada telahan sendiri mengenai telinga berdesing ini. Mereka mengaitkan dengan kejadian-kejadian yang bakal berlaku dek kerana berdesingnya telinga. Orang tua lama-lama mengaitkan masa dan bahagian telinga yang mana terkena desingan ini, berikut saya kongsikan sedikit info dan pengetahuan mengenai telinga berdesing ini.
Telinga Berdesing Bawa Petanda Telinga Berdesing Bawa Petanda Sesuatu Kejadian Bakal Berlaku Jika Telinga Kanan Berdesing Jam 06:00 - 07:00 pagi - mendapat khabar burukJam 07:00 - 08:00 pagi - akan difitnah oleh orangJam 08:00 - 09:00 pagi - akan membuat rencana pergi jauh sendirian atau bersama orang lainJam 09:00 - 10:00 pagi - bermakna akan ada berita yang kurang menyenangka…