12 Projek PR1MA Baru Dibuka 2016

Berita baik untuk mereka yang masih belum memiliki rumah, atau mahu mendapatkan rumah sendiri. Pihak PR1MA (Perumahan Rakyat 1Malaysia) sedang membuka permohonan untuk 12 projek PR1MA yang sedang dibangunkan. In Sha Allah, proses pengundian akan dibuat pada tahun 2016. Permohonan untuk membeli rumah PR1MA 2016 ini perlu dibuat secara online dan perlu memenuhi syarat am yang telah ditetapkan.

Tetapi sebelum itu, sedikit info penting yang harus anda ketahui. Baca elok-elok supaya anda tidak menjadi mangsa kepada penipuan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab yang mungkin mahu memanipulasi info berkaitan permohonan projek PR1MA atau kediaman Perumahan Rakyat 1Malaysia ini.

12 Projek PR1MA Baru Dibuka 2016

12 Projek PR1MA Baru Dibuka 2016
12 Projek PR1MA Baru Dibuka 2016
Penting ni - Permohonan untuk memiliki rumah PR1MA hanya boleh dibuat secara online, dengan melengkapkan pendaftaran secara online di laman web rasmi PR1MA. Pihak PR1MA tidak melantik mana-mana ejen atau wakil dalam penjualan kediaman Perumahan Rakyat 1Malaysia. Malah, pihak PR1MA tidak menerima sebarang deposit atau bayaran pendahuluan untuk permohonan ini.

Sesiapa sahaja yang layak dan penuhi syarat am iaitu pendapatan dari RM2,500 - RM10,000 boleh memohon bagi mendapatkan kediaman PR1MA ini, namun begitu setelah berjaya memiliki perumahan ini, pemilik kediaman harus mendiami kediaman PR1MA dan dikenakan morotarium selama 10 tahun. Ini bermakna, pemilik tidak boleh menjual, menyewa, atau menukar hak milik kediaman PR1MA yang telah dimiliki selama tempoh 10 tahun.

Senarai 12 Projek PR1MA Baru Dibuka 2016

12 Projek PR1MA Baru Dibuka 2016

  1. PR1MA @ Alor Gajah (Alor Gajah, Melaka)
  2. PR1MA @ Klebang 2 (Melaka Tengah, Melaka)
  3. PR1MA @ Tanjung Kling 1 (Melaka Tengah, Melaka)
  4. PR1MA @ Falim (Ipoh, Perak)
  5. PR1MA @ Gopeng (Gopeng, Perak)
  6. PR1MA @ Sungai Raia (Simpang Pulai, Perak) 
  7. PR1MA @ Tapah (Tapah, Perak)
  8. PR1MA @ Simpang Kuala (Tanah Rizab Melayu) (Alor Setar, Kedah)
  9. PR1MA @ Sungai Ular (Kulim, Kedah)
  10. PR1MA @ Batu Rakit (Tanah Rizab Melayu) (Kuala Terengganu, Terengganu)
  11. PR1MA @ Lubok Jong (Tanah Rizab Melayu) (Pasir Mas, Kelantan)
  12. PR1MA @ Ranggu (Tawau, Sabah) 
Untuk makluman, ada 12 projek pembangunan PR1MA yang baru dibuka untuk permohonan sekarang. Bagi pemohon yang telah melengkapkan pendaftaran, anda boleh log masuk ke akaun pendaftaran anda, klik ‘Projek yang telah dibuka untuk permohonan’ dan pilih ‘development by PR1MA’ untuk membuat permohonan bagi mana-mana pembangunan seperti dibawah:
Projek PR1MA Baru Dibuka 2016
Jadi, kepada mereka yang masih belum membuat pendaftaran dengan PR1MA, maka saya syorkan anda untuk membuat pendaftaran segera dan terus memohon mana-mana projek kediaman PR1MA yang ada.

Pendaftaran dan permohonan boleh dilakukan di sini - PR1MA - Rumahku, Komunitiku

Dokumen yang diperlukan untuk membuat permohonan ialah:
  • Borang EA/B (Cukai LHDN)
  • Penyata Bank
  • Penyata EPF
  • Salinan Kad Pengenalan
  • Slip Gaji
  • Surat Pengesahan Majikan
Anda perlu muat-naik dokumen-dokumen ini ketika membuat permohonan bagi setiap projek perumahan PR1MA yang dibuka untuk undian.

Jadi, saya sarankan anda scan dokumen-dokumen terbabit, tukarkan ia kepada fail bentuk pdf atau jpg. Atau anda boleh muat turun sahaja fail-fail berkenaan daripada sumber - contohnya Borang EA dari laman web LHDN, Penyata Bank dan online banking, Penyata EPF dari laman web KWSP dan juga mungkin slip gaji dari fail majikan.

Untuk salinan kad pengenalan dan mungkin surat pengesahan majikan, anda perlu scan dan jadikan dalam bentuk fail yang boleh dimuat-naik ke laman web PR1MA.

Saya harap informasi ringkas ini membantu mereka yang masih belum memiliki rumah sendiri untuk mendapatkan kediaman idaman.


2 comments.. read them below or add one

skyone fury skyone fury June 01, 2016
sy dpt tawaran utk ke pemilihan unit PR1MA di sungai petani pada 5jun.tetapi masalahnya sekarang saya bekerja di Labuan dan tiada wakil di kg utk ke sesi pemilihan unit.apa perlu saya buat yer

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.