Langkau ke kandungan utama

10 Carian Tertinggi Google Malaysia 2015

Tentu ramai yang nak tahu 10 carian tertinggi Google Malaysia untuk tahun 2015. Al maklumlah, sekarang ni ramai dah pandai gunakan Google untuk mencari maklumat dan info, segalanya dah tersedia dalam telefon pintar. Taip je dalam kekotak Google yang ada dalam telefon pintar Android, maka akan keluarlah hasil carian.

10 Carian Tertinggi Google Malaysia 2015

Antara carian paling popular dalam Google Malaysia untuk tahun 2015 ialah aplikasi WhatsApp Web, GST dan juga Bersih 4.0. Carian paling tinggi dan paling dicari untuk tahun 2015 ialah HRMIS 2, BR1M 2015 dan laman web How-Old.net.
HRMIS 2 - Carian Tertinggi Google Malaysia 2015
Rakyat Malaysia juga banyak mencari informasi mengenai rancangan hiburan, dan 3 rancangan hiburan atau filem yang termasuk paling popular Google Malaysia 2015 ialah Maharaja Lawak Mega, filem Fast & Furious 7 serta drama Hati Perempuan.

Tempias pencarian popular Hati Perempuan ini turut menjadikan pelakon cantik Mia Ahmad antara top 5 carian untuk kategori perorangan (person) di dalam Google Malaysia.
10 Carian Tertinggi Google Malaysia 2015
Kejatuhan nilai ringgit juga menyumbang kepada pencarian tertinggi di dalam Google Malaysia. Ramai yang mencari nilai tukaran 1 USD ke MYR dalam tahun 2015 ini.

Berikut adalah top 10 carian tertinggi Google Malaysia 2015:


Komen Pembaca ...

  1. Ramai yang cari Usd ni nak buat tukaran bila RM jatuh sekarang ni.

    BalasPadam
  2. Saya tak minat rancangan no 4 tu. Rupanya ramai yang tengok yea.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Siapa yang ada Astro je .. :) saya pun tak tgk gak sbb tak ada Astro

      Padam
  3. HRMIS tu popular sebab sekarang govt staff nak aplly cuti ke nak buat penilaian akhir tahun semua kena guna HRMIS. Saya pun atara yang akan cari aplikasi HRMIS guna google juga..

    BalasPadam
  4. Carian ni memang banyak dalam google.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact Me'. Terima kasih.