Syarat Permohonan dan Tempoh Sah Laku SPA8i Terkini

Pemberitahuan khas daripada pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk mereka yang mahu mendapatkan kerja di sektor awam mengenai borang online SPA8i. Ia berkaitan tempoh sah laku terkini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) berkuat-kuasa serta-merta.

Tempoh Sah Laku SPA8i Terkini

Dalam satu makluman yang dibuat oleh pihak SPA, tempoh sah laku untuk pendaftaran memohon kerja menerusi SPA8i telah dipendekkan dari 5 tahun kepada hanya 1 tahun sahaja. Ini bermakna, setiap tahun, mereka yang mahu mendapat peluang kerjaya di sektor awam perlu mengemaskini butiran di SPA8i yang boleh diakses secara online di portal rasmi SPA.
Tempoh Sah Laku SPA8i Terkini
Berikut adalah perkara-perkara penting yang perlu diambil ingatan untuk mereka yang mahu mendapatkan peluang kerjaya di sektor awam menerusi SPA8i yang dimaklumkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) untuk semua calon.

Syarat Terkini Permohonan Kerja Menerusi SPA8i Online

  • Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:

    (a) Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
    (b) Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
    (c) Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:
    • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
    • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
    • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan.
     
  • Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untuk mengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November 2015.
Peringatan ini adalah untuk semua samada calon baru dan lama yang masih lagi belum mengemaskini data dalam SPA8i terutamanya ruang permohonan kerjaya dan jawatan. Manual pendaftaran pekerjaan menerusi SPA8i boleh anda baca dan peroleh menerusi pautan ini - Manual Cara Daftar SPA8i Secara Online

Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) boleh dilakukan menerusi salah satu daripada pautan di bawah ini:

Saingan untuk mendapatkan kerjaya dan jawatan dalam sektor perkhidmatan awam memang tinggi, jadi langkah SPA ini bertujuan untuk membolehkan hanya calon-calon serius yang berminat untuk berkhidmat sahaja disenaraikan samada untuk panggilan peperiksaan mahupun temuduga.

Semua panggilan berjaya untuk peperiksaan dan temuduga tidak lagi dimaklumkan menerusi surat-menyurat, tetapi menerusi email dan sms; maka pastikan butiran ini dikemaskini dengan betul dan terkini.

Untuk tips berkaitan kerjaya lepasan graduan, tips peperiksaan online serta temuduga, anda boleh ikuti blog iKerjayaGraduan.com untuk info tersebut.

Semoga perkongsian ini dapat disebarkan untuk beritahu mereka yang telah daftar di SPA8i agar kemaskini sebelum 30 November 2015. #SharingIsCaring.

Jangan lupa untuk follow ... hanya klik butang di bawah ini.


5 comments.. read them below or add one

Sally Samsaiman Sally Samsaiman November 25, 2015
ada perasan bulan lepas masa nak kemas kini..hihihi
JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN DAN SWASTA JAWATAN KOSONG TERKINI KERAJAAN DAN SWASTA November 25, 2015
Setahun ok lah tu takde le jem dengan database kat SPA tu..atleast dalam setahun tu mesti yang dah struggle cari kerja atau dah dapat kerja..tapi kalau 5 tahun tu silap2 org tu dah beranak 3 kot sebab dah dapat kerja less dari setahun apply SPA ni..
PeRdU cINta PeRdU cINta November 25, 2015
Alhamdulillah perubahan yang sangat positif dan membantu..amin..tq HH share.. :)
Hasrul Hassan Hasrul Hassan November 25, 2015
Ingat, kena kemaskini data dalam SPA8i sebelum 30 November 2015...

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.