Senarai 10 Movie Best 2016

Tahun 2016 bakal menyaksikan banyak filem atau movie best yang akan menggegarkan pawagam. Menerusi entri ini, saya kongsikan 10 movie best yang bakal ditayangkan pada tahun 2016. Adakah sepuluh filem ini akan berjaya di tahun 2016? Jom lihat senarai 10 filem best tersebut ... dan pastikan anda bookmark post ini untuk rujukan kelak .. hoho.

Oh ya, untuk memberikan mood untuk rasa mahu tonton movie best ini, saya juga sediakan video trailer setiap filem best yang bakal ditayangkan ini. Anda pasti teruja sepertimana saya dan anak-anak yang memang kaki movie ....

10 Movie Best Bakal Tayang 2016


Berikut adalah senarai 10 filem yang dirasakan best dan akan menggegarkan panggung dan pawagam seluruh dunia pada tahun 2016. Semoga anda enjoy dengan trailer setiap filem ini yang saya kongsikan. Mana yang paling menarik untuk anda? Jangan lupa kongsikan pendapat di ruangan komen.

Batman v Superman : Dawn of Justice

Video Trailer 10 Movie Best 2016 Bakal Gegar Pawagam
Tatkala dunia takut dengan apa yang ada pada Superman, sehingga menampakkan bahawa Superman itu seperti satu kuasa tidak terkalah, adiwira Gotham City Batman telah memaksa dirinya menjadi penyelamat kepada kegusaran Metropolis. Ia muncul sebagai timbang-tara pemikiran dunia - adiwira yang bagaimana yang diperlukan dunia. Dan dalam 'peperangan' dua adiwira ini untuk menentukan hero apakah yang diperlukan oleh dunia, muncul musuh baru Doomsday yang lebih menakutkan dan meletakkan keselamatan penduduk dunia lebih terancam dari sebelumnya. Adakah sengketa antara dua adiwira tamat dan bergabung untuk menumpaskan musuh baru? Pastikan anda saksikan tayangan movie best ini di pawagam pada tahun 2016.

Captain America - Civil War

Video Trailer 10 Movie Best 2016 Bakal Gegar Pawagam
Sebuah lagi movie best untuk tahun 2016 iaitu Captain America - Civil War. Kali ini konflik berlaku antara Tony Stark yang juga Iron Man, dengan Captain America disebabkan oleh politik. Keduanya bertelagah dan masing-masing mempunyai pengikut dan team adiwira yang hebat-hebat. Bakal ditayangkan pada bulan Mac 2016, ia antara filem yang akan bersaing hebat dengan filem Batman v Superman.

Deadpool

Sebuah filem yang mengisahkan mengenai seorang lelaki yang mengidap kanser ditukarkan menjadi seorang superhero hebat bernama Deadpool. Lagi watak adiwira Marvel diperkenalkan ke dunia layar filem. Sebuah filem yang pada saya cool dan bakal seronok ditonton, malah anak-anak saya juga planning untuk tonton filem ini kelak. Bakal menemui peminat filem adiwira pada bulan Februari 2016.
Filem Deadpool Trailer 2016

X-Men - Apocalypse

Lagi filem yang diadaptasi dari komik Marvel. X-Men sentiasa ada yang baru. Sebagai salah seorang peminat cerita fiksyen, saya menantikan tayangan filem ini. Filem X-Men 2016 bakal menampilkan ramai pelakon baru, dan agak mengecewakan anda tidak akan jumpa watak Wolfverine dalam filem yang akan menggegarkan pawagam 2016 ini. Filem ini akan memberikan impak yang agak berlainan dari siri cerita X-Men sebelum ini.

Warcraft

Ini memang awesome. Saya sendiri adalah peminat permainan Warcraft, jadi filem ini bakal masuk dalam list must watch movie untuk tahun 2016. Ini bukan pertama kali permainan direalisasikan ke panggung. Tahun 2015 menampakkan kejayaan Pacman, dan akan datang lebih banyak filem seperti Warcraft akan menemui peminat di layar perak. Warcraft menampilkan kehidupan dua golongan iaitu manusia dan Orcs dalam perebutan tanah, disamping perlu berhadapan dengan musuh yang akan menghapuskan kewujudan mereka. Filem best 2016 ini bakal ditayangkan sekitar bulan Mac 2016.
Video Trailer 10 Movie Best 2016 Bakal Gegar Pawagam
Filem Warcraft 2016 Movie Trailer

Gods of Egypt

Satu lagi movie fantasi berdasarkan kisah dongeng dan sejarah ketamadunan Mesir. Gods of Eygpt berkisar cerita perbalahan baik dan buruk, antara pemerintah jahat bernama Set yang ditentang oleh seorang anak muda, seorang pencuri. Filem ini dijangka ditayangkan pada 26 Februari.
Senarai 10 filem best di tahun 2016

The Legend of Tarzan

Satu lagi cerita lagenda yang dibawakan ke layar perak, kali ini dengan lebih kesan khas, lebih menarik dan pastinya akan lebih best. Sejak kecil, saya dimomokkan dengan kisah Tarzan ini. Jadi, pastilah filem yang bakal ditayangkan sekitar Julai 2016 ini akan menjadi filem gegar panggung bagi saya. Malah, anak-anak saya juga teruja dengan The Legend of Tarzan. Anda akan dapat melihat lebih banyak aksi haiwan, dan kali ini  ... anda tidak melihat Tarzan dengan pakaian hanya bercawat!
Senarai 10 filem best di tahun 2016

The Jungle Book

Satu lagi kisah lagenda yang sering diceritakan kepada anak-anak kecil seluruh dunia iaitu The Jungle Book. Filem aksi kehidupan seorang budak di dalam hutan yang berkawan dengan beruang besar, harimau kumbang, dan gorilla. Ia sebuah filem terbitan Walt Disney yang pasti akan mengasyikkan.
Senarai 10 filem best di tahun 2016

The Angry Birds Movie

Setiap tahun pasti akan ada satu filem animasi yang best. Kali ini, saya dan anak-anak teruja untuk menonton filem The Angry Birds Movie. Filem yang membawa kisah Red - Angry Bird berwarna merah menjalani satu fasa untuk mengurangkan rasa marah. Banyak aksi lucu ditonjolkan dalam filem ini, pasti ia akan menarik perhatian anak-anak dan mereka yang ketagih dengan permainan yang popular di dalam aplikasi online Android ini.

Fantastic Beasts and Where to Find Them

Seandainya anda seorang peminat filem Harry Potter, anda mungkin tidak mahu lepaskan peluang untuk menonton filem ini yang mengisahkan mengenai kehidupan ahli sihir dan makhluk ghaib. Mendapat sentuhan daripada penulis J.K Rowlings, filem ini pasti akan menggegarkan panggung dan pawagam seluruh dunia. Ia dijangka ditayangkan pada November 2016. Filem Fantastic Beasts and Where to Find Them pasti menarik.
Senarai 10 filem best di tahun 2016


Amacam? Teruja tak dengan 10 movie dan filem best yang saya senaraikan untuk tahun 2016 ini. Ada beberapa lagi filem best yang akan menemui penonton di tahun 2016 di pawagam, kebanyakkan adalah filem aksi dan diadaptasi daripada komik, permainan video, dan beberapa filem adalah siri sambungan filem terdahulu.

Daripada 10 filem di atas, yang manakah satu filem yang benar-benar anda ingin tonton di tahun 2016. Kongsikan sedikit di ruangan komen ... :)


5 comments.. read them below or add one

Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz January 01, 2016
tak sabar nak tengok XMEN dengan Fantastic Beasts and Where to Find Them!
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 01, 2016
Hmmm ... banyak filem fantasi tahun ni .. :)
Kimmie Kimmie Kimmie Kimmie January 02, 2016
saya tunggu filem Fantastic Beasts and Where to Find Them. Tak sabar nak tengok. Filem lain tu pun tak kurang menariknya
Unknown Unknown January 03, 2016
best bro artikel ni, thank you :D
Hasrul Hassan Hasrul Hassan January 03, 2016
Terima kasih kerana sudi singgah dan baca entri ni.

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.