2 Tips Mudah Cepatkan Loading Blog

Dah lama saya tidak kongsikan tips blogging terutama berkaitan SEO (Search Engine Optimization). Mungkin ada yang tidak berapa nak faham mengenai apa itu SEO, jadi saya sarankan anda cari artikel berkaitan di dalam blog saya ini, in Sha Allah, ada banyak tips blogging dan SEO untuk blogspot yang telah saya tulis dan kongsikan.

Untuk kali ini, saya nak berikan 2 tips termudah untuk cepatkan loading blog. Mungkin ada yang dah baca mengenai tips yang saya akan kongsikan ini, terutama sekali mereka yang kerap menyertai kontest blogger berkaitan pertandingan SEO.

2 Tips Mudah Cepatkan Loading Blog

Tips Mudah Cepatkan Loading Blog
Loading blog yang pantas adalah antara kunci utama dalam memastikan post dan blog kita adalah mesra SEO. Ia bukan sahaja penting kepada enjin carian, tetapi juga pengunjung dan pembaca. Saya pernah katakan bahawa blog mesti boleh diakses sepenuhnya kurang daripada 5 saat, sebelum itu 10 saat. Tapi yang terbaru, ada pakar SEO mengatakan bahawa loading blog perlu terpapar dalam 3 saat - berkadaran dengan kelajuan capaian internet masing-masing.

Mesti Terpapar Sepenuhnya Kurang 3 Saat!

Untuk blogger blogspot, ia mungkin satu masalah memandangkan kebanyakkan blog menggunakan javascript luar yang menjadi antara punca blog lambat untuk loading. Penggunaan widget luar yang terlalu banyak seperti komen terkini, papar entri mengikut label, widget post berkaitan adalah antara penyumbang masalah blog sukar untuk berada dalam full-view bawah 3 saat.

Antara cara termudah untuk membolehkan blog cepat loading ialah dengan memastikan ruang kosong dalam HTML atau koding blog diminimakan. Setiap widget luar ada javascript serta CSS (kod rekabentuk) tersendiri. Ada yang perlu ditulis dalam HTML blogspot itu sendiri, atau hanya diletakkan menerusi kod HTML/Javascript menerusi Add Widget.

Maka, saya sarankan anda untuk gunakan dua teknik ini bagi meminimakan kesan penggunaan widget yang ada javascript dan CSS ini yang menyebabkan blog lambat untuk loading.

Mampatkan Kod Javascript

Cara paling mudah ialah dengan menggunakan Minify Javascript Online. Apa yang perlu anda buat ialah dengan salin kod javascript yang ada, dan kemudian compress menjadi satu kod yang padat seperti ditunjukkan di bawah ini.
Tips Mudah Cepatkan Loading Blog
Anda hanya perlu ke laman web tersebut, copy paste kod javascript yang ada di dalam HTML blogspot anda dan letakkan pada bahagian Copy and Paste Javascript Code. Tekan butang Compress Javascript yang tersedia, dan anda akan dapat satu kod javascript yang dimampatkan pada bahagian Output. Salin kod tersebut dan gantikan dengan kod javascript yang lama.

Mampatkan Kod CSS

Selesai anda ganti kod-kod javascript tadi, maka lakukan pula perkara yang sama untuk kod CSS dengan menggunakan khidmat CSS Compressor. Contoh adalah seperti di bawah ini.
Tips Mudah Cepatkan Loading Blog
Lihat bagaimana saya telah menjimatkan penggunaan 'bandwith' sebanyak 16% hanya dengan menjadikan kod CSS yang saya ada termampat ... dengan membuang ruang kosong antara kod-kod tersebut.

In Sha Allah, dengan cara ini, ia sedikit sebanyak akan memberikan kesan positif kepada kadar loading blog anda.

Antara cara yang lain ialah dengan meletakkan sumber kod javascript itu terus ke dalam HTML. Seandainya kod javascript yang digunakan tidak terlalu besar atau panjang berjela, saya sarankan anda letakkan di bahagian sebelum tutup body HTML.
[Uji] Buat Ujian Untuk Ketahui Tahap atau Kadar Loading Blog Anda Menerusi Pingdom Website Speed Test
Ada lagi beberapa teknik untuk mempercepatkan loading blog anda, tetapi teknik di atas adalah antara tips paling mudah yang boleh anda usahakan tanpa membahayakan struktur keseluruhan template blogspot anda.

Semoga berjaya.


{ 8 comments.. read them below or add one }

Hanafi Abdullah Hanafi Abdullah November 13, 2015
Memang betul dan tip ini amat bermanfaat untuk kami semua..
husna zahidi husna zahidi November 13, 2015
husna p test load, mak datuk lambat jgak laa.. haishh..
Yumida Huda Yumida Huda November 13, 2015
owh ada cara kompres kod rupanya..blh cuba ni. tq perkongsian yg bermanfaat.
Bin Muhammad Bin Muhammad November 13, 2015
Benar... Memang sukar untuk kawal masa loading agar pantas di bawah 3 saat.
Maklumlah... selalunya macam2 nak diletakkan kat blog nih! :)
PeRdU cINta PeRdU cINta November 13, 2015
Betul..loading memang lambat..pemilihan background juga salah satu penyumbang loading lambat juga ye HH..atau tiada kena mengena..
Cik Tie Cik Tie November 13, 2015
oowhhh.. boleh cuba ni
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 13, 2015
Betul .. kalau boleh jangan letaklah background bergambar ni ..
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 13, 2015
Hahahaa.., betul .. saya la tu

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.